Pages

Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Resepi: Roti pizza sempoi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Godek-godek gambar jumpa banyak gambar dan tempat menarik yang saya nak share.

Tapi kali ni, saya nak tunjukkan hidangan yang paling sempoi untuk sarapan ataupun minum petang.

Tadaaaa~~



Bahan-bahan:
▪ Roti keping gardenia
▪ Sos cili
▪ Serunding daging
▪ Mozarella cheese

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar
2. Sapu sos cili pada kepingan roti, taburkan serunding di atasnya
3. Tabur mozarella cheese.
4. Bakar selama lebih kurang 10-15minit hingga roti garing.

Sedia dihidang! Roti garing, crispy krup krap je bila digigit.

Cuba lah! Sempoi kan?

Tuesday, October 11, 2016

Resepi: Oreo Cheesecake

Assalamualaikum

Tadaaaa..!!

Oreo cheesecake in the houz yaw!
Dah beli cheese ni dah lama. Kekonon nak buat cheesetart. Tapi terpandang pulak crushed Oreo sepeket. Dah berbelah-bagi.. nak buat cheesecake or cheesetart?

Last-last saya pilih untuk buat cheesecake. Boleh bawak g ofis! Jom tengok apa resepinya k! Ni saya buat style campak-campak aje.

Bahan-bahan:
Untuk base:
▪ 200gm crushed Oreo
▪ 50gm Buttercup

Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan gaulkan ke dalam crushed Oreo.
2. Pedapkan pada loyang dan bakar pada suhu 160°c selama 10minit dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk fillingnya pula:
▪ 500gm creamcheese
▪ 150gm brown sugar
▪ 3 biji telur
▪ 1 sudu esen vanilla
▪ crushed Oreo

Cara-cara:
1. Putar creamcheese bersama brown sugar sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla sehingga sebati.
3. Masukkan crushed Oreo dan gaul dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang yang kita sediakan base nya tadi.
5. Bakar pada suhu 160°c selama 30-40minit.

Siaapppp!!

Untuk lagi cantik, boleh titikkan cecair Vivix dan lorekkan. Kek bertambah sedap, khasiat pun dapat!

Ohya, boleh juga tambahkan Mealshake ke dalam adunan tadi ya! Saya punya sudah kehabisan. Bagi anda yang tak pernah rasa Mealshake dan mahu mencuba, boleh hubungi saya ya!

Emilia
012 373 2589


Wednesday, August 31, 2016

Kek Pisang Merdeka

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini kita semua cuti umum, sempena Merdeka jadinya saya memang hanya plan untuk keluar beli barang dapur setelah selesai tugasan di rumah.

Masuk je dapur, dah nampak pisang berangan yang berbaki 4 biji. Terus TING! "Buat kek pisang pun sedap jugak ni!" Bisik saya di dalam hati.

Sedang saya keluarkan bahan-bahan nak buat kek dan bahan untuk masak mkn tengahari, tup-tup si budak kecik pun masuk dapur minta pisang yang saya angan-angan untuk dijadikan kek. Saya bagi jela, asalkan dia nak makan.. dah nama pun anak.. ibu mana yang tak sayang anak oii..!

Sup sap sup sap sambil masak sambil timbang bahan.. sambil kacau kuali, sambil putar adunan. Maka, akhirnya jadi lah kek pisang Merdeka!

Resepinya mudah sangat! Saya ikut resepi sebijik dalam blog jintanmanis.. cuma saya ada ubah sikit dengan saya tambah coklat chip ke dalam adunan. Derhaka resepi sikit kali ni.hehehe

Apa yang saya perasan, untuk dapatkan kek yang gebu dan lembut, sila guna tepung superfine atau tepung kek, ya!

Adunan saya ni, saya gunakan tepung gandum Faiza.. so adunannya agak kental. But anyway, saya happy sebab esok boleh bawa bekal g ofis!

Nak order atau ingin bertanya pasal Shaklee, boleh ya! Saya amat alu-alukan.

Ok, selamat mencuba!


Friday, July 8, 2016

Menu Raya

Assalamualaikum

Apa menu raya?

