Pages

Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Friday, September 1, 2017

Selamat Merdeka & Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

Panjang cuti weekend ni, ditambah pulak PM announce cuti tambahan Isnin ni sempena Malaysia perform pada Sukan Sea 2017 memang betul-betul syiok!

Semalam kita sambut Merdeka dan kebetulan merupakan Hari Arafah dalam kalendar Islam. Sunat untuk kita berpuasa pada Hari Arafah. Dan alhamdulillah mel, husband dan ibu mel berpuasa. So plannya nak berbuka dengan nasi ayam.

Elok je mel selesai sediakan bahan-bahan, abang mel offer untuk berbuka di rumahnya. Menu western katanya. Haruslaa join berbuka kan.. terus simpan balik semua bahan-bahan then kitorg gerak pukul 6.30pm.

Setelah sampai, juadahnya wallllahhh..! Gugat iman oii.. kambing bakar, spegethi aglio olio, corn in cup, air lemon, kordial rootbeer, dan nescafe panas. Dasatt kan?

Lagi dasat, mel berbuka tanpa tahan-tahan nafsu. Lama tak pekena kambing bakar.. sekali ada depan mata.. 3 slice sekali hadap, corn in cup 2 kali ceduk. Spegethi je mel share dengan si budak kecik. Husband mel jeling je tengok kelaku wife dia. Kahkahkah.

Dah kenyang tu, tersandar jela wei.. tu gambar kat atas tu, take away packet. Siap tapao bawak balik.. huhu..

Before tido, mel urut dada. Muhasabah diri, apa buruk lantak benar tadi? Hahaha.. hati kecil berbisik, 'ala sekali-sekala.. lecithin and omega ada. Top up dengan alfalfa sekali'

Then, pantas mel bangun dapatkan rangkaian supplement tu dan zuppp telan.

Korang nak dapatkan supplement yang sama macam yang mel ambil, roger mel ya!

Oh lupa nak habaq.. khasiat daripada berpuasa pada Hari Arafah adalah moga dosa kita tahun lepas dan tahun depan Allah ampunkan.

Xoxo,
Love mel

Friday, August 25, 2017

Konsisten vs Malas

Assalamualaikum

Apa yang korang faham tentang konsisten?

Nak buat batter kuih atau kek pun, kena ada konsistennya adunan tu..

Nak amalkan apa-apa produk pun, kena ada konsistennya..

Nak bagi penilaian kenaikan pangkat pun, kena ada konsistennya kedatangan dan markah KPI.

Untuk mudah faham, konsisten ni tahap ketegaran la.. boleh diterima ke?

Nak buat batter kuih atau kek, adunannya perlu tegar. Maksudnya, tahap kepekatannya perlu seimbang.

Nak amalkan produk, pengambilan perlu tegar. Maksudnya, tak culas atau tak yangyok. Maintain je, walau badai mendatang, tapi still tegar untuk amalkan harian.

Nak promote kenaikan pangkat, markah KPI dan kedatangan tegar je cemerlang dan membanggakan.

Tapi, ada satu je yang jadi faktor penghalang untuk tegar iaitu penyakit M.. uihh.. penyakit M ni, tak boleh cakap kuat-kuat.. takut jadi doa pulak.. dah la takde ubat, melainkan diri sendiri yang kena buat perubahan.

Pepatah cina ada cakap, "Semua perempuan di dunia ni takde seketul pun yang tak lawa. Semuanya lawa, melainkan orang tu M.. " Dapat tangkap tak M tu apa? M tu M.A.L.A.S.

Kalau difikir balik, logik jugak pepatah tu walaupun sebenarnya macam ayat penyedap atau sekadar nak ambil hati je kan..

Cer imagine, kita buat ayat matematik la senang.

Tak lawa + malas mandi = haih.. dah la tak menarik.. berserabai lagi..
Tak lawa + malas nak bersiap = cuba-cuba la belajar untuk mekap bagi naik seri tu..
Tak lawa + malas masak = apa yang dia tau pun entahlah. serba-serbi kurang.

Nampak tak impactnya bila ada element malas di situ? Akan terbit unsur-unsur penghinaan yang melampau dan dengusan keluhan yang kedengaran..

Tapi, kalau tak lawa + rajin mandi = eh, wangi la awak..
Kalau tak lawa + pandai mekap = awak nampak berseri la. i suke tau!
Tak lawa + suka masak = u pandai tawan hati i..

See.. see.. pujian je kan.. memang logik la walau tak lawa, tapi kalau rajin.. tu kira kawtim jela..

So, girls out there.. jom kita cantik sama-sama!
Jom kita konsisten ambil makanan seimbang
Jom kita tegar buat amal kebaikan
Jom kita rajin sama-sama!
Jom kita buang sifat MALAS sama-sama!
Value up yourself!

Thanks for reading this entry.

Xoxo,
Love mel







Saturday, October 29, 2016

Minum petang di Secret Recipe

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi tadi dah close deal order seorang customer ni yang menderita dengan masalah perut berangin sehingga ada kala membuatkan degupan jantungnya berdegup laju. Check dengan doctor, doctor kata beliau gastrik.

