Pages

Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

Klinik Gigi Zahida, Seksyen 8

Assalamualaikum

Siapa takut nak jumpa dentist?

Meh nak suggest satu klinik gigi yang interior dia, cozy giler dan feels like home. Sangat sesuai untuk sesiapa yang duk debar-debar nak jumpa dentist tu, bahahah...

Memang ralit la kalau duk menunggu turn. Sebab sofa yang disediakan pun empuk terbenam montot bila duduk. Plus ada tempat charge untuk semua jenis handphone.

Lokasinya yang terletak di Seksyen 8,  berada tingkat atas sebuah kedai mamak.. And as usual, kena buat appointment dulu. Jarang untuk dapatkan rawatan gigi kat klinik gigi ni just walk in je ya!

Ni antara gambar di sekitar ruangan klinik tersebut. Gambar pun tak berapa nak clear saya ambil, sebab baru je nak snap a few picture, dah nama saya dipanggil untuk dapatkan rawatan. Jadinya, dapat snap 2 picture jela.. ;)





Jumpa dengan dentist at least setahun 2 kali ya! For those yang nak tambahkan kalsium tapi tak suka untuk minum susu, boleh dapatkan Ostematrix sebagai sumber kalsium anda. WhatsApp saya, MILIA : 012.373.2589 untuk sebarang pertanyaan dan order.

Sebarkan kebaikan Shaklee~

~love~






Tuesday, January 5, 2016

Ole-ole dari Jepun

Assalamualaikum

Just nak upkan short and sweet entry. Ole-ole yang saya terima daripada bos saya.

Cuti sekolah last Disember, my bos went to Japan bersama keluarga. Seminggu jugak la beliau ke sana. So, balik dari Jepun, ada la ole-ole yang dibelikan untuk saya dan kawan-kawan. Tu yang nak share kat sini ni.. heheh

Kit Kat Almond Premium, Kit Kat Sakura Matcha & Kit Kat Wa-Ichigo

Hand Cream Shea Butter & Coconut Oil with Citrus

Kit Kat Sakura tu version Green Tea. Sedap. Rasanya lagi sedap daripada version yang jual kat Malaysia. Kat Malaysia, rasanya lemak-lemak manis coklat putih. Yang ni, manisnya just nice and takde rasa lemak-lemak coklat tu.. No wonder la, ramai kawan-kawan saya akan pesan untuk belikan coklat kitkat green tea ni kat Jepun kalau dapat tau sape-sape yang ke sana..

Kit Kat Wa-Ichigo tu pula, perisa strawberry. Rasanya yang strawberry flavor ni takde jual kat Malaysia. Tak tau la kalau dah ada kat Cold Storage or kat Jaya Grocer.

Hand Cream tu pula, best! Wangi.. sesuai untuk diletakkan kat dalam handbag sebab sizenya handy. Plus, those yang kerja dengan suasana aircond, memang perlu lotion and hand cream ni. If tak, kering weih..

Tu je kot nak share pasal ole-ole dari Jepun ni. Thank you boss! ;D

Thursday, October 15, 2015

Assalamualaikum,

Scents creates moments..
Moments creates memories..

So, my mission is to get rid all my perfumes yang mencipta memories masa zaman luka, dilukai dan terluka.. huhu..

Byk collection perfume yg saya ada.. and mmg susah nak habis sbb slalu sembur sikit2 je..hee..

After bape lama tak pakai perfume, tetiba rasa nak pakai.. then bila pakai, teringat.. eh, perfume ni masa aku keje kat bla bla..n masih lg in relationship dgn dia.. *paling tak suke bila teringat ni..haih*

Haih, nak buang, sayang..sbb bli sendiri n mahal kot.. so, slowly la saya main sembur2 kat toilet.. bawak g ofis pun bg je kat org pakai.. sbb nak bg cepat habis and blh buang.. *tu yg tak sabar*

Hope, blh la habiskan sume perfume tu before my birthday, yeahhaa~~~


Friday, September 18, 2015

Spa D'Wajah Anggerik Mall

As-salam,

Haritu gi Anggerik Mall utk carik baju kurung. Then, takde yang berkenan so jenjalan dlm tu, kemudian ternampak Spa De Wajah yang terletak bersebelahan dengan Tabung Haji.

Since dah takde nak buat apa lunch hour tu, so saja2 la g terjah. Tanya la kat beautician kat situ, fully occupied ke? Then katanya tak.. just ada 2 org pelanggan je yg tgh berurut.

Bila pikir blk, best jgk urut ni.. tp konferm 3jam baru habis.. mana nak dan.. Then decided utk try facial yg ada kat situ.

Saya cuba normal facial RM 80, tu pun dah 60minit estimate duration time dia. Apatah lagi kalau amik yg gold facial dia yang 90minit tu, mau terlelap2 berkajang2 kang..

