Pages

Wednesday, April 23, 2014

Product Review: Mistine Egg Mask

As-salam,

Pernahkah anda mendengar or diintroduce dengan product yang dinamakan sebagai Mistine Egg Mask?

Jika tak pernah, anda adalah sama seperti saya! *yeay, ada geng! Miahahaha*

Saya pun sebnrnya tak pernah pun dgr pasal product ni. Memang selama ni pun duk mencari product yg blh digunakan sbg peeler kepada white head yang duk bersaing sesama sendiri kat idung i yang mereka sewenang-wenangya menjadikannya sbg tapak utk muncul melata.

Penah tnya kat pakcik Google, pakcik Google syorkan utk gunakan putih telur tempek kat tempat yg bermasalah dan utk memudahkan proses mencabutnya, kena tempek facial cotton. Tetapi apabila memikirkan risiko akan berlaku kedutan seandainya semasa proses pengeringan, anda tergelak or tersenyum, maka kulit anda yg mulus itu berkemungkinan akan terdapat garis kedut. *yup, its happened to me once upon a time ago.* Tu yang den seriau nak guna putih telur ni.

So, apa yg saya buat sementara tak jumpa product yang sesuai, saya gi la buat facial. Tp itula, bila buat facial, mau mengalir airmata bila beautician tu tekan sekuat ati demi mendapatkan seketoi white head. Tu baru seketoi, yg duk ada ni berketoi2, mau den bg penendang kat beautician tu kan.. Suatu hari, ada terbaca kat blog ni.. Dia gunakan product ni. So, saya carik info kat Mudah.com dan terjumpa la org yg jual product ni. Product ni dijual dengan harga RM20. Siap dpt free sample utk lelain lagi, uols! Tu yg i Like!

Nak guna Mistine Egg Mask ni, sangatlah mudah! Sila ikuti 4 langkah berikut:
  1. Cuci muka anda dengan pembersih muka kegemaran anda. Kalau rajin, scrub skali, kasi senang peeler tu nak peel apa yang patut.
  2. Picitkan Mistine Egg Mask dan ratakan. Utk mudah mem'peel'nya, anda dinasihatkan utk buat lapisan tebal.
  3. Biarkan kering. Mcm mana nak tau dia dah kering? Bila anda rasa muka anda pun dah statik and kulit anda berkilat.
  4. Peel it off and bilas!
Yang best tu, takde bau telur pun kat product ni. Dia bau wangi. Rupa cecairnya putih silver2, pekat and mcm gam. Even masa anda nak tanggalkannya dari muka, mmg ia seperti keruping gam yang kering tu. I pakai, lepas tu, rasa kulit mcm mulus je.. hikhik *ke i je yg perasan? miahahahah ;P*

Nak cuba? Cubalah~ Boleh google image, skrg dah femes product ni.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...