Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, October 9, 2016

Kunci dan Tips Untuk Membuat Hidup Anda Lebih Baik

Assalamualaikum

*Dikutip dari Buku Karya Ausberg "THE LAST LECTURE"* *yang menjadi salah satu buku best-seller di tahun 2007*

*KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,*

   *A.  KEPERIBADIAN:*

*1*. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.

*2.* Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif

*3.* Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.

*4*. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.

*5.* Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.

*6*. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

*7*. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.

*8*. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.

*9.* Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

*10*. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

*11*. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.

*12*. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.

*13*. Senyumlah dan tertawalah.

*14*. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

      *B. KEMASYARAKATAN:*

*15.* Hubungi keluarga Anda sesering mungkin

*16. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

*17*. Ampuni setiap orang untuk segala hal

*18.* Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.

*19*. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.

*20.* Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.

*21*. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

           *C. KEHIDUPAN:*

*22*. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.

*23.* Allah menyembuhkan segala sesuatu.

*24.* Lakukan hal yang benar.

*25.* Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.

*26*. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.

*27.* Yang terbaik belumlah tiba.

*28*. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.

*29.* Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.

*30.* Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. Bergembiralah..

Sentiasa berlapang dada. :)


Sunday, July 24, 2016

Adab memenuhi jemputan

Assalamualaikum

Tak sure whether sebelum ni saya pernah share atau belum mengenai adab memenuhi undangan atau jemputan bagi apa-apa majlis.

Sedikit selingan tazkirah daripada saya ya! Moga beroleh manfaat daripada ilmu yang saya terima ketika menghadiri pengajian.

Apakah adab kita apabila kita menerima undangan atau jemputan, tak kisah lah walimatulurus, open house atau lain-lain majlis dan apakah hukumnya jika tidak menghadiri majlis tersebut?

Sekiranya kita menerima undangan/jemputan, kita WAJIB hadir dan kita perlu maklumkan kepada tuan rumah sama ada kita dapat hadir ataupun tidak ke majlis yang diundang.

Bagaimana kita nak tau sesuatu majlis tersebut jatuh hukum wajib untuk kita hadiri?
- Apabila kita mendapat kad jemputan yang specifically tertulis nama kita;
- apabila tuan rumah spesifically jemput melalui Whatsapp/pm inbox secara personal
- apabila tuan rumah memohon untuk kita maklumkan kehadiran kita melalui reply RSVP

Kenapa WAJIB hadir undangan ini jika syarat-syarat tersebut tuan rumah telah penuhi?
- sebab itu tandanya, tuan rumah memang teringat kat kita dan memang dia masukkan nama kita dalam senarai untuk dia mengundang kerana terdapat portion makanan kita di situ. Kalau kita tak hadir tanpa memaklumkan kepada tuan rumah, akan berlaku pembaziran dan akan lagi membuatkan tuan rumah runsing sebab lambakan lauk pauk sesebuah majlis.

Jadinya, misal kata kita dah berjanji untuk hadir, tetapi last minit kita tak boleh nak penuhi undangan, kita perlu maklumkan kepada tuan rumah. Takdela jadi isu tuan rumah ternanti-nanti, last kali sampai ke sudah batang hidung pun tak nampak.

Berat ya apabila jika kita berjanji tapi kita mungkir. Sebab ia melibatkan perasaan tuan empunya diri.

So kesimpulannya, kalau tak nak hadir atau tak dapat hadir, sila maklumkan kepada tuan rumah. Tak payah nak selindung-selindung konon nak jaga hati. Jujur ajela.

♡

P/s: jujurlah padaku, jika kau tak lagi suka. *eh, jom karok seround*


Wednesday, July 13, 2016

Cara-cara untuk konsistenkan amalan Ramadhan di luar bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Nak share ilmu sikit tentang cara-cara nak konsisten amalan selepas bulan Ramadhan;
¤ Antara cara nak konsisten amalan di bulan Ramadhan, adalah dengan solat di masjid sebab masjid tempat paling mudah untuk kita beribadat. Boleh solat jemaah, ada tabung derma, ada kelas agama dll.
¤ Puasa; melakukan puasa sunat Syawal
¤ Berterusan buat solat malam. Sekurang-kurangnya buat solat witir sebelum tido.
¤ Bersedekah/waqaf. Waqaf adalah digalakkan sebab akan berterusan pahalanya.
¤ Membaca Al-Qur'an. Duduk dalam kelompok Al-Qur'an; masih teruskan group tadarus dll. Masjid/surau, upgradekan sound system, supaya bila tok imam baca, dapat tarik minat orang sekeliling untuk minat dengan Qur'an. Sebab bila sound system dah diupgrade, suara yang dilantunkan pun jadi sedap utk didengar dan automatik dengan izin Allah orang sekeliling akan rasa seronok nak dekat dengan Qur'an
¤ Doa dengan konsisten mohon utk amalan diterima dan ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan akan menjadi konsisten di bulan-bulan yang seterusnya

Moga bermanfaat!