Beautician yang attend saya that day was Tiara. Urutan dia tak bape kuat eventho saya dah request utk dia tekan kuat ketika urut muka. But, masa dia godek whitehead tu, pergh! Superb beb! Mmg terbaekk.. mmg dia belek setiap milimeter wajah saya. Mmg dia tak benarkan whitehead bersembunyi. Sakit mmg sakit, tp puas ati.. huhu.. 

D Wajah ni ada 3 cawangan di sekitar Shah Alam. Yg kat Seksyen 13 and PKNS tu more to salun.. So people, if korg bercadang nak urut n buat facial, g yang kat Anggerik Mall ni k!

Total saya rileks ketiduran kat situ, ada la dalam 1jam 45 minit. Before leaving that spa, dia ada bagi air suam dan jugak teh serai utk bg kita segar. Yela, dah tdo tak hengat kan.. heheh..

Anyway, nak try spa yg kat Putra Height. Dgrnya best kat situ. Ok, chow! ~love~

Sunday, September 6, 2015

Shaklee: Sel badan kita perlukan Vivix

As-salam,


1 untuk abang,
1 untuk kakak,
2 untuk parents,
2 untuk parents in law!

Yeeahaa~~ Jom kongsikan kebaikan Vivix bersama insan kesayangan.

Kenapa saya ajak kongsi kebaikan Vivix bersama kesayangan? Eheheh... During raya month, dah tentu2 uols busy attend open house, penuhi jemputan makan-makan kat ofis nun. Tu belum kerepek n segala jenis kuih raya bertapuk kat ats meja kan? Time melantak sakan tu, word lemak degil, gemuk tetiba je mcm hilang dlm kamus diri kan? Sbb pantang jumpa punya pasal.

Since raya pun dah habis, jom cuci segala lemak toksin yang kita dah bedal. Sel badan kita ni perlukan Vivix bagi membaik pulih sel-sel dalaman yang dah mati. Selain itu, ia juga berupaya menurunkan kadar kolesterol.

Tu bg kaum pempuan yang sgt menjaga kecantikan. Vivix jugak kongsi kebaikan juga kepada kaum adam. No worries wahai lelaki! hehhe.. 

For those yang mmg dah pasang niat utk tinggalkan tabiat merokok, meh saya bantu anda untuk tinggalkan terus dunia asap rokok yang berbahaya utk diri sendiri apatah lg perokok pasif dan lalui dunia sihat dengan Vivix. Caranya bagaimana?

Dengan pengambilan Vivix secara konsisten, anda berupaya utk meninggalkan tabiat merokok kerana kandungan muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum mampu utk menhidupkan kembali deria rasa pada lidah dan lidah perokok tegar akan rasa tak nak lagi utk merokok. 

Tak lupa jgk kepada penghidap diabetik. Yezza, diabetik tak mengira usia skrg ni.. Adalah baik mencegah daripada mengubati.

Best kan? Semua peringkat umur boleh nikmati faedah Vivix ni.

Dengan promosi Vivix, anda akan dpt:
  • menikmati harga ahli
  • boleh dpt bonus tunai
  • boleh mencantikkan kulit
  • boleh membaiki sel-sel yang rosak
Super best kan tawaran ni? Jom, hurry up! Jgn lengah2 mak limah jalan melenggang la weih.. WA me for more detail!

Sebarkan kebaikan Shaklee ~love~

Thursday, September 3, 2015

Shaklee: ESP Promo

As-salam,

Meh nak share September promo! Wah, lama tak promote produk terbaik Shaklee ni.

Bulan ni ada promo ESP, beli 7 tong pada harga 6 tong. Senang cerita, buy 6 free 1. Sgt la berbaloi-baloi. 
'Eh, byk sgt la.. takde la akak nak bli sekali 6 tong tu.. byk2 nak buat apa?'

"Banyak-banyak nak buat apa akak kata? Mcm-macam akak boleh buat dgn ESP ni."

Kalau tanak bertong-tong, blh jgk nikmati promo beli 2 dan diskuan 5%. Jimat! Promo ni tak selalu ada. Sebab tu tak rugi kalau beli byk2 utk stok. 



Ok, tadi ada cakap kan, nak buat apa la ESP banyak2. Meh nak share apa manfaat yang akan diperoleh bila consume ESP ni.

  • Ia bertindak sebagai milkbooster dan pemberi tenaga
  • Dapat memekatkan susu ibu dan memberi nutrisi yang lebih kepada baby dan membuatkan baby kenyang dgn lebih lama. Kena ingat ya, apa yg ibu consume, itula khasiat yg baby terima.
  • Membantu si ibu kembali bertenaga dan tampil dengan kulit yang lebih cantik kerana ESP akan bertindak menggantikan tisu yang lama kepada yang baru
  • Menstabilkan hormon dan buat badan lebih energetik, dan memejalkan payudara
  • Membantu menghilangkan kesan parut hitam yang kebiasaannya berlaku kepada ibu-ibu yang hamil seperti di celahan leher.
  • Dengan pengambilan yang teratur, ia dpt menjadikan susu ibu lebih banyak, pekat dan sedap.
  • Bagi mendapatkan kulit halus, boleh juga dijadikan masker.

