Pages

Showing posts with label girls stuff. Show all posts
Showing posts with label girls stuff. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Ole-ole dari Jepun

Assalamualaikum

Just nak upkan short and sweet entry. Ole-ole yang saya terima daripada bos saya.

Cuti sekolah last Disember, my bos went to Japan bersama keluarga. Seminggu jugak la beliau ke sana. So, balik dari Jepun, ada la ole-ole yang dibelikan untuk saya dan kawan-kawan. Tu yang nak share kat sini ni.. heheh

Kit Kat Almond Premium, Kit Kat Sakura Matcha & Kit Kat Wa-Ichigo

Hand Cream Shea Butter & Coconut Oil with Citrus

Kit Kat Sakura tu version Green Tea. Sedap. Rasanya lagi sedap daripada version yang jual kat Malaysia. Kat Malaysia, rasanya lemak-lemak manis coklat putih. Yang ni, manisnya just nice and takde rasa lemak-lemak coklat tu.. No wonder la, ramai kawan-kawan saya akan pesan untuk belikan coklat kitkat green tea ni kat Jepun kalau dapat tau sape-sape yang ke sana..

Kit Kat Wa-Ichigo tu pula, perisa strawberry. Rasanya yang strawberry flavor ni takde jual kat Malaysia. Tak tau la kalau dah ada kat Cold Storage or kat Jaya Grocer.

Hand Cream tu pula, best! Wangi.. sesuai untuk diletakkan kat dalam handbag sebab sizenya handy. Plus, those yang kerja dengan suasana aircond, memang perlu lotion and hand cream ni. If tak, kering weih..

Tu je kot nak share pasal ole-ole dari Jepun ni. Thank you boss! ;D

Tuesday, December 22, 2015

Lunch at Tanah Aina, Batu Tiga

Assalamualaikum

Ni nak share pengalaman luncheon kat Restoran Tanah Aina. Restoran ini terletak di Batu 3, Shah Alam. Kat tisu bawah ni ada alamat penuhnya untuk korang wazekan location.



Restoran ini berada di corner, dan anda pastinya tidak akan terlepas laluan kerana terang-terang dah ada sign board dia beserta wismanya.

Menyajikan hidangan western dan tempatan, restoran ini menarik untuk dikunjungi seisi keluarga bagi yang inginkan suasana yang cosy dan romantik.



Hidangan yang kami order adalah nasi goreng kampung, bihun sup, pasta aglio olio dan juga lasagna. Menariknya di sini, sajian yang disajikan kebanyakannya dihias menggunakan ulam-ulaman.

Nasi goreng kampung dalam lesung batu bersama jari si pemakan

Bihun sup
Pasta Aglio Olio
Lasagna bersama si pemakannya






Churros
Waiter yang bertugas di sini adalah orang Egypt dan khabarnya tukang masaknya juga merupakan orang Egypt juga.

Boleh la anda di luar sana untuk mencuba hidangan di sini.

Owh, komen saya: bihun supnya terlalu heavy rempah ratusnya kerana begitu terasa bunga cengkihnya. Pasta dan lasagnanya ok. Churros juga sedap!

Since saya makan sup untuk hari tersebut, makanya, saya hanya mengambil Lecithin sebanyak 2 biji bagi membantu mempercepatkan penguraian minyak di dalam badan saya.

~love~ 

Monday, March 16, 2015

Slipper Kegemaran

Assalam,

Apekah slipper kegemaran korang?
Apa sbb korg suke pakai slipper brand yang korang pilih tu?

For me, we both suke slipper brand Fipper ni where you can feel the rubber.

Price wise, affordable.
Sgt comfy, ringan and rasa confident bila pakai nak2 bila bawak g pasar.

Dulu saya guna jenama Ipanema. Tp brand ni tak blh bawak lasak, Means tak blh bawak ke pasar, sbbnya tapaknya licin. And satu lagi, cutting dia kecik. So, masa pregnant dulu, sgtla tak somel bila kaki dah kembang pakai slipper ittew.



Kini, Fipper la menjadi igauanku. Hahah.. tak blh blah btl.

