Pages

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, October 29, 2016

Minum petang di Secret Recipe

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi tadi dah close deal order seorang customer ni yang menderita dengan masalah perut berangin sehingga ada kala membuatkan degupan jantungnya berdegup laju. Check dengan doctor, doctor kata beliau gastrik.

Saya memberi option lain dengan mencadangkan set gastrik Shaklee. Tapi beliau menyatakan mahu mencuba dulu Peppermint Ginger Plus sebagai ikhtiar masalah perut berangin tu. Ok, tiada masalah! Mereka ingin berikhtiar, saya pula ingin membantu. Meet somewhere in the middle, then bingo!

Seronok menjalankan bisnes Shaklee ni. Kita boleh share info, tambah ramai kenalan apatah lagi pendapatan.

Tapi, saya kejarkan untuk membantu anda yang ingin tingkatkan mutu kesihatan diri. Sekurang-kurangnya, dengan sedikit perkongsian mengenai ilmu yang saya ada, dapat menjadi sedekah jariah saya. Lagi hebat apabila vitamin yang saya suggestkan, serasi dan dpt memberi anda manfaat untuk menjalani kehidupan yg lebih baik. Mudah-mudahan, aamiin..

So sempena berhujung minggu Deepavali ni, saya berehat santai makan kek di Secret Recipe SACC.


Kami order wonton.. RM 10.50, ada 5ketui. Sedap!


Hot cappucino


Hot chocolate


Yang sebelah kiri tu top seller katanya, Choc Au Lait. Yang di sebelah kanan tu Choc Odyssey, all time fevret saya!

Saya sentiasa doakan semua customer serta anda yang sudi membaca dan follow entry saya sentiasa sihat dan dirahmati Allah hendaknya. Aamiin ~


Friday, October 28, 2016

Rezeki terpijak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita semalam..

Semalam saya dapat rezeki terpijak. Alhamdulillah, syukur.

Semalam saya dapat order Shaklee yang menderu-deru. Bersempena musim gaji. Kemudian di sebelah petangnya pula, dapat nasi lemak. Walaupun nasi lemak anak dara yang viral tu, empunya assistant lupa nak amik order. Tapi masih lagi dpt juga nasi lemak mak anak dara yang buat.. huhu.



Pehtu, dapat lagi kuih nona manis yang sesedap rasa manisnya. Sedap! Nak order untuk sekitar Shah Alam, boleg roger saya. Saya akan berikan no contactnya k!



Lagi 2 hari je promo Omega Guard ni berlangsung! Cepat copek, sebelum terlepas peluang!

Thursday, October 27, 2016

Nasi ala kak wok di Warung Kita, Klang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pagi tadi tak sempat sarapan. Then terpaksa buat time off untuk selesaikan urusan sikit dengan husband. So before saya gerak dari ofis, saya telan Lecithin sebagai lapik perut. Alhamdulillah, rasa tak lapar.

Ingatkan urusan tu sekejap, tapi lajak sampai tengahari. So, saya pun lunch la bersama asben kat Warung Kita Klang.

Kat sini, hidangan popularnya adalah nasi ala kak wok dan minuman coconut shake dan kelapa baldi.



Harga pengenalan bagi hidangan ni RM4.50. Tapi kini telah menjadi RM5. Manakala coconut shake dijual pada harga RM 3.50 dan kelapa baldi RM3.80.



Apa yang membezakan hidangan ini dengan hidangan nasi kak wok di kedai lain adalah ia lapik nak guna daun pisang. Menjadikan nasi lebih wangi. Portion nasinya pun banyak.

Untuk anda yang ingin tahu lokasi sebenar, blh la tgk insta dia k!

Kesimpulannya, saya masih kenyang sehingga skrang. Pastu ni ada pulak orang nak payung nasi lemak!

Balik kena makan Omega Guard dan Lecithin ni. Huhu..

Hey, promo Vivix masih berlangsung ya! Saya dah ada pembeli Vivix dan seperti yang dijanjikan, saya akan beri Collagen Powder buat customer saya yang istimewa ni k!

Saturday, October 22, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak share pengalaman mencuba makanan food truck di dataran Anggerik Mall.

