Pages

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, July 8, 2016

Shopping Kerepek

Assalamualaikum

Nindiaa lokasi saya shoping kerepek merepek!

Nama tempat diberi Ina Cookies. Terletak di Kuang bersebelahan dengan stesen minyak Petronas.

Since kedai kat Banting dah habis semua kerepek, tu yang buat terjahan kat sini!

Kat sini ada banyak rangkaian produk yang dijual termasuklah air botol atau dikenali sebagai air menet, kerepek, batang buruk, rempeyek, kuih raya, kacang, kuih raya dan juga jeruk.

Gambar kat atas tu, dapat aci snap je. Sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan snap guna hp. Goyang tangan chek!

Kat sini consider murah. Dah merembat banyak kerepek dan kacang, total baru RM100. Ok kot!sebab biasanya kacang mahal kan..

Best la shopping kat sini. Lepas je setel soping sini, terus la balik.


Wednesday, February 24, 2016

JPO , Freeport dan MPO? Mana pilihan anda?

Assalamualaikum

Kalau sebut je factory outlet, pasti ramai dapat bayangkan macam mana rupa dan suasananya. Kebiasaannya, item yang dijual di factory outlet adalah item berjenama tapi dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Di Malaysia, factory outlet pertama dibuka adalah di Johor iaitu Johor Premium Outlet (JPO). Menerapkan konsep seperti factory outlet di UK, *boleh rujuk entry ke UK saya* iaitu mengumpulkan kedai-kedai barangan berjenama di suatu kelompok dan anda boleh membeli pada harga yang mampu milik.

Apa yang saya dapati, di JPO ni banyak kedai berjenama mewah dan terkenal seperti Salvatore Ferragamo, Burberry, Coach, Braun Buffel, DKNY, Furla, Armani, Lacoste etc. Pada kunjungan saya sebelum ini, saya hanya masuk kedai Braun Buffel dan beli purse je di sana. Butik berjenama mewah yang ada saya tak berani nak masuk.. hewhew.. Tengok harga kat butik KLCC pun boleh pengsan... Tapi maybe yang kat JPO ni, harga dah ada diskaun kaw-kaw kot..

Oh ya, untuk makluman item yang dijual di sini bukanlah yang new arrival. For those yang tak kisah dan tidak mencari latest version, boleh la ke sini. Sebagai contoh, pengalaman saya sendiri k.. Saya ada nak beli sehelai cardigan, dan apabila saya minta untuk warna lain, sales girl tu cakap, "Ni je stok yang dari branch KL hantar.." Means, bila kat KL tak boleh nak jual, stok tu akan dijual di sini. Sebab tu saya mention tadi, kalau anda tak kisah item tu bukan new arrival, bolehlah untuk membeli di sini.

JPO ni saya sarankan untuk anda ke sini ketika cuaca mendung atau sedang-sedang. Sebab dia konsep open space. Cuba anda bayangkan, kat kaki lima kedai tu memang hangat rembang mentari, then tetiba anda masuk ke kedai yang aircond sejuk gile. So, badan boleh terkejut sebab perubahan cuaca yang ketara. Memang boleh demam I tell you.. 

Mitsui Premium Outlet (MPO) pula, terletak di Sepang. Ownernya dari Jepun. Konsepnya lebih kurang sama macam JPO. Cuma kedai / butiknya berada dalam mall. Lebih selesa. Foodcourt pun ada, di aras 2.. Restoran makanan jepun dan cina pun ada. Surau yang disediakan pun boleh dikatakan selesa. Parking space yang besar dan luas. Cuma kat sini saya tak sure whether item yang dijual new arrival ataupun sama seperti di JPO.

Freeport A Famosa Outlet, terletak di Alor Gajah. Sebelah je kat A Famosa Safari tu. Parking space, jauh gile. Kedai / butik yang ada, lebih kurang sama macam kat MPO. Konsepnya sama macam JPO iaitu open space. Foodcourt so far takde, yang ada foodtruck, which memang kena beratur panjang, dibuatnya anak tengah bad mood, haih, memang boleh menaikkan tahap kesabaran. Parking fees, buat masa ni, still free. Kat sini, saya tak shopping apa-apa pun. Sebab item yang ada pun, sama dengan kat MPO dan sama je harganya.