K, nak gi luncheon. Daa~~

Wednesday, April 23, 2014

Product Review: Mistine Egg Mask

As-salam,

Pernahkah anda mendengar or diintroduce dengan product yang dinamakan sebagai Mistine Egg Mask?

Jika tak pernah, anda adalah sama seperti saya! *yeay, ada geng! Miahahaha*

Saya pun sebnrnya tak pernah pun dgr pasal product ni. Memang selama ni pun duk mencari product yg blh digunakan sbg peeler kepada white head yang duk bersaing sesama sendiri kat idung i yang mereka sewenang-wenangya menjadikannya sbg tapak utk muncul melata.

Penah tnya kat pakcik Google, pakcik Google syorkan utk gunakan putih telur tempek kat tempat yg bermasalah dan utk memudahkan proses mencabutnya, kena tempek facial cotton. Tetapi apabila memikirkan risiko akan berlaku kedutan seandainya semasa proses pengeringan, anda tergelak or tersenyum, maka kulit anda yg mulus itu berkemungkinan akan terdapat garis kedut. *yup, its happened to me once upon a time ago.* Tu yang den seriau nak guna putih telur ni.

So, apa yg saya buat sementara tak jumpa product yang sesuai, saya gi la buat facial. Tp itula, bila buat facial, mau mengalir airmata bila beautician tu tekan sekuat ati demi mendapatkan seketoi white head. Tu baru seketoi, yg duk ada ni berketoi2, mau den bg penendang kat beautician tu kan.. Suatu hari, ada terbaca kat blog ni.. Dia gunakan product ni. So, saya carik info kat Mudah.com dan terjumpa la org yg jual product ni. Product ni dijual dengan harga RM20. Siap dpt free sample utk lelain lagi, uols! Tu yg i Like!

Nak guna Mistine Egg Mask ni, sangatlah mudah! Sila ikuti 4 langkah berikut:
  1. Cuci muka anda dengan pembersih muka kegemaran anda. Kalau rajin, scrub skali, kasi senang peeler tu nak peel apa yang patut.
  2. Picitkan Mistine Egg Mask dan ratakan. Utk mudah mem'peel'nya, anda dinasihatkan utk buat lapisan tebal.
  3. Biarkan kering. Mcm mana nak tau dia dah kering? Bila anda rasa muka anda pun dah statik and kulit anda berkilat.
  4. Peel it off and bilas!
Yang best tu, takde bau telur pun kat product ni. Dia bau wangi. Rupa cecairnya putih silver2, pekat and mcm gam. Even masa anda nak tanggalkannya dari muka, mmg ia seperti keruping gam yang kering tu. I pakai, lepas tu, rasa kulit mcm mulus je.. hikhik *ke i je yg perasan? miahahahah ;P*

Nak cuba? Cubalah~ Boleh google image, skrg dah femes product ni.




Tuesday, April 15, 2014

My Pregnancy Pillow

Salam,

Hi uols!

Entry kali ni nak share experience den menggunakan pregnancy pillow.

Pregnancy pillow ni i beli kat my ex-schoolmate *schoolmate masa skola rendah kat Kedah*. Mcm tak percaya je kitorg still keep in touch sampai skrg..huhu..ni sume Facebook or Frenster punya penangan.. If tak, rasanya mmg last contact pun time form 3 dulu la kot..

Sbnrnya ada byk shape pregnancy pillow ni.. Antaranya C shape, G shape, half moon etc. And harga pasaran kat luar mmg sgt la mahal, boleh mencecah RM200++. Tp beli dgn kawan i ni, harga yg ditawarkan sgt reasonable and berbaloi2! Guna kekabu gred AA and cotton yg berkualiti.

Sebenarnya i dah tempah kat dia masa my pregnancy masuk bulan ke-3. Tp during that time pun, dia sedang sarat mengandung, so i cakap kat dia, *meh nak quote sket perbualan Whatsapp kitrog.*

'Takpe wey, lepas ko pantang pun takpe.. sbbnya aku blh je tdo mcm biasa skrg ni.. by the time ko habis pantang, aku dah masuk 6 bulan. So, aku rasa during that time is the right time utk aku guna pregnancy pillow ko.' 