Sunday, August 4, 2013

Tazkirah : Malam yang Mustajab Doanya

Assalamualaikum w.b.t,

Entry kali nak share tazkirah pendek yang saya dengar ketika berterawikh di Masjid Seksyen 17, Shah Alam.

Ustaz yang bertugas menyatakan bahawa terdapat 5 mlm yang mustajab utk kita berdoa. Malam-malam tersebut ialah:

  1. Malam Nisfu Sya'ban
  2. Malam Rejab
  3. Malam Jumaat
  4. Malam Hari Raya Aidilfitri
  5. Malam Hari Raya Aidiladha
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa pada malam yang disebutkan. No. 3 hingga 5, masih belum terlepas lagi. Justeru itu, mari kita manfaatkan ilmu yang dikongsi ini dengan menjadikannya sebagai amalan. Mudah-mudahan, In Shaa Allah.. ;)


Thursday, August 1, 2013

Tazkirah di Petang Hari

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama team SCS di Seksyen 21. Penglibatan yang walaupun sedikit tetapi meriah dan penuh pengisian.

Pada pukul 6.00ptg, kami berkumpul di bilik taklimat untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum berbuka. Tajuk yang dikongsi pada tazkirah tersebut ialah Apakah Kita Puasa Syariat atau Puasa Adat. Menarik bukan tajuknya? Cara penyampaian yg ustaz ini berikan pun menarik walaupun tidak menggunakan microphone ketika menyampaikan ilmunya. Inti patinya sgt mendalam which saya pun nak ulas tak reti. Tapi ada a few point yang saya nak share. Meh baca meh.

Syarat raih takwa semasa mengerjakan puasa syariat bukan puasa adat:
1. Mesti ada iman. Jika tiada iman, ibadat puasa pun tak dapat nak dipenuhi. Iman dalam konteks ini adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga. Selain itu, puasa pancaindera iaitu tidak mengumpat, tidak melihat perkara yang mengurangkan/menjejaskan pahala, melakukan perbuatan yang sia-sia dan lain2 perbuatan yang blh dilakukan oleh anggota dan juga pancaindera kita.

2. Mesti ada kesihatan tubuh badan. Jika kita mampu untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi Allah tak beri kepada kita kesihatan yang baik, ibadat puasa pun kita tak dpt nak lakukan dengan sempurna. Contohnya; gastrik, pengsan semasa berpuasa etc.

3. Mesti ada ilmu iaitu ilmu akhlak, ilmu kesihatan dan pemakanan & ilmu ibadah. Huraian utk ilmu akhlak; kita bukan je puasa tahan lapar dan dahaga, tapi jugak puasa pancaindera dan jugak puasa hati. Pancaindera adalah termasuk jaga mata, perbuatan n mulut (jaga tuturkata, tidak mengumpat) supaya tidak melakukan perkara yang dpt mengurangkan atau menjejaskan pahala berpuasa. Puasa hati pulak merujuk kepada, keikhlasan hati. Kadang2 perbuatan kita nampak ikhlas, tp hati tidak merelakan.

Ilmu kesihatan dan pemakanan pulak, kita kena jugak tau pengambilan makanan semasa berbuka tu boleh menjejaskan kesihatan kita or tidak. Contohnya, mulakan berbuka dengan minum air suam or mkn kurma. SEkiranya anda berbuka dgn air Coke, perut pun terkejut, keberkatan pun tak dpt..kan sendiri yg rugi.. ;)

Ada tips nak bagi cepat kenyang iaitu:
1. Tgk makanan
2. Baca doa
3. Mulakan dengan yang manis; kurma
4. Kunyah banyak kali; 44kali
5. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu; 1/3 makan, 1/3 minum dan 1/3 nafas
6. Berhenti sebelum kenyang
7. Baca doa selepas makan

Ilmu ibadah pulak, bykkan bersedekah, mengaji, lakukan solat sunat seperti terawikh, tahajjud etc. Tapi jgn dilupa, solat yg wajib pun perlu dijaga. Jgn duk kejar pahala sunat, tp pahala wajib dibiarkan. Alangkah sia-sia je ibadat sunat yg kita lakukan jika yg wajib tidak dititikberatkan. Dan jgn lupa utk sentiasa beristiqomah.. Sekiranya time Ramadhan kita giat bersedekah dan solat sunat, bulan2 yang juga turut juga diamalkan. Moga mendapat kerahmatan. Owh ya, jgn lupa jugak utk kita sedekahkan utk parents kita. COntohnya, skrg kan ada byk program Waqaf Al-Qur'an, maka kita juga boleh keluarkan sumbangan tapi kita letakkan nama parents kita. Mudah-mudahan pahalanya tu dpt dipanjangkan buat ibu bapa kita yg kita sanjung dan sayangi.