Saya simplifiedkan dalam bentuk table la ye.

Factory Outlet
Pro
Cons
Johor Premium Outlet
·         Banyak butik mewah dan jenama terkenal.
·         Harga diskaun up to 70% (depends on brand and promo)
·         Ada foodcourt.
·         Ada surau
·         Open space yang boleh mendorong demam jika badan tak tahan.
·         Kurang sesuai untuk baby (jika cuaca panas sangat)
·         Ada fee parking.

Mitsui Premium Outlet
·         Banyak kedai / butik mampu milik
·         Ada foodcourt
·         Kedai berada dalam bangunan
·         Fully aircond – tiada factor yang boleh mendorong perubahan cuaca mendadak
·         Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil
·         Ada surau

·         Ada fee parking.
Freeport A Famosa Outlet
·         Banyak butik / kedai mampu milik
·         Surau tak sure ada ke tak, sepatutnya ada
·         Open space konsep
·         Tiada foodcourt, hanya ada foodtrucks.
·         Parking quite jauh.
·         Free parking fees.







~love~

Wednesday, December 23, 2015

Lazada: Lego Games For Kids

Assalamualaikum

Dah nak Krismas ni, dan result exam anak-anak pun dah keluar, boleh la nak bagi reward kat anak-anak yang dah lulus exam dengan cemerlang. Ye tak?

Antara hadiah yang berbentuk toys yang sesuai untuk dijadikan hadiah adalah Lego. Lego bukan sahaja boleh create daya imaginasi anak-anak, tapi bagus sebagai rangsangan motor dan perkembangan otak yang sihat rather than permainan video yang lagi membentuk anak-anak kurang rangsangan dan memilih untuk tidak diganggu.

Lego ni pun ada banyak edisi. Untuk kanak-kanak lelaki sesuai untuk edisi Star Wars, Mine Craft, Lego City, Super Heroes. Kanak-kanak perempuan pun masih boleh lagi nak main lego ni ye anak-anak.. jangan risau.. Lego takkan pernah bias terhadap gender kanak-kanak..heheh.. Yang girls ni boleh main edisi Elsa Frozen, Simpsons dan lain-lain.. Hey, banyak lah weih..

Nak lagi jelas lagi bersuluh, klik je kat sini. Lepas tu, order la weih apa lagi! Bonus dah masyuk...gaji pun masuk awal.. Apa salahnya bagi anak-anak gembira.

~love~

Friday, November 27, 2015

Black Monday vs Cyber Monday

Assalamualaikum

Weeaahuu... biasanya hujung tahun ada banyak clearance sale, warehouse sale. Betul tak? betul tak?
Bonus pun biasanya pun akan release juga di hujung-hujung tahun. Jadinya, bila bonus pun masyuk, sale pun melambak, jari pun cepat aje nak tekan website-website yang menarik untuk cuci-cuci mata and 'Aik, dah 10 items dah kat dalam cart?' hikhik..penah tak jadi gitu?

I selalu gitu tau.. Baru-baru ni, saya ada purchase online external hard disk kat Lazada. Murah benor weih..

Untuk 1T brand Apacer, saya dapat dengan harga RM179. COD. Puas hati dan berbaloi-baloi! Sekarang pulak, Lazada buat hal lagi.. dia buat cyber sale weih! Bermula dari 27 November sehingga 30 November 2015.

Untuk pemegang kad kredit ada yang boleh dapat extra discount lagi. hohooii, best best! Dah dah, tak payah nak fikir-fikir, klik sini je  sekarang. Lambat-lambat, nanti melepas.


~love~





Friday, September 19, 2014

Breastpump

As-salam,

Saya ada janji nak share cite pasal breastpump kan? Huhu..cite pasal pengalaman dalam labour room pun duk ada kat item draft lagi..kuikuikui :P Tapi takpe, den akan cuba utk siapkan jugak entry tu k! ;)

For those yang mencari-cari breastpump apa yang sesuai or yang bagus utk kegunaan semasa pantang dan jugak pada hari-hari mendatang, sudah semestinya rambang mata sehinggakan taktau nak beli breastpump yang mana, tul tak?

Sama la dgn tittew.. serious, konfius nak beli brand yang mana. Nak go for brand, or go for budget yang ciput or for keselesaan mode yang ada.

