Pages

Sunday, June 26, 2016

Iftar Bersama Rakan-rakan

Assalamualaikum

Harini lambat bersiaran busy packing cupcakes untuk majlis ifthar esok.

Apa yang saya nak update ek?

Semalam saya dan rakan-rakan berbuka puasa bersama ala-ala potluck. Tapi potluck kami ni bukanlah makanan yang disediakan hasil tangan masing-masing. Semua pakat beli je kat bazar.

Kami seramai 5 keluarga telah sepakat untuk membahagikan jenis menu yang perlu dibawa. Kalau diikutkan, saya just perlu bawa kelengkapan pinggan dan sudu. Yang selainnya, kawan-kawan lain dah bawa.

Menu berbuka kami sangatlah light. Antaranya roti john, karipap Ikea, rojak Karim *yang ni saya bawak*, murtabak dan air tembikai + teh bunga asam boi.

Walaupun air telah tersedia, namun saya memilih untuk bancuh dan tapao PD dari rumah. Kerana saya yakin dengan khasiat yang bakal diperoleh di samping untuk elak sakit tekak dengan meminum air yang berais.

Di mana lokasi kami berbuka ni?

Kami berbuka di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan pula turut diadakan majlis tazkirah santai, Ijam Medicine yang menjadi tetamu undangan menceritakan tentang bagaimana beliau melakukan penghijrahan.

Tazkirah tersebut bermula pada jam 6.15pm sehingga lah tiba waktu berbuka. Best! Sangat informatif dan bermanfaat.

Untuk makluman, surau sementara turut disediakan bagi memudahkan muslimin dan muslimat solat Maghrib. Jadi, tak boleh beralasan ya!

Kami bersurai pada jam 9pm dan pulang ke rumah masing-masing dengan suasana aman damai tanpa bertegang urat... hehe 😊

Bagi anda yang ingin mencuba Performance Drink, blh membuat pesanan dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya Emilia | 0123732589.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...