Pages

Friday, December 20, 2013

Resepi : Telur Bistik Ikut Citarasaku

Salam,

Kali ni nak share resepi Telur Bistik yg saya amend sendiri mengikut citarasa dan keberadaan bahan. Ni resepi yg i buat ni utk mkn 2 org. Tp without gambar la uols! Dah kelam-kabut masak pastu terus nak shoot gi HUKM, tu yg lepas je masak, bergegas den naik mandi, solat and bersiap. Tu pasal la yg tak dapek nak berphotoshoot si telur bistik ittew~ K, moh kita tgk resepinya yer~~

Bahan-bahan:
1. 2 biji telur
2. 2 biji cili padi yg diketuk
3. 4 biji bawang putih diketuk
4. 1 biji bawang merah dihiris
5. 5 sudu sos cili
6. 1 sudu sos tiram
7. 2 sudu sos tomato
8. Air
9. A touch of oregano spice

Cara-cara:
- Gorengkan 2 biji telur tersebut dalam bentuk mata kerbau, kemudian ketepikan
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan cili padi, bawang merah and bawang putih.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan sedikit air (kuantiti air adalah mengikut kadar kepekatan kuah yg diinginkan ya!)
- Perlahankan api, dan akhir sekali masukkan sedikit rempah oregano.
- Masukkan telur mata dan gaulkan
- Tutupkan api dan sedia utk dihidang

Mudah kan? Jom la try wey~ Tak perlu letak garam dan gula. Sbb kat bahan2 yang digunakan utk buat kuah tu, dah penuh dgn bahan pengawet dan perasa tambahan, huhu.. :P


p/s: jgn lupa try ya~ sedap weih walaupun simple dan tiada daging cincang atau ayam cincang dicampurkan. :))

Saturday, December 14, 2013

Disember 2013

As Salam,

Dikeheningan malam ini,
aku dihimpit kenangan,
sejarah cinta mengajarku
sepanjang hari, sepanjang malam

huhu.. tetiba jiwang kejap memalam ni ;p

Dah ngantuk mata den ni sebenarnya, tetapi duk tunggu sang suami balik dari menonton perlawanan Arsenal menentang New Castle bersama abang-abang den di mapley berdekatan. Tatkala den menaip entry ni, den guna tab my mom sambil memerhatikan anak-anak buahku yang sedari tadi duk ralit main xbox.. 

k la, takde mende nak cite n nak merapek, saje nak singgah kat blog den ni.. bersih-bersihkan apa yg patut..

k la, den chow dulu.. layan tgk dorg ni main game jap.. daaaa~~

Saturday, November 30, 2013

Saya sakit mata

As-salam,

Supposed  I attend my husband's friend wedding, but unfortunately, saya sakit mata uols!

So, the planning to attend the invitation terpaksa dicancel.. aktiviti diganti dgn pergi ke klinik and shoping some groceries..and now, I'm watching ulangan MLM Mega 2013 kinggu ketiga.. its raining, my hubby sgt enjoy tdo di bilik..

Ingat mcm ptg ni nak buat agar2.. huhu..

k la, berhenti stakat di sini, nanti later2 kite sambung lg, k! Peace!! ;)

Wednesday, September 4, 2013

Birthday Bash for Ayah and Mi Ketam

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam I ada mentioned yang ada plan nak buat birthday bash for my dad kan? Planning kitorang berjaya uols!

Lepas balik kerja, my sis and me straight gi Baskin Robbins utk booked cake ice cream. Berkenan nak beli Chocolate Mousse Royale (CMR) Chocolate. Tapi yg ada waktu tu hanya utk size kecik, lebih kurang utk 8org makan je. Sedangkan kitorg lebih daripada 8 org, tu belum campur 3 budak kecik lagi! So, terpaksa la pilih yang lain iaitu World Class Chocolate Chocolate. Korg jgn confuse, kenapa I ulang word Chocolate tu sampai dua kali. Ok, yang wording yang kat depan yang panjang2 tu, adalah nama ice-creamnya.. Yang kat belakang tu, adalah perisa kek yang digunakan. Okeh, contoh lain adalah Pistachio Almond Vanilla - means, nama ice-creamnya adalah Pistachio Almond dan kek yang digunakan adalah perisa Vanilla.. *ada paham?* If korg nak yang betul2 100% ice cream yang dibentukkan rupa cake, korg leh try Haagen Dasz. So far, dua ni je yang I penah try. Yang New Zealand Ice Cream , Gelato and lain2 kedai ice-cream yang boom da vazz ni i belum pernah cuba lagi.

Berbalik kepada topik di atas mengenai ice cream cake yang dibeli, if ikutkan in taste wise, CMR tu sedap lagi sbb rasanya pekat dan sgt kecoklatan *chocolatey la dlm bahasa omputihnya.. heheh.. ;P* For those yang sememangnya craving for coklat at the moment, sesuai utk pilih perasa CMR ni. *ni yang I cadangkan.. if korang tak setuju takpe. Den tak paksa pun.. huhu..* Yang World Class ni, sedap jugak. Cuma dia punya coklat mild sikit.. If rasa mcm tak berapa nak dpt byg apa yang cuba saya sampaikan ni, apa kata korg gi kat kiosk Baskin Robbins tu sendiri and mintak rasa. Then beli perasa mana yg korg berkenan, ok! *yup, BR ni dia benarkan utk kita rasa ice-cream deme sblum kita beli.*

Menu utk birthday celebration among my family ni adalah mi ketam, mi rebus and nasi briyani. Mi ketam dan mi rebus dibeli di kedai kat Seksyen 7 dekat dgn foodcourt yang ada jual Burger Yazid tu.. *den rasa den ada share kat mana lokasi Burger Yazid tu.. Bolehla uols korek balik kat entry2 seblum ni ek!*. Manakala nasi briyani pula dibeli di JM Bariani kat Seksyen 7 deretan Jakel tu.

Utk menu semlm, i order mi ketam while for my husband, i orderkan nasi briyani. The nasi briyani sgt sedap! *i amik2 rasa dr pinggan anak buah i.* For the mi ketam pulak, korg jgn confuse. Rupa2nya dia punya nama sebenar adalah Mi Kari Ketam. Dalam bungkusan mi tu ada anak ketam yang direbus, filamen ketam & tauhu goreng. Manakala kuahnya adalah kuah kari. Rasanya sedap! Tp actually di luar my expectation sbnrnya. Sbb memula I ingat isi ketam tu dia rebus sekali dgn kuahnya n pekat. Rupa2nya ketam tu asing, senang cite macam mi kari lauk ketam la nama panjangnya. Bila disingkatkan, tu yg jadi Mi Kari Ketam. Rupa itu ler ceghitenye.. Gambar? Gambar I tak snap. Sbbnya, bila dari bungkusan dah den tuangkan ke dlm mangkuk, tak berapa nak presentable pulak rupa bentuknya.

Owh ya, aktiviti birthday bash ni dijalankan di rumah. Kitorg tapao je.. Okla, sekian sahaja cerita kali ini. 

Wassalam.

  

Tuesday, September 3, 2013

Movie Review : The Conjuring

Assalamualaikum w.b.t,

Korg suka tgk cite yang seram lagi memeranjatkan? Penah tgk cite Exorcism Emily Rose tu? *erk, betul ke nama cite tu camtu?*

Jika anda suka dengan cerita yang berunsurkan rasukan, berasaskan daripada cerita sebenar *based on true story*, yang ada elemen terkejut2 gigil.. Yaaa~~ amat sesuai utk anda pergi tgk cite The Conjuring ni.

Plan nak tgk cite ni sbnrnya came from my hubby. Dia yang ajak tgk which at the moment beliau mention nama cite ni, i was like '?? Cite ape tu?' Then setelah my hubby bg penerangan ringkas sinopsis cite ni, then I pun tertarik lalu bersetuju utk tgk. So kitorg plan nak beli tiket midnight, konon nak bg lagi feel la.. Yela kebetulan kitrog tak penah tgk midnight movie lagi selama ni. So, weekend baru-baru ni dalam org sibuk beropen-house bagai, kitrog skodeng tiket wayang online. Yang ada pukul 4pm, 8.10pm and 12.20am.. Memula mmg nak amik tiket pukul 12.20am tu, tp bila pikir blk, movie habis dlm pukul 2-3am, rasa mcm bahaya pun ada jugak. So, kitorg decided amik tiket 8.10pm. *walaupun bukan tgh mlm, tp janji malam. Okla tu, ye dak?*

Cite ni rasukannya adalah sgt2 ganas dan usikkannya juga adalah sangat melampau, okeh! Jika zaman korg study dulu mesti penah dgr cite yg kena tarik time tido, nenek kebayan kat atas almari, bunyi ketuk2 pintu.. *ada kan? kan? kan?* Yup! dlm cite omputih ni pun tidak ketinggalan uols!!