Sekarang kan boleh dikatakan trend atau dikira hipster la bila makan kat kedai pelik-pelik. Tapi macam food truck ni, menunya dan presentationnya takde pelik.. cuma agak unik lokasinya.

Macam ada satu malam ni, saya tak plan pun untuk makan kat foodtruck ala-ala hollywood ni. Sambil drive ambik angin malam with my mom and husband, tetiba tergerak nak singgah ke dataran Anggerik Mall ni.

Kami tiba di sana sekitar jam 8pm. Banyak foodtruck yang berjualan kat situ. Menu pun pelbagai.



Saya order mee jawa. My mom, nasi dagang. Then my husband order nachos mix and macaroni cheese. Untuk pilihan air, ada 1 foodtruck je yang jual milkshake. Memang untung besar foodtruck Tonga tu!







My review; mee jawa sedap dan berbaloi dengan harga. Nasi dagang pula, mendukacitakan. Sebb ia dihidang sejuk. Western meal pula, ok but pricey!

Ingin dapatkan Omega Guard pada harga promo dan menjimatkan, boleh roger saya ya!

*Emilia*

Thursday, October 20, 2016

Omega Guard sebagai penebat rasa lapar?







Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tengahari tadi saya lunch with my teammates!

Kitorang makan nasi ayam di Tam Nasi Ayam Seksyen 23. Eventho kitorg sampai situ around 1.15pm, tapi pelanggan boleh diconsider tak ramai. So,  once duduk je terus ada yang datang minta order.

Mine was nasi ayam golek. Yang lelain dorg order nasi ayam madu. Boleh tahan jugak rasanya.

Tapi saya tak berjaya untuk habiskan makan nasi ayam tersebut dek sebab sebelum tu saya dah telan Omega Guard. Jadi kenyang la pulok.

Bagi anda yang merancang untuk kuruskan badan, Omega Guard adalah salah satu ahli jemaah bagi set kurus yang sekarang ni sedang duk ada promosi orang utara kata!

Bagi yang ingin stabilkan tekanan darah, Omega juga adalah pilihan terbaik.

Jika anda perasan, stres dan peningkatan berat badan amat berkaitrapat.

Bila anda stres, anda mudah untuk makan berlebihan. Tak dinafikan ada juga yang gemar ambil makanan rapu. Atau, bila badan tak kurus-kurus, anda juga stres melihat perubahan fizikal yang dialami. Betul kan? I can read your mind la beb.. heheh..

So, saya sarankan anda cubalah ambil Omega Guard kerana ia berfungsi sebagai penenang minda, lalu masalah stres dapat diatasi dan bacaan darah tinggi pun stabil. Di samping, ia membantu untuk merencatkan selera makan dan kesannya, anda akan dapat kurangkan berat badan.. best kan?! Killing 2 birds with 1 stone omputih kata...

Jadilah pengguna yang bijak.. Sempena promo bulan ni, jika anda beli 2botol, anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%.

Ate kalau nak cuba sebotoi je tak boleh ke? Boleh, tapi anda akan terlepas untuk menikmati harga promo ini.

Nak bijak ke nak jimat?

012 373 2589


Tuesday, October 18, 2016

Lontong

Assalamualaikum

Sekali-sekala pekena lontong pun sedap jgak kan?

Lontong ni berharga RM2.50. Ambil as many as you can. Tak sure la sebab saya dah orang akhir untuk jamah hidangan sarapan yang disediakan di kafe ofis saya or mcam mana. Sebab saya rasa murah!

Ditambah lagi, pada zaman ekonomi skrg ni, mana nak dpt lontong harga macam ni kan?


Tuesday, October 11, 2016

Resepi: Oreo Cheesecake

Assalamualaikum

Tadaaaa..!!

Oreo cheesecake in the houz yaw!
Dah beli cheese ni dah lama. Kekonon nak buat cheesetart. Tapi terpandang pulak crushed Oreo sepeket. Dah berbelah-bagi.. nak buat cheesecake or cheesetart?

Last-last saya pilih untuk buat cheesecake. Boleh bawak g ofis! Jom tengok apa resepinya k! Ni saya buat style campak-campak aje.