Saya ada tanya kat member, dorg guna breastpump jenama apa. And memasing punya feedback almost same. "Ikut bajet ko.. If ko ada bajet lebih, beli la yang mahal." Which pada saya at that time, rasa annoying pulak. Sbb macam tak jawab soalan. Tapi, mmg betul la sebnrnya feedback dorg tu. Ukur baju di badan sendiri. If bajet rendah, amik yang single pump je. If ada rezeki lebih, amik la yang double pump.

Like me, saya ada usha a few brands like Medela, Spectra and Snowbear. Berkenan nak beli Spectra 9 sbnrnya. Tapi tak jual kat Malaysia lagi. Hanya terjual di Korea, and ada niat nak kirim kat vendor projek manager saya. Tapi takut kang, dikatakan rasuah la pulok.. So, eden matikan jela hasrat tersebut. Nak beli Medela, belum ada rezeki lagi that time, so mmg terus letak tepi je jenama Medela tu. Tak kira la freestyle ke, swing ke, mmg saya tak usha pun. Kemudian, dpt tau yg brand Snowbear pun katanya ok and harga pun within my budget.

Saya pun online purchasedkan jela breastpump Snowbear. Harga bagi breastpump Snowbear yang saya beli yang kebetulan kononnya sale sempena Hari Guru, dalam RM299. Dapat free 5 keping plastic EBM & cooler bag yang simple. Pada masa tu, rasa mcm tawaran tu sangat menguntungkan, padahal tak untung mana pun.. *takpela, saya budak baru belajar ;P*

Setelah saya guna, saya tak dpt rasa kepuasan pun menggunakan brand Snowbear tu. Sbbnya, susu yang dipam mcm berbuih. Dah jadi mcm milkshake la pulok. Tak sure la kot i yg salah guna ke kan.. dia single pump, ada 3 mode; natural, gentle and express, ringan dan mudah dicuci.

Disebabkan saya tak merasa puas dgn hasil yang terhasil, kakak saya bg saya pinjam breastpump dia iaitu Medela Freestyle. Ringan, agak renyah utk dicuci sbb kena dismantle, so amik masa la bila kita nak guna especially bila dah keje nnt. Tp daripada penggunaan brand Medela, susu yang terhasil tak berbuih tu yang buat i suke dgn Medela ni. Nak bawak ke ofis pun takde la berat sgt, sesuai dengan saya yang duk kandar laptop hari-hari ke ofis & botol air lagi and skrg tambah beg pump.. huhu.. Dah boleh dikatakan setiap hari masa den pantang sampai la naik keje den guna kakak den punya breastpump, so den pun cakap la kat dia utk beli 2nd hand daripada dia. Since dia pun dah tak guna dah breastpump tu, dia tolak kat saya harga Sale Merdeka iaitu RM1,400 kat saya.. *huuu...den blum bayar lagi kat dia ni..tunggu gaji..teeheheh.. ;P*

So kesimpulannya, saya ada 3 breastpump. *Aik? Camana leh ada 3?*
- 1 unit breastpump Snowbear yang dibeli dengan duit sendiri tersadai sepi dalam kotak den simpan dia semula
- 1 unit breastpump Medela yang den duk galas hari-hari bawak gi ofis, masih den hutang kat kakak den tanpa cagaran
- 1 unit breastpump Spectra M1 milik my bff Nor Faizah yang beliau loankan dan den mmg sengaja standby kan kat rumah.

Breastpump Spectra M1 ni, dia berat sikit. Tp suction dia selesa and takde pilihan mode. Mmg sesuai utk just letak kat 1 place. Pump yang ni, saya guna pada ujung minggu di kala bgn utk mengepam pukul 3am - 5am.

So mommy-to-be out there, buatlah pilihan yang bijak. Pilih mengikut kemampuan dan yang akan mudahkan diri korg balik.. If rajin, blh la tanya pendapat kat kawan2 yang dah ada pengalaman brand yang dorg guna, or baca review. But again, setiap org, lain2 dia punya keselesaan. Ada yang suka suction lembut, and ada jgk yang suka suction kuat. Tepuk dada, jgn tepuk kuat sangat. Sakit wooo.. ;P

Chow!