Menu raya saya tahun ni;
♤ kuah lemak lodeh
♤ kerutub daging
♤ daging masak hitam (saya masak)
♤ ketupat instant
♤ lemang (beli)
♤ tumisan (masakan jawa) *saya wong jowo seng reti ngomong jowo*

Kuih raya pulak;
♧ kuih kapit peanut (beli)
♧ kuih tart super sedap gile (kirim kat mother in law)
♧ chip choc (saya buat dan jual)
♧ kerepek dan kekacang (beli)
♧ lain-lain kuih (orang bagi)

♡


Thursday, July 7, 2016

Nasi Lemak di Lebaran ke-2

Assalamualaikum

Semalam dah sarapan, lunch dan dinner lauk raya. So harini, eventhough lauk raya still ada, tapi terasa dan terajin nak buat nasi lemak.

Presenting nasi lemak pada Syawal kedua!

Hapuskan lemak jahat dengan pengambilan konsisten Lecithin dan Omega Guard... dengan keyakinan dan atas izin Allah, lemak yang jahat tu dapat dibanteras.

Info lanjut, boleh wasap2 kakak ya!

Emilia
012 373 2589


Sunday, July 3, 2016

Resepi : Bubur Ruby

Assalamualaikum

Tengahari ni nak share resepi bubur ruby. So sempatla jika anda nak cari bahan untuk sediakan petang ni sebagai appetizer ketika berbuka nanti.

Bahan-bahan:
◇ 2 cawan barli
◇ 1 senduk sagu (saya guna kaler merah, terpulang pada anda nak guna yang berwarna ataupun tidak)
◇ 1 cawan jagung frozen
◇ Setengah kotak santan kotak
◇ 1 senduk gula (depends pada tahap kemanisan yang anda gemarkan)
◇ sedikit garam
◇ air untuk merebus barli

Cara-cara:
1. Rebus barli sehingga barli tersebut kembang dan empuk
2. Masukkan sagu, biarkan ia masak. Nak tau masak, sagu tu tadi akan bertukar menjadi jernih. Jika rajin, gentel-gentel supaya nampak seperti bijian ruby.
3. Masukkan gula, kacau sehingga gula melarut
4. Dengan api perlahan, msukkan jagung dan santan
5. Biarkan ia mendidih sebentar bagi memastikan santan tersebut masak
6. Masukkan sedikit garam supaya ada rasa lemak-lemak tu terasa. Matikan api dan sedia dihidang.

Kalau ada daun pandan, boleh juga kalau nak dimasukkan supaya bubur jadi lebih wangi. Lagi best kalau guna gula melaka. Tapi dalam kes saya ni, saya kehabisan gula melaka, jadinya saya guna gula pasir putih tu aje.

Disebabkan saya guna sagu bewarna merah, jadinya kuah santan bubur akan bertukar kemerahan. Dan buji sagu seperti batu ruby, itu pasal saya namakan sebagai bubur ruby.. hehe 😀

Selamat mencuba!
♡


Saturday, July 2, 2016

Menu iftar

Assalamualaikum

Saya dah siap masak untuk berbuka! Harini saya masak udang masak lemak, kubis tumis n bubur gandum, jagung  dan si merah ruby

Nanti saya share resepinya k!


Thursday, June 30, 2016

Resipi: Udang Masak Lemak

Assalamualaikum

Dah lama tak up entry resepi kan?

Orite, ni nak share resepi lauk iftar saya petang tadi k! Next entry will share resepi bubur red ruby saya pulak ya!

Bahan-bahan:
□ 2 biji bawang merah yang dipotong halus
□ 1biji cili padi
□ 2 batang serai yang diketuk
□ 500gm udang
□ setengah kotak santan
□ sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
□ sedikit garam sebagai perasa
□ minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang, cili dan serai sehingga wangi
2. Masukkan udang, biarkan udang tersebut separuh masak
3. Tukar kepada api perlahan, masukkan santan
4. Tambahkan garam dan serbuk kunyit
5. Biarkan sebentar, padamkan api dan sedia dihidang


Saturday, May 7, 2016

Resepi: Ketam Masak Lemak


Assalamualaikum,

Rindu benar nak berblog dengan tenang. Bukan tak nak jenguk, tapi memang super duper busy weih, lately! Paling ketara bulan lepas la.. Memang sikit betul create and post entry. Report sana sini kena buat. Meeting sana sini kena attend. Memang rimas and lemas. Setiap detik memang terisi dengan membuat kerja yang tak berkesudahan.

Dan ini kali, sempat juga nak berblog dan share resepi. Kali ni nak share resepi ketam masak lemak yang mudah ikut cara saya!