Bahan-bahan:
Untuk base:
▪ 200gm crushed Oreo
▪ 50gm Buttercup

Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan gaulkan ke dalam crushed Oreo.
2. Pedapkan pada loyang dan bakar pada suhu 160°c selama 10minit dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk fillingnya pula:
▪ 500gm creamcheese
▪ 150gm brown sugar
▪ 3 biji telur
▪ 1 sudu esen vanilla
▪ crushed Oreo

Cara-cara:
1. Putar creamcheese bersama brown sugar sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla sehingga sebati.
3. Masukkan crushed Oreo dan gaul dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang yang kita sediakan base nya tadi.
5. Bakar pada suhu 160°c selama 30-40minit.

Siaapppp!!

Untuk lagi cantik, boleh titikkan cecair Vivix dan lorekkan. Kek bertambah sedap, khasiat pun dapat!

Ohya, boleh juga tambahkan Mealshake ke dalam adunan tadi ya! Saya punya sudah kehabisan. Bagi anda yang tak pernah rasa Mealshake dan mahu mencuba, boleh hubungi saya ya!

Emilia
012 373 2589


Sunday, August 28, 2016

Jus Buah Special di Anggerik Mall

Assalamualaikum

Jika anda berkunjung ke Anggerik Mall, singgahlah minum di foodcourt yang berada di aras 1. Cari gerai nama D Best Cafe.

Sebab apa saya minta anda ke situ?
Sebab air buah di gerai tersebut sangat la unik kerana mereka meletakkan buah potong sebagai hiasan. Minum pun sedap, lepas tu boleh pulak kudap hirisan buah yang disertakan.

Apa yang saya perasan, hanya 2 jus buah sahaja yang akan diletakkan hirisan buah sebenar iaitu jus tembikai dan jus mangga.

Dalam gambar tu; jus tembikai dan fresh orange.

Alang-alang melawat digital mall bumiputera kat dalam tu, pi basahkan tekak sekali!


Saturday, August 6, 2016

Ceritera 5885

Assalamualaikum

Ni nak cerita pasal kejadian semalam.. Kebetulan semalam kan tarikh 05.08.2016 kan.. yang kebetulan sama dengan no plate kereta saya iaitu 5885. Jadinya, ofismate saya menyangka no plate kereta saya adalah tarikh lahir saya.

Sememangnya saya tak pernah reveal tarikh lahir saya kepada sesiapa di pejabat. So dorang main teka-teka je la.

Nak dijadikan cerita, tetiba salah seorang staf saya beri ucapan hari lahir di hadapan sume kat dlm ofis tu. Dengan penuh konfiden lak tu.. "Happy Birthday, puan! Harini birthday puan kan.. yela 5885.. harini kan 5hb.."

Dan secara spontan bos saya pulak mencelah.. "Oh, birthday milia harini? Boleh la nanti beli kek"

Saya yang tak sedap hati ni terus la bgtau, "Eh, yang pasti 5885 tu mmg betul no plate saya.. tp harini bukan birthday saya.. ntah birthday sesapa ntah.."

Then sumerang bahan saya, 'Ala.. ngaku jela birtday sendiri je pun.. nak segan2 pulak'

So, penat nak explainkan kat sumerang yg terus assume saya punya birthday smlm, so saya pun kata, "ok, kalau nak beli kek beli la.. rezeki kita smua nampaknya utk makan kek"

Tak sangka pulak memang betul2 bos saya ada kirimkan duit kat staf saya utk belikan kek utk saya.. aiyoookk!

So semalam telah tanpa sengaja sambut 'birthday saya'.. 👆 tula rupa keknya!

Terharu pun ada.. tapi rasa mcm dah 1 department kena prank.. hohoho!

"Bos, tengkiu blanje kitorg kek!" Hiks


Friday, August 5, 2016

Majlis Kesyukuran Aidilfitri

Assalamualaikum

Ni cerita before insiden bilik genset terbakar di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Alkisahnya, saya ada hadiri majlis kesyukuran sambutan aidilfitri di masjid negeri yang sekarang sedang direnovate dalam proses untuk dibaikpulih.