Wednesday, September 17, 2014

Aktiviti Selama Berpantang

As-salam,

OOhhhoooiii~ Kalau dah mata bertentang mata... Hati di dada bagai rasa nak gila... heeeyyyy~~

Haha.. Sape yg gile skrg ni? Teheheh :P
Member ada bertanya, "Camana, best ada baby skrg ni? Merengek tak baby malam2?"

Huhu.. so far, alhamdulillah, best sgt ada baby skrg ni. Even till now pun, saya masih rasa tak percaya dah ada anak sendiri, rasa mcm 'What, dah jadi ibu?!'

Masa berpantang, sgt la heaven. Cuti 2bulan, tp gaji jalan. Jadinya mcm rasa kaya la utk tempoh tu. Bulan pertama pantang, tak brapa nak enjoy sgt rasa cuti berpantang. Sbbnya masih lagi rasa sakit luka and badan pun belum fit. Bulan kedua berpantang, hoyeaahhh~ Siap gi bercuti ujung minggu kat Avani Gold Coast Sepang lagi uols! Merasa la konon g Maldives or Pulau Bora-Bora bersama si kecik and suami. Tehehe..

Even though kengkawan yang datang melawat ada ucap, "Selamat berpantang and beronline shopping, Mel!" Ohooii.. Den takdan nak mengonline shopping pung. Minggu terakhir cuti je sempat beli palazo sehelai kat www.nile.com.my. Kononnya nak renew wardrobe and amik mood utk masuk keje. Phui.. ;P

Tapi, saya dah ketagih jgkla online shopping ni. Antara listing website yang selalu den berkunjung cuci2 mata and terklik add to cart adalah; nile.com, lazada, mysale & lussonet.. Sepbaik telefon den ni masih lagi menggunakan prepaid. If guna postpaid, mau instagram pun den terkunjung and terklik buy! Huhu..berat ni kesnya.. Kes naya pun iye gak.. naya tang my online banking.. haishh... ;P

Rutin ketika dlm tempoh berpantang adalah;
- bangun pagi utk berurut *3hari berturut2 mak bidan dtg umah utk urut. Tp, den tak rekemen la mak bidan ni.. urut macam acah2 mak enon je gayanya*
- menyusukan baby
- pakai bengkung
- pam susu
- tido
- makan; lauk ikan haruan bakar/goreng, sup lobak putih

Ni jela keje den dari pagi smpai ke malam.

Apabila sudah masuk bulan kedua, which dah bulan Syawal
- menyusukan baby
- pam susu
- pakai bengkung
- tdo
- terima kedatangan tetamu yang dtg melawat
- mandikan baby
- tgk tv
- collect duit raya *best woo part ni! Rasa mcm bendahari pun ada*
- menghitung hari utk masuk keje *horror je part ni..yela, projek tak siap lagi walaupun den dah bercuti 2bulan..hampeh betul.. ;P*

For those yang masih lagi mengandung, sabar2.. Nikmatnya akan anda rasai nnt. Best tgk anak sendri kita pangku and susukan. Si kecik lena dalam pelukan kita.. Fuh, experience yang sonok, susah nak cite.. Kengkadang rasa nak buat novel pun iye.. Teheheh... ;P

Masa berpantang ni, suami perlu mainkan peranan. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sgt memahami and byk membantu. Love you, my love! Love you till jannah.. Amiiinn.. ;)) 

Friday, May 2, 2014

Lunchdate at Dome, Subang Parade

As-salam,

Yuhuu~~ Dedulu rajin i nak post ucapan-ucapan sempena cuti kat blog ni kan! Tp rasanya belum terlambat utk den wish uols Selamat Hari Pekerja!!!! *aip, ucapan ni ditujukan khas utk org yg bekerja je okey! Maknanya, utk org2 yg ada je keje yg dia nak buat cthnya mcm suke mengemas, menyapu etc. ngehehehe.. ;P*

Mehla den nak cite apa yg den buat sempena cuti umum smlm.

Smlm bersamaan 1 Mei 2014 (Khamis), saya bersama the half of me berronggeng ke Subang Parade kerana bercadang utk menonton Spiderman yang dilaunch smlm di samping saya pun ada nak shopping brg utk diri sendiri. Haha, dah lama tahan stress, so shopping adalah the best way of treatment to implement.

