Pages

Wednesday, August 31, 2016

Kek Pisang Merdeka

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini kita semua cuti umum, sempena Merdeka jadinya saya memang hanya plan untuk keluar beli barang dapur setelah selesai tugasan di rumah.

Masuk je dapur, dah nampak pisang berangan yang berbaki 4 biji. Terus TING! "Buat kek pisang pun sedap jugak ni!" Bisik saya di dalam hati.

Sedang saya keluarkan bahan-bahan nak buat kek dan bahan untuk masak mkn tengahari, tup-tup si budak kecik pun masuk dapur minta pisang yang saya angan-angan untuk dijadikan kek. Saya bagi jela, asalkan dia nak makan.. dah nama pun anak.. ibu mana yang tak sayang anak oii..!

Sup sap sup sap sambil masak sambil timbang bahan.. sambil kacau kuali, sambil putar adunan. Maka, akhirnya jadi lah kek pisang Merdeka!

Resepinya mudah sangat! Saya ikut resepi sebijik dalam blog jintanmanis.. cuma saya ada ubah sikit dengan saya tambah coklat chip ke dalam adunan. Derhaka resepi sikit kali ni.hehehe

Apa yang saya perasan, untuk dapatkan kek yang gebu dan lembut, sila guna tepung superfine atau tepung kek, ya!

Adunan saya ni, saya gunakan tepung gandum Faiza.. so adunannya agak kental. But anyway, saya happy sebab esok boleh bawa bekal g ofis!

Nak order atau ingin bertanya pasal Shaklee, boleh ya! Saya amat alu-alukan.

Ok, selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...