Bahan-bahan:
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Santan
  • Serbuk kunyit sebagai pewarna
  • Garam
  • Air sedikit
  • Ketam
Cara-cara:
  1. Hiris nipis lengkuas, bawang merah dan bawang putih. *kalau ikut sebetulnya, kena blend bahan-bahan ni*
  2. Tumis bahan-bahan tadi. Masukkan serai yang telah dititikkan.
  3. Masukkan ketam dan biarkan ia digoreng seketika.
  4. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit.
  5. Biarkan seketika dan masukkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu menggelegak seketika, dan sedia untuk dihidang
Mudah je!


Mahu potong tahap kolesterol?
Dapatkan Omega Guard dengan harga yang sangat berbaloi dengan menghubungi saya di WA 0123732589 - EMILIA


~love~




Tuesday, March 29, 2016

Resepi: Cheesecake Coklat

Salam,

Wah, lama betul tak berblog. Bukan sebab takde cerita yang nak disharekan, tapi mood untuk berbloging tu kadang-kadang tak muncul. Bila tengah drive ke, atau tengah lunch ke, boleh pulak kepala ni terfikir macam-macam tajuk yang boleh dijadikan entry. Tapi, bila tiba bukak je blog, tetiba macam 'Nak tulis apa ni ye..' Idea yang masa bukan waktu sesuai yang dipikirkan tadi tetiba je kepoooff hilang gitu je.. huhu!

Ok, kali ni nak share resepi lagi. Ala, saja je bawa gi ofis makan-makan dengan kengkawan. Since diorang pun rajin jugakla nak belanja sate.. pizza... and kekadang keropok lekor and pisang goreng..

Orang memberi, kita merasa.. asyik orang je yang beli, bila pulak turn kita nak belanja pulak kan?



Bahan-bahan:
  • 1bungkus biskut digestive salut coklat (saya guna brand Mark & Spencer)
  • 500gm cream cheese
  • 1cawan gula
  • 4 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4biji telur
  • 1 cawan coklat chip
Cara-cara:
  1. Kali ni, saya buat cara lain sikit, instead saya ramas hancurkan biskut untuk dijadikan base. Tapi kali ni, saya susun je biskut tu kat dalam loyang empat segi saiz 8 x 8 dan saya bekukan dalam peti ais.
  2. Putar gula bersama cream cheese
  3. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji
  4. Masukkan tepung dan putar sehingga sebati
  5. Masukkan coklat chip. Kali ni, hanya gunakan teknik kaup balik
  6. Bakar ke dalam oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 40minit atau sehingga masak
Sedia untuk dinikmati.

Macam ni la rupa dia selepas je keluar dari oven. Bake with love, fresh from oven!

Kalau nak gelap sikit, bakar la lama sikit.. Tapi sebabkan saya dah ngantuk sangat, kira aci la ni


~love~



Friday, March 4, 2016

Resepi: Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum..

Kali ni nak share resepi kek pisang.. Uols try Insha Allah menjadi dan hasilnya sangat nyums!

This is my 1st time buat kek ni though and the taste tidak mengecewakan.. siap gebu gebas lagi weih.. *I loike*

Bahan untuk buat kek pisang ni sangatlah mudah dan murah.. Of course bila korang dah buat sendiri, korang tak akan menyesal.. *serious I tell you!*

Ok lets check what is the ingredients that I used to bake the banana cake ya!

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum *saya guna tepung Faiza*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder (bahan 1-3 diayak bersama)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 3biji pisang yang telah silenyek.. *saya guna pisang Dole yang dilenyek menggunakan penekan burger*
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan minyak *saya guna minyak Seri Murni*
Cara-cara:
  1. Dengan menggunakan mixer, pukul gula bersama telur sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila diikuti pisang yang telah dilenyek.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali, masukkan cawan. Kacau sebati menggunakan whisk.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 50minit.
Dah siap! And hasilnya, tadaaa~~


Kek pisang yang giler gebu dan sedap!

Cuba ya!

~love~

Thursday, February 18, 2016

Resepi : Cheesecake pie

Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tak share resepi kann... hehe..
Baru-baru ni tetiba pula rajin nak buat cheesecake.
Plan asalnya memang nak buat cheesecake. Tapi disebabkan ada 1 buku je cheesenya, jadinya tak berkembang naik, makanya saya pun namakannya sebagai pie je la ye.. Gambar kisahnya, saya lupa nak snap.. end up, dah habis dah pun dimakan.. Tapi takpe, still juga saya akan sharekan resepi.

Bahannya simple je weih.. serius, simple gile untuk buat cheesecake ni..