Kami gerak ke sana pun dah agak lewat iaitu lepas Zohor. Federal highway sangatla lengang. *heavennya if tetiap kali saya nak ke ofis KL mcm gitu gaya kesmoothannya, haish..harapan jela weiii.* Sesampainya kami di Subang Parade, carpark full uols! Haish, waktu tu mmg rasa mcm nak tuju ke Citta Mall jek. Tp ntah camana ntah, ada lagi lorong masuk parking tu still diopen lagi. Then, elok2 jek amik tiket parking, ada kete lain dah kuar. Mmg rezeki di depan mata la kami dapat parking. Takyah nak tunggu and follow2 org kat basement tu.

Since parking pun dah cun, terus kami ke MBO sbb plan nak dptkan tiket Spiderman pukul 4pm. Sampai jek kat MBO, *maakkk aaaihhhh...panjangnya barisan!!!!*  Giler ramai uols! Mana yg smangat terlebih, dorg pakai baju Spiderman. Dgn budak2nya termasuk mak budak pun turut join beratur demi mendapatkan tiket, termasuk la i ni. *walaupun sebnrnya, i bukan tgk pun siri2 Spiderman yang seblum2 ni tp gigih tau nak tgk jgk.. ;P*

My partner tnya, "If tiket pukul 4pm yang 3D tu dah habis, kita tgk 2D punya boleh?"
Then i ckp, ' Rugi.. sbb harga tiket 2D and 3D sama je. Lebih baik tgk 3D. Spec 3D pun ada bawak ni.'
"If like that, kita amik tiket mlm la.. Takpe ke? Esok keje tau."
'Ok je!'

Seperti yang diduga, tiket 3D, 4pm, sold out! Beratur 30minit jgk tau utk dpt turn. So, kitorg decide utk amik tiket kul 9.45pm. Sempatla nak kasi setel Maghrib and Isyak. Jam menunjukkan pukul 3.40pm. Memandangkan perut pun dah lapar banget, kami pun tuju ke Dome. *tetiba asben tingin mkn steak* I follow jek.

We all ordered, Choc A Block, Mango Juice, Fish & Chips, Grilled Beef Steak and 1 extra white rice. *nasi tak tinggal okeh! To ensure perut mmg covered setiap angle. Namau lapar2 nieh.*

Ni la rupa bentuk makanan yang kitorg order!





Overall, makanannya sgt superb! Habis and licin~ *erk, i punya takde la habis..i tinggalkan suku dory fish and 3 baris fries..siyes tak larat nak sumbat dah.*

Memandangkan hari pun masih lagi siang dan panjang utk menanti malam, jadinya kami melepak kat Dome ni hampir 2jam jgk la before berwindow shopping kat Parkson..heheh.. ;P  

Sunday, April 27, 2014

Baby expo @ SACC, 27 April 2014


As-salam uols,

Tadi siang we managed to shop some baby stuff for our little one inside. This is our first time experience to come such this event eventhough hari ini merupakan hari terakhir expo ini berlangsung.

Expo ni started from 25-27 April at SACC Exhibition and Convention Centre. Masa terjahan yang dibenarkan adalah bermula dari pukul 11am - 9pm. Terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang turut dijalankan untuk ketiga2 hari ini. Tapi saya langsung tak amik port. Yang saya tau saya memerlukan stamina yang tinggi, poket yang berduit (poket tak tebal takpe, sbb mmg plan nak beli brg sikit je pun)

Kami gerak dari rumah pukul 10am, tapi sebelum tu, saya setelkan kencing and ensure status perut adalah kenyang supaya 2 perkara ini tidak mematikan mood untuk membuat terjahan.

Kami parking di basement. Bayaran yang dikenakan RM5 per entry. Sesampai kami di sana adalah sekitar jam 10.30am. Disbbkan para peniaga pun masih lg bertungkus-lumus mensettingkan booth masing2 dan para pengunjung a.k.a ibu bapa atau bakal ibu bapa duk menung2 sambil mencongak brg apa yg nk dibeli, saya dan hubby mengambil keputusan utk membuat warm up ke PKNS. *saje cuci mata baju pre-raya* Yerps! Butik2 kat atas tu dah bawak turun baju2 mereka di concourse PKNS. So jika anda mahu membuat terjahan, silalah ke sana ya!