Saya memberi option lain dengan mencadangkan set gastrik Shaklee. Tapi beliau menyatakan mahu mencuba dulu Peppermint Ginger Plus sebagai ikhtiar masalah perut berangin tu. Ok, tiada masalah! Mereka ingin berikhtiar, saya pula ingin membantu. Meet somewhere in the middle, then bingo!

Seronok menjalankan bisnes Shaklee ni. Kita boleh share info, tambah ramai kenalan apatah lagi pendapatan.

Tapi, saya kejarkan untuk membantu anda yang ingin tingkatkan mutu kesihatan diri. Sekurang-kurangnya, dengan sedikit perkongsian mengenai ilmu yang saya ada, dapat menjadi sedekah jariah saya. Lagi hebat apabila vitamin yang saya suggestkan, serasi dan dpt memberi anda manfaat untuk menjalani kehidupan yg lebih baik. Mudah-mudahan, aamiin..

So sempena berhujung minggu Deepavali ni, saya berehat santai makan kek di Secret Recipe SACC.


Kami order wonton.. RM 10.50, ada 5ketui. Sedap!


Hot cappucino


Hot chocolate


Yang sebelah kiri tu top seller katanya, Choc Au Lait. Yang di sebelah kanan tu Choc Odyssey, all time fevret saya!

Saya sentiasa doakan semua customer serta anda yang sudi membaca dan follow entry saya sentiasa sihat dan dirahmati Allah hendaknya. Aamiin ~


Monday, August 15, 2016

Assalamulaikum

Mulakan hari ini dengan senyuman!

Huhu.. harini masuk ofis KL. A bit surprised, sebab biasanya parking lot penuh till saya kena parking kat basement bawah.

Tapi, hari ni sampai-sampai aje, parking kat rooftop lapang selapang-lapang alam. Alhamdulillah.

Moga hari ini dipermudahkan segala urusan dunia dan juga akhirat.

Aamiin.


Sunday, January 3, 2016

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum

Masih belum terlambat kan untuk saya wish Selamat Tahun Baru kepada anda.

Ada lagi yang 2015 punya experience yang saya akan kongsikan pada entry 2016. Hehe.. Sebabnya bulan Disember baru ni banyak yang long weekend. So, bila dah long weekend, saya pun ada aktiviti keluarga yang diaturkan, tu yang tak dapat nak bersiaran. *peh, ayat dah macam pengacara Wanita Hari Ini je..teheheh...*

Mohon pembaca setia untuk ikuti blog saya walaupun tak seberapa pun cerita yang disharekan kat sini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada anda.

Akhir kalam,
Selamat Tahun Baru
Azam Baru
Buku Baru
Upgrade peribadi
Upgrade ibadah 
Upgrade budi pekerti
Insya Allah, semua dipermudahkan.

~love~

Friday, November 20, 2015

Umur 30, Dikatanya 28

Assalamualaikum,

Makin hari, makin membilang usia..

Dan hari ini, genapla umur saya 30 tahun.. wawawawawa.... dah jejak 3 series la weih..hewhewiwiwi..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas.. Insya Allah diberi kudrat utk menjadi khalifah Allah.. akan digunakan sebaik mungkin usia yg diberikan menuju akhirat.. Masih lagi dalam fasa belajar utk menjadi anak yang baik... utk menjadi menantu yang baik.. masih lagi belajar utk menjadi isteri yang solehah.. masih lagi belajar utk menjadi ibu yang berjaya.. 

We are from different department, different unit and different bosses

Setiap hari adalah hari-hari yang berlainan utk kita rasai pengalaman dan belajar benda baru. Tanpa disedari, dalam kita hadapi perkara rutin, sebenarnya kita alami perkara yang berbeza. Setiap hari mood kita berbeza.. Setiap hari kita berjumpa dgn lain-lain manusia, lain-lain manusia yang mcm-mcm ragam dan perangai.. *kecuali la kalau laki bini keje satu ofis kan? takpun housemate pun satu ofis.. yg tu mmg takde variasi la kot dlm kehidupan dorg.. sbb dah biasa dan terbiasa dgn ragam masing-masing*

Eventho we are different unit and department, but still we can mingle around and chatting about anything together

Pengalaman mendewasakan fikiran. Perjalanan hidup mesti diteruskan dan diterjah walaupun diri sendiri tak bersedia atas apa yang bakal dihadapi. Walaupun diri tak ready, perjalanan hidup kita dah tertulis di luh mahfuz. Jadi, harungi je la.. Senjata yang sentiasa perlu dibawa bersama adalah doa. 

Pengalaman lepas mmg mendewasakan fikiran dan menjadikan diri ini lebih matang dan lebih berhati-hati.. Sentiasa ada contigency plan.. kerana jika kecundang, masih lagi mampu bangkit dan bertempur menggunakan plan lain.. Tidak mahu pengalaman lama menghancuri dan menghantui diri.. Jatuh tersungkur dari medan cinta manusia, terus tak berdaya melawan dan bangkit.. tempoh recovery terpaksa dilalui sendirian dengan begitu lama.. sehingga pernah terlintas utk tidak mahu lagi pertaruhkan hati yang dah remuk redai.. sehingga malas nak fikir tentang soal jodoh.. sehingga rasakan diri ini sangat2 looser.. begitu dahsyatnya penangan cinta manusia yang alpa dan kejam. Terima kasih, si manusia kejam! Ya, janji manusia tidak pasti.. manusia boleh mungkir janji walaupun segunung janji dan bait-bait manis dicurah.. Tp janji Allah itu pasti dan kekal abadi.