Meaning, bukannya i nak rushing2 pun guna pregnancy pillow ni. Sbb waktu tu i baru mengandung 3 bulan, so masih boleh tido lena mengikut pelbagai gaya. *yup, sbb i masih boleh lagi meniarap pada ketika ittew.*

Apakah masalah yang bakal dihadapi oleh preggy mommy bila usia kandungan telah menginjak masuk trimester ketiga?
  1. Tidur serba tak kena. Telentang pun tak best, mengiring pulak lengan akan lenguh, sbb beban badan menekan lengan.
  2. Lenguh pinggang, sbb berat akan tertumpu kat area pinggang and tulang belakang.
  3. Bila dah tidur pun serba tak kena and lenguh pinggang, maka anda tidak akan dapat tidur yg berkualiti
  4. Bila dah tidur pun tak berkualiti, anda tend utk cepat letih pada keesokkan harinya dan moody

Apakah kebestannya guna pregnancy pillow ni?
  1. Membuatkan tidur anda lebih lena (still kena adjust posisi yang selesa, tp tdo anda akan lebih lena)
  2. Masalah seperti yang dinyatakan di atas dapat diatasi atau dikurangi
Owh forget to mention, saya tempah yang C shape.. So, C shape ni ada byk gaya kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Selain itu, lepas give birth, bantal ni blh jgk digunakan as nursing pillow.

Pada mulanya bantal ni sampai, ia keras and takleh lentur lagi..yela, kekabu pun padat and berat.. Tetapi, setelah beberapa minggu guna bantal tu, then bantal tu dah start lunyai and loose.. Lagilah mudah utk anda mempelbagaikan gaya menggunakan bantal tersebut dan sgt2 la best! *husband i pun kekadang ngendeng guna bantal tu, i tell you!! heheh.. ;D *

Masa saya order bantal ni, dpt pakej free smelly pillow. Tp since kekabunya telah habis, so my fren said dia akan poskan.

Inilah rupa bantal yang saya duk gebangkan tadi.

Gambar kanan: Bentuk asal
Gambar kiri: Setelah dilentur






Friday, December 16, 2011

Suntikan HPV.. Ouuch!

As-salam,

In previous entry, eden dah berjanji nak crite apa itu suntikan pelalian HPV kan? HPV ni atau nama penuh dia Human Papiloma Virus adalah penyebab utama kanser servik yang kebarangkalian dijangkiti kepada org yang telah berkahwin. In my case, saya yang stil single and available ni just nak prevent, tu yg saya amik suntikan ni awal2. Memandangkan pada ketika saya mengambil suntikan ini, umur saya tidak lagi berumur 13tahun, maka saya perlu la mengeluarkan kos suntikan dari poket saya sendiri. ;)

Terdapat 3 fasa suntikan yang perlu diambil dan wajib patuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya anda terlepas utk mendapatkan suntikan seterusnya pada tarikh yang telah ditetapkan, anda perlu mengulang kembali suntikan yang pertama.

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama kali diterima
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga - 6 bulan selepas suntikan pertama

Mungkin macam konfius, meh saya bagi contoh jadual suntikan saya, k! ;)
Suntikan pertama - 29 Oktober 2011
Suntikan kedua - 29 November 2011
Suntikan ketiga - sekitar bulan April 2012

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis suntikan yang anda boleh pilih iaitu Cervaric ataupun Gardasil *sorry if salah spell*. Bagi Cervaric, kosnya dalam RM199 hanya untuk ubat suntikan tu je, tak termasuk dengan consultant fees doctor (depends pd hospital/klinik yg korg pergi la), manakala Gardasil pula kosnya sekitar dlm Rm250++ *ni pun ubat inject tu sahaja.*

Apakah beza Cervaric dgn Gardasil ni? Kedua2nya menjalankan fungsi yang sama iaitu prevent daripada kanser servik. Cumanya Gardasil ni ada additional lagi iaitu menghindar daripada warts/ketuat/polips kat area situ. Tp based on my doctor advice, dia kata if amik yang Cervaric pun dah ok. ;)

Sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik or hospital swasta, lebih baik korang call dulu utk ensure availability stock injection tu and jgn lupa utk mention suntikan ke brapa yg korg nak amik.