Majlis ni anjuran masjid negeri tu juga. Banyak kiosk makanan yang disediakan. Antara menu yang ada pada malam tersebut adalah rojak, cendol, mi kari, lemang rendang, sate dan jg nasi arab.

Majlis ni terbuka untuk orang ramai. Jadinya, saya pun tak terkecuali la, hehehe.. saja nak feel mcm suasana makan ramai-ramai di masjid di samping saya biatkan juga supaya anak saya mesra masjid. Kiranya pendedahan awal la ikhtiarnya.

Disebabkan kiosk yang dibuka agak banyak, jadinya suasana pada malam tersebut adalah terkawal.

Ketika enak menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan dendangan nasyid dari pelajar Maahad Huffaz.

Majlis bersurai kira-kira jam 10.30pm

Saya? Saya suka la majlis makan-makan ni!

♡


Sunday, July 10, 2016

Riadah pada Syawal ke 4





Assalamualaikum

Rata-rata masih lagi buat terjahan beraya, tapi kami dah buat terjahan serta riadah di Setia City Mall.

Bertolak ke mall tersebut pukul 3pm semalam. Saya sempat lelap sekejap dalam kereta. Yela, time-time gitu dengan naik kereta terbuai-buai je rasa. Plus, aircond pun menerpa muka, memang sangatla rasa best untuk tido.. huhu

Sesampai je kami di sana, terus booking lane. Main 2 game. Game pertama, saya dapat tempat kedua. Game kedua yang kantoi. Juara keseluruhan adalah husband saya! Yeehaa! Gambar kat atas tu, points untuk game kedua..terlupa nak snap game points pertama, huhu!

Then kami plan nak main kat padang pun tak dapat. Sebab tak dipasang lampu pulak, so bahaya la pulak sebab bergelap.

So kami pun dinner kat Tony Roma's. Kalau ikutkan nak teruskan beraya kat rumah kawan, tapi askar memasing dah pengsan, so postpone jela plan tu.

Harini nak ke mana? Nanti saya update ya!

♡


Friday, July 8, 2016

Shopping Kerepek

Assalamualaikum

Nindiaa lokasi saya shoping kerepek merepek!

Nama tempat diberi Ina Cookies. Terletak di Kuang bersebelahan dengan stesen minyak Petronas.

Since kedai kat Banting dah habis semua kerepek, tu yang buat terjahan kat sini!

Kat sini ada banyak rangkaian produk yang dijual termasuklah air botol atau dikenali sebagai air menet, kerepek, batang buruk, rempeyek, kuih raya, kacang, kuih raya dan juga jeruk.

Gambar kat atas tu, dapat aci snap je. Sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan snap guna hp. Goyang tangan chek!

Kat sini consider murah. Dah merembat banyak kerepek dan kacang, total baru RM100. Ok kot!sebab biasanya kacang mahal kan..

Best la shopping kat sini. Lepas je setel soping sini, terus la balik.

♡


Menu Raya

Assalamualaikum

Apa menu raya?

Menu raya saya tahun ni;
♤ kuah lemak lodeh
♤ kerutub daging
♤ daging masak hitam (saya masak)
♤ ketupat instant
♤ lemang (beli)
♤ tumisan (masakan jawa) *saya wong jowo seng reti ngomong jowo*

Kuih raya pulak;
♧ kuih kapit peanut (beli)
♧ kuih tart super sedap gile (kirim kat mother in law)
♧ chip choc (saya buat dan jual)
♧ kerepek dan kekacang (beli)
♧ lain-lain kuih (orang bagi)

♡


Thursday, July 7, 2016

Nasi Lemak di Lebaran ke-2

Assalamualaikum

Semalam dah sarapan, lunch dan dinner lauk raya. So harini, eventhough lauk raya still ada, tapi terasa dan terajin nak buat nasi lemak.

Presenting nasi lemak pada Syawal kedua!

Hapuskan lemak jahat dengan pengambilan konsisten Lecithin dan Omega Guard... dengan keyakinan dan atas izin Allah, lemak yang jahat tu dapat dibanteras.

Info lanjut, boleh wasap2 kakak ya!

Emilia
012 373 2589


Sunday, July 3, 2016

Resepi : Bubur Ruby

Assalamualaikum

Tengahari ni nak share resepi bubur ruby. So sempatla jika anda nak cari bahan untuk sediakan petang ni sebagai appetizer ketika berbuka nanti.