Ada scene tu, i just tgk thru my celahan jari je.. ada masa, i tutup mata i dgn siku..hahaha.. gigih nak tgk cite seram punya pasal.. :P Pendek kata, if korg bli popcorn, korg akan  mkn time sblm movie start and awal2 movie start aje. The rest, pop corn letak tepi, tgn sibuk kat muka..kehkeh.. ;P *tp ni kes yg happened kat i la..huhu.. ;P*

Plot citenya tak byk sbnrnya and watak yg diwujudkan pun tak berserabut sgt.. Erm..if I nak share jalan citernya, cite ni dah lama kluar. So, korg Google sendiri je la ek! Tp overall, i bagi 4/5 bintang. Ke mana hilangnya 1 lagi bintang? Kat endingnya. Endingnya agak kureng la.. Tp yela, mungkin director tu pun dah taktau nak buat mcm mana lagi sbg penamat citer tu kan, so dia punya ending agak simple. Apa-apa pun syabas kepada pelakon2 cilik yang melakonkan watak dalam cite ni. Hao yeah~



p/s: nak jgk try rasa tgk midnight movie. Tp mungkin tgk cite action and thrill la kot :))

Happy Birthday Ayah!

Assalamualaikum w.b.t,

Harini merupakan my dad's birthday yang ke-67. Didoakan semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, kekuatan kudrat supaya dapat terus melakukan amal ibadat.

Plan mcm nak buat birthday bash. My sis plan utk beli makanan *yups, saya takdan nak balik masak* then celebrate mlm ni. Kebetulan my bro pun puasa harini. Unfortunately, my cik abe la pulak balik lewat harini. Smlm dia busy prepare tender document, sampai umah pun pukul 1.30am.. Harini pun mungkin balik lewat jugak sbb deadline submissionnya on Wednesday which is tomorrow.

While I am creating this entry, my handphone does not functional properly. Haish... Suke tau dia buat perangai lagu ni. If ikutkan hati, mmg I nak rembat handphone lain. Tp memikirkan, susah senang kita bersama, janji telah terpatri, kasih setia I terhadapnya, membuatkan den tahankan jugak utk mencari pengganti Samsungku ini. Wahai handphone, tolong la jgn paksa I mencari yang lain, k!

Syawal bakal sampai ke penghujung, open house pun tak brape byk yg dpt jemputan tahun ni. Berikutan krisis air yang melanda Sayangi Selangor, makanya event yang patut saya plan utk attend, saya terpaksa batalkan berikutan hubby pun terpaksa kerja. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan saya iaitu Ezyan Nabihan dan pasangan. Semoga kalian berbahagia hingga Jannah. Den tak dpt poie, tp den ada kirimkan hadiah kek kakak ipar den utk kome berdua, k!

K la, rasa mcm dah tersasar jauh je den melalut. Den nak tempekkan claim resit kakak den ni, then nak balik sharp harini. Huhu~~

Dadaaaaaa~~~~




Monday, September 2, 2013

Luncheon at Scrummy, Space U8

Assalamualaikum w.b.t,

Pernahkah anda bertandang di Space U8, Bukit Jelutong? Ya, tempat di mana rancangan Versus menjalani lintas langsung tu.. 

Kepada anda yang tidak biasa ke tempat yang saya mention ni, meh saya berikan direction. Jika anda dari Glenmarie, sila-silalah memandu ke arah menuju Politeknik Shah Alam tu dan pandulah melepasi lampu isyarat yg ada, tabik hormat kepada deretan kedai Big Plate, JM Bariani, Warung Opah etc yang terdapat di sebelah kiri anda. Maju kehadapan lagi, dan anda akan mulai nampak bangunan DB Schenker. Sesudah itu, ikutilah papan tanda Space U8 yang telah mula kelihatan dan carilah parking sesampai anda di open space mall ni.

Utk pengetahuan, masih lagi terdapat byk lot2 kosong di sini. Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan kedai utk disewa bg melangsungkan perniagaan anda, bolehlah cuba try riki harga sewa kat sini. Antara tarikan yang ada di sini adalah Pusat Bowling yang dimiliki oleh Shalin Zulkiflee iaitu Shalin's Bowling, MBO, Restoran Subway, Mamak Subaidah, kiosk CoolBlog, kiosk Hot & Roll etc.

Haritu saya telah membuat facial di sini iaitu di Russel Beauty House Zurica yang terletak di tingkat 3. Kemudian, perut berdendang sayang minta diisi. Makanya, saya menuju ke Restoran Scrummy singkatan bagi Scrumptious + Yummy. Just my wild guessed sbbnya ada tulis kat dia punya buku  menu macam tu..hikhik.. :P

Jika dilihat pada luaran, restoran adalah biasa2 aja.. Setelah anda masuk, akan kelihatan 2 peti freezer yg display kek tu. Di sebelah depan, diisi dengan susunan air tin, manakala yang satu lagi hanya kelihatan 3-4 pavlova yang hanya ada meringuenya sahaja *hiasan buahnya akan diletakkan kemudian la kot bagi memastikan kefreshan pavlova tersebut seblum disuap ke mulut pelanggan* dan..erm yang tu je yang ada.. meringue tu disusun jauh2 *mgkin ada kek2 lain yang akan menyusul selepas itu, sila bersangka baik, k!*

Menu yang diorder pada hari tersebut adalah German Fresh Salad dan Soup of the daynya adalah Chicken Chowder. Saya pulak malas nak pikir nak makan apa, so just amik set yang kebetulan ada promotion sempena Merdeka Raya iaitu Fried Rice Sechuan with Kopi O Panas. Set promo ni including air which you can choose whether nak air kopi o/sirap or teh o ais.

Since customer kat situ pada ketika itu tidak berapa ramai, servis yang diberikan amatlah efficient.

My comment towards the food on that day:
German Fresh Salad - sgt ohsem! Kentangnya berperisa dan ayam yang dipotong kasar pun sedap!
Chicken Chowder - sedap! Tapi, kuahnya ceroi or cayaq weih! Tak sure la mmg resepinya mmg begitukah hasilnya, tp since creamy soup tu cair, den tak berapa nak selera nak lalukan kat tekak den ni.
Fried Rice Sechuan - Sedap! Terdapat mushroom dan juga beberapa ketul isi ayam yang digoreng ala2 sechuan yang berkicap. Dengan dekorasi yang menarik, amatlah menambat hati. Yela, telur dadar dibuat dlm bentuk mangkuk and diisi pulak dengan nasi goreng. First time i tgk, i kagum seh!



Ber-Masalavadai

Assalamualaikum w.b.t,

Daku ingin kongsikan kat uols antara kuih kegeraman and kegemaran den iaitu kuih vadai. Fuh! Kebetulan pula hubby pun suka kuih ni.

So, if uols nak tau fevret place den beli kuih ni adalah di Tesco Akuatik, Shah Alam.. *ni pun if den terlintas or terlalu kat area situ la..if tak, den belasah je beli kat gerai2 kuih yg biasa dilihat di pasar malam tu..* Lokasi stallnya terletak kat entrance kat parking yg dlm bangunan tu. Dijual pada 5 ketul = RM2.00.

Pada hari kejadian, den beli RM4.00 since ibu and ayah den kena kurangkan mkn makanan yang ada unsur kacang *yela, vadai ni kan diperbuat drp kacang dhal*, so yg perabihkannya adalah diri den, husband den, kakak den dan jugak abg den.

