Pages

Sunday, April 10, 2011

Kejohanan Bowling 2011

Hello readers,

What a tired weekend. Dua hari melayan karenah anak buah yang sedang membesar, memang memenatkan. Ditambah pula ada tournament pada hari Ahad. Hampir tak terbangun sang auntie Mia ni nak menunjukkan kehandalan melontar bola bowling.. Cewahh!! hehe.. :P dah sekian lama tak main bowling, tup2 nak join tournament wakil office? Anyway, mmg best and gempak resultnya! ;)

Pagi tadi bangun lewat, actually terlupa pun sebenarnya dah booked calendar 2-3 hari lepas utk join main bowling ni. Entah dek sebab keletihan menjaga anak buah di siang hari and bertungkus lumus menyiapkan tugasan pejabat utk buat closing, tu yang terlajak tidur tu.. Bangun je dah pukul 8.00am++ mcm tu rasanya.. Celik je mata, terus gelabah nak pakai baju kaler hitam yg mana nih? tudung mana? (sbb tema kaler utk team kami adalah kaler hitam).. Mandi tu toksah crite la..mandi ala kadar je.. tanpa mengenakan sebarang make up and just pakai spek (since mmg dah 2 minggu gi kerja tak pakai lense..entah kenapa lately mmg malas nak bersiap) and sarapan pun minum seteguk air kopi yg ibu dah tuang..sempat juga la tangan mencapai biskut 2 peket buat bekalan.. ;P

Keluar dari rumah pukul 8.30am.. Registration pukul 8.30am pulak tu..aduuuhh.. So, speed 120km/jam.. Since still pagi dan hujung minggu, jalan pun tak jammed.. Then sampai kat OU dalam pukul 8.50am.. Fuh! Parking pun tak payah nak rebut2, pilih je petak mana yg berkenan.. Lepas je parking, terus jumpa teammate yang kebetulan pun masing2 baru sampai.. My teammate; Fiza, Shima, Aimi and Me.. and kitorg namakan kumpulan kitorg ni Sexylips Chicks.. :P Sambil duk tunggu yang lain2 mendaftarkan diri, kitorng dah stay kat lane yang ditetapkan. Kemudian sarapan pagi; Sandwich+karipap+kuih koci dan air mineral diedarkan. Setelah bersarapan serba sikit, acara dimulakan dengan ucapan YDP Kelab dan juga persembahan gimik yang dilakukan oleh Senior General Manager Human Resource kami. Tepat pukul 10.00am, game pertama bermula.

Buat pengetahuan, saya adalah yang tercorot antara ahli kumpulan. Game pertama, mata yang berjaya saya peroleh adalah 65pts, game kedua 54pts kot dan game terakhir dpt 72pts kot..heheh..lupa la.. Tp berjaya strike sebanyak 2 kali.. tu pun lontaran yang tak disengajakan..hehe.. :P Apa2 pun, tahniah buat semua.. Oh ya, bagi keputusan keseluruhan, kami berjaya menempatkan diri di tempat kedua manakala bagi pasukan lelaki, di tempat ketiga.. Tahniah!!! Serious, mmg tak jangka yang kami dpt top 3. Mana taknya, maybe mind masing2 dah set, pasukan yang lain lagi handal.. Rupa2nya pasukan sendiri pun tak kurang hebatnya! Lain kali, jgn underestimate diri sendiri. Kena ingat tu! ;)

Lihat gambar2 sekitar tournament bowling, di bawah!


Inilah lane kami, lane 34.. paling hujung dan paling tenang sekali~

Pic 1) Sexylips Chicks,yaw!; Me, Shima, Aimi & Fiza


Pic 2) Sebahagian drp pasukan lelaki; Khairul, Aizat with wife


Pic 3) En Man & En Hatta


Pic 4) Satria Baja Hitam Savemore..heheh


Si baju hitam; Kak Dila, Kak Ita, Sarah (anak Kak Ita), Shida & Ema


Pic 1) Wakil BSS (tak ingat nama dia, tp yg pasti ni bukan Nahar namanya..hehe..lupa la..)


Pic 2) Marwan, Hafriz, Khir and .... (oopss, lupa juga nama dia.. ;P)


Pic 3) Hasan n En Hilmey



Masing2 kusyuk melihat mata yg diperoleh di skrin


Posing selepas habis game sementara menunggu keputusan keluar


Wajah2 ceria meraikan kemenangan! ;)

p/s: Credit to En Ipin & Aimi for the great pics

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...