Diingatkan, suntikan ini agak sakit. Masa doktor cucuk jarum tu, takde masalah pun, even korg takkan terasa apa2.. Tp ketika doctor start tekan picagari utk masukkan vaksin tu, baru korg rasa sakit.. Untuk suntikan pertama, saya ok lagi. Suntikan kedua, agak sakit dan terkesan ingatan sakit tu walaupun saya dah smpai kat umah and ada bengkak sikit. And diberitahu bahawa suntikan ketiga/terakhir tu adalah lebih sakit dan pedih.. *fuh, ni yg buat eden takut ni.* As usual, kita pun mcm baby juga, lepas je dpt suntikan tu, korg ada rasa mcm nak demam..just rehat kat umah n bykkan minum air.. If takut melarat, boleh la if nak makan Paracetamol.

Rasanya tu je kot nak cite psl HPV ni.. If ada apa2 info yang tersalah ke, just bgtau je.. sbbnya info yg saya dpt ni pun drp doktor jugak n drp pengalaman saya sendiri.



p/s: Isk, mana nak dpt durian ni ek..tingin laa~~

Thursday, March 3, 2011

Lalalalaaa~~

Good day fellas!
.
Since there is no activity that I will do on this weekend, so I will share with you what's inside my make-up bag. Hehe...habis dah takde modal nak crite.. :P
.
I confirmed every ladies handbag will have make up pouch or bag, selain daripada sanitizer, tissue, handphone, purse and so on. Tak kisah la whether the size of the handbag kecik atau besar. Mesti akan ada terselit make-up for beauty. But today, I will share with you apa yang ada dlm mine make-up bag.. ;)
.
1) Sabun pencuci muka (tradisional punya) – bought from Siti
2) Moisturizer Garnier (travel kit size) – dapat free, so guna je la..
3) Liquid Foundation, Sand Beige from Elianto (recommended by Lin) – Lin, I suke this one!
4) Johnson & Johnson Baby Powder (travel kit size and dpt free jugak)
5) Eyeliner Clinique – my sister bought it for me.. habis yang ni, beli yg murah2 je lepas ni.. :P
6) Mascara from Maybelline (yg cat eyes punya kot kalau tak silap..dah hilang dah tulisannya sbb jarang pakai)
7) Two Way Foundation by Miyami – bought from Cosway. Ni pun beli time ada promotion.
8) Blusher Color Sense by Cosway – ni pun beli sbb share ngan Kikin. So jadi RM7 kot..
9) Eye Shadow from In 2 It, Trifle colour code ED33 - influenced by Kak Siti CRM now Quality Dept.
10) Lipstick – Sweetie Red from Elianto & Fire of Passion from L'Oreal
11) Lip Balm – Satsuma Shimmer from Body Shop
.
Antara byk2 item ni, yg I like the most and selalu guna are sabun pencuci muka sbbnya buih dia boleh tanggalkan apa yang kita letak kat muka.. so, no need make up remover.. dah jimat kat situ.. and then, foundation pun ok jugak, sbbnya muka tak berminyak and rasa halus je..maybe sesuai with my skin type kot.. eyeliner pun best, sbb mudah nak calit kat mata sbb tekstur dia lembut..lisptick from Loreal tu pun I suka.. colour dia lembut and natural.. and last but not least the lip balm! Yg lip balm ni tak sure kenapa blh suka kat dia.. maybe sbb bau dia sedap and macam best je nak guna.. oh tak.. reasonnya adalah dia lambat habis..lebih kurang 7 bulan kot.. sbbnya rasanya baru beli dlm 4-5 kali mcm tu kot.. I use this product since my Uni years same as the Loreal lipstick tu.. erm, yerps..betul..fakta berkenaan lipstick and lip balm tu mmg telah disahkan oleh my memory lampau..yerp, correct!
.
Ok, sekian. Serious, taktau nak crite apa lagi ni.. Next time I update lagi yer! The next entry will be Bachelor Party for one of my friend.. Siapa?? Tunggu....~~ ;)
.
.
P/s: But please pray for me to my rajinness to edit the photos and draft the entry, k.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...