Utk pengetahuan, kuih ni sedap dimkn ketika panas..krup krap krup krap gitu..sambil tergigit cili pedas2 yg manja pasti membangkitkan rasa berahi ingin mkn seketul lagi selepas itu..tp mmg terbaek la utk layan kuih ni di kala petang nan ujan gerimis bersama seteguk kopi cair. *erk, sedap ke kopi cair? ;P*

For those yg duk kat sekitar Shah Alam, anda juga boleh mendapatkan kuih ini di Restoran Gembira kat Sekyen 3. Yg kat sini pulak, den beli ketika den menapao roti canai di sana. *means, ia dijual pada waktu pagi la sbb den pegi time pagi..taktaula pulak if dia ada jual jugak time ptg*

If uols duk konfius lagi kuih masalavadai or vadai ni yang mana satu, korg tak perlu risau. Den sertakan gmbar kek bawah ni yo.. If tak silap den, zaman form 3, ada resepi masalavadai ni kat buku teks Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Apalagi, terjah la resepi and try buat sendiri, yeeahaaa~~


Masala vada


Thursday, August 15, 2013

Indahnya Bekerja di Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t,

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua

( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-indahnya-beraya-di-desa-azlina.html#ixzz2bzq5nzaS

Dalam duk mood raya ni, sronok dgr lagu raya.. Memandangkan den ni gi keje tetiap hari naik komuter, so nak dgr radio pun jarang, apatah lagi dpt dgr lagu raya. Sampaikan den request kek husband den utk carik lagu raya, dah mcm mengidam pun ada gayanya. ;P

Dalam kesibukan org bercuti berhari raya, den hari Selasa lepas dah start keje dah. Apply cuti sehari je.. Apa yg bestnya, 2hari den dpt tempat duduk tatkala kaki melangkah masuk ke dlm koc wanita komuter tu. Suatu perasaan yg luar biasa. Sbb biasanya, den kena berdiri je sepanjang masa, dgn beg laptop bergalas kek bahu. Sampai KL Sentral la baru ada chance utk den duduk melepaskan lelah. Walaupun hanya dpt duduk 5 minit yo, tp den dpt gak la rehatkan kaki sebelum kaki kena berjalan selama 10minit menuju bangunan Dayabumi kek Stesen Kuala Lumpur nun.

Tp keseronokkan den dpt tempat duduk kat dalam komuter tak lamo.. Semalam, den dah tak dpt tempat duduk dah.. Patutnya korg ni gi la cuti direct seminggu. Habiskan cuti Annual Leave deme yg byk tu.. haih.. Kaco betui..

K la, nak sambung buat keje.






Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan berlalu pergi, Syawal Menanti

Assalamualaikum w.b.t,

Ramadhan Al-Mubarak akan berlalu pergi..
Bagaimana kualiti Ramadhan tahun ini..
Adakah berbentuk graf malar atau graf loceng atau graf linear yang dicatatkan..
Apakah azam Ramadhan yang didambakan pada tahun mendatang..
Moga bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan..

Tatkala saya menaip entry ni, den kek ofis ni haa.. Semua org dah cuti.. Den je yg tak cuti.. Saje nak save cuti *peh, padahal baru je start keje, mmg la takleh nak cuti sesuka-suki.. ;P*

Baju raya tahun ni, den guna baju time nikah and sepasang mini kurung.. Kaler? Sudah pasti sedondon dgn pasangan saya! *auuww..hik2..gedik* Cuma apa yang den runsingkan adalah, untuk si mini kurung tu, den takde lagi tudungnyaa...waaaaaaaaaaa....mau nanti den rembat je tudung yg den ada..kaler match ke tidak letak blakang.. Tp kerunsingan den ni , belum lagi den share kat husband saya.. hehe.. Manatau mlm ni diajak gi PKNS or Uptown ke..hik2.. den follow je.. tp den kena masak la mlm ni.. haih...takbley2..kena juga ikut plan asal.. rembat je kaler tudung apa je yg ada..janji pakai tudung di pagi lebaran.. huhu!

K la, nak habiskan baca novel jap.. Keje sume dah setel, insya Allah, Alhamdulillah.. Sambil baca novel, sambil menanti email, kot manala tau kluar email leh half day *yeaahhuu~~* 

Oopps, sebelum tu, nak wish:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Jika terdapat kesalahan kata, terguris rasa tatkala anda membaca setiap entry di blog chumel ini.



p/s: Jgn lupa, berdoa mlm ni. Mlm ni kan mlm yg mustajab utk berdoa. ;)

Sunday, August 4, 2013

Tazkirah : Malam yang Mustajab Doanya

Assalamualaikum w.b.t,

Entry kali nak share tazkirah pendek yang saya dengar ketika berterawikh di Masjid Seksyen 17, Shah Alam.

Ustaz yang bertugas menyatakan bahawa terdapat 5 mlm yang mustajab utk kita berdoa. Malam-malam tersebut ialah:

  1. Malam Nisfu Sya'ban
  2. Malam Rejab
  3. Malam Jumaat
  4. Malam Hari Raya Aidilfitri
  5. Malam Hari Raya Aidiladha
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa pada malam yang disebutkan. No. 3 hingga 5, masih belum terlepas lagi. Justeru itu, mari kita manfaatkan ilmu yang dikongsi ini dengan menjadikannya sebagai amalan. Mudah-mudahan, In Shaa Allah.. ;)


Thursday, August 1, 2013

Tazkirah di Petang Hari

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama team SCS di Seksyen 21. Penglibatan yang walaupun sedikit tetapi meriah dan penuh pengisian.

Pada pukul 6.00ptg, kami berkumpul di bilik taklimat untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum berbuka. Tajuk yang dikongsi pada tazkirah tersebut ialah Apakah Kita Puasa Syariat atau Puasa Adat. Menarik bukan tajuknya? Cara penyampaian yg ustaz ini berikan pun menarik walaupun tidak menggunakan microphone ketika menyampaikan ilmunya. Inti patinya sgt mendalam which saya pun nak ulas tak reti. Tapi ada a few point yang saya nak share. Meh baca meh.

Syarat raih takwa semasa mengerjakan puasa syariat bukan puasa adat:
1. Mesti ada iman. Jika tiada iman, ibadat puasa pun tak dapat nak dipenuhi. Iman dalam konteks ini adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga. Selain itu, puasa pancaindera iaitu tidak mengumpat, tidak melihat perkara yang mengurangkan/menjejaskan pahala, melakukan perbuatan yang sia-sia dan lain2 perbuatan yang blh dilakukan oleh anggota dan juga pancaindera kita.

2. Mesti ada kesihatan tubuh badan. Jika kita mampu untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi Allah tak beri kepada kita kesihatan yang baik, ibadat puasa pun kita tak dpt nak lakukan dengan sempurna. Contohnya; gastrik, pengsan semasa berpuasa etc.

3. Mesti ada ilmu iaitu ilmu akhlak, ilmu kesihatan dan pemakanan & ilmu ibadah. Huraian utk ilmu akhlak; kita bukan je puasa tahan lapar dan dahaga, tapi jugak puasa pancaindera dan jugak puasa hati. Pancaindera adalah termasuk jaga mata, perbuatan n mulut (jaga tuturkata, tidak mengumpat) supaya tidak melakukan perkara yang dpt mengurangkan atau menjejaskan pahala berpuasa. Puasa hati pulak merujuk kepada, keikhlasan hati. Kadang2 perbuatan kita nampak ikhlas, tp hati tidak merelakan.

Ilmu kesihatan dan pemakanan pulak, kita kena jugak tau pengambilan makanan semasa berbuka tu boleh menjejaskan kesihatan kita or tidak. Contohnya, mulakan berbuka dengan minum air suam or mkn kurma. SEkiranya anda berbuka dgn air Coke, perut pun terkejut, keberkatan pun tak dpt..kan sendiri yg rugi.. ;)

Ada tips nak bagi cepat kenyang iaitu:
1. Tgk makanan
2. Baca doa
3. Mulakan dengan yang manis; kurma
4. Kunyah banyak kali; 44kali
5. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu; 1/3 makan, 1/3 minum dan 1/3 nafas
6. Berhenti sebelum kenyang
7. Baca doa selepas makan

Ilmu ibadah pulak, bykkan bersedekah, mengaji, lakukan solat sunat seperti terawikh, tahajjud etc. Tapi jgn dilupa, solat yg wajib pun perlu dijaga. Jgn duk kejar pahala sunat, tp pahala wajib dibiarkan. Alangkah sia-sia je ibadat sunat yg kita lakukan jika yg wajib tidak dititikberatkan. Dan jgn lupa utk sentiasa beristiqomah.. Sekiranya time Ramadhan kita giat bersedekah dan solat sunat, bulan2 yang juga turut juga diamalkan. Moga mendapat kerahmatan. Owh ya, jgn lupa jugak utk kita sedekahkan utk parents kita. COntohnya, skrg kan ada byk program Waqaf Al-Qur'an, maka kita juga boleh keluarkan sumbangan tapi kita letakkan nama parents kita. Mudah-mudahan pahalanya tu dpt dipanjangkan buat ibu bapa kita yg kita sanjung dan sayangi.