Kami meneruskan track warm up kami dgn melintas ke SACC Mall. Di sana saya terliur dgn donut Big Apple, lalu membuat pembelian sebnyk 3 ketul donut. Pilihan donut yg diambil adalah; Alien, Classic and Mimi Lolo yang total harga RM7.50.

Setelah aktiviti mkn donut yg dinamakan sbg aktiviti mengalas perut setel, kami masuk PKNS kembali utk mendapatkan Cool Blog Oreo pulak *fuh, penuh bernafsu terhadap coklat betul! ;P* Ok dah setel tapao bagai ngam2 je time dah pukul 11am. So kami pun beransur ke lokasi expo dan mula menskodeng2 barangan yg hendak dibeli. Dalam hati atau fikiran telah dilistkan brg2 yg hendak dibeli. Antaranya;
  • lampin
  • bedung
  • tikar change diapers
  • pampers
  • towel.

Baju? Memang sedari awal, baju mmg kami tak target nak beli sbbnya kami telah membeli beberapa pasang baju semasa Mydin USJ membuat jualan besar2an barangan bayi jenama Pureen. So dats why baju mmg den tak pandang. Just fokus kepada apa yg nk dibeli je.

Kawasan pameran tak begitu besar. Tp utk ibu2 yang sarat mengandung, terasa lenguh jugak kaki nak tawaf. Taktik yang kami lakukan untuk memudahkan dan memastikan bahawa kami tidak terlepas booth yg ada adalah dengan cara mengexplore outer layer booth, then baru kitrog tawaf inner layer.

Basically byk booth yg menawarkan tilam baby, comforter, baby cot, car seat, stroller dan pelbagai aksesori. Tidak kurang juga, pihak insurance yang menawarkan plan perlindungan insurance jgk ada merebut peluang di expo tersebut.

Booth pertama yang kami sergah adalah booth Huggies di mana mmg jenama ni je yang ada. So, sales rep tu suggest utk kami amik pakej2 tertentu dan melayakkan kami utk mendapat kuda inflatable for free. Memandangkan saya tidak berminat terhadap kuda inflatable yang ditawarkan, maka saya hanya bersetuju untuk membeli pakej yang  mengandungi; 1 pack of pampers for new born, 2 packs of size S and 1 pack of baby pants pada harga RM125.00. Menurut sales rep tu, dengan pembelian tersebut, kami telah jimat RM50, which i never knew pun if dia kelentong i..miahahah :P Sbb tak penah amik port pun pasal harga diapers ni. So after this, mmg kena take note la harga2 pasaran diapers ni. Husband ada gak tnya, whether pampers ni akan timbul rashes or itchiness to the skin or not? And the sales rep tu jamin bahawa ujian klinikal telah dilakukan terhadap 500 bayi dan mengesahkan bahawa ruam lampin takkan dihadapi dengan pemakaian diapers ni. *we'll see first, ya! ;)*

Selain itu, beliau turut mencadangkan utk mengambil pakej pad overnight utk penggunaan selepas bersalin. Menurut sales rep tu lagi, "You lepas bersalin, akan ada period yang lama. So you guna yang ini.. Sangat jimat lor.. 3 packet only for RM18." Masa dia mention akan 'period lama' tu, i guess maksudnya darah nifas and wiladah la tu, ye dak? So, i pun agreed utk amik pakej tu sbbnya pad pun mcm dah lama je i tak beli and not even notice whether ada wujud ke pad kat dlm simpanan i..huhu :P Oh ya, i beli pakej ni, dpt free wet wipes jgk! ;)

Crowd waktu tu agak pack. Membuatkan pergerakan jadi agak terbatas untuk menyelit sana sini. *sbb duk bergesel sesama perut boyot mak2 budak, and tak kurang jgk perut bapak budak pun dah lebih kurang je sama besarnya.* Tu belum lagi selisih dgn stroller bagai. For those yg bawak masuk stroller mmg agak heaven jgk la utk dorg mengangkut barang.. Mcm kami ni, just guna kudrat yang ada jek. Disebabkan pampers tu agak bulky and berat, kitorg amik keputusan utk hantar ke kereta dulu seblum memulakan 2nd round tawaf.

