Pages

Tuesday, February 12, 2013

Movie Review: Les Miserable

Assalamualaikum w.b.t,

Chak! Haa... haritu dah janji nak bagitau review citer ni kan? Ok, meh den nak laksanakan janji yang dicapati namun berjaya ditepati ni.

Okeh, ni amaran dan juga peringatan! Sekiranya anda peminat cerita yang berunsurkan muzikal teater, drama musical dan seangkatan dengannya, anda boleh terus membaca dan segera ke panggung wayang atau jika gagal berbuat demikian, sekiranya Astro Best ada menawarkan movie purchase, maka sila lakukannya cepat2. *fuh, penat menaip..rehat sat*

Barisan pelakon dalam movie ini hebat2 belaka. Antaranya Anne Hathaway, Hugh Jackman and Russel Crowe. Ia merupakan movie yang hebat sehingga berjaya merangkul beberapa anugerah.

Buat pengetahuan anda, seawal cerita ini bermula, telah dimulakan dengan nyanyian *fuh, byk btul guna perkataan mula* Movie ini berdurasi 2jam 40minit. Dari awal sehingga akhir, mmg tiada sepatah atau sebaris dialog. Semuanya dlm btk nyanyian.

Jika anda menonton cerita ni, ada satu scene iaitu ketika para banduan sibuk tarik tali kapal, rentak lagu yang  mereka alunkan lebih kurang sama mcm lagu Harimau Malaya tu yang liriknya mcm ni;

'Bangun...bangun...bangun harimau bangun..
Jgn tidur lagi... Seteru sudah datang' 

Huhu! Cerita ini membawa kita pada era 1900. Jalan cerita yang dipertontonkan sgt menarik. Setiap plot dikembang dengan kemas, anda tidak akan berasa bosan dalam panggung walaupun dialog yang dilontarkan berirama.

Jgn terkejut, jika saya mengatakan di penghujung cerita, saya menitiskan airmata..

Kesimpulannya, anda pergilah tgk sndiri. Recommended! ;))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...