Byk tak khasiatnya? Ni baru sikit.. Nanti i share lagi ya!

Any enquiries, do contact me at 012-373 2589! Sharing is caring. Mari berkongsi kebaikan. ~Love~




Wednesday, March 11, 2015

Model Inner

Assalam,

Weaahuu..duk belek2 folder lama, then terjumpa ini gambar!

Kehkehkeh..ini gambar masa sebelum kahwin. My friend hire me to be dia punya model for inner tudung. Haha.. i pun terima je la offer dia. Sbb mmg ada perasaan untuk jadi model pun sebelum ni..kehkekhekh. Tp tak kesampaian pun, yela tinggi pun idaklah mcm Tyra Banks, cutting bdn pun takdela mcm Kim Kardashian.

So, as agreed, appointment dgn member i ni pagi, kul 7.30am. So as usual, i prepare food for my fiance *fiance la at that time* , supaya dia tak lapo sementara menunggu i kena make up and during photo shoot.

Gegas2 dia amik i kat umah and i pun dah siap tapaokan utk dia nasi lemak yg i buat then terus we ols gi Saujana Putra, rumah MUA tu.

Risau sebenarnya nak kena mekap muka ni. Sbb katanya, nnti bila dah penah mekap tebal, during kawin nnt katanya muka tak glow. Konon pantang sebelum kawin la kisahnya ni.

Tapi disbbkan saje nak try and error, so i pun ok kan jela muka ni kena mekap tebal. Risau bila tebal2 ni, takut muka jadi mcm bapok..sbb muka jenis muka bersegi and kasar sbb i jarang senyum ;P And hasilnya, tadaaa~~

Muka takde perasaan

Tengah praktis2 nanti nikah nak senyum camni ke? ekekke ;P

According to my fren punya komen, dia kata muka i susah nak senyum and tak photogenic la senang cite, so, i takdela terpilih utk the next session punya photoshoot. :P

Kriteria yang dia nak,
  • muka nampak maneeess
  • senyum tanak nampak gigi
Mmg tak la wey, muka i sesuai bila senyum nampak gigi. Baru la nampak ceria and maneess.. If senyum tak nampak gigi ni, mmg konferm2 sgt muka ketat.. teheheh ;P

Anyway, best jugak photoshoot kat Putrajaya Taman Botani tu. Dptla merasa mcm mana bahang kena mentari pagi, kena salin2 tudung..haha..inner je pun.. kuikuikui 

K la, daaa~~



Wednesday, October 29, 2014

Kasut Carlo Rino to Let Go

Salam,

Saya ada sepasang kasut yang nak diletgo. Telah diiklankan menerusi insta, tapi tak dpt sambutan. *insta tak cukup ramai lagi followers kot* Ceh, bajet mcm blog ni ramai benar followers nya kan! harharhar.. ;P

Meh tgk meh, kasut yang saya nak jual ni. Jika berminat, boleh je dropkan komen.. First come first serve basis.


Saiz: 6
Warna: Coklat
Tempoh digunakan: 2 hari
Sebab nak let go: Tak sesuai dengan kaki
Harga beli: RM99
Harga jual: RM70



Wednesday, April 23, 2014

Product Review: Mistine Egg Mask

As-salam,

Pernahkah anda mendengar or diintroduce dengan product yang dinamakan sebagai Mistine Egg Mask?

Jika tak pernah, anda adalah sama seperti saya! *yeay, ada geng! Miahahaha*

Saya pun sebnrnya tak pernah pun dgr pasal product ni. Memang selama ni pun duk mencari product yg blh digunakan sbg peeler kepada white head yang duk bersaing sesama sendiri kat idung i yang mereka sewenang-wenangya menjadikannya sbg tapak utk muncul melata.

Penah tnya kat pakcik Google, pakcik Google syorkan utk gunakan putih telur tempek kat tempat yg bermasalah dan utk memudahkan proses mencabutnya, kena tempek facial cotton. Tetapi apabila memikirkan risiko akan berlaku kedutan seandainya semasa proses pengeringan, anda tergelak or tersenyum, maka kulit anda yg mulus itu berkemungkinan akan terdapat garis kedut. *yup, its happened to me once upon a time ago.* Tu yang den seriau nak guna putih telur ni.