Pada 2nd round tawaf, kami mencari barang2 seperti yang telah dilistkan di atas dan telah jumpa most of the items yg kitorg targeted kat booth yang diberi nama Littlebayi. So kat sini, kami rembat la serba satu barang yang kami mmg plan nak beli and ada buat tambahan item iaitu botol susu Tommie Tippie 1unit utk test dulu.

Disebabkan kaki dah lenguh masa menunggu turn utk membuat bayaran, maka kami duduk seketika dan fikir ada tak lagi barang yang nak diterjah. Setelah berehat beberapa ketika, kami sepakat untuk berhenti shopping di expo ini dan terus ke kedai kain Alta Moda yang terletak di Seksyen 13 bagi mendapatkan material utk menjahit barut *projek menjahit barut belum start lagi ye, ekoran haritu tak dpt parking kat Jakel, nyampah..*

Sesampainya kami di kedai yang dimaksudkan, kami disambut baik oleh tokey kedai ini. Lalu saya menyebut utk mendapatkan kain cotton yang sesuai utk dibuat barut bagi menggantikan cotton flannel yang tidak terdapat di kedai beliau. Rupa2nya, kedai ni ada mcm2 khidmat yang disediakan selain daripada menjual kain ela dan langsir iaitu antaranya mereka menerima tempahan menjahit utk kaum lelaki serta membaikpulih perabot. *interesting bukan?* Setelah berbual panjang dan melawat2 showroom yang disediakan, kami pun pulang kerana hari pun nak hujan.

Total damage for today:
    • Pampers Huggies + Kotex Pad  = RM143
    • Baby stuffs                                = RM150
    • Kain utk barut without tali          = RM70
Setelah kami sampai di rumah, kawan kitorg ada roger2 kami dan memberitahu bahawa beliau sedang berada di jualan gudang Pureen di Glenmarie. Beliau bertanya sama ada kami ingin memesan apa2 barangan tak sbg persiapan? My husband just order bedak, lotion and another 2 unit of botol susu. Harga utk 2 botol susu adalah RM5. Total utk 3 barang yang kami pesan RM16. Good deal, kan! ;)

Ok, since bahan utk buat barut pun dah ada.. So, kena settingkan jadual utk start menjahit barut la nampak gayanya. Plannya mcm nak menjahit time cuti Hari Pekerja ni jek..huhu! ;)

So, barang yang belum dibeli dan masih lg dalam aktiviti menskodeng price adalah:
  1. Breast pump
  2. Freezer
  3. Tilam baby
  4. Minyak telon Anugerah
  5. Booked org nak urut bersalin
  6. Set bersalin + bengkung
Setakat ni, mcm yg ni jek yang perlu dibeli. *awat mcm sikit je? betul ka?*

Jap meh jot down.

  1. Diaper bag? dah dpt sponsorship. So no need to buy.
  2. Kapas utk mandikan baby? Masih terdapat balance yang saya punya
  3. .... *blur la..nnt ada yg tak cukup, bli jela nanti.. huhu!*

p/s: Happy Birthday my dearie best fren, Shida! :))

Monday, December 27, 2010

Year End Sales

As Salam,

Fuh, even though dah habis Krismas, but still org bershopping.. Maybe sempena YES or sempena masing-masing perhabis duit bonus perhaps.. Yesterday, I went to Jusco Sunway Pyramid, which sales will be ended on 2 Jan 2011, kelihatan masing2 berpusu2 mendapatkan keperluan anak sekolah, and tak kurang jugak yg renew wardrobe.. But me, I shopped make up thingy.. Actually just ada intention nak beli eye-liner at Elianto counter, but then SA tu pandai mengayat, so tersangkut jugak la dgn promosi2 yg ditawarkan.. She said, sempena krismas sales, ada item yg less serendah 10% up to 70%.

So, I bought lipstick, eye shadows, BB cream and make-up remover.. All of them cost me RM71.40.. For this purchased, I got free eye-shadow pallet (because I bought 3 colour of eye-shadows) and the Blue Angelrina Bear..

kecek kat SA tu utk dptkan free item yg blh digunakan mcm blotter ke, face cleanser ke, tp tak berjaya..ciss... ;P *LOL*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...