Tahukah anda bahawa solat sunat mempunyai ranking yang tersendiri? Berikut adalah beberapa solat sunat yang menjadi keutamaan (yg sempat ustaz tu share. Saya pun taktau ada berapa rankingnya..tp saya share ilmu yg saya dpt la ek!)

Ranking pertama - Solat sunat Tahajjud
Ranking kedua    - Solat sunat Dhuha
Ranking ketiga    - Solat sunat Witir
Ranking keempat - Solat sunat Rawatib; Qabliah dan Ba'diah
Ranking kelima    - Solat sunat Terawikh

Kenapa solat sunat Dhuha diletakkan pada nombor 2?
Kerana pada ketika Nabi Muhammad S.A.W hampir wafat, pada ketika anggotanya dari pinggang ke bawah tidak berfungsi, di mana rohnya sudah sampai di perut, Baginda meminta anaknya Fatimah untuk mengambilkannya wudhuk dan Baginda melakukan solat sunat Dhuha.. Ini menunjukkan sunat Dhuha adalah sebahagian daripada sunnah Nabi. *saya sgt terkejut bila ketahui perkara ni. Siyesly, tak penah pun saya tahu hal ni. Kita pandang perkara tu kecil (dr segi pelaksanaannya) tp sbnrnya ada hikmah di sebaliknya yg kita perlu ketahui.*

Solat sunat terawikh adalah yg terakhir dlm byk2 solat sunat. Jadi sbb itulah yg dikatakan, jgn puasa adat, tetapi puasala mengikut syariat. *sbnrnya ada lagi ilmu yg saya nak share, tapi tak reti nak simplekan ayat utk mudah difahami. Dah terang kat hubby pun, tapi penyampaian yg saya sampaikan tak sehebat mcm mana ustaz tu sampaikan. Tp In Shaa Allah, ilmu yg ustaz tu sampaikan, sampai ke dlm hati saya*

Puasa syariat atau puasa adat?
- Asal je puasa, msti nak terawikh kat masjid/surau.; lebih afdhal jika kita lakukan yg wajib dan sunat di tempat yg sama. Contoh senario yang biasa terjadi; solat Isyak di rumah, kemudian terawikh berjemaah di masjid/surau.
- Asal je puasa, mesti beli juadah berbuka di BaRam/PaRam; if kita berbuka dengan lauk mcm biasa tak boleh?
- Asal je puasa, baru nak buka dan baca Al-Qur'an, nak khatam; 11 bulan yg balance tu, kenapa tak amalkan?
- Asal puasa je, berbuka berjemaah 1 family (tak kira berbuka di rumah or di luar); tp selesai je berbuka, adakah kita juga berjemaah menunaikan solat Maghrib? kenapa tak berjemaah juga? Even pada hari2 biasa pun, kita still boleh berjemaah ketika mkn mlm, dan berjemaah dirikan solat.
- Asal puasa je, ibadat puasa dilakukan. Terawikh dilaksanakan. Tp solat wajib dibiarkan; Kenapa puasa selama 8-10jam boleh dilakukan, tp solat yang 10-15minit amat sukar dilakukan? terasa berat utk melakukan yang WAJIB?

Ustaz tu ada pesan lg. Ada 6 point tp saya ingat2 lupa, cuma ingat sebahagiannya je:
1. Jaga yang wajib - solat
2. Jaga waktu - solat di awal waktu
3. Lakukan dengan tertib
4. Jgn lakukan berseorangan - berjemaah
5. ...
6. Lengkapkan dengan yang sunat; solat sunat, sedekah

*erk, no 5 tak ingat laa*

Diri kita, umpama rumah. Tak lengkap sebuah rumah jika tiada lantainya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa dindingnya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa tiang dan bumbungnya. Apakah asas 'rumah ' itu?
1. Solat merupakan lantainya
2. Puasa merupakan dindingnya
3. Zakat/Sedekah merupakan tiangnya
4. Tunaikan haji atau umrah merupakan bumbungnya

Bagaimana boleh rumah nak terbina jika, ibadat puasa dilakukan, tp solat ditinggalkan? Bagaimana doa nak dilekatkan jika tiada tiang utk dilekatkan? Kesimpulannya, yg wajib, WAJIB dilaksanakan. Yang WAJIB, wajib didahulukan.

Akhir sekali, ustaz tu pesan, pada bulan Ramadhan ni, kita kena post-mortemkan diri sama ada adakah kita ni hamba Allah Yang Maha Esa, atau kita menjadi hamba bulan Ramadhan? Adakah kita puasa syariat atau puasa adat? Sama2la kita fikir dan renungkan.

Ok, semoga ilmu yang saya share ni memberi manfaat buat kita semua. Mungkin agak melompat2 kandungannya, tp ini yg saya mampu share kerana saya menaip entry ni secara spontan, tanpa sebarang nota. Jika terdapat kesalahan terhadap point yg saya kongsikan ni, mohon rujuk kepada yang arif. Saya hanya penerima dan niat ingin berkongsi ilmu. Saya pun masih lagi ingin menjadi yang sempurna. Pesanan ini buat saya juga. SEmoga kita menjadi yang lebih baik dan saling memberi manfaat sesama kita. Mudah2an, amiin.. ;)



p/s: Ramadhan hampir berakhir. Adakah dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang? Hanya Allah je yang tau..


Monday, July 29, 2013

Resepi: Pati Sirap

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni nak sharekan resepi yg sgt mudah lagi senang iaitu Pati Sirap Merah.

Bahan-bahan:
500ml air
4senduk  gula pasir
1 helai daun pandan (diikat simpul)
3 titik pewarna merah

Cara-cara:
1. Panaskan air dan campurkan gula. Kacau. Biarkan air mendidih dan gula melarut
2. Masukkan daun pandan, biarkan lagi ia mereneh supaya bau dan perisa pandan melekap ke seluruh pelusuk pati sirap tersebut
3. Masukkan pewarna merah dan biarkan ia mendidih lagi bg memastikan kuman yang berbahaya dlm air yg kita gunakan terhapus.
4. Biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan ke dalam botol. *utk kes menyimpan ni, saya masukkan sekali daun2 pandan tu supaya bau dan rasa pandan kian bersemi dlm larutan sirap merah itu.*

Tiada gambar dpt disertakan kerana tidak kusangka bahawa resepi sirap yg sesimple ini pun den nak kongsi..kehkehkeh.. ;P

Tuesday, July 23, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t,

Harini dah 14 Ramadhan umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Sudah pasti di setiap meja akan ada buah kurma dan juga bubur lambuk tersedia ketika berbuka.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni disambut dengan baik. Saya masih lagi berupaya untuk meneruskan ibadat puasa ini. Syukur ya Allah, kerana diberi kudrat dan keupayaan. Mengenai ibadat terawikh pula, ada juga yg terbabas kerana bersebab.

Cerita pasal terawikh ni, saya ada nak kongsikan asal-usul ibadat terawikh ni. Tp, dek kerana ketika saya menaip blog ini pada waktu den bekojo, *ngantuk weih..so ini selingan..bukan curik tulang ek!* makanya saya memutuskan utk mengshare info tersebut di kala lewat petang ataupun pabila den free, k!

K la, till fingers meet the keyboard.. Daaa~~ =)

Thursday, May 30, 2013

My 1st month Anniversary

Assalamualaikum w.b.t

Today is my first month anniversary. Pejam celik pejam celik, dah sebulan saya bergelar Puan. Huhu!! Apa yang best setelah menjadi Puan? Dah tentu hidup ada perbezaan.. Dulu tido sorang je, katil tu eden yg punya.. Tetapi kini tidak lagi.. ;p den dah ada jiran apabila tido..kikiki.. ;P

K la, nak citer panjang time ni belum ada idea lagi.. Later will update, k!


