Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur atas kurniaan-Nya yang telah memberi kita nikmat. Diharap dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, Dia akan berikan kita kematangan tak kira sama ada dlm cara kita bertindak atau berfikir, memberikan rezeki yang melimpah ruah, serta beroleh kebaikan dan manfaat yang baik-baik belaka.
Wah, dah lama tak berblog ni, uols! Seakan jari mulusku ini kaku untuk menari-nari di atas papan kekunci ini. Seakan lupa gerak langkah tariannya.. *pergh! ayat tak bley blah.. ;P*
Ini merupakan entry pertama yang berjaya dicetak bagi tahun 2013. Bagi entry2 2012 yang masih berada dalam kurungan penjara, tidak lama lagi mereka akan dijilid dan dilepaskan keluar.. Jadi, nantikan sahaja kemunculannya, okeh! ;P *bila blogger tegar berkarya di tengah malam, begini lah ayat yg berjaya dihasilkan, peh! ;P*
Sebenarnya byk entry 2012 yg masih disimpan rapi dengan isi2 penting yang telah disusun molek. Tinggal lagi huraian je yang belum diterjemahkan dalam bahasa mudah *yela, sbbnya kat draft tu, duk tulis short term je*. Walaubagaimanapun, ia tetap akan dipublish dlm ruangan tahun 2012.. *dah peristiwa happened kat tahun 2012 kan, so bakpe nak cite kat lembaran 2013 ni, ye tak?* Dengan kata lain, 2013 akan menyajikan entry semasa dan terkini. Makanya, anda harus terus membuka dan membelek2 archive 2012 tu, okeh! ;)
Jujur kuakui, memiliki dan menguruskan sebuah blog bukan mudah.. *nasib baik blogspot ni free, der.. if tak, buat rugi membayor domain je.. ;P* Walaupun saya menggunakan perkataan bukan mudah, tp ia tak membawa makna bahawa ia susah.. *isk, susah la den nak terangkan..* So, if korg betul2 nak feel apa yang cuba diterangkan oleh seorang aku ini, cuba2 lah anda berjinak2 untuk membina blog sendiri.. Pastu, jgn lupa share link ek! Leh tambah kenalan.. leh naikkan peratus visitor.. *eh, cam leh jadi topik entry gak ek cite pasal perih jerih ada blog ni! Takpe, akan difikirkan idea ini..*
Okeh, rasanya sudah memadai aksara bagi halaman yang boleh dianggap sebagai prakata ini.. Izinkan penulis utk melelapkan mata sebelum ayam teruna memberi ucap salam pagi.. Jaga diri baik2, jaga tutur kata dan jaga hati org yang kita sayangi.
p/s: Miss u la! ;))
No comments:
Post a Comment