We are not best friend, but we always support each other
Titipkan la doa dan hajat apa yang diinginkan, moga apa yang diinginkan dimakbulkan Allah. But yes, sometimes, bila teringat perkara yang menyedihkan menimpa diri, makhluk yang lemah ini tidak berdaya utk menahan airmata daripada mengalir jatuh.. Rasa tidak kuat..rasa seperti tak mampu dan tidak tabah utk meneruskan kehidupan yang mendatang..

Ya Allah, kumohon padaMu, agar kuatkanlah iman di hati..lapangkanlah dadaku..jauhi la aku dari kesedihan.. dorongkanlah dan bimbinglah diriku utk sentiasa mencari redhaMu..

Wahai hati,
Sentiasalah berlapang dada.. sentiasalah bersangka baik.. kerana apa yang terjadi dan bakal terjadi telah diaturkan oleh yang Esa.. Mudah-mudahan setiap ujian yang dihadapi ganjaran pahala dan pengakhirannya yang baik-baik.

This is me when get bored in the meeting
Syukur ya Allah.. atas segala kurniaanMu.. Genap hari ini usiaku 30tahun.. Semoga apa yang dihajati dan dicita dapat tercapai sebelum menutup mata.. Aamiin.. ;))

 Alhamdulillah, ramai yang menyangka umur saya 28tahun.. suke i taww...*hikhik.. ;P*



HAPPY BIRTHDAY TO ME!



Apakah rahsia? Shaklee la jawapannya! Meh drop your mail or WA saya pun boleh for detail! ;))

Tuesday, November 10, 2015

Happy Deepavali

Assalamualaikum

Just nak drop by wishing Happy Deepavali and happy holiday!

Amboih, sakan betui depa duk bakaq mercun.. Pompang pompang pagi ptg siang malam.. Heheh..

Takpela, barula namanya raya kan!

For those yang tak meraikan, lepak santai kat rumah je la yer.. Toksah nak pi buang duit shopping mopping la haih.. Taula OT dah masuk pun but still need to plan wisely k!

Happy driving, happy happy selalu!

~love~

Thursday, November 5, 2015

Secret Recipe 18th Celebration

Assalamualaikum,

Anda peminat Secret Recipe? Tahukah anda, baru-baru ni SR buat celebration ke 18th dengan membuat offer, buy 1 whole cake, free 1 whole marble cheesecake?


Yezza!! beli sebijik kek, dpt sebijik kek marble cheese. Perkara ini berlaku pada 23 Oktober yang lalu.. *dah lepas dah pun event ni, tp saje nak up entry jgk*

Saya bukanlah peminat SR yg giler2.. saya berada di lautan manusia ni pun, secara tak sengaja sebnrnya. In fact, tatau pun ada promo ni pun sbnrnya.. Puncanya ada tu, budak tudung kuning kat gmbr bawah ni.. Wani nama dia.. hahah.. 

Nampak tak, ramai yg beratur panjang?
Kebetulan hari Jumaat tu dia tension.. then dia nak ajak saya lunch.. but kebetulan saya puasa sempena Hari Asyura.. so, saya menolak ajakan beliau dgn baik.. Tak lama kemudian, dia roger2 saya semula, kali ni ajak utk jenjalan without makan.. sbb dah sgt tensen katanya..tensen yg dah tak terbendung.. So, saya pun layankan ajela permintaan minah ni.. *hey Wani, untungla ko dpt kawan mcm aku.. hahaha.. ;P*

Dia nak kluar jenjalan, tp tatau nak ke mana.. So, saya pun suggest utk g SACC ni.. masa nak valletkan parking tu la, ternampak barisan panjang org beratur.. kitorg wonder jgk, "Ni apehal ni ramai2 org ni?"

Then disbbkan si Wani ni dah tensen gaban, tetiba nafsu mkn kek dia timbul n membuak.. tak pasal dia heret saya ke kancah beratur panjang kat SR ni.. "Beb, jom beratur beb.."
'Aik, tetiba lak nak beratur.. ko ada cash tak? aku mmg bwk hp je kuar dgn ko ni.. duit apa pun aku tak bawak'
"No worries.. cukup cash aku ni.. ko nak bli tak"
'Tanak.. tak larat aku nak habiskan 2 bijik kek.'
"Ok, since ko temankan aku kuar n ko pun puasa, meh, lepas kita dptkan kek aku ni, kita bli kek slice utk ko.. nnt ko pilih k!"

Alhamdulillah..thank you Wani! Mudah2an murah rezeki ko.

~love~

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Aktiviti? Duk umah mother in law. Ketupat ada..kuah kacang ada.. sup tulang ada... isk, macam2 ada!

Selamat bercuti jugak to all~ ;))

-love-

Wednesday, September 16, 2015

Morning Wednesday!