Friday, May 10, 2013

My Big Day (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t,

Jika entry sebelum ni den dah kobakan mcm mana den bertunang and apakah preparation awal yg den lakukan sempena menyambut hari kebosaran den. Maka, entry kali ni, nak share langkah seterusnya, heheh.. ;P

Lepas je den attend kursus pra-perkahwinan, kitrog buat checklist utk persiapan kawin. Antaranya;
- baju nikah
- map
- kad jemputan
- senarai jemputan bg menentukan bilangan kad jemputan yg nak diorder
- mak andam mana yg nak diambil
- tempah dewan
- riki2 goodie bag utk diberi kepada para tetamu
- daftar nikah
- ujian HIV
- senarai barang hantaran
- hiasan dulang hantaran
- photograper
- booked jurunikah
- etc **rasanya ni je kot yg major**

Utk ujian HIV dan jugak daftar nikah, bolah dilakukan concurrent. Dalam byk2 ni, sumenya i buat last minit.. Yang i buat awal2 adalah tempah dewan, booked photographer and beli baju nikah. Sbbnya yg lelain sumenya ada changes.

Moving forward, dulang hantaran seperti yg telah dipersetujui adalah 7 berbalas 9. Bagi pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki, barangannya adalah seperti berikut:
1. Sirih junjung
2. Kasut
3. Manisan
4. Buah-buahan
5. Gadget
6. Kelengkapan solat
7. Set wangian
8. Jam
9. Tali pinggang dan dompet

Manakala pihak lelaki kepada perempuan:
1. Sirih junjung
2. Kasut
3. Manisan
4. Mas kahwin dan hantaran
5. Kelengkapan solat
6. Jam

Utk tempahan kad pulak, den ni kononnya nak buat mcm gaya2 kartun2 romantik la konon.. Tp sudahnya apa yg diplan jadi benda lain.. huhu~ ;P


K la, sambung the next chapter la plak.. If nak citer detail sgt, dah terlebih2 la pulok rasenya.. huu..;))


Wednesday, May 8, 2013

My Big Day (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

If sebelum2 ni asyik duk citer pasal review and experience jalan2 makan2 je. This time I nak share with you my preparation for my big day. Yes! I'm getting married, uols! Tinggal bilang hari je my status ni from single but not available ni (reserved by someone yg sayangkan I, hik2... ;P) become married.

Nak start dari mana dulu ek? Ok, mgkin boleh la i nak share di saat saya menjadi tunangan orang which Majlis Bertunang.

Preparation for my E-day, nothing much. because only happen between pertemuan my parents with his parents. Thats it! Yess, simple kan? That night, my parent in law-to-be dtg kat rumah, bawak 2 bentuk cincin. Actually, cincin tu merupakan cincin tanya dan cincin risik. Since, my parents nak make it simple, so we all agreed to name it as bertunang. Yups, 081012, adalah malam saya dirisik dan seterusnya menjadi tunangan org. Cantik kan nombornya? Seriously tak pilih pun tarikh ni, kebetulan je.. *wink2*

Semasa perbincangan ini berlaku, saya sebagai org yg nak bertunang, just tunggu di bilik je. Pakai baju raya dan make up sendiri. Saya hanya keluar apabila ibu saya memanggil saya utk disarungkan cincin. *yeehaa! time dah sarung cincin tu, rasa mcm tak percaya weih!* Yela, mana taknya, sememangnya setiap perempuan menginginkan saat jarinya disarung dengan cincin emas. *bila dpt cincin emas ni, kita tahu kesungguhan seseorang tu kat kita mcm mana.. betul tak? huhu! ngee.. ;D*

Dalam perbincangan tersebut, telah dipersetujui bahawa saya akan diikat 7-8 bulan mcm tu. So, korang pun dpt bygkan 7-8 bulan ni kitorg kena cepat utk buat persiapan dan checklist.

Perkara pertama yang kami lakukan adalah menghadiri kursus pra-perkahwinan. Sebanyak RM80 dikenakan dan kursus ini berlangusng di JAIS, Shah Alam selama 2 hari berturut2. Panel yang memberi ceramah sangatlah superb, sempoi and ohsem gua cakap lu~~ Best! Tak ngantuk and sgt enjoy! Oh ya, pada anda yang belum hadiri kursus kawin ni, if dah sampai turn or sampai seru utk korg attend this seminar, please duduk dpn. Tak rugi and korg akan lebih fokus. Kawin ni bukan perkara yang main2. Walaupun cara penyampaiannya dilakukan secara santai, dan anda sebagai penerima ceramah hendaklah mengambil input2 tersebut utk dijadikan panduan bila sampai ketikanya.

Selesai je kursus kawin, kitorng rileks2 dulu. Umpama kursus kawin tu baru start enjin je la. Belum masuk gear apa2 pun lagi. Nak beli barang hantaran sempena YES, fulus tak tebal, bonus tak masyuk.. So, kami decide utk membeli barang hantaran sekitar bulan 3 and at the same time prepare checklist.. Antaranya checklist barang hantaran utk diletakkan kat dulang.. Yang ni, uols kena bincang baik2 dan gunakan kematangan anda utk menentukan barang2 yg dipilih agar bersesuaian dengan budget yang dipersetujui, k!

K la, den berhenti dulu la setakat ni je dulu.. Nanti den sambung laie k! Jgn risau, akan ku updatekan blog ini..biar lambat, asalkan terupdate juo.. heeheheh.. ;P Peace no war! :))

Sunday, May 5, 2013

Moh Ngundi Yok

Assalamualaikum w.b.t,

A quick update from me. Saya sudah, anda bagaimana?





p/s: Tajuk entry dah mcm nama org apa je..huu ;P

Wednesday, May 1, 2013

Teh Ais Terangkat at Bandar Kinrara

Assalamualaikum w.b.t,

Pernahkah anda teraddicted kepada sesuatu minuman sehingga menyebabkan anda sanggup utk menapao, atau menahan diri anda daripada mkn kat gerai lain, semata2 nak minum kat gerai ni demi segelas teh tarik? *erk, korg paham tak ayat yg agak tunggang langgang ni? huhu* Inilah yang berlaku to my brother.

ANd according to him, Ni based on true story la ek! Dia sanggup makan kat satu gerai ni, without order any air then gi kat gerai ni, utk menapao teh ais. Punya memuja kesedapan teh ais ni, sampaikan kat umah pun dia duk cite kesedapan teh ais, so i pun challenge him la. Meh la bawak i rasa teh ais yg digembar-gemburkan sedap tu..

So, at last, like a dream come true *even dah berbulan2 lepas dia cite, tp baru bulan ni dpt rasa* we went to Bandar Kinrara lepas having lunch kat  Mi Tarik tu *fuh, sepbaik still ada space perutku yg kecik ni*

Tada~~ ni la teh aisnya. Mmg pekat kaw! tgk kaler pun leh tau.. 
The teh ais!

Then when i took a sip, SlurRRppppppppp~~ rasanya segar, menggunakan teh wangi and lemak. Mungkin tuan empunya gerai ni dia merebus teh wangi tersebut and ada dicampur dengan sedikit susu sejat selain daripada susu pekat manis. Ini adalah teori yg saya lakukan sendiri, yeehaa! Tak sure la betul ke tak. Tp mungkin i boleh cuba bereksperimen.. kan?

Monday, April 29, 2013

Mi Tarik Warisan Asli at Sg. Besi

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana ibu saya doctor dah bagi discharge.. lega rasa hati ni.. Since discharge pun dah tengah hari, dari HUKMSC tu, dah dekat dgn Sg. Besi kan, makanya my brother pun bawak kami ke sana utk menikmati Mi Tarik Asli.


Ni merupakan kali kedua kunjungan saya ke situ. My parents plak baru je 1st experience dorg rasa mi tarik yg ditarik secara live on the go. *wah, mcm iklan Astro lak ek.. ;P*

Meh nak share in detail la mcm mana nak gi ke kedai ni. If korg dari HUKM, anda perlu menghala ke arah nak masuk highway KESAS.. And then once the masuk ke MRR2 yang bersambung dengan KESAS tu, terus je jgn belok2 and jgn naik memana flyover. Follow je the flow, sampai anda terlihat signbord Pekan Sg. Besi, then belok kiri. Kemudian anda akan terlihat ada Balai Polis Sg. Besi di sebelah kiri anda. Teruskan lagi perjalanan sehingga anda melihat kedai Gedung Hari-hari yang signboardnya kaler purple.. hati2 drive kat situ, sbb jalannya quite busy and sempit. Kemudian, masuk ke Jalan Tasik Utama 3. Terus sampai hujung, akan kelihatan restoran Mi Tarik Warisan ni di sebelah kanan anda. Warna kedai ni kaler hijau.