So, apa yg saya buat sementara tak jumpa product yang sesuai, saya gi la buat facial. Tp itula, bila buat facial, mau mengalir airmata bila beautician tu tekan sekuat ati demi mendapatkan seketoi white head. Tu baru seketoi, yg duk ada ni berketoi2, mau den bg penendang kat beautician tu kan.. Suatu hari, ada terbaca kat blog ni.. Dia gunakan product ni. So, saya carik info kat Mudah.com dan terjumpa la org yg jual product ni. Product ni dijual dengan harga RM20. Siap dpt free sample utk lelain lagi, uols! Tu yg i Like!

Nak guna Mistine Egg Mask ni, sangatlah mudah! Sila ikuti 4 langkah berikut:
  1. Cuci muka anda dengan pembersih muka kegemaran anda. Kalau rajin, scrub skali, kasi senang peeler tu nak peel apa yang patut.
  2. Picitkan Mistine Egg Mask dan ratakan. Utk mudah mem'peel'nya, anda dinasihatkan utk buat lapisan tebal.
  3. Biarkan kering. Mcm mana nak tau dia dah kering? Bila anda rasa muka anda pun dah statik and kulit anda berkilat.
  4. Peel it off and bilas!
Yang best tu, takde bau telur pun kat product ni. Dia bau wangi. Rupa cecairnya putih silver2, pekat and mcm gam. Even masa anda nak tanggalkannya dari muka, mmg ia seperti keruping gam yang kering tu. I pakai, lepas tu, rasa kulit mcm mulus je.. hikhik *ke i je yg perasan? miahahahah ;P*

Nak cuba? Cubalah~ Boleh google image, skrg dah femes product ni.




Tuesday, April 15, 2014

My Pregnancy Pillow

Salam,

Hi uols!

Entry kali ni nak share experience den menggunakan pregnancy pillow.

Pregnancy pillow ni i beli kat my ex-schoolmate *schoolmate masa skola rendah kat Kedah*. Mcm tak percaya je kitorg still keep in touch sampai skrg..huhu..ni sume Facebook or Frenster punya penangan.. If tak, rasanya mmg last contact pun time form 3 dulu la kot..

Sbnrnya ada byk shape pregnancy pillow ni.. Antaranya C shape, G shape, half moon etc. And harga pasaran kat luar mmg sgt la mahal, boleh mencecah RM200++. Tp beli dgn kawan i ni, harga yg ditawarkan sgt reasonable and berbaloi2! Guna kekabu gred AA and cotton yg berkualiti.

Sebenarnya i dah tempah kat dia masa my pregnancy masuk bulan ke-3. Tp during that time pun, dia sedang sarat mengandung, so i cakap kat dia, *meh nak quote sket perbualan Whatsapp kitrog.*

'Takpe wey, lepas ko pantang pun takpe.. sbbnya aku blh je tdo mcm biasa skrg ni.. by the time ko habis pantang, aku dah masuk 6 bulan. So, aku rasa during that time is the right time utk aku guna pregnancy pillow ko.' 

Meaning, bukannya i nak rushing2 pun guna pregnancy pillow ni. Sbb waktu tu i baru mengandung 3 bulan, so masih boleh tido lena mengikut pelbagai gaya. *yup, sbb i masih boleh lagi meniarap pada ketika ittew.*

Apakah masalah yang bakal dihadapi oleh preggy mommy bila usia kandungan telah menginjak masuk trimester ketiga?
  1. Tidur serba tak kena. Telentang pun tak best, mengiring pulak lengan akan lenguh, sbb beban badan menekan lengan.
  2. Lenguh pinggang, sbb berat akan tertumpu kat area pinggang and tulang belakang.
  3. Bila dah tidur pun serba tak kena and lenguh pinggang, maka anda tidak akan dapat tidur yg berkualiti
  4. Bila dah tidur pun tak berkualiti, anda tend utk cepat letih pada keesokkan harinya dan moody

Apakah kebestannya guna pregnancy pillow ni?
  1. Membuatkan tidur anda lebih lena (still kena adjust posisi yang selesa, tp tdo anda akan lebih lena)
  2. Masalah seperti yang dinyatakan di atas dapat diatasi atau dikurangi
Owh forget to mention, saya tempah yang C shape.. So, C shape ni ada byk gaya kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Selain itu, lepas give birth, bantal ni blh jgk digunakan as nursing pillow.

Pada mulanya bantal ni sampai, ia keras and takleh lentur lagi..yela, kekabu pun padat and berat.. Tetapi, setelah beberapa minggu guna bantal tu, then bantal tu dah start lunyai and loose.. Lagilah mudah utk anda mempelbagaikan gaya menggunakan bantal tersebut dan sgt2 la best! *husband i pun kekadang ngendeng guna bantal tu, i tell you!! heheh.. ;D *

Masa saya order bantal ni, dpt pakej free smelly pillow. Tp since kekabunya telah habis, so my fren said dia akan poskan.