Tahukah anda bahawa solat sunat mempunyai ranking yang tersendiri? Berikut adalah beberapa solat sunat yang menjadi keutamaan (yg sempat ustaz tu share. Saya pun taktau ada berapa rankingnya..tp saya share ilmu yg saya dpt la ek!)

Ranking pertama - Solat sunat Tahajjud
Ranking kedua    - Solat sunat Dhuha
Ranking ketiga    - Solat sunat Witir
Ranking keempat - Solat sunat Rawatib; Qabliah dan Ba'diah
Ranking kelima    - Solat sunat Terawikh

Kenapa solat sunat Dhuha diletakkan pada nombor 2?
Kerana pada ketika Nabi Muhammad S.A.W hampir wafat, pada ketika anggotanya dari pinggang ke bawah tidak berfungsi, di mana rohnya sudah sampai di perut, Baginda meminta anaknya Fatimah untuk mengambilkannya wudhuk dan Baginda melakukan solat sunat Dhuha.. Ini menunjukkan sunat Dhuha adalah sebahagian daripada sunnah Nabi. *saya sgt terkejut bila ketahui perkara ni. Siyesly, tak penah pun saya tahu hal ni. Kita pandang perkara tu kecil (dr segi pelaksanaannya) tp sbnrnya ada hikmah di sebaliknya yg kita perlu ketahui.*

Solat sunat terawikh adalah yg terakhir dlm byk2 solat sunat. Jadi sbb itulah yg dikatakan, jgn puasa adat, tetapi puasala mengikut syariat. *sbnrnya ada lagi ilmu yg saya nak share, tapi tak reti nak simplekan ayat utk mudah difahami. Dah terang kat hubby pun, tapi penyampaian yg saya sampaikan tak sehebat mcm mana ustaz tu sampaikan. Tp In Shaa Allah, ilmu yg ustaz tu sampaikan, sampai ke dlm hati saya*

Puasa syariat atau puasa adat?
- Asal je puasa, msti nak terawikh kat masjid/surau.; lebih afdhal jika kita lakukan yg wajib dan sunat di tempat yg sama. Contoh senario yang biasa terjadi; solat Isyak di rumah, kemudian terawikh berjemaah di masjid/surau.
- Asal je puasa, mesti beli juadah berbuka di BaRam/PaRam; if kita berbuka dengan lauk mcm biasa tak boleh?
- Asal je puasa, baru nak buka dan baca Al-Qur'an, nak khatam; 11 bulan yg balance tu, kenapa tak amalkan?
- Asal puasa je, berbuka berjemaah 1 family (tak kira berbuka di rumah or di luar); tp selesai je berbuka, adakah kita juga berjemaah menunaikan solat Maghrib? kenapa tak berjemaah juga? Even pada hari2 biasa pun, kita still boleh berjemaah ketika mkn mlm, dan berjemaah dirikan solat.
- Asal puasa je, ibadat puasa dilakukan. Terawikh dilaksanakan. Tp solat wajib dibiarkan; Kenapa puasa selama 8-10jam boleh dilakukan, tp solat yang 10-15minit amat sukar dilakukan? terasa berat utk melakukan yang WAJIB?

Ustaz tu ada pesan lg. Ada 6 point tp saya ingat2 lupa, cuma ingat sebahagiannya je:
1. Jaga yang wajib - solat
2. Jaga waktu - solat di awal waktu
3. Lakukan dengan tertib
4. Jgn lakukan berseorangan - berjemaah
5. ...
6. Lengkapkan dengan yang sunat; solat sunat, sedekah

*erk, no 5 tak ingat laa*

Diri kita, umpama rumah. Tak lengkap sebuah rumah jika tiada lantainya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa dindingnya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa tiang dan bumbungnya. Apakah asas 'rumah ' itu?
1. Solat merupakan lantainya
2. Puasa merupakan dindingnya
3. Zakat/Sedekah merupakan tiangnya
4. Tunaikan haji atau umrah merupakan bumbungnya

Bagaimana boleh rumah nak terbina jika, ibadat puasa dilakukan, tp solat ditinggalkan? Bagaimana doa nak dilekatkan jika tiada tiang utk dilekatkan? Kesimpulannya, yg wajib, WAJIB dilaksanakan. Yang WAJIB, wajib didahulukan.