Ok, apa yg special kat sini? Kat sini, mi yang terhasil adalah fresh kerana ia homemade. Anda boleh melihat pekerjanya menarik mi tersebut secara live. Kiranya resepi yang digunakan ori from China belah2 Guangzhou, Xi An mcm tu, sbbnya pekerjanya pun asli dari sana.

Specialty kat sini adalah beef lamb (dia mcm cucuk2 daging) yg ni quite big portion, so blh mkn share as snack or appetizer la.. Yg ni saya mkn during my 1st visit to this restaurant.
Toothpick Lamb @ RM24

Smlm saya order Mushroom Beef Noodles, my mom Chicken Noodles, my dad Beef Noodles and my brother plak Lamb Noodles and Spicy Potato.

Utk yg Mushroom Noodles ni, dia kering and ada kuah sikit. Rasanya macam pasta and ada pedas2. Sedap!
Mushroom Noodles @ RM8
Yg Chicken and Beef Noodles tu plak dia mi sup yang bergenang dengan kuah. Yang ni sedap jugak! For those yang rasa mcm tanak mi tu kembang dalam perut, better share la this one. Sbbnya mmg byk kuahnya utk dihirup.
Chicken Noodles a.k.a Beef Laman @ RM12

Lamb Noodles nya lebih kurang Mushroom Noodle je if dilihat pada paras rupanya. Tp rasanya Mushroom Noodles tu lebih superb.
Lamb Noodles @ RM10
And the last one, Spicy Potato. Kentangnya agak keras. Erm, tu je komen dari saya.
Spicy Potato @ RM8

Total for these order campur dengan air longan and laici; RM 46.

Jika anda berminat, ini alamatnya:
Mee Tarik Warisan Asli
A51G, Jln Tasik Utama 3,
57000 K. Lumpur



Saturday, April 13, 2013

Chatime.. Coolblog.. Each A Cup..

Assalamualaikum w.b.t

Pernahkah anda menerai air yg berjualan di kiosk2 seperti yang tertera di tajuk entry? Jika belum, saya tidak lokek untuk berkongsi pendapat serta pengalaman yg saya lalui tatkala den menorai air2 tersebut.

Saya tidak akan berkongsi mengenai dari mana asal usul setiap kiosk ini wujud. Makanya anda boleh lah tanya kat pakcik google jika anda mahu mengenali mereka itu dgn lebih dekat dan mendalam.. ;)

Chatime
- Pada mulanya minuman ini sgt mengkonfiuskan saya kerana saya tidak tau nak order apa bila dah tiba giliran.. Bagai terkedu dan terkelu lidah utk berkata-kata pabila ingin membuat pesanan. Namun salah seorang rakan bank saya, Arul,  berjaya meleraikan rasa konfiusku ini dgn mencadangkan utk mengorder Coklat Hazelnut and saya add on pudding. Saya memilih size medium and if tak salah its cost me RM7.90.. Rasanya? Sedap!! I loike!! Ngee.. ;D

Coolblog
- Utk Coolblog ni pulak, I pernah tried it with my sister. We bought at Giant 13, Shah Alam.. Tgk org ramai kemain beratur.. So dgn humblenya kami pun order Coklat Ice Blended with Pearl.. Bila kami sedut.. Erk?? Sedap ke camni?? Terus I tamau dah nk beli Coolblog ni.. Tapi recently my colleague berjaya mengubah my perception.. She bought for me Chocolate Milkshake Iceblended., add on Cincau.. When I took a sip, my reaction was Walla!! Sedap kot!! Terus tangkap cintun dgn Coolblog uols! Huhu! ;p

Each-A-Cup 
- This one, I tried it with Zai. But this time I paid for myself la.. Takkan asyik dia nak blanje je kan.. So yg ni i order Chocolate Blended.. I request to add in aloe vera.. But during that time dah hbs.. So I replaced with pearl which I mmg tak minat makanan yang kenyal2 ni.. Then when I took a sip.. Erk?? Nape I tak fall in love pun with this drink? Eerm agak lama jugak la I nak amik masa untuk habiskan segelas air tu.

So kesimpulannya according to my taste buds saying dat I vote for Chatime n Coolblog... Erm, tp mgkin yg ni pun depends kat tmpt yg korg pegi.. If kena dgn air tgn org yg membuatnya, maka anda akan berpuas hati dgn minuman yg terhasil. According to my fren Zai, she adviced me if nak gi kiosk mcm ni better gi time customer tak ramai.. So that dorg akan letak sukatan yg betul and cukup.. Yups! that one I agreed with her.. ngeee.. ;))

Esk nak minum Coolblog kat Section 3 sebelah Caltex.. Ada kiosk baru bukak.. Hee.. tak sabar nak rasa.. kehkeh.. ;P Ok! Sekian saje entry kali ni. Chow!

Wednesday, April 10, 2013

Counting The Days

Assalamualaikum w.b.t,

Saya dengan ini seikhlas hati ingin menyeru kepada semua..bla..bla..bla.. *eceh, poyo je kan?*

Hehe... Tajuk entry kali ni agak tersirat sikit.. Di sebalik yang tersirat, ada yang tersurat perlu dilakukan oleh Mr. Posmen. Haih, sukar untuk dibentangkan dalam bentuk tulisan.. Inikah dia sebenarnya perasaan? hahahah.. *apela yang den rapekkan ni? huhu!*

Den sebonanya agak buhsan.. Saje je nak jugak create entry walaupun entry yang dicreate takde citer pun yg nak disharekan..huhu.. ;P

K la, bye!

Monday, April 1, 2013

Pavlova - Souka Mouka

Assalamualaikum w.b.t,

Jika semalam saya ada share hajat saya utk mengulangkajirasa pavlova di Delicious tidak kesampaian, tetapi entry kali ini hajat saya ditunaikan oleh kakak saya. Tapi jangan salah sangka, pavlova yg kakak saya tunaikan ini dibeli di Souka Mouka. Saya pernah buat review tentang Souka Mouka sebelum ini. Jika anda ingin mengetahui lokasinya, sila ke entry Souka Mouka yang pernah dipublishkan, ya!

Since saya busy menyiapkan order cheesetart yang diorder oleh Ili sebanyak 300pcs sempena majlis pertunangan adiknya, so kakak saya pun hanya menapao pavlova ini utk saya *walaupun sebnrnya beliau telah byk kali memujuk supaya saya join lepak dengan kengkawan ofis dia, tp pujukan tak berjaya bro!kehkehkeh.. ;P*

Berikut adalah gambar pavlova double layer seperti yang digembar-gemburkan.
Pavlova~

Close-up
Jika dilihat kepada strukturnya, pavlova yang saya hasilkan tempoh hari adalah sama mcm pavlova ini. Ini bermakna, cubaan pertama dan kedua saya menjadi. Kecuali, pavlova saya agak sedikit tacky, means kat bahagian bawahnya melekat dgn baking paper tu *jadinya nak makan pun kena keruk2 paper tu, sudahnya, byk yang melekat kat paper baking, dan comot lah ia* Tu yg sedih pedih tu, uhuk2..

Jika tak percaya, nah lihat ini pavlova yang kuhasilkan. Amat ketara kan rupa paras pavlovaku dgn pavlova yang berjualan di petisejuk pamer di kedai? T_T


Apa tipsnya ek nak hasilkan pavlova yang cantik, molek, manis, rupawan semanis rasanya? Haish.. takpe, practices makes perfect. Sekarang ni, akan dikurangkan aktiviti mencubajaya resepi2 manis ni, sebabnya kat rumah tak byk yg nak mkn mknan manis ni. Tunggula nanti bila dah ada teman yang nak merasa ada.. akan kupujuk beliau utk menghabiskan makanan cubajaya yang dihasilkan..kehkehkeh.. ;P 



p/s: turut teringin utk menghasilkan kuih cara, cam senang je..huhu!