Inilah rupa bantal yang saya duk gebangkan tadi.

Gambar kanan: Bentuk asal
Gambar kiri: Setelah dilentur






Friday, December 16, 2011

Suntikan HPV.. Ouuch!

As-salam,

In previous entry, eden dah berjanji nak crite apa itu suntikan pelalian HPV kan? HPV ni atau nama penuh dia Human Papiloma Virus adalah penyebab utama kanser servik yang kebarangkalian dijangkiti kepada org yang telah berkahwin. In my case, saya yang stil single and available ni just nak prevent, tu yg saya amik suntikan ni awal2. Memandangkan pada ketika saya mengambil suntikan ini, umur saya tidak lagi berumur 13tahun, maka saya perlu la mengeluarkan kos suntikan dari poket saya sendiri. ;)

Terdapat 3 fasa suntikan yang perlu diambil dan wajib patuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya anda terlepas utk mendapatkan suntikan seterusnya pada tarikh yang telah ditetapkan, anda perlu mengulang kembali suntikan yang pertama.

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama kali diterima
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga - 6 bulan selepas suntikan pertama

Mungkin macam konfius, meh saya bagi contoh jadual suntikan saya, k! ;)
Suntikan pertama - 29 Oktober 2011
Suntikan kedua - 29 November 2011
Suntikan ketiga - sekitar bulan April 2012

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis suntikan yang anda boleh pilih iaitu Cervaric ataupun Gardasil *sorry if salah spell*. Bagi Cervaric, kosnya dalam RM199 hanya untuk ubat suntikan tu je, tak termasuk dengan consultant fees doctor (depends pd hospital/klinik yg korg pergi la), manakala Gardasil pula kosnya sekitar dlm Rm250++ *ni pun ubat inject tu sahaja.*

Apakah beza Cervaric dgn Gardasil ni? Kedua2nya menjalankan fungsi yang sama iaitu prevent daripada kanser servik. Cumanya Gardasil ni ada additional lagi iaitu menghindar daripada warts/ketuat/polips kat area situ. Tp based on my doctor advice, dia kata if amik yang Cervaric pun dah ok. ;)

Sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik or hospital swasta, lebih baik korang call dulu utk ensure availability stock injection tu and jgn lupa utk mention suntikan ke brapa yg korg nak amik.

Diingatkan, suntikan ini agak sakit. Masa doktor cucuk jarum tu, takde masalah pun, even korg takkan terasa apa2.. Tp ketika doctor start tekan picagari utk masukkan vaksin tu, baru korg rasa sakit.. Untuk suntikan pertama, saya ok lagi. Suntikan kedua, agak sakit dan terkesan ingatan sakit tu walaupun saya dah smpai kat umah and ada bengkak sikit. And diberitahu bahawa suntikan ketiga/terakhir tu adalah lebih sakit dan pedih.. *fuh, ni yg buat eden takut ni.* As usual, kita pun mcm baby juga, lepas je dpt suntikan tu, korg ada rasa mcm nak demam..just rehat kat umah n bykkan minum air.. If takut melarat, boleh la if nak makan Paracetamol.

Rasanya tu je kot nak cite psl HPV ni.. If ada apa2 info yang tersalah ke, just bgtau je.. sbbnya info yg saya dpt ni pun drp doktor jugak n drp pengalaman saya sendiri.



p/s: Isk, mana nak dpt durian ni ek..tingin laa~~

Saturday, November 26, 2011

Spa Keretaku, Spa Kakiku

As-salam,

Ok, in this previous entry which entry siang tadi, saya ada mentioned nak hantar Ronaldo saya gi spa kan.. Nak dijadikan cite, mmg siang tadi, after work terus pecut gi hantar my car kat car wash.. Lepas je kete tu dicuci, even dlm proses mat bangla tu tgh duk lap2, tetiba hujan uols! Memula hujan gerimis2, hati ni leh tahan lagi.. dlm 2minit mcm tu, VASSSS terus hujan lebat... Waaaaaaaaaa... T_T.. luluh hati ni..tp nak buat mcm mana kan, I hulur duit RM10, then terus pecut balik umah..