Akhir sekali, ustaz tu pesan, pada bulan Ramadhan ni, kita kena post-mortemkan diri sama ada adakah kita ni hamba Allah Yang Maha Esa, atau kita menjadi hamba bulan Ramadhan? Adakah kita puasa syariat atau puasa adat? Sama2la kita fikir dan renungkan.

Ok, semoga ilmu yang saya share ni memberi manfaat buat kita semua. Mungkin agak melompat2 kandungannya, tp ini yg saya mampu share kerana saya menaip entry ni secara spontan, tanpa sebarang nota. Jika terdapat kesalahan terhadap point yg saya kongsikan ni, mohon rujuk kepada yang arif. Saya hanya penerima dan niat ingin berkongsi ilmu. Saya pun masih lagi ingin menjadi yang sempurna. Pesanan ini buat saya juga. SEmoga kita menjadi yang lebih baik dan saling memberi manfaat sesama kita. Mudah2an, amiin.. ;)



p/s: Ramadhan hampir berakhir. Adakah dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang? Hanya Allah je yang tau..


Friday, August 26, 2011

7 Sunnah Penting

Salam readers,

Entah kenapa, rasa sedih pula bila Ramadhan bakal meninggalkan kita. Bukan apa, kita pun sedia maklum bahawa apabila kita melakukan ibadat di bulan Ramadhan ni, bukan sahaja ia dapat memperkasakan iman kita, malah gandaan beribadat di bulan Ramadhan ini adalah melebihi 1000 bulan. Masya Allah, betapa mulianya bulan Ramadhan ni, kan. ;) Walaubagaimanapun, saya harap pembaca semua telah gunakan sepanjang bulan ini dengan perkara yang bermanfaat, yang dapat mengubah kita menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa, berdoa supaya Allah pelihara iman kita, supaya Allah tetapkan hati kita untuk terus pelihara agama Islam dan supaya kita mati dalam Islam.

Ni nak share another info yang saya dpt thru email yang saya rasakan adalah molek untuk saya share kat sini. Enjoy you reading! ;)

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.







p/s: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Thursday, August 25, 2011

Panduan Menyambut Hari Raya

Salam readers,

Ni nak share sedikit panduan mengenai tips bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelang hanya tinggal beberapa hari je lagi. Panduan ni saya ambil daripada email yang saya terima. Ia suatu tips yang elok dan merupakan perkara sunat untuk diamalkan since ada juga yang saya tak tahu, then lepas je baca panduan tersebut saya terus impress. Ada byk lagi amalan sunat yang saya tak tahu rupanya. Enjoy your reading! ;)


1. Mandi sunat Aidilfitri. *Tapi jgn membazir air iaitu tak perlu la untuk mandi sampai 45 minit lamanya*


2. Makan kurma dulu sblm gi solat raya. Ia merupakan sunnah Rasulullah. *Bila dah sunnah tu, sangat la rugi kalau kita tak follow sbb besar pahalanya*


3. Yg lelaki pakailah minyak kasturi. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah. *Maka dengan itu,wangi2an lain mcm Hugo Boss ke, Calvin Klein ke, simpan la dulu. Time nak gi beraya baru spray ek!*


4. Sunat bertakbir masa perjalanan ke masjid, yg perempuan rendahkan suara. Even yg haid Rasulullah suh gi masjid (asing tempat) utk dengar khutbah raya.


5. Bykkan membesarkan Allah. Takbir!


6. Elakkan mkn berlebih2an, hiburan berlebih2an etc. *Masa makan lomang, ketupat tu, kena beringat la yer*


7. Yg husband and wife tu banyakkan pegang tgn. Dosa2 akan keluar dari celah2 jari. *Kalau yang boipren/gepren or tunang? Haip! anda masih belum halal lagi. Oleh itu, takde maknanya create alasan konon nak dptkan pahala sunat raya.*


8. Paling special, tataplah wajah ibu bapa kita. Dapat pahala (5 perkara yg tgk je pun dpt pahala: Kaabah, air zam zam, mashaf Al-Qur'an, alim ulama dan ibu bapa) *Dekat je ibu bapa kita tu dgn kita, ye la satu rumah kan.. jadi ambil la kesempatan selagi hayat mereka masih ada*






p/s: Mengingati diri jua

Tuesday, August 2, 2011

11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan

As Salam,

Alhamdulillah, harini hari kedua kita bepuasa. Ni saya nak share sikit tazkirah yang dipetik daripada email yang dikirimkan oleh salah seorang rakan saya berkenaan amalan sunnah yang wajar dilakukan semasa di bulan Ramadhan. Happy reading! ;)


"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.

Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.

Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...