Sunday, March 31, 2013

Sepetang di Delicious, Midvalley

Assalamualaikum w.b.t,

Sudah lama rasanya tak pekena Pavlova kat Delicious, setelah percubaan pertama dan kedua i membaking pavlova tak berapa nak menjadi seperti yg dijual di Delicious.


Oleh yang demikian, kaki melangkah bersama kakak dan juga abangku utk mkn pavlova bg tujuan merefresh dan mengulangkaji *sbb heran, kenapa sendiri buat tak mcm Delicious ni buat??*. If ada kesempatan dan kerajinan utk eden mengshare rupa paras pavlova yang den buat, den akan share kat blog ni, okeh!

Pesanan dibuat, tp sayang seribu kali sayang, pavlova yang digiurkan sudah habis diratah orang. *kecewa btul*. Makanya, saya order Chocolate Pudding with Vanilla Icecream, my brother Walnut Cheesecake and my sis order Red Velvet.

Air? My sis and me just ordered plain water, while my brother ordered Iced Mocha.

Berikut adalah gambar serta gambaran yang anda boleh lakukan terhadap gambar yang tertera. *hakhakhak..saje suke guna word yang berulang2 ;P*


Coklat Pudding with Vanilla Icecream
Walnut Cheesecake

Red Velvet




Monday, March 25, 2013

Bosan

Assalamualaikum,

Harini mcm bosan je. Walaupun jalan pagi tadi tak jem *ramai yg cuti kot*. Tp bila kalut buat keje, skali tgk jam, baru pukul 11am? What??? Dah macam2 keje dah kot dah disetelkan. Ingatkan tgk jam dah pukul 12.45pm ke, sedap sikit. Otak dah pikir nak rehat lunch je ni..

Oh, mengapa perut tidak begitu ceria moodnya? Seperti mengetahui keresahan dan gundah di hati empunya diri..

Adeh, mcm masuk angin pun iyer, angin dah naik kepala.. Arghhh, tolong! tolong! Wahai jam, tolong la cepat berputar ke angka 1pm..





p/s: dah taktau nak merapu mereben apa.. ;(

Wednesday, March 20, 2013

Zen, Sunway Pyramid

Assalamualaikum,

Bulan ni belum ada entry lagi. So godek2 external hard-disk terjumpa la pic yang disnap 2 tahun lepas kot. Sbb dari gayanya, saya leh bersantai bebas lepas kerja dgn kakak saya. If diikutkan jadual dan lokasi saya bekerja skrg, mmg amat mustahil saya mempunyai kudrat serta tenaga utk beronggeng cik kiah after work. *Oh, saya keje di Nilai, ok!*

Basically, we had the dinner at Zen, Sunway Pyramid. Coincidentally, Jaya Jusco also closed due they have an occasion that night, maybe they having annual dinner or stocktake. Oh ya, this restaurant is in front of the escalator, at level 2. *can't remember*

From the menu listed are almost same like in Secret Recipe. We chose to have an Italianesse cuisine.

From the escalator view
Here is the menu yang kitrog pilih. Nama pun dah lupe..huhu.. :P

Lebih kurang macam molten cake n lave choc tu if nengok pada rupa


Inilah dia Italian Cuisine nya.. *Italy la sgt! ;P*

Sudut pandangan jauh

Since dah lama dah peristiwa ni berlaku, nak bagi review pun den dah lupa. Tp menengok pada gambar, mcm dah boleh agak kan mcm mana tastenya?

Okies, chow!

p/s: Next week nak cuti, tapi belum apply lagi, aiyok~

Friday, February 15, 2013

Souka Mouka

Assalamualaikum w.b.t,

Yuhu~~

Anda peminat kek? Jika jawapannya ya, sila baca entry saya dan juga belek2 la entry yang lain jugak ek! *kikikiki..sempat lagi promote ;P*

Okeh, kali ni nak share experience I memakan kek bersama my sista di suatu tempat yang dikenali sebagai Souka  Mouka yang terletak di TTDI.

Kedai ini sbnarnya kakak saya temui review di internet *mmg fofuler la you!* dan beliau bersama yg teristimewa dalam hidupnya pun pergi cari dan menerjah. Disbbkan kesedapan yang dirasai, makanya beliau tidak lokek utk mengshare experience lalu mengajak saya untuk menerai kek yang berjualan di kedai ini.

Bagi yang tak tahu bagaimana utk ke sini, anda bolehlah masuk jalan ke Sg. Penchala, seolah2 anda mahu menuju ke Restoran Puteri milik pelakon Rubiah Suparman.. then ada satu trafik light kat dpn CIMB, then turn left (if ke Restoran Puteri tu, anda akan terus), kemudian terus dan  masuk simpang ke kiri dan ke kiri lagi.. *kedai ni agak tersorok kat row belakang* 



Dekorasi kedai ni simple dan byk menggunakan barang2 yg klasik. Jika diperhatikan, anda akan melihat beg2 lama dan juga typewriter lama digunakan sebagai salah satu bahan deko kedai ini. Guni beras pun digunakan dan diframekan. Sila lihat gmbar di atas.

Peanut butter pie
Tujuan asal kakak saya mengajak saya sbnrnya utk bg saya try Rainbow Cake. Sbbnya saya pernah meluahkan rasa betapa hairannya saya terhadap apa yang sedapnya tentang Rainbow Cake ni *al-maklumlah sifat inkuiri yang tinggi*. Yela, orang duk sibuk perkatakan dan seperti satu fenomena pula apabila hadir di majlis hari lahir, kek pelangi ini yang menjadi hero utama di atas meja sajian, tidak kurang juga bagi pengusaha kek, pasti mereka mendapat tempahan bg memenuhi permintaan pelanggan.

Saat kaki ni menjejak masuk ke kedai ini disertai dgn fikiran yang agak blur2 *first time katakan.. hahaha.. jakun sekejap.. ;P* so, saya melihat barisan kek dan juga pie yang didisplaykan kat dlm peti ais kek tu.. Apa yang kelihatan adalah si baldu merah, kek cawan baldu merah, beberapa pie, pavlova dan beberapa jenis kek lain. Kek pelangi? Di manakah letaknya kek pelangi?????

'Rainbow cake by order je cik..'
"Tp, haritu saya ada mkn rainbow cake tu.. ada je jual.."
'Oh, jika ada pada hari tersebut bermakna ada customer yang cancel order after kek tu kita dah siapkan.'

Perghh, terkilan, frustrated, kempunan mak nakk.. *huhu.. over tau! ;P*. Apa nak buat.. rainbow cake yang dihajati, diganti dengan Peanut butter pie kudapat.. huhu!

My sister amik red velvet cake *yg ni pun satu hal jugak, apa yg best pasal si baldu merah ni?* 

Red Velvet Cake
Air pulak, kitorg amik Iced Mocha Latte and Ice Lemon Tea.


Iced Mocha Latte

Layanan yang diberikan mesra pelanggan. Kakak saya adalah jurucakap saya, so saya just berdiri dendiam je tatkala order dilakukan. Tp bila dibelek2 wajah org yg amik order tu, gerak hati saya kuat menyatakan bahawa lelaki tersebut pernah terlibat dalam bidang pengacaraan sekitar tahun 90-an dulu. Jika tak percaya, silalah anda membawa diri anda ke kafe kek ini, dah lihat sendiri adakah anda pun sependapat dgn saya.






p/s: Bilangan pelanggannya silih berganti. Ada yang dtg situ semata2 utk baca buku dan menikmati kek di situ

Tuesday, February 12, 2013

Movie Review: Les Miserable

Assalamualaikum w.b.t,

Chak! Haa... haritu dah janji nak bagitau review citer ni kan? Ok, meh den nak laksanakan janji yang dicapati namun berjaya ditepati ni.

Okeh, ni amaran dan juga peringatan! Sekiranya anda peminat cerita yang berunsurkan muzikal teater, drama musical dan seangkatan dengannya, anda boleh terus membaca dan segera ke panggung wayang atau jika gagal berbuat demikian, sekiranya Astro Best ada menawarkan movie purchase, maka sila lakukannya cepat2. *fuh, penat menaip..rehat sat*

Barisan pelakon dalam movie ini hebat2 belaka. Antaranya Anne Hathaway, Hugh Jackman and Russel Crowe. Ia merupakan movie yang hebat sehingga berjaya merangkul beberapa anugerah.

