Pages

Friday, February 8, 2013

Fish & Co Seafood in a Pan

Assalamualaikum w.b.t,


Pada tanggal 3 February yang lepas, saya telah berlunch-wayangdate dgn my BFF, uols! Huhu.. sudah lama tidak ketemu sama beliau. Last jumpe rasanya time saya bekerja di Bank Rakyat Saya Mesti Pilih! iaitu kami berbazarian di sekitar Kelana Jaya. Lepas tu tak jumpe sampailah bebaru ni.

Byk sgt nak dichit-chatkan, dan byk juga soalan terjahan yang beliau lakukan terhadap saya sehinggakan belum sampai ke punchline, tetapi telah beliau ketahui.. hurm..kiranya tak begitu surprise suasananya, tapi still bisa mensurprisekan diri dan perasaan beliau..huhu~~ 

Kami berdating di Paradigm Mall, berdekatan dengan LDP tu. Sebelum itu, Shida *owh, lupa nak perkenalkan..yups, my bff's name is Shida.. ;))* dah booked tiket wayang yang berjudul Les Miserable. Nanti saya akan buat reviewnya, k! So, sementalahan menunggu wayang bermula, kami menikmati White Choc Macademia Cookies from Subway *fevret beliau* dan sesambil tu la sesi terjahan soalan and gossiping pun telah bermula.. *fuh, baru je bajet nak bergosip time lunch..kikiki.. ;P* Wayang bermula pukul 12.10pm mcm tu dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit utk kami keluar dari panggung. Di kala itu pun, perut telah berbunyi2 keriuhan.. *wah, tak bley blah btul ayat, LOL ;P*

Kami menuju ke restoran Fish & Co yang terletak di tingkat bawah, searas dengan FOS or Branded Outlet ntah *aiyo..lupa sudaaa* sbb saya jarang sampai ke sini. Kunjungan yang saya lakukan ini pun merupakan kunjungan buat kali kedua.. Tak sompek den nak menghafal..

Di kala kaki melangkah masuk, kami dapati pelanggan tidak berapa ramai ketika itu. Mungkin disebabkan oleh telah melepasi lunch hour agaknya.. Then kami memilih utk duduk di booth dan katalog menu diberikan.


Dekorasinya penuh dengan mata kail. Suka dengan dia punya tagline yang berbunyi lebih kurang gini la ek, "Once you bite, you get hooked" *den ni tak reti berbahasa omputih, pastu ingat2 lupa.. plak tu, ada hati nak buat konon2 review JJCM.. harap korang yang membaca ni maafkan den la yo..* 


Ok, meh sambung balik! Setelah mengscan menu dengan teliti, kami pun membuat pesanan. Pesanan yang kami buat  ialah, jeng! jeng! jeng! Menu Shida; Grilled Salmon, manakala saya; Platter for 2 *den ingat portionnya sikit, so ok la utk share 2 orang.. TAPI rupa2nya, belambak giler dowh!*

Berikut adalah menu sajian kami:

Shida's; Grilled Salmon, Coleslaw and Nasi *mcm Paella* + soup of the day and sparkling markisa

Mine; Dory Fish, Udang, Sotong, Clam, Paella, Fries + soup of the day and sparkling markisa
For me, Platter for 2 tu, sesuai utk dikongsi dengaan 3 atau 4 orang. Since dah belambak, saya meminta supaya ditapao lebihan yang belum terusik itu.. *haip, tak baik bazir tau! Nanti sotong and udang2 tu naness*




p/s: Terima kasih, Shida! Moga rezekimu bertambah! ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...