Smpai je umah, my parents dah gi wedding my 2nd kazen tu.. n my sis pun takde. Yg ada just my bro. Perut lapar..tnya kat my bro, dah mkn blum? Then dia jawab, blum.. Hurm.. Bila dah lapar di kala tiada makanan ni, kebiasaannya saya akan tidur demi utk melupakan perasaan lapar.. Solat Zohor jap, then lepak kat sofa.. Dlm nak lelap2 tu, my parents pun dah balik. Wah, gembira bukan kepalang di kala menyambut kepulangan parents I.. Yela, kebiasaannya, adat org jawa *owh, lupa nak gtau..fyi, I ni mixed okeh! ;P* akan bawak balik 'bontrot.' *sebut betul2 yer!* 'Bontrot' ni makanan kenduri yg dah ditapao utk diberi kepada sedara terdekat. Tp, sekali lagi hati ini hampa apabila melihat tgn ibu saya hanya memegang kotak kenduri yang berisi coklat cadbury dairy milk yg kecik2 tu 3 ketul+2 biji choclairs bersama 3ketul kuih bahulu.. Bahulu mana leh layan time lapar2 gini.. Disebabkan tertekan dengan keadaan itu, saya makan sume coklat2 tu.. Pastu dgn manja memberitahu ibu saya, "Ibu, lapar la.." Seminit kemudian, abg saya ajak saya kluar. "Jom, dik! Teman abg mi gi SACC..nak urut kaki la..ada kan kat situ?" my mom suh saya ikut n pesan kat my bro, "Bawak adiknya makan..lapar budak ni.." huhu~~ tetiba je mata yg layu jadi terang! hao yeah!! sek fun lo! huhu~~ \(",)/

Dlm pukul 3.30pm mcm tu, saya bersiap n gi la SACC. Spa urut refleksologi yang dituju namanya KAKIKU The Power Of Touch.. Lokasinya di tingkat 3, SACC. Berhampiran dengan KK Decomart tu.. Menariknya, masseur dia adalah terdiri daripada org buta.. Ada yg buta semulajadi and ada juga yg buta disebabkan glukoma.. Abg sy amik pakej Kakiku Special iaitu 60minit for foot reflexology+30minit head & shoulder massage = RM72.. While saya memula plan nak amik foot reflexology utk 60minit = RM46. Tp dioffer dek kakak yg jaga kaunter tu suh saya amik pakej Quick & Easy II iaitu 40minit foot reflexology +20minit head & shoulder massage pada harga RM51.. Dah terlebih bajet sebnrnya.. Tp disbbkan daripada saya melangut je, so saya try kan aje la.

Saya request utk masseur laki yg urut kaki saya kerana menurut kakak saya yg pernah try urut kat sini bgtau, if masseur tu pempuan, urutannya alahai gemalai punya style.. utk tang kaki je la saya mintak laki yg urutkan. Tang head & shoulder tu saya mintak pempuan la yang urut.. huhu.. ;)

Masseur memulakan urutan kat kaki kanan saya.. Rilex je, siap saya boleh menyambung membaca novel saya dengan tenang. Sekali dia urut kat kaki kiri saya, huumangaaaiiiiii...sakit dowh..menahan sakit je la.. Selesai 40minit urutan, sblum ke bilik khas utk sesi urutan seterusnya saya sempat la bertanya kat brader tu, "Nape ek, kat kaki kanan tadi urut saya tak rasa sakit.. tp yg kaki kiri saya rasa sakit.. ada kaitan ngan jantung ke atau apa2 organ dalaman ke?" *Ewah, pnjg pulak soalan, siap tnya psl organ dalaman bagai.. ;P* Brader tu rilek je jawab, "Sbbnya kita berjalan, byk gunakan sendi sblh kaki kiri." Saya pun mengiyakan je la.. *dah den sndri pun tak tau..if fakta, terimo la yo..if auta pun, terimo la juo.*

Ok part urutan seterusnya bermula dgn muka.. Masseur pempuan ni urut kat area mata n kening. Tp ada part kat kening sblh hujung, bila dia picit, rasa geli smpai ke pinggang weih! *apesal ek?* Lepas je muka, kat area bahu pun dia ada la mcm cari2 urat, tp tak berape nak beriya.. kat area bahu ni pun dia urut rasa geli sampai ke pinggang.. tp tahan jela.. Takde la rasa best sgt, sbb 20minit, so ape je yg leh diexpect? Then dah setel, saya tunggu my bro before setelkan pembayaran kemudian kami menuju ke Restoran Uncle K. Lapar weih, siyes! Mmg selalunya mcm tu, if lepas urut je, perut automatik jadi lapar.. Tambahan mmg lunch pun I dah skip kan..

Ni la dia, muka hadapan kedai Kakiku Reflexology

Photobucket

So kat Uncle K ni, my bro order Kemaman Ice Coffee and Nasi Goreng Tenggiri & Kerang. Ni signiture dish dia. Rasanya? saya tak try rasa la dis time eventho nafsu makan rasa mcm membuak2 je time tu.. huhu..