Buat pengetahuan anda, seawal cerita ini bermula, telah dimulakan dengan nyanyian *fuh, byk btul guna perkataan mula* Movie ini berdurasi 2jam 40minit. Dari awal sehingga akhir, mmg tiada sepatah atau sebaris dialog. Semuanya dlm btk nyanyian.

Jika anda menonton cerita ni, ada satu scene iaitu ketika para banduan sibuk tarik tali kapal, rentak lagu yang  mereka alunkan lebih kurang sama mcm lagu Harimau Malaya tu yang liriknya mcm ni;

'Bangun...bangun...bangun harimau bangun..
Jgn tidur lagi... Seteru sudah datang' 

Huhu! Cerita ini membawa kita pada era 1900. Jalan cerita yang dipertontonkan sgt menarik. Setiap plot dikembang dengan kemas, anda tidak akan berasa bosan dalam panggung walaupun dialog yang dilontarkan berirama.

Jgn terkejut, jika saya mengatakan di penghujung cerita, saya menitiskan airmata..

Kesimpulannya, anda pergilah tgk sndiri. Recommended! ;))

Friday, February 8, 2013

Fish & Co Seafood in a Pan

Assalamualaikum w.b.t,


Pada tanggal 3 February yang lepas, saya telah berlunch-wayangdate dgn my BFF, uols! Huhu.. sudah lama tidak ketemu sama beliau. Last jumpe rasanya time saya bekerja di Bank Rakyat Saya Mesti Pilih! iaitu kami berbazarian di sekitar Kelana Jaya. Lepas tu tak jumpe sampailah bebaru ni.

Byk sgt nak dichit-chatkan, dan byk juga soalan terjahan yang beliau lakukan terhadap saya sehinggakan belum sampai ke punchline, tetapi telah beliau ketahui.. hurm..kiranya tak begitu surprise suasananya, tapi still bisa mensurprisekan diri dan perasaan beliau..huhu~~ 

Kami berdating di Paradigm Mall, berdekatan dengan LDP tu. Sebelum itu, Shida *owh, lupa nak perkenalkan..yups, my bff's name is Shida.. ;))* dah booked tiket wayang yang berjudul Les Miserable. Nanti saya akan buat reviewnya, k! So, sementalahan menunggu wayang bermula, kami menikmati White Choc Macademia Cookies from Subway *fevret beliau* dan sesambil tu la sesi terjahan soalan and gossiping pun telah bermula.. *fuh, baru je bajet nak bergosip time lunch..kikiki.. ;P* Wayang bermula pukul 12.10pm mcm tu dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit utk kami keluar dari panggung. Di kala itu pun, perut telah berbunyi2 keriuhan.. *wah, tak bley blah btul ayat, LOL ;P*

Kami menuju ke restoran Fish & Co yang terletak di tingkat bawah, searas dengan FOS or Branded Outlet ntah *aiyo..lupa sudaaa* sbb saya jarang sampai ke sini. Kunjungan yang saya lakukan ini pun merupakan kunjungan buat kali kedua.. Tak sompek den nak menghafal..

Di kala kaki melangkah masuk, kami dapati pelanggan tidak berapa ramai ketika itu. Mungkin disebabkan oleh telah melepasi lunch hour agaknya.. Then kami memilih utk duduk di booth dan katalog menu diberikan.


Dekorasinya penuh dengan mata kail. Suka dengan dia punya tagline yang berbunyi lebih kurang gini la ek, "Once you bite, you get hooked" *den ni tak reti berbahasa omputih, pastu ingat2 lupa.. plak tu, ada hati nak buat konon2 review JJCM.. harap korang yang membaca ni maafkan den la yo..* 


Ok, meh sambung balik! Setelah mengscan menu dengan teliti, kami pun membuat pesanan. Pesanan yang kami buat  ialah, jeng! jeng! jeng! Menu Shida; Grilled Salmon, manakala saya; Platter for 2 *den ingat portionnya sikit, so ok la utk share 2 orang.. TAPI rupa2nya, belambak giler dowh!*

Berikut adalah menu sajian kami:

Shida's; Grilled Salmon, Coleslaw and Nasi *mcm Paella* + soup of the day and sparkling markisa

Mine; Dory Fish, Udang, Sotong, Clam, Paella, Fries + soup of the day and sparkling markisa
For me, Platter for 2 tu, sesuai utk dikongsi dengaan 3 atau 4 orang. Since dah belambak, saya meminta supaya ditapao lebihan yang belum terusik itu.. *haip, tak baik bazir tau! Nanti sotong and udang2 tu naness*




p/s: Terima kasih, Shida! Moga rezekimu bertambah! ;D

Monday, January 28, 2013

Resepi: Agar-agar Milo+Horlicks

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni saya mahu berkongsi resepi agar2 yang saya main taram and kebergantungan bahan yang ada. Jom kita check apa resepinya!

Bahan-bahan:
12gm agar-agar strip
1400ml air *memandangkan saya tidak mempunya pitcher Pyrex tu, makanya saya menggunakan sukatan bekas air Tupperware 650mlx2 + secawan air*
1 1/2 gula halus
2 senduk serbuk Milo *saya agak je, since saya main tuang gitu je..*
2 senduk serbuk Horlicks *ni pun sama, saya main tuang suka2 hati je*
1 sudu kecik marjerin *utk menggantikan garam*

Cara-cara:
1. Renehkan agar-agar strip bersama air. Kacau sehingga hancur.
2. Masukkan gula, serbuk "minum milo anda jadi sihat dan kuat!" dan juga "ho ho ho!" Kacaukan. *kacau dengan whisk supaya anda tidak perlu gigih utk menghancurkan serbuk yang berketul2 itew*
3. Adjust rasa. *jika anda dah bersetuju dengan rasa yang tercipta dari air tangan anda sendiri, maka boleh matikan api*
4. Masukkan marjerin tadi dan kacau.
5. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Biarkan ia beku sebelum dihidang buat kaum family! ;))

Hasilnya!

p/s: Sedap dihidang sejuk.

Friday, January 25, 2013

Movie Review: The Impossible

Assalamualaikum w.b.t



The Imposs?? Tajuk citenya yang penuh The Impossible.. bukan Inchloss or Impose..huhu.. *erk..lawak mcm tak jadi je.. bluwek*

Sudahkah anda menonton cerita ini? Hokay, meh nak kongsi mcm mana terbitnya idea utk saya menonton cerita ini.

Pada tanggal 21hb January yang lalu, merupakan hari yang sengaja saya mengambil cuti oleh kerana beberapa hal istimewa yang perlu saya bereskan jugak pada hari tersebut. Antaranya menghantar parents dan juga abg saya ke KLIA bg mengerjakan ibadat umrah, menghadiri interview dan juga meraikan hari lahir seseorang yg spesel di hati.. *wah, ni betul2 jujur gedix giteww..*

Setelah saya membereskan hal2 tersebut, makanya saya bersama buah hati mengadakan sedikit musyawarah di dlm kereta dan sepakat untuk menuju ke The Curve. Sebenarnya mmg takde idea pun nak tgk crite apa. Main terjah je la lebih kurangnya kesnya ni. Sesampainya kami di sana, terus kami naik eskalator dan tuju ke kaunter tiket. *nampak sgt menipunya..tadi kata taktau nak tgk citer apa, kan? kehkehkeh..sblum tu kami ada la usha2 kat skrin tu dulu* So, kami dgn yakin "Bang, bagi citer The Impossible ni.. if ada 3D, kami nak yg 3D." *tegas dan yakin tak cara kami berkomunikasi? hakhakhak.. ;P*

Cerita ni merupakan kisah benar yang dialami oleh sebuah keluarga yang bercuti di Phuket. Tak ingatlah keluarga ni dari mana, tapi mereka sampai di Phuket 2 hari sebelum Krismas. Kiranya mereka bercuti dan sambut Krismas di Phuket. Sedang mereka bersuka-ria, bencana Tsunami melanda.

Dalam cerita ni, seakan anda merasai bagaimana challengenya nak survive ketika bencana tersebut berlaku dan baru anda faham, kenapa ada sesetengah mayat yang dijumpai tidak sempurna anggotanya. Plotnya ada yang ngeri, sedih, pilu. Anda perlu saksikan sendiri, kerana saya pasti airmata anda akan berguguran.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...