Pages

Wednesday, September 4, 2013

Birthday Bash for Ayah and Mi Ketam

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam I ada mentioned yang ada plan nak buat birthday bash for my dad kan? Planning kitorang berjaya uols!

Lepas balik kerja, my sis and me straight gi Baskin Robbins utk booked cake ice cream. Berkenan nak beli Chocolate Mousse Royale (CMR) Chocolate. Tapi yg ada waktu tu hanya utk size kecik, lebih kurang utk 8org makan je. Sedangkan kitorg lebih daripada 8 org, tu belum campur 3 budak kecik lagi! So, terpaksa la pilih yang lain iaitu World Class Chocolate Chocolate. Korg jgn confuse, kenapa I ulang word Chocolate tu sampai dua kali. Ok, yang wording yang kat depan yang panjang2 tu, adalah nama ice-creamnya.. Yang kat belakang tu, adalah perisa kek yang digunakan. Okeh, contoh lain adalah Pistachio Almond Vanilla - means, nama ice-creamnya adalah Pistachio Almond dan kek yang digunakan adalah perisa Vanilla.. *ada paham?* If korg nak yang betul2 100% ice cream yang dibentukkan rupa cake, korg leh try Haagen Dasz. So far, dua ni je yang I penah try. Yang New Zealand Ice Cream , Gelato and lain2 kedai ice-cream yang boom da vazz ni i belum pernah cuba lagi.

Berbalik kepada topik di atas mengenai ice cream cake yang dibeli, if ikutkan in taste wise, CMR tu sedap lagi sbb rasanya pekat dan sgt kecoklatan *chocolatey la dlm bahasa omputihnya.. heheh.. ;P* For those yang sememangnya craving for coklat at the moment, sesuai utk pilih perasa CMR ni. *ni yang I cadangkan.. if korang tak setuju takpe. Den tak paksa pun.. huhu..* Yang World Class ni, sedap jugak. Cuma dia punya coklat mild sikit.. If rasa mcm tak berapa nak dpt byg apa yang cuba saya sampaikan ni, apa kata korg gi kat kiosk Baskin Robbins tu sendiri and mintak rasa. Then beli perasa mana yg korg berkenan, ok! *yup, BR ni dia benarkan utk kita rasa ice-cream deme sblum kita beli.*

Menu utk birthday celebration among my family ni adalah mi ketam, mi rebus and nasi briyani. Mi ketam dan mi rebus dibeli di kedai kat Seksyen 7 dekat dgn foodcourt yang ada jual Burger Yazid tu.. *den rasa den ada share kat mana lokasi Burger Yazid tu.. Bolehla uols korek balik kat entry2 seblum ni ek!*. Manakala nasi briyani pula dibeli di JM Bariani kat Seksyen 7 deretan Jakel tu.

Utk menu semlm, i order mi ketam while for my husband, i orderkan nasi briyani. The nasi briyani sgt sedap! *i amik2 rasa dr pinggan anak buah i.* For the mi ketam pulak, korg jgn confuse. Rupa2nya dia punya nama sebenar adalah Mi Kari Ketam. Dalam bungkusan mi tu ada anak ketam yang direbus, filamen ketam & tauhu goreng. Manakala kuahnya adalah kuah kari. Rasanya sedap! Tp actually di luar my expectation sbnrnya. Sbb memula I ingat isi ketam tu dia rebus sekali dgn kuahnya n pekat. Rupa2nya ketam tu asing, senang cite macam mi kari lauk ketam la nama panjangnya. Bila disingkatkan, tu yg jadi Mi Kari Ketam. Rupa itu ler ceghitenye.. Gambar? Gambar I tak snap. Sbbnya, bila dari bungkusan dah den tuangkan ke dlm mangkuk, tak berapa nak presentable pulak rupa bentuknya.

Owh ya, aktiviti birthday bash ni dijalankan di rumah. Kitorg tapao je.. Okla, sekian sahaja cerita kali ini. 

Wassalam.

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...