Pages

Sunday, August 6, 2017

Genting Highland Premium Outlet

Assalamualaikum

Harini punya aktiviti adalah window shopping di Genting Highland Premium Outlet.

Kami dah gerak seawal jam 8am. Sebelum tu isi perut di restoran Asam Pedas Bukit Jelutong yang mel pernah cerita dalam entry sebelum ni.

Kami order nasi lemak dan roti canai. And all time fevret roti canai is my budak kecik. Sekeping setengah dia mampu nak habiskan. Then milo suam mel kongsi dengan budak kecik.

Memula plan macam nak tapao nasi lemak untuk picnic kat Genting tu. Tapi bila tengok kat display counter tu, lauk tengahari pun dah tersedia. So kami tapao nasi dan lauk. Uishh, lauknya pun sedap weih.. jarang tau mel puji masakan orang.. hihi.

Then around 10am, kami pun gerak ke Genting. Jalan smooth.. kami sampai di sana dalam pukul 11am lebih macam tu.

Parking lot pun banyak lagi kosong. So pilih jela nak parking celah mana yang korang suka.

Most butik kat sana banyak yang dah dibuka. Antaranya yang sempat nak capture kat kepala ni;
Michael Kors
G2000
Hush Puppies
Carlo Rino
Skechers
Radley
Kipling
Furla
Braun Buffel *buy 2 items dpt additional 10%less*
Levis *buy 2 free 1.. beli la 1 jeans*
Coach *plan nak masuk, tapi kena beratur tunggu turn.. so batalkan jela niat*




For me, best nak jenjalan kat sini. Konsep still open space macam A Famosa dan JPO tu.. tapi yang kat Genting ni sejuk nyaman je. Sejuk macam musim spring kat luar negara. Haha.. tu yang cakap kat my mom, "Takyah nak g London la nak beli Radley.. kat sini pun ada.. cuaca pun dah macam kat sana.. hehe.."

Then jenjalan kat 2nd floor, memasing duk bawak aiskrim. Apehal la memasing bawak aiskrim ni? Sedap bebenor ke? Nak tau rupanya macam mana? Macam gini ha..



Aiskrim Godiva tau.. bukan Ko diva.. haha.. setau mel, Godiva ni main product dia coklat exclusive. Yang kalau kita nak beli, dia kira timbang gram. Sama angkatan dengan Patchi dan Royce tu. Tapi maybe management dorang dah diversify kan business dengan jual aiskrim yang dihias sekeping coklat bertulisan Godiva.

So,, kitorang pun lepak dan try jugak aiskrim tu. Ada 3 flavors;
- vanilla in white choc
- dark choc
- twist choc

Budak kecik mintak vanilla, my mom twist choc and husband nak dark choc.

My brother? 2 kali dia ulang aiskrim ni. Hahah.. sedap oiii.. harga? RM25 seketul. 1 meja = 4orang ngadap aiskrim pun RM 100++. Seronok tokey kedai coklat Godiva tu. Sales mencanak la setiap hari kalau gitu kan!

And yang paling tak boleh blah tu.. cashier Godiva tu boleh tegur mel.. dia tanya, "Akak duk Shah Alam kan?"

Mel pelik dah dengan soalan dia.. dalam hati, 'Aik, stalker aku ke dia ni?' Hahaha.. prasan sekejap.

Then mel iyekan ajela. Pastu mel tanya balik, "Kenapa tanya dan macam mana tau?" *ececece.. kita bajet kerek pulak kat dia.. kahkahkah*

Then jawapan yang memeranjatkan dari dia,
"Dulu pernh nampak akak.. saya dulu kerja kat Starbucks Seksyen 9. Sekarang dah tak kerja situ."

Mel? Mampu senyum je.. wonder jugak, dalam banyak-banyak customer yang dia pernah attend, dia boleh register muka mel ni? Mel bukan la selalu sangat ke Starbucks tu..huhu.. Anyway, thanks Ahmad Nabil Ikhlas kerana awak ingat wajah akak.. tu tandanya awak betul-betul ikhlas buat kerja awak.. terharu kite tau!

Orait, then dah habis shopping, kami pun ke masjid berhampiran untuk picnic lauk yang dah ditapao pagi tadi dan terus Zohor di sana.

Pehtu? On the way back mencarik jugak kot ada durian.. tapi takdak pun yang berjualan. So, balik jela rumah.

Tu je kisah hari ni.

Esok kena telan herblax malam ni. Teruk sangat dah harini punya kalori yang masuk. Huhu.

Xoxo,
Love mel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...