As-salam,

Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Allah tahu kamu letih.
Allah tahu kamu sedih.
Allah tahu kamu susah.
Tapi tahukah kamu bahawa Allah takkan uji kamu 
sesuatu di luar kemampuanmu.
Kerana rahmat Allah sedikit pun 
tidak akan pernah pudar


Hao yeahh~~

Good morning Wednesday! ;)
Selamat Hari Malaysia, all! ;))

~love~

Thursday, September 3, 2015

Happy Birthday, Ayah

As-salam,

'Jika ayah masih ada.. harini hari lahir ayah..
Ayah, ayah tak sempat nak tgk anak Milia..
Rindu nak dengar ayah bebel suh jimat letrik..
Selalu bayang macam mana la agaknya ayah agah2 anak Milia..
Maaf, Milia lambat kawen..'
'Ayah, Milia rindu ayah..'

Tenanglah ayahku di sana..
~Al-Fatihah~

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka Ke - 58

As-salam,

On the way nak ke ofis KL, terlihat bendera negaraku meriah berkibar. Selamat Hari Merdeka! #syukurselalu.



Cuba kira ada berapa Jalur Gemilang yang ada pada bangunan Sultan Abdul Samad ni?

Thursday, May 14, 2015

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.

First time meraikan hari ibu ni. Takde la eksaited ke apa, tp dengar kat iklan radio, sume pakat dapat hadiah sempena mother's day ni kan..

Teringin nak dpt fresh flower sbnrnya. Haha.. masa konvo dulu my mom yg bg saya jambangan bunga. Tp bukan fresh flowers, but at least dpt jgk bunga kan..

Then masa bercinta, mmg sekuntum bunga pun tak penah terima apatah lagi tetiba ada mamat blooming.com datang buat surprise tu mmg  jauh sekali la.

Nak, tp takkan nak mintak kan.. Ada sekali tu, dpt bunga kantan.. Yes, mmg its fresh sbb petik kat tepi umah without ada ribbon2 and all that. But, tak kena la wey.. Maybe tu la kot petanda my love relationship future was. But saya je yg tak paham. Bunga kantan manade harum subur mewangi, ye dak?

Penah skali tu saya tershare with my bos. Reaction dia was, "Omaigod Milia, takkan you tak pernah dpt bunga? Even from your boifren? My wife slalu je dpt bunga dari I." *krik..krik..krik..sgt menyampah.* ok, untungla your wife kan..

Anyway, takpela.. tak dpt bunga pun takpe.. dpt cincin bentuk bunga pun best jgk.. huhu.. But, i tell you, i rasa if one day i dpt bunga, mau bagaikan kera mendapat bunga iols nnt.. hahah..

K la, nak chase other dept to get some document for submission.

Daa~~

Monday, May 11, 2015

Selamat Pengantin Baru

As-salam,

Sebulan tak jengah blog cumel ni, tup2 ucapan Selamat Pengantin Baru lak jadi tajuk entry.

Wish ni ditujukan utk crush saya, yg pernah suka kat saya tapi takmo mengaku.. Last2 sendiri frustrated.

Smlm dpt WA dari dia, then dia menjemput utk ke majlis kawen dia.. Iols ok je and reply if takde aral, akan smpai la di hari bahgia dia...

Then tetiba je dia termengaku yg dia penah suka kat saya..Aisey, parah ni weih.. apesal lak baru skrg mahu buat itu konfesion?

But, we are profesional. Dia pun dah moved on and dah jumpa jodoh yg terbaik.

Ceritanya camni.. *kamera alih ke langit..*

Dulu, saya penah keje kat bank. Kebetulan team kat cawangan tu, mmg sgt kekurangan staf pempuan. So, dengan adanya saya, maka menjadi penyeri la kepada kaum adam di bank tu.

Masa memula report duty tu, branch manager dah suh saya duduk belajar ngan dia ni. Dalam hati waktu tu, dah doa dah, jgn la kena belajar dgn org yg dah kawein.. huhu.. sbb ntah, rasa cam tak selesa lak.

Pastu PA bos tu pun suh saya tunggu kat meja org yg akan ajar saya. Tunggu punya tunggu, staf yg lelain pun ada gak tegur2 saya then bgtau yg org yg akan ajar saya tu ada kat pantry. Tengah sarapan.

Hati debar2 dah, mana satu la org yg nak ajar ni? Pastu, sebaik je pintu terkuak, nampak la dia ni berjalan dengan tenang kat meja yang tgh saya duduk which is meja dia jugak la.

Fuh, lega! Muda n bujang. tehehehe.. *wink2*

Saya dulu jaga unit loan. So, waktu tu, mmg saya carik customer kaw2 punya la..dah jadi mcm along pun ada.. aci redah je suh org apply loan.. Mmg terpaksa buat muka tebal tp enjoy sbb takde stres and takde kekangan deadline. Cuma saya tetapkan utk sekurang-kurangnya dpt customer 5 org sehari.. Memula sehari 5 org, then bila dah timbul rasa konfiden, saya naikkan kepada 10 org.. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.