Bahan-bahan:
◇ 2 cawan barli
◇ 1 senduk sagu (saya guna kaler merah, terpulang pada anda nak guna yang berwarna ataupun tidak)
◇ 1 cawan jagung frozen
◇ Setengah kotak santan kotak
◇ 1 senduk gula (depends pada tahap kemanisan yang anda gemarkan)
◇ sedikit garam
◇ air untuk merebus barli

Cara-cara:
1. Rebus barli sehingga barli tersebut kembang dan empuk
2. Masukkan sagu, biarkan ia masak. Nak tau masak, sagu tu tadi akan bertukar menjadi jernih. Jika rajin, gentel-gentel supaya nampak seperti bijian ruby.
3. Masukkan gula, kacau sehingga gula melarut
4. Dengan api perlahan, msukkan jagung dan santan
5. Biarkan ia mendidih sebentar bagi memastikan santan tersebut masak
6. Masukkan sedikit garam supaya ada rasa lemak-lemak tu terasa. Matikan api dan sedia dihidang.

Kalau ada daun pandan, boleh juga kalau nak dimasukkan supaya bubur jadi lebih wangi. Lagi best kalau guna gula melaka. Tapi dalam kes saya ni, saya kehabisan gula melaka, jadinya saya guna gula pasir putih tu aje.

Disebabkan saya guna sagu bewarna merah, jadinya kuah santan bubur akan bertukar kemerahan. Dan buji sagu seperti batu ruby, itu pasal saya namakan sebagai bubur ruby.. hehe 😀

Selamat mencuba!
♡


Thursday, June 30, 2016

Resipi: Udang Masak Lemak

Assalamualaikum

Dah lama tak up entry resepi kan?

Orite, ni nak share resepi lauk iftar saya petang tadi k! Next entry will share resepi bubur red ruby saya pulak ya!

Bahan-bahan:
□ 2 biji bawang merah yang dipotong halus
□ 1biji cili padi
□ 2 batang serai yang diketuk
□ 500gm udang
□ setengah kotak santan
□ sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
□ sedikit garam sebagai perasa
□ minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang, cili dan serai sehingga wangi
2. Masukkan udang, biarkan udang tersebut separuh masak
3. Tukar kepada api perlahan, masukkan santan
4. Tambahkan garam dan serbuk kunyit
5. Biarkan sebentar, padamkan api dan sedia dihidang


Monday, June 27, 2016

Kongsi rezeki : Cupcakes for Iftar

Assalamualaikum

Dalam entry semalam, saya ada bagitau yang saya sibuk packing cupcakes kan? Haaa, ini la dia cupcakesnya!

Gebu kan? Very moist and chocolatey i tell you! Serious tak rugi beli. Male engineer pulak tu yang baked! This is my 2nd time order dengan dia. Sangat frenly. Saya dengan dia dah macam kawan dah pun.

Pricenya based on qty per ordered. Dia punya signature; choc mud indulgence dan choc moist cake.

Saya order dan pack banyak-banyak ni untuk saya berkongsi rezeki dengan staf operation tempat saya bekerja. Ada rezeki lebih kita kongsi dengan yang lain, ye tak?

Bagaimana pula cara anda berkongsi rezeki?

~Love~


Ain Patisserie

Deco untuk hidangan pastry

Assalamualaikum

Happy Monday!

Pagi ni saya start entry dengan review cupcakes yang kakak saya order semasa iftar di rumahnya haritu k!

Ain Patisserie nama diberi
Menjual pelbagai kek dan pastry
Jika anda belum try lagi
Cuba sekali pasti nak lagi

Ewaahh! Pagi-pagi dah berpantun gittew, auuw! Hahah..

Kedai Ain Patisserie ni kecik je. Half drp unit kedai low cost gitu. Tapi hiasan dalaman dia rasa macam kita dalam set penggambaran cite Ghost Whisperer tu. Sweet je kedainya.

Terletak bersebelahan dengan kedai dobi dan sebaris dengan kedai makan yang popular di kalangan penjawat awam di kawasan sekitar iaitu Restoran Mawaddah.

