Pages

Friday, August 26, 2016

Jatuh cinta kepada Ostematrix

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, saya akan share bagaimana Oste berjaya menambat hati saya! Rasanya saya belum lagi share bagaimana saya terjebak dengan produk Shaklee, kan?

Baiklah, saya akan kongsikan pada entry ini.

Jika diimbas semula, saya dah tau kewujudan Shaklee ni semasa saya di zaman Universiti lagi di mana ada coursemate saya memang die hard fan Shaklee kerana tunangnya (pada ketika itu) * sekarang dah jadi suami dia dah* merupakan ahli Shaklee. Tapi yela, walaupun kawan saya ni puji produk Shaklee bagus, saya ketika itu hanya mampu mendengar je. Sebab harganya quite pricey!

Setelah saya habis belajar di Univ dan mula bekerja, nama Shaklee lenyap dalam radar saya. Entah, mungkin pada ketika itu kawan sekeliling tak ada yang guna produk Shaklee, jadinya memang langsung lenyap word Shaklee ni. Namun word Shaklee ni kembali muncul setelah saya habis pantang iaitu saya terlihat ramai di antara kawan-kawan sekolah saya yang post berkenaan produk Shaklee. *jauh kan gap word Shaklee ni nak muncul semula dalam hidup saya? Hehehe *

Since saya dah habis pantang dan dah mula bekerja, jadinya saya mencari supplement untuk ikhtiar meriahkan susu badan. Lalu saya terlihat post my long lost friend iaitu Naimah di FB. Dia ada post berkenaan set bajet susu meriah ke apa ntah nama tajuk post dia. Lalu saya mula tanya-tanya dan terus sign up jadi ahli.

Kenapa sign up terus?
Kerana semasa saya membuat pembelian, saya layak untuk mendaftar menjadi ahli percuma. Malah dapat cash back lagi!

Pada fasa ini, saya hanya bercadang untuk jadi ahli untuk pakai sendiri sahaja. Memang saya langsung tak promote kepada sesiapa. *kedekut ke gitu?* Takkk, bukan saya kedekut. Tapi saya nak rasa dulu produk keluaran Shaklee ni macam mana.

Saya cuba satu-satu. Antaranya Vivix, GLA, Lecithin, pencuci muka Nutriwhite dan lain-lain. Sebab pada saya, tak kenal maka tak cinta.

Sampailah pada suatu ketika, saya mengalami sakit tumit dan sakit lutut. Memang sangat tak selesa sebab menyukarkan pergerakan saya ketika solat dan berjalan normal. Cuak wei waktu ni. Saya Google, banyak yang kata jika sakit tumit bermakna ada masalah pada rahim.

Apa yang saya buat?
Saya pergi berurut. Sangkaan saya mungkin peranakan jatuh atau ada salah urat kat mana-mana. Tapi tetap jugak tak reda. Pada masa yang sama, saya tanya hal ini kepada ibu saya, dan beliau menyarankan supaya saya minum susu. Mungkin kalsium kurang. TING! Terus saya tergerak untuk mencuba Ostematrix. Saya tidak alah kepada susu, tapi pada saya dalam bentuk tablet lebih mudah untuk diconsume berbanding susu dalam bentuk cecair. Kerana biasa terjadi, susu kotak yang saya beli, jika tak dihabiskan direct, ia akan basi.

Saya amalkan pengambilan Ostematrix setiap malam selama 3 minggu jika tak silap saya. Dan tanpa sedar, 'Eh, bila sakit tumit ni hilang?' BINGO! Saya dah tau dah, kurang kalsium adalah punca saya sakit tumit, dan mengambil Ostematrix adalah cara untuk merawat dan mencegah. Alhamdulillah, Allah beri saya nikmat untuk berjalan normal kembali.

Oh ya, saya tidak lupa berdoa kepada Allah moga sakit tumit saya pulih. Kerana Allah yang beri kesembuhan. Bayangkan sakit tumit yang saya alami sehingga ada kala saya terpaksa solat duduk. Lebih teruk daripada ketika saya mengandung. Ketika mengandung, saya solat duduk pun pada hujung-hujung kehamilan. Itu pun on off, kerana sering saya cuba utk solat seperti orang normal.

Pengambilan kalsium ni penting. Lebih-lebih lagi yang bernama perempuan. Sebab kita mengalami proses mengandung dan menyusukan. Kita berkongsi nutrien untuk diserap oleh anak yang dikandung dan disusukan. Jadinya, kita as perumah *boleh ke gitu? Huhu* WAJIB sangat untuk top tup balik nutrien yang dah hilang dan berkurangan melalui pengambilan supplement.

Insha Allah, supplement Shaklee selamat untuk diambil.

Amacam, dah baca pengalaman saya, berminat untuk order Ostematrix? Jom order dengan saya, Emilia ~ 012 373 2589

#sayagunasayajual
#sayajualsayaguna


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...