Branch manager tgk saya perform and memasing kata si dia ni la yg bagus ajar saya. Sbb kebetulan saya pulak jenis yg cepat pick up and sumenya smooth je. Target bank pun selalu achieved and dorg kata saya lah punca sbb aktif cari customer.

Bila saya dah dpt meja sendiri *sbb saya selalu keje luar, tu pasal meja tak disediakan utk saya*  , meja saya selalu la jadi tmpt dorg ni menyinggah. *yela weihh, waktu tu saya la pempuan yg solo.*

Setahun jugak la keje kat bank tu and at the same time saya ada jgk apply keje kat tmpat lain. As time goes by, saya dpt tawaran kerja kat tmpt lain. Mmg rasa sedih nak tinggalkan team ni, tp bila saya mintak utk dipermanentkan, branch manager kata belum ada kekosongan. So, saya pun nak jugak securekan kerja saya.. So dlm dilema utk blah ke tak blah dr bank tu, saya pun dah start close dngn dia.. Reason tanak blah tu sbb:
  1. Teammate energatic, sgt sempoi sbb sume team lelaki. 
  2. Close sgt dgn geng2 laki yg sume bengong2..
  3. Dekat dgn rumah
  4. Hati dah timbul rasa seronok jadi along
  5. Zero stres. Agak2 rasa tanak kluar, lepak jela kat bank.. Pastu agak2 bosan, kluar la carik mknan ke, pastu bawak balik utk teammate makan.


Since we are close, dia ada share yg dia penah suke kat sorg awek ni.. dia dah siap bg cincin, skali awek tu kawin ngan org lain.. so dr air muka dia, mmg tau la yg dia frust, tp still tak putus asa chase awek tu.. saya ckp kat dia, buat apa nak chase org yg reject and terus lari dari kita? *sbnrnya tujukan kat diri sndiri jugak time tu.* But dia still tak putus asa nak jgk try awek tu, saya pun layankan ajela jiwa sedih dia ni.. Nak buat camana, dh bg nasihat tp tanak makan nasihat kita.

Kitorg kat bank mmg takde kuar mkn sesama. *cover beb! ;P* Tp di luar waktu keje tu, ada gak kitorg kuar mkn kira cam dating la..

Until, saya tnya kat dia, "Ko ni suke kat aku ke tak?" *daring kan soalan saya kat dia?* 

Sbb mcm nampak bunga2 yg dia suka, tp tanak ckp.. so, skali zass jela soalan tu direct straight to the point weih. sbb malas nak buang masa dah.. Serious wey..serik.. yela, dulu punya cerita, beria cinta cintun 7 tahun, tp habuk pun takde. Yg dpt airmata and kesedihan cuma. Dari org tu takde master, dah ada master, takde keje, dah ada keje.. kata nak bg elaun once dia dpt keje ,tp takde pun bg elaun, minta no acc kita ni pun takde.. takpela, setia punya pasal, tup2, kena tinggal jgk.. hurmm.. janji tinggal janji weih.. So, kali ni, mmg malas dah nak play around bagai ni..

Then dia reply, 'Aku suka kat ko? Mmg tak la weih..aku takkan lepaskan.'

Dia ni suke guna ayat yg negatif and dia positifkan balik. So, saya pun tak sure sgt whether dia suka ke tak sbnrnya... Eeee,, penat la nak diagnos manusia yg berlapik2 sgt ayatnya.

But bila diajak datang beraya, dia ada dtg.. and again, terpikir balik cinta lama pun dulu ada je dtg umah.. Tp cincin tak jgk tersarung kat jari..hurmm.. 

So, we all still go along as a fren. Bila kat bank buat2 mcm takde pape.. Tp bila balik umah, sibuk tnya resepi kat dia.. *dia ni pandai masak.* Hari-hari kitorg dtg keje, then gelak2 pastu sambung balik buat keje.. Bila boring2, saya buat air kat pantry bg dorg minum etc.. zero stress weih..zero stress.. Ofis mana nak dpt environment keje gini..

Until one day, saya pun dah dpt tawaran keje lain, so saya pun bgtau la kat dia.. Share la berita gembira ni.. And bila dia dpt tau, dia suh saya stay. Dia kata dia sedeih if saya takde.. katanya, takde la teman dia nak gelak2..takdela org yg nak buat air tak sedap kat pantry, *see, mulut jahat kan?* takdela org yg nak sibuk menyibuk kat meja dia.. takde la org yg nak habiskan borang yg ada atas meja dia.. huhu..

And 2nd time, saya tnya dia skali lagi.. "Ko suke kat aku kan?" and he replied, 'Cantek sikit!! Ko tu tak cukup cantik utk aku.' Reply dia mmg menyakitkan hati tp feedback from kawan2 yg duk kenenkan kitorg, dorg ckp mmg dia ada hati kat saya. 

'Dia ckp je kasar2 camtu kat ko.. Panjang tu suka kat ko Mi.. kat pantry slalu je duk cite pasal ko.. jeles kitorg, nyampah pun iye asyik2 cite psl ko je..' Ok, Panjang adalah nama gelaran dia kat ofis... sbb dia tinggi.

Bila dah memasing dah kenen2kan kitrog, saya dah tak bape nak layan dah..sbbnya, dah 2 kali tnya still dia dlm mode penafian, jadinya bila member2 ni duk kenen2, dah rasa mcm angin lalu je gosip2 tu..

Until at 1 point, dia start kutuk2 saya.. uik, kutuk saya? yezza, dia kata saya tua dan tak sesuai utk dia. *yerp, kitorg ada beza umur 4 thn.* Sbnrnya, alasan utk dia tangkis gosip2 dan kenen2 member ofis.. saya pun dah lebih kurang mcm fedap dah la dgn permainan dia ni, until satu petang tu, hujan lebat sgt.. and saya penah ckp kat dia, 

"Wey, doa org teraniaya cepat makbul lagi2 time hujan camgini. Ko ckp la aku tua, tgk la nnt ko kawin dgn org tua jugak.. Pastu nnt, jam tu jgk ko akan tingat kat aku and baru ko tau langit tu tinggi or rendah.." 

Waktu tu, dia gelak2 je and maybe dia tak jangka kot. Budak darah muda..camgitu la kan.. ngata org tak hengat..

Yang mcm kelakar tu, doa saya bagai terkabul.. mihmihmih... *isk, tak baik gelakkan org kan.. ;P* Smlm dia bgtau yg dia nak kawein. Bila ditanya, "Tua kan bakal wife ko ni?" Terus dia kata, 'Tanak jawab soalan tu.' Sekali bila selidik kaji punya korek, yesszzaa, bakal isteri dia tua 2 tahun dr dia.. huhu~~

Then smlm la bila nak end our conversation, tetiba dia ckp, 'Aku suka kat org Shah Alam tu..tp dah terlambat..'

My reaction was, 'Gulp..apehal baru skrg nak ngaku??' 






Friday, September 5, 2014

Item yang Perlu Dibeli dan Disediakan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum,

Fuh, panjang benor tajuk entry. Hahaha.. For mommies-to-be out there, mesti agak blur kan nak bli barang apa as persediaan utk menyambut kelahiran bayi?

Yerp, been there and i've experienced that. Memandangkan skrg zaman dah canggih maklumat di hujung jari, maka berkat kerajinan saya utk menggoogle, so dptla sikit idea barangan yg perlu dibeli sebagai persediaan menyambut kelahiran baby.

Apa yang perlu saya katakan, first thing first, kenala survey and beli breastpump! Sgt perlu, dik oii.. Kurang2 if tak confident nak beli brand yang mana, korg leh usha kat mudah.com.my. Sbb ada jgk yg sediakan perkhidmatan sewa breastpump.. Perkhidmatan sewa breastpump ni boleh dikira berbaloi jugak if dicuba. Sbbnya, before kita nak beli something, mesti kita akan cari and baca review utk tahu pro and cons. Pastu nak jugak tau whether kita berkenan or not dgn functionnya and nak tau whether sesuai ke tak and last but not least, kita leh tau how does the fizikal looks like. Sbbnya kebnykkan breastpump ni mahal weyh. Okeh, cite pasal breastpump ni, biar kita cite kat entry yg lain la ek!

Okeh, lets back to our topic. Antara barangan yang saya beli before deliver:
- Breastpump - 1unit
- Pampers for newborn *beli by package during expo kids & baby kat SACC*
- Blanket - 1helai
- Lampin - 12 helai *utk bedung baby tu*
- Baju tido; set lengan panjang & seluar panjang - 2 helai
- Baju harian + mitten & booties - plus minus about 10 helai
- Botol susu - 1 unit
- Susu formula - in case susu badan tak keluar *saya beli susu Karihome*
- Minyak telon - 3 botol *beli dgn kawan so dpt murah*
- Baby wipes - 3buku
- Tuala - 1 helai
- Barut - 10helai
- Set bersalin
- Set appointment with mak bidan for urut purpose

Ni pulak item yang perlu disediakan sbg persediaan utk ke hospital:

Bakal ibu:
- Kain batik
- Spender
- Air zam-zam *utk tenaga for push2*
- Kurma *sumber tenaga yg paling best*
- Pad
- Air selusuh

Peringatan:
Sila tanggalkan semua barang kemas yang anda pakai seminggu sblm EDD. So takdela nnt kelam kabut nak pikir cincin kahwin nak simpan kat mana bagai.. Sbb time deliver tu, mmg pikir nak beranak jek, takde pikir sape nak bayar bil, anak lahir ikut muka sape, nak letak nama apa bagai.. masa deliver tu, aim just nak kluarkan baby dlm perut je weh

Bakal ayah:
- MP3/apps bacaan Qur'an
- Duit/kad kredit utk bayar bil hospital

Bayi:
- Lampin
- Pampers
- Susu
- Botol susu
- 1set baju
- Bedung/blanket

So yg ni adalah list preparation yang saya buat. At least bley la jadi rujukan korang di luar sana, k! ;) Happy Bersalin! Teheheh.. *saya dah lepas dah..anda bila lagi?*





Wednesday, September 4, 2013

Birthday Bash for Ayah and Mi Ketam

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam I ada mentioned yang ada plan nak buat birthday bash for my dad kan? Planning kitorang berjaya uols!

Lepas balik kerja, my sis and me straight gi Baskin Robbins utk booked cake ice cream. Berkenan nak beli Chocolate Mousse Royale (CMR) Chocolate. Tapi yg ada waktu tu hanya utk size kecik, lebih kurang utk 8org makan je. Sedangkan kitorg lebih daripada 8 org, tu belum campur 3 budak kecik lagi! So, terpaksa la pilih yang lain iaitu World Class Chocolate Chocolate. Korg jgn confuse, kenapa I ulang word Chocolate tu sampai dua kali. Ok, yang wording yang kat depan yang panjang2 tu, adalah nama ice-creamnya.. Yang kat belakang tu, adalah perisa kek yang digunakan. Okeh, contoh lain adalah Pistachio Almond Vanilla - means, nama ice-creamnya adalah Pistachio Almond dan kek yang digunakan adalah perisa Vanilla.. *ada paham?* If korg nak yang betul2 100% ice cream yang dibentukkan rupa cake, korg leh try Haagen Dasz. So far, dua ni je yang I penah try. Yang New Zealand Ice Cream , Gelato and lain2 kedai ice-cream yang boom da vazz ni i belum pernah cuba lagi.

Berbalik kepada topik di atas mengenai ice cream cake yang dibeli, if ikutkan in taste wise, CMR tu sedap lagi sbb rasanya pekat dan sgt kecoklatan *chocolatey la dlm bahasa omputihnya.. heheh.. ;P* For those yang sememangnya craving for coklat at the moment, sesuai utk pilih perasa CMR ni. *ni yang I cadangkan.. if korang tak setuju takpe. Den tak paksa pun.. huhu..* Yang World Class ni, sedap jugak. Cuma dia punya coklat mild sikit.. If rasa mcm tak berapa nak dpt byg apa yang cuba saya sampaikan ni, apa kata korg gi kat kiosk Baskin Robbins tu sendiri and mintak rasa. Then beli perasa mana yg korg berkenan, ok! *yup, BR ni dia benarkan utk kita rasa ice-cream deme sblum kita beli.*

Menu utk birthday celebration among my family ni adalah mi ketam, mi rebus and nasi briyani. Mi ketam dan mi rebus dibeli di kedai kat Seksyen 7 dekat dgn foodcourt yang ada jual Burger Yazid tu.. *den rasa den ada share kat mana lokasi Burger Yazid tu.. Bolehla uols korek balik kat entry2 seblum ni ek!*. Manakala nasi briyani pula dibeli di JM Bariani kat Seksyen 7 deretan Jakel tu.

Utk menu semlm, i order mi ketam while for my husband, i orderkan nasi briyani. The nasi briyani sgt sedap! *i amik2 rasa dr pinggan anak buah i.* For the mi ketam pulak, korg jgn confuse. Rupa2nya dia punya nama sebenar adalah Mi Kari Ketam. Dalam bungkusan mi tu ada anak ketam yang direbus, filamen ketam & tauhu goreng. Manakala kuahnya adalah kuah kari. Rasanya sedap! Tp actually di luar my expectation sbnrnya. Sbb memula I ingat isi ketam tu dia rebus sekali dgn kuahnya n pekat. Rupa2nya ketam tu asing, senang cite macam mi kari lauk ketam la nama panjangnya. Bila disingkatkan, tu yg jadi Mi Kari Ketam. Rupa itu ler ceghitenye.. Gambar? Gambar I tak snap. Sbbnya, bila dari bungkusan dah den tuangkan ke dlm mangkuk, tak berapa nak presentable pulak rupa bentuknya.

Owh ya, aktiviti birthday bash ni dijalankan di rumah. Kitorg tapao je.. Okla, sekian sahaja cerita kali ini. 

Wassalam.

  

Tuesday, September 3, 2013

Happy Birthday Ayah!

Assalamualaikum w.b.t,

Harini merupakan my dad's birthday yang ke-67. Didoakan semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, kekuatan kudrat supaya dapat terus melakukan amal ibadat.

Plan mcm nak buat birthday bash. My sis plan utk beli makanan *yups, saya takdan nak balik masak* then celebrate mlm ni. Kebetulan my bro pun puasa harini. Unfortunately, my cik abe la pulak balik lewat harini. Smlm dia busy prepare tender document, sampai umah pun pukul 1.30am.. Harini pun mungkin balik lewat jugak sbb deadline submissionnya on Wednesday which is tomorrow.

While I am creating this entry, my handphone does not functional properly. Haish... Suke tau dia buat perangai lagu ni. If ikutkan hati, mmg I nak rembat handphone lain. Tp memikirkan, susah senang kita bersama, janji telah terpatri, kasih setia I terhadapnya, membuatkan den tahankan jugak utk mencari pengganti Samsungku ini. Wahai handphone, tolong la jgn paksa I mencari yang lain, k!

Syawal bakal sampai ke penghujung, open house pun tak brape byk yg dpt jemputan tahun ni. Berikutan krisis air yang melanda Sayangi Selangor, makanya event yang patut saya plan utk attend, saya terpaksa batalkan berikutan hubby pun terpaksa kerja. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan saya iaitu Ezyan Nabihan dan pasangan. Semoga kalian berbahagia hingga Jannah. Den tak dpt poie, tp den ada kirimkan hadiah kek kakak ipar den utk kome berdua, k!