Photobucket

Saya pula order ABC for drinks and Sizzling Wantan Mee.. Haha..yg ABC ni walaupun dah petang nan dingin lepas hujan, still nak belasah jugak ABC pasalnya dah sbulan kot tingin nak mkn ABC yang sedap.. Tp disebbkan taktau celah mana port ABC yg sedap dpt dijumpai, makanya saya pun belasah la ABC di Uncle K ni. Antara isikandungan yg ada dlm ABC ni selain drp susu pekat n sirap ialah kidney bean, kacang tanah goreng, cincau, jagung, buah laici sebutir, agar2 sagu yg bulat kaler merah n hijau tu n buah pala.. Pastu ada eskrim kat top of the mountain of the ice.. *betul ke ayatku ini?ahh, belasah je la.. hik2.. :P* Jujurnya, saya tak mampu nak habiskan ABC ni, dek perut dah penuh diisi dgn kuah sizzling yee mee..tambah plak yee mee tu pun maybe dah kembang kat dlm perut kan.. So takde ruang dah si ABC ni nak menyelit.. ;P Rasa? Tak brape best sgt..biasa je..

Photobucket

Yang ni la sizzlingnya.. masa tangkap gmbr ni, kuah dia buih2 berasap! Takde la gmbr statik kabur mcm ni je kan..huhu.. Utk sizzling ni, rasanya sedap! Rasanya tak mcm yg slalu kita makan kat foodcourt tu.. Kuah dia rasanya mcm dia guna kuah mushroom, tp sedap! yg ni pun actually signature dish kat situ. Yg ni I recommended!

Photobucket

Sesi merehatkan kaki sudah, sesi perut diisi pun sudah.. Jadi, kami pun memulakan sesi mengangkat kaki dari SACC.. wah lao weih, dh mcm rhymes la..heheh.. :P Kami pulang ke rumah pukul 6.20pm.. Sesi outing yg dikira boleh tahan lama gak la, walaupun hanya di blok belakang rumah.. ;)





p/s: I still prefered Thai massage eventho bdn kena lipat2 dek masseur tu, tp i rela je. If tradisional massage, ske yg makcik2 kat kampung duk urut tu..yg tu siap betulkan pundi kencing kita, naikkan peranakkan..mmg totally ohsem! ;)


Sunday, June 5, 2011

Mari Belajar Make Up

Alops!

Entry kali ni nak kongsi cara nak merias mata menggunakan dwi-warna. I am not an expertise in make up ni. Tp sekadar boleh la nak menata rias wajah sendiri. Still in learning process lagi sebenarnya. Me suka kaler2 ni, tp masih kena byk belajar lg, lebih2 lagi utk main dengan byk warna. Sebab kita kena faham juga make up tu sesuai tak dengan warna kulit kita dan jugak ke-heavy-an pada muka. Normally kalau gi function2 or dinner, sesuai utk kenakan make up yang agak tebal and bley la nak letak glittery2 tu..sbb nak bagi menonjol especially kat part mata.. So bila kita tgk org yang bermekap tebal kat function2 ni, kita faham la kenapa org ni make up gini. Tp kalau setakat nak gi ofis ke, nak gi pasar, shopping pd hujung minggu rasanya tak perlu kot utk mekap tebal2.. Tp depends pada confident level individu tu jugak. If dia rasa ok je even tho waktu tu tgh panas terik, then biarkan la dia.. Lagipun, dia punya mekap, dia punya muka..so Ada Aku Kesah ke? hehhe.. :P *ayat poyo zaman kini*


Photobucket


Kalau tgk kat gmbr di atas, me gunakan eye shadow In-2-It, Trifle colour code ED33. Simple je nak gunakannya iaitu, seperti biasa kita kena applykan moisturizer kat seluruh muka then titikkan 5 point of foundation. Me tak suke pakai foundation sbnrnya. Entah kenapa.. So normally, I just skip je tang pemakaian foundation tu. Directly tepek bedak compact. Kemudian, apply eye shadow highlight tu kat seluruh kelopak mata. Setelah rata, amik kaler yg maroon tu, letak kat hujung kelopak mata di sebelah luar.. Mulakan dari luar dan perlahan2 adunkan kaler tu ke sebelah dlm kelopak mata. Masa mengadun tu, pastikan gerakan berus/applicator tu membulat yer, supaya nampak lagi natural bila kita blend the colour. Last step is kemaskan dengan mengenakan eyeliner. Eye liner ni I guna Estee Lauder yang dipinjam from my sister. Pemakaian eye line ni, kalau nak ke pejabat normally cukup sekadar applykan kat upper eyelid. If nak gi berjalan tu, ok la kalau nak apply kat sekeliling mata. Selesai pakai eyeliner, boleh la dilengkapkan dgn mascara. Tp, in my case, saya tak suke utk guna mascara.




K, rasanya tu je kot yg mampu utk dikongsi. Daa~~

Wednesday, March 23, 2011

Kiehl's Boys

Hola~~

Korang pernah dengar tak Kiehl's Boys before? Actually I just knew about them bila terbaca satu flyers ni.