Cupcakes ni kakak saya order kesemuanya ada 5 flavor iaitu vanila, strawberry creme, butterscotch, coklat moist & red velvet. Sebenarnya saya pun ada juga order kek kat sini iaitu carrot cake.

Since saya hanya rasa cupcake coklat dan vanila sahaja, jadi my review would be on these 2 cupcakes jela ye.. for the vanilla, texturenya is spongy like chiffon or sponge cake. Lembut but i think tak sesuai untuk dinamakan as cupcake.. if hokkaido cake, then acceptable. The moist chocolate cupcake, lembut dan chocolatey. Carrot cakenya pula, lembab but for those yang tak brape suka dgn perasa cinnamon, mungkin anda tidak brape gemarkannnya.

Kalau tanya pasal harga, 1 cupcake = RM3.90. Tak sure kalau beli banyak boleh dpt tak harga lagi murah, sbb yang deal adalah my sister, saya tukang amik je. But if amik vitamin Shaklee dengan saya lebih daripada 2unit, saya boleh beri harga super best! *eh, sempat menyelit pulak..hihikhik*

Overall, ok and convenient la for me untuk dptkan dessert yang nearby to my house.

K, till we meet again!

~Love~


Sunday, June 26, 2016

Iftar Bersama Rakan-rakan

Assalamualaikum

Harini lambat bersiaran busy packing cupcakes untuk majlis ifthar esok.

Apa yang saya nak update ek?

Semalam saya dan rakan-rakan berbuka puasa bersama ala-ala potluck. Tapi potluck kami ni bukanlah makanan yang disediakan hasil tangan masing-masing. Semua pakat beli je kat bazar.

Kami seramai 5 keluarga telah sepakat untuk membahagikan jenis menu yang perlu dibawa. Kalau diikutkan, saya just perlu bawa kelengkapan pinggan dan sudu. Yang selainnya, kawan-kawan lain dah bawa.

Menu berbuka kami sangatlah light. Antaranya roti john, karipap Ikea, rojak Karim *yang ni saya bawak*, murtabak dan air tembikai + teh bunga asam boi.

Walaupun air telah tersedia, namun saya memilih untuk bancuh dan tapao PD dari rumah. Kerana saya yakin dengan khasiat yang bakal diperoleh di samping untuk elak sakit tekak dengan meminum air yang berais.

Di mana lokasi kami berbuka ni?

Kami berbuka di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan pula turut diadakan majlis tazkirah santai, Ijam Medicine yang menjadi tetamu undangan menceritakan tentang bagaimana beliau melakukan penghijrahan.

Tazkirah tersebut bermula pada jam 6.15pm sehingga lah tiba waktu berbuka. Best! Sangat informatif dan bermanfaat.

Untuk makluman, surau sementara turut disediakan bagi memudahkan muslimin dan muslimat solat Maghrib. Jadi, tak boleh beralasan ya!

Kami bersurai pada jam 9pm dan pulang ke rumah masing-masing dengan suasana aman damai tanpa bertegang urat... hehe 😊

Bagi anda yang ingin mencuba Performance Drink, blh membuat pesanan dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya Emilia | 0123732589.


Thursday, June 23, 2016

Kacang Uzbek

Assalamualaikum

Harini apa juadah berbuka? Walau apa pun juadah yang dinikmati, wajib beringat supaya tak membazir k!

Selesai je saya berbuka, kini saya sedang menikmati kacang tanah dari Uzbekistan.

Kacang ni sedap! Seperti kebanyakan kacang tanah yang terdapat di negara kita. Cumanya, kat tempat kita kacang tanah biasa bersalut tepung sama ada pedas atau berkari ataupun just disalut dengan garam kan. Tapi kacang tanah Uzbekistan ni pula ia bersalut dengan gula aising. Rasanya manis, tapi sedap!

Jika anda berkelapangan untuk ke Uzbek, boleh lah pi cari kacang tanah ni. Kalau dijadikan santapan ketika beraya ketika tetamu berkunjung ke rumah, memang sangat kelass kau jah! Ribena pun kalah tau.. hahah!

Ok, nak sambung aktiviti lain pulak.

~love~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...