K la, rasa mcm dah tersasar jauh je den melalut. Den nak tempekkan claim resit kakak den ni, then nak balik sharp harini. Huhu~~

Dadaaaaaa~~~~




Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan berlalu pergi, Syawal Menanti

Assalamualaikum w.b.t,

Ramadhan Al-Mubarak akan berlalu pergi..
Bagaimana kualiti Ramadhan tahun ini..
Adakah berbentuk graf malar atau graf loceng atau graf linear yang dicatatkan..
Apakah azam Ramadhan yang didambakan pada tahun mendatang..
Moga bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan..

Tatkala saya menaip entry ni, den kek ofis ni haa.. Semua org dah cuti.. Den je yg tak cuti.. Saje nak save cuti *peh, padahal baru je start keje, mmg la takleh nak cuti sesuka-suki.. ;P*

Baju raya tahun ni, den guna baju time nikah and sepasang mini kurung.. Kaler? Sudah pasti sedondon dgn pasangan saya! *auuww..hik2..gedik* Cuma apa yang den runsingkan adalah, untuk si mini kurung tu, den takde lagi tudungnyaa...waaaaaaaaaaa....mau nanti den rembat je tudung yg den ada..kaler match ke tidak letak blakang.. Tp kerunsingan den ni , belum lagi den share kat husband saya.. hehe.. Manatau mlm ni diajak gi PKNS or Uptown ke..hik2.. den follow je.. tp den kena masak la mlm ni.. haih...takbley2..kena juga ikut plan asal.. rembat je kaler tudung apa je yg ada..janji pakai tudung di pagi lebaran.. huhu!

K la, nak habiskan baca novel jap.. Keje sume dah setel, insya Allah, Alhamdulillah.. Sambil baca novel, sambil menanti email, kot manala tau kluar email leh half day *yeaahhuu~~* 

Oopps, sebelum tu, nak wish:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jika terdapat kesalahan kata, terguris rasa tatkala anda membaca setiap entry di blog chumel ini.



p/s: Jgn lupa, berdoa mlm ni. Mlm ni kan mlm yg mustajab utk berdoa. ;)

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum w.b.t



Monday, January 7, 2013

Pengakuan Seorang Aku

Assalamualaikum w.b.t,
 
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur atas kurniaan-Nya yang telah memberi kita nikmat. Diharap dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, Dia akan berikan kita kematangan tak kira sama ada dlm cara kita bertindak atau berfikir, memberikan rezeki yang melimpah ruah, serta beroleh kebaikan dan manfaat yang baik-baik belaka.
 
Wah, dah lama tak berblog ni, uols! Seakan jari mulusku ini kaku untuk menari-nari di atas papan kekunci ini. Seakan lupa gerak langkah tariannya.. *pergh! ayat tak bley blah.. ;P*
 
Ini merupakan entry pertama yang berjaya dicetak bagi tahun 2013. Bagi entry2 2012 yang masih berada dalam kurungan penjara, tidak lama lagi mereka akan dijilid dan dilepaskan keluar.. Jadi, nantikan sahaja kemunculannya, okeh! ;P *bila blogger tegar berkarya di tengah malam, begini lah ayat yg berjaya dihasilkan, peh! ;P*
 
Sebenarnya byk entry 2012 yg masih disimpan rapi dengan isi2 penting yang telah disusun molek. Tinggal lagi huraian je yang belum diterjemahkan dalam bahasa mudah *yela, sbbnya kat draft tu, duk tulis short term je*. Walaubagaimanapun, ia tetap akan dipublish dlm ruangan tahun 2012.. *dah peristiwa happened kat tahun 2012 kan, so bakpe nak cite kat lembaran 2013 ni, ye tak?* Dengan kata lain, 2013 akan menyajikan entry semasa dan terkini. Makanya, anda harus terus membuka dan membelek2 archive 2012 tu, okeh! ;)
 
Jujur kuakui, memiliki dan menguruskan sebuah blog bukan mudah.. *nasib baik blogspot ni free, der.. if tak, buat rugi membayor domain je.. ;P* Walaupun saya menggunakan perkataan bukan mudah, tp ia tak membawa makna bahawa ia susah.. *isk, susah la den nak terangkan..* So, if korg betul2 nak feel apa yang cuba diterangkan oleh seorang aku ini, cuba2 lah anda berjinak2 untuk membina blog sendiri.. Pastu, jgn lupa share link ek! Leh tambah kenalan.. leh naikkan peratus visitor.. *eh, cam leh jadi topik entry gak ek cite pasal perih jerih ada blog ni! Takpe, akan difikirkan idea ini..*
 
Okeh, rasanya sudah memadai aksara bagi halaman yang boleh dianggap sebagai prakata ini.. Izinkan penulis utk melelapkan mata sebelum ayam teruna memberi ucap salam pagi.. Jaga diri baik2, jaga tutur kata dan jaga hati org yang kita sayangi.
 
p/s: Miss u la! ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...