Who are they? Oops, cannot answer this question since the leaflet already gone (dh misplaced kat mana entah.. :P)

Basically Kiehl's Boys ni terdiri daripada a group of 5-7 person. Kemunculan diorang ni, hanya di selected Kiehl's outlet especially during weekends. Kalau korang ada terjumpa dengan diorang ni, diorang akan berdiri kat dpn outlet Kiehl's dan bagi korang minum jus oren yang dituang ke dalam tabung uji. Kemudian, diorang akan bagi borang untuk korang jawab. Basically dia nak tau kita punya jenis kulit; dry or oily or combination skin type.. ada pores tak, ada applied sunblock tak when kluar..that kind of question la. Lepas je habis isi borang tu, then dia akan pas kita kat beautician dia.. Luckily, my sis and me dpt beautician yg tak lokek.. Dia examine kulit kita secara mata kasar je la, then bg free sample of Kiehl's product. I got 4 free samples iaitu;

1) Ultra Facial Cleanser - for all type skin

2) Calendula Herbal-Extract Toner - for a normal to oily skin type (yups, I have combination skin type, dry and oily at T-zone)

3) Acne Blemish Control Daily Skin-Clearing Treatment 9 (I do have acne and scars on my face kesan drp jerawat yang dipicit)

4) Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque - to be applied once a week.

Ada jugak yg just dpt 1 sample je.. Sbb tu la I mentioned our beautician tak lokek..hehe.. ;P Rasa mcm best juga la, yela dpt free! Kiranya on that day, customer yg penuhkan sales floor Kiehl's tu adalah customer yg telah minum air jus oren dari tabung uji, isi borang yg disediakan and dptkan sample percuma je.. ;)


p/s: Org Malaysia kan suka benda free, tak gitu? ;P


p/ss: Boleh la try Google siapa Kiehl's Boys ni kalau nak tau lebih lanjut siapa org2nya.. ;)

Thursday, March 3, 2011

Lalalalaaa~~

Good day fellas!
.
Since there is no activity that I will do on this weekend, so I will share with you what's inside my make-up bag. Hehe...habis dah takde modal nak crite.. :P
.
I confirmed every ladies handbag will have make up pouch or bag, selain daripada sanitizer, tissue, handphone, purse and so on. Tak kisah la whether the size of the handbag kecik atau besar. Mesti akan ada terselit make-up for beauty. But today, I will share with you apa yang ada dlm mine make-up bag.. ;)
.
1) Sabun pencuci muka (tradisional punya) – bought from Siti
2) Moisturizer Garnier (travel kit size) – dapat free, so guna je la..
3) Liquid Foundation, Sand Beige from Elianto (recommended by Lin) – Lin, I suke this one!
4) Johnson & Johnson Baby Powder (travel kit size and dpt free jugak)
5) Eyeliner Clinique – my sister bought it for me.. habis yang ni, beli yg murah2 je lepas ni.. :P
6) Mascara from Maybelline (yg cat eyes punya kot kalau tak silap..dah hilang dah tulisannya sbb jarang pakai)
7) Two Way Foundation by Miyami – bought from Cosway. Ni pun beli time ada promotion.
8) Blusher Color Sense by Cosway – ni pun beli sbb share ngan Kikin. So jadi RM7 kot..
9) Eye Shadow from In 2 It, Trifle colour code ED33 - influenced by Kak Siti CRM now Quality Dept.
10) Lipstick – Sweetie Red from Elianto & Fire of Passion from L'Oreal
11) Lip Balm – Satsuma Shimmer from Body Shop
.
Antara byk2 item ni, yg I like the most and selalu guna are sabun pencuci muka sbbnya buih dia boleh tanggalkan apa yang kita letak kat muka.. so, no need make up remover.. dah jimat kat situ.. and then, foundation pun ok jugak, sbbnya muka tak berminyak and rasa halus je..maybe sesuai with my skin type kot.. eyeliner pun best, sbb mudah nak calit kat mata sbb tekstur dia lembut..lisptick from Loreal tu pun I suka.. colour dia lembut and natural.. and last but not least the lip balm! Yg lip balm ni tak sure kenapa blh suka kat dia.. maybe sbb bau dia sedap and macam best je nak guna.. oh tak.. reasonnya adalah dia lambat habis..lebih kurang 7 bulan kot.. sbbnya rasanya baru beli dlm 4-5 kali mcm tu kot.. I use this product since my Uni years same as the Loreal lipstick tu.. erm, yerps..betul..fakta berkenaan lipstick and lip balm tu mmg telah disahkan oleh my memory lampau..yerp, correct!
.
Ok, sekian. Serious, taktau nak crite apa lagi ni.. Next time I update lagi yer! The next entry will be Bachelor Party for one of my friend.. Siapa?? Tunggu....~~ ;)
.
.
P/s: But please pray for me to my rajinness to edit the photos and draft the entry, k.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...