Bahan-bahan:

  • Biskut digestive
  • Sedikit air (biasanya orang akan guna melted butter, tapi saya guna air je)
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • coklat nutella sebagai hiasan
Serious, senang beb nak buat... takde alasan nak bermalas-malasan. Sebab kek ni, boleh dikategorikan sebagai kek yang paling senang nak buat.

Cara-cara:
  1. Biskut digestive tu dipecah-pecahkan guna jari. Kemudian, padatkan ke dalam loyang as base. Nak senang, padatkan guna belakang sudu. Masa nak padatkan tu, renjis-renjis sikit dengan air. *see, dah bagi resepi yang mudah, siap bagi tips nak mudahkan korang lagi..haih geram betul la kalau korang still tak nak buat jugak, memang nak kena pukul la korang ni..heheh :P*
  2. Dah siap? Boleh simpan ke dalam peti sejuk dulu, bagi dia keras sikit.
  3. Guna hand mixer, putar cream cheese bersama gula hingga rata. Guna kelajuan slow je.
  4. Masukkan tepung.
  5. Masukkan telur dan ratakan guna whisk je kali ni.
  6. Tuang ke dalam loyang yang kita dah siapkan base dia tadi.
  7. Titikkan coklat nutella, dan lukiskan bagi ada corak-corak sikit
  8. Bakar ke dalam oven dengan suhu 200 darjah celsius, selama 20minit.
  9. Siappp!!
Oh ya, saya guna loyang bulat 8 or 9 inci, tu yang lapisan keknya jadi rendah.

Kek ini sedap dihidang dengan kopi o ataupun nescafe o.

Orait, sekian sahaja resepi untuk entry kali ni.


~love~

Tuesday, January 12, 2016

Sardin Puff

Assalamualaikum

Kali ni nak share hasil kedua saya mencuba untuk membuat Puff Sardine!

Duk viral sekarang dan disebabkan ramai yang share, jadinya, berkat daripada ramai yang share tulah membuatkan saya pun terpanggil untuk try buat.

Mudah dan cepat serta sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah pun. Hanya setin sardin dan juga sepeket kepingan paratha. Oh, satu lagi bahan, iaitu kuning telur yang telah dicampurkan dengan sedikit air untuk sapuan di bahagian atas sebelum dibakar.

Mana nak dapat resipi? Google je Puff Sardin mudah, mesti keluar punya. Those yang suka berfb, search je.. Dah rajin duk belek and update FB, jangan pulak tak try yea. Dah viral dah cara nak buat puff ni. So, saya takkan share caranya kat sini. Cuma just nak tunjuk hasil yang telah saya sediakan.

Presenting my version of Sardine Puff

Lepas ni, takyah nak beli kat bakery dah kalau teringin nak makan puff ni. Jimat weih! Serious sedap dan ianya crunchy!

~love~

Tuesday, December 22, 2015

Resepi: Bubur Jagung

Assalamualaikum

Walaupun dah lama tak berblog sebab demam dan sibuk kerja. Tapi gigih juga siapkan entry. Kalau discroll-scroll pada gallery dalam handphone ni, banyak entry yang boleh dicreate. Kena manage masa je untuk upkan entry-entry baru.

Baiklah, kali ni nak share resepi bubur Jagung. Resepi yang sangan simple, boleh dimakan sejuk (chilled) ataupun hangat ketika minum petang.


Bahan-bahannya pun mudah. Jom tengok bahan-bahan yang digunakan serta step mudah untuk menghasilkan bubur ini.

Bahan-bahan:

  • Setengah kotak santan Kara
  • 1 tin krim jagung manis brand Adabi (terpulang kepada anda untuk pilih brand apa)
  • 1 cawan jagung frozen (saya guna brand Watties)
  • 2 sudu sagu
  • Gula melaka (ikut citarasa)
  • sedikit air untuk merebus jagung frozen
Cara-caranya:
  1. Basuh jagung frozen dan rebus seketika dalam lebih kurang 2-3minit.
  2. Masukkan gula melaka dan kacau untuk pastikan supaya gula tersebut hancur
  3. Masukkan jagung krim manis dan santan. Kacau rata.
  4. Rasa kepekatan dan kemanisan rasa.
  5. Masukkan sagu, Biarkan ia mendidih atau apabila sagu sudah kelihatan jernih.
  6. Matikan api dan sedia dihidang.
# Tips: Perlahankan api ketika ingin memasukkan santan kerana jika santan dimasak dengan api yang kaut, ia akan menyebabkan santan pecah minyak. 

Bubur jagung ni paling win bila ia dipasangkan dengan air teh o panas. Fuh, memang ngam-ngam ho weih!

Jangan lupa untuk mencuba ya!

~love~



Monday, November 23, 2015

Resepi: Bubur Barli

Assalamualaikum

Musim jerebu dah berlalu, and skrg monsun sedang bermula. Bila dah musim hujan, biasanya akan ada di antara kita yg terkena demam selsema. Tak kira usia.. Saya pun baru je baik dari batuk dan selsema. 

Kebiasaannya bila dah batuk dan demam bagai ni, remedi yang biasa diamalkan adalah dengan minum air barli.

Jadinya, jika terdapat lebihan barli yang telah direbus tu, blh la dijadikan bubur pula. Macam mana caranya? Meh skodeng resepi di bawah. Cukup mudah. Sambil2 cuci pinggan pun dah blh siap dah bubur barli ni.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan barli
  • 30gm gula merah *ikut citarasa masing-masing*
  • 2 sudu sagu yang telah direndam dahulu
  • 1/2 kotak santan Kara
  • 1helai daun pandan *optional*
Cara-cara:
  1. Macam kes saya ni, saya dah ada lebihan barli bersama airnya. Jadi, tinggal saya tenggekkan periuk di atas api, dan masukkan gula merah. Kacau sehingga gula merah mencair.
  2. Masukkan sagu, biarkan ia mendidih supaya biji sagu bertukar menjadi jernih
  3. Masukkan santan dan jika ada, masukkan daun pandan yg telah disimpul. Perlahankan api
  4. Ekjas kepekatan santan seperti mana yang diinginkan. Biarkan ia mendidih 1 kali.
  5. Padamkan api, dan sedia dihidang
Kejap je weih nak buat. Saya buat bubur barli ni, sambil2 cuci pinggan. Tak susah pun sbnrnya nak masak. Yang penting, avoid beralasan dan rajin utk cuba resepi. Lama-lama akan mahir.


~love~


Monday, November 2, 2015

Resepi: Sugar Ball aka Sugar Flower

Assalamualaikum,

Penah makan tak kaya ball? Haaa, ni rasa dia mcm kaya ball la.. cuma takde kaya, so saya gantikan dgn gula.. tu yg nama dia sugar ball.. *eh, tapi tak bentuk ball pun?* ate, dah acuan ni je yg saya ada kira ok la ni.. takkan nak letak nama sugar flower? tp cam sedap jgk kan nama sugar flower.. hewhewhew

Hahaha..sebenarnya di suatu pagi ni, saya nak buat kuih cara manis.. *dah penah sharekan resepi cara manis? rasanya mcm dah penah share dah aritu.* Tapi disebabkan pewarna hijau tu saya tak jumpa, so main taram jela sume sukatan bahan2 tu tanpa pewarna.. then terjadila sebijik rasa mcm kaya ball yang berjualan di kiosk2 tu.



Meh, nak share resepi.. korg jgn takut, i mesti share punya resepi, cuma sukatan jela kekadang aci taruk je.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan Kara
  • 4 biji telur gred E
  • Air sikit
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali air ke dalam blender. Blendkan mereka.
  2. Kalau tgk texture dia likat, then korg tambah air..
  3. Make sure dia punya adunan tak brape likat, and tak brape cair.
  4. Panaskan acuan kuih cara *up to uols, korg ada bentuk yg mcm mana*
  5. Tuang sedikit minyak ke dlm setiap lopak bunga acuan tu. Tunggu jap, bg minyak panas.
  6. Tuangkan adunan ke dalam lopak bunga adunan tu. Perlahankan api ya, nanti hangit pulak.
  7. Selesai je tuangkan adunan, bolehla korg sudukan kaya/gula kat atas dia..
  8. Tutup dan biarkan masak dalam 3-4 minit.
  9. Kalau dah boleh korek pakai lidi tu, maknanya dah masak la..tp kalau duk melekat je, belum masak lagi.
  10. Dah siap utk dimakan!
Utk mesin blender tu, korg jgnla campur blender yg dah korg blend cili..gunakanlah blender asing khas utk buat kuih muih yg mmg super malas punya kaedah ni sebijik kat dapur tu.. Hadiah kawen dpt byk kan blender? takkan sume dah dikekahkan? kalau takde jgk, korg online purchase je kat Lazada.. byk woo item jual kat situ..

~love~

Thursday, October 22, 2015

Resepi: Pasta Untuk Si Kecil

As-salam,


Meh nak share resepi utk kanak2 riang. Cekidaut!

