Assalamualaikum
Ni nak cerita pasal kejadian semalam.. Kebetulan semalam kan tarikh 05.08.2016 kan.. yang kebetulan sama dengan no plate kereta saya iaitu 5885. Jadinya, ofismate saya menyangka no plate kereta saya adalah tarikh lahir saya.
Sememangnya saya tak pernah reveal tarikh lahir saya kepada sesiapa di pejabat. So dorang main teka-teka je la.
Nak dijadikan cerita, tetiba salah seorang staf saya beri ucapan hari lahir di hadapan sume kat dlm ofis tu. Dengan penuh konfiden lak tu.. "Happy Birthday, puan! Harini birthday puan kan.. yela 5885.. harini kan 5hb.."
Dan secara spontan bos saya pulak mencelah.. "Oh, birthday milia harini? Boleh la nanti beli kek"
Saya yang tak sedap hati ni terus la bgtau, "Eh, yang pasti 5885 tu mmg betul no plate saya.. tp harini bukan birthday saya.. ntah birthday sesapa ntah.."
Then sumerang bahan saya, 'Ala.. ngaku jela birtday sendiri je pun.. nak segan2 pulak'
So, penat nak explainkan kat sumerang yg terus assume saya punya birthday smlm, so saya pun kata, "ok, kalau nak beli kek beli la.. rezeki kita smua nampaknya utk makan kek"
Tak sangka pulak memang betul2 bos saya ada kirimkan duit kat staf saya utk belikan kek utk saya.. aiyoookk!
So semalam telah tanpa sengaja sambut 'birthday saya'.. 👆 tula rupa keknya!
Terharu pun ada.. tapi rasa mcm dah 1 department kena prank.. hohoho!
"Bos, tengkiu blanje kitorg kek!" Hiks
Saturday, August 6, 2016
Ceritera 5885
Labels:
Makan-makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment