Pages

Friday, August 25, 2017

Konsisten vs Malas

Assalamualaikum

Apa yang korang faham tentang konsisten?

Nak buat batter kuih atau kek pun, kena ada konsistennya adunan tu..

Nak amalkan apa-apa produk pun, kena ada konsistennya..

Nak bagi penilaian kenaikan pangkat pun, kena ada konsistennya kedatangan dan markah KPI.

Untuk mudah faham, konsisten ni tahap ketegaran la.. boleh diterima ke?

Nak buat batter kuih atau kek, adunannya perlu tegar. Maksudnya, tahap kepekatannya perlu seimbang.

Nak amalkan produk, pengambilan perlu tegar. Maksudnya, tak culas atau tak yangyok. Maintain je, walau badai mendatang, tapi still tegar untuk amalkan harian.

Nak promote kenaikan pangkat, markah KPI dan kedatangan tegar je cemerlang dan membanggakan.

Tapi, ada satu je yang jadi faktor penghalang untuk tegar iaitu penyakit M.. uihh.. penyakit M ni, tak boleh cakap kuat-kuat.. takut jadi doa pulak.. dah la takde ubat, melainkan diri sendiri yang kena buat perubahan.

Pepatah cina ada cakap, "Semua perempuan di dunia ni takde seketul pun yang tak lawa. Semuanya lawa, melainkan orang tu M.. " Dapat tangkap tak M tu apa? M tu M.A.L.A.S.

Kalau difikir balik, logik jugak pepatah tu walaupun sebenarnya macam ayat penyedap atau sekadar nak ambil hati je kan..

Cer imagine, kita buat ayat matematik la senang.

Tak lawa + malas mandi = haih.. dah la tak menarik.. berserabai lagi..
Tak lawa + malas nak bersiap = cuba-cuba la belajar untuk mekap bagi naik seri tu..
Tak lawa + malas masak = apa yang dia tau pun entahlah. serba-serbi kurang.

Nampak tak impactnya bila ada element malas di situ? Akan terbit unsur-unsur penghinaan yang melampau dan dengusan keluhan yang kedengaran..

Tapi, kalau tak lawa + rajin mandi = eh, wangi la awak..
Kalau tak lawa + pandai mekap = awak nampak berseri la. i suke tau!
Tak lawa + suka masak = u pandai tawan hati i..

See.. see.. pujian je kan.. memang logik la walau tak lawa, tapi kalau rajin.. tu kira kawtim jela..

So, girls out there.. jom kita cantik sama-sama!
Jom kita konsisten ambil makanan seimbang
Jom kita tegar buat amal kebaikan
Jom kita rajin sama-sama!
Jom kita buang sifat MALAS sama-sama!
Value up yourself!

Thanks for reading this entry.

Xoxo,
Love mel







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...