Bahan-bahan:
  • Pasta bunga-bunga *blh jmpa kat Giant.. brand Heinz pun ada*
  • 1 biji bawang putih yang hiris halus
  • 1 baby carrot yang dipotong memanjang *nak guna brokoli pun blh*
  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • 1 cubit garam
Cara-cara:
  1. Rebus pasta dan carrot sehingga empuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih seketika
  3. Masukkan pasta dan carrot
  4. Perasakan dgn garam.
  5. Siap!
Kalau nak letak hirisan ayam pun blh jgk. Ni resepi yg tak payah nak defrost bagai, more into vegetarian la.. Orait, selamat mencuba!

Tuesday, October 20, 2015

Resepi: Sayur Campur

Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi sayur campur cincai boncai je namanya.



Meh tgk bahan-bahan dan caranya ye!

Bahan-bahan:
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 biji bawang putih
  • Sayur-mayur: cauliflower, sawi, carrot
  • Air
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan ikan bilis dan bawang putih.
  2. Masukkan sayur mayur. Gaulkan.
  3. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
  4. Siap!

Tuesday, October 6, 2015

Resepi: Butter Prawn

As-salam,

Yeehaa, menjadi jugak! This is my 2nd trial.. 1st trial aritu, dah jadi mcm telur dadar je.. Mana taknya, kuali je yang digoyang2 sakan.. Teknik salah la rupanya..

So, my 2nd trial alhamdulillah menjadi! So lepas ni tak payah la nak order butterprawn dah. Kita order shark fin soup ataupun sechuan sup je.. Saya kalau g kedai makan ni, biasanya akan order makanan yang rare or yang saya sendiri tak reti nak buat. So, one of them is butterprawn la.. 

Macam mana boleh timbul idea nak buat butterprawn ni? Meh, ikuti conversation di bawah:

Nadia : Kite rasa mcm nak bukak order pavlova la utk raya haji ni.. kwn mak kita nak order, sbb aritu kite ada buat masa open house raya aritu..

Me     : Buat jela Nad.. nak jual bape ringgit?

Nadia : Yang tu taktau lagi.. Tp kalau dah buat tu, kena minta husband kita beli udang la.. mesti dia suh kite buat butterprawn..

Me     : Nad reti buat butterprawn? Siyesly?

Nadia : Siyesly.. ala, senang jela.. mcm ni.... *bla bla bla..sambil memberitahu bahan dan cara-caranya*

Haa... tutorial melalui verbal je tau.. take note bahan dan teknik. Then praktikal sendiri buat, main aci redah je.. 

There you go gambar and resepi!

Mcm senget je kan snap gmbr ni? Walaupun senget, tp rasa dia sedap okeh



Bahan-bahan:
  • 8 ekor udang
  • 3 biji kuning telur yang telah dikocak
  • 1 biji cili padi
  • 3 urat daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
  • Butter
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak bersama sedikit mentega. *dah nama pun butterprawn..mesti la kena letak butter...if guna marjerin, anda telah menipu diri sendiri or pelanggan anda..haip, tak baik tipu kerana menipu adalah perbuatan yang sangat keji.. teheheh.. ;P*
  2. Make sure minyak panas. Tuangkan kuning telur pada ketinggian yang paling tinggi anda boleh tuang tadi sambil tgn sebelah lagi kocak laju2 ikut arah jam. *heheh...sbbnya nak bagi kuning telur tu jatuh sikit2.. ataupun, blh je guna penapis..lagi mudah sbnrnya.. saja nak bagi korang thrill sikit*
  3. Biarkan smpai berbuih dan telur tu garing.. *time ni, korg dah boleh slowkan api..kang hangit pulak sarangnya..*
  4. Angkat dan saringkan guna kitchen towel dan ketepikan.
  5. Dengan lebihan minyak kat kuali tadi, tumiskan cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan udang yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam.
  7. Tunggu sehingga udang masak dengan balik2kan dia atau nak mudah detect, udang tu akan kerekot bentuk bulat gittew..
  8. Tabur dan gaulkan gula ke dalam sarang kuning telur yang telah ditapis minyaknya..dan gaulkan bersama udang tadi.
  9. Siap utk dinikmati.. Nyumms!
~love~






Sunday, October 4, 2015

Egg Tart

Salam,

Egg tart in the house yaw!!

Gambar blurr la pulok.. Blur2 pun, habis dah uols!

Simple and sedap! 100pcs habis gitu je.. alhamdulillah.. ;)) ~love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...