Pages

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Memoir July 2011 : Istanbul Aku Datang

As-salam,


Filem Istanbul Aku Datang mengingatkan saya tentang kisah sebahagian perjalanan hidup saya ini. Cuma excludekan part last tu, which Tomok ada mintak utk kembali bersama Lisa Surihani tu. Haa.. part yg tu mmg takde..

Hehe..sbb bila tgk cite tu, mmg diri monolog sendiri.. "Eh, ha ah la.. dia penah buat kat aku camni.."

Bila diingat2 balik, rasa mcm tak percaya pernah ditipu and dipermainkan perasaan ni. Kita punyala jujur dalam bercinta.. Tgk2, budi yang kuberi, tuba yang kau balas? Ingatkan susah senang bersama.. rupanya sebaliknya.. hekhekhek.. mmm.. takpe, what around comes around..

Teringat kata2 sahabat saya ketika saya dirundung derita sebak dada, "If kita buat baik kepada org, insya Allah, yang baik2 akan berlaku kepada kita. If kita buat perkara yang sebaliknya and tetiba somthing wrong happen, then kena muhasabah diri balik. Ada la tu yang terkurang atau tersilap kat mana-mana.. Something wrong happen tu, kita pun taktau how n when its going to be happened.. it could be happen in 20yrs akan dtg.. and normally, manusia akan tersentak atau belajar dari kesilapan bila berlaku kehilangan.. or bila choice been made tu, tak perfect as per wished.. then waktu tu, penyesalan tak berguna lagi. Life must go on.. Tak guna ingat org yg tak hargai kita.. ntah2 dia dah kawen dah.. buat rugi airmata je ko nangis smpai skrg.. dah bape bulan ko mcm ni.. kurus cengkung gini.. but trust me, there is someone out there, better person is deserved.. So, wake up dear.. kuatkan hati.. zikir n doa byk2.. double up ur ibadah, insya Allah, kesedihan tu akan fade away.. u must remember, kita pun taktau umur kita setakat mana.. chase for bekalan akhirat.. So for your case, lebih baik its happen earlier..Allah knows best for you.."

Thanks sahabat.. Terima kasih Allah.. kerana di saat saya memerlukan sokongan dan kekuatan bg stabilkan emosi dan bangkit dari kesedihan selama berbulan2, Allah kirimkan sahabat-sahabat yang sgt luar biasa yg tak jemu dan sentiasa bg kata2 semangat supaya saya keluar dr lubuk kesedihan. Insya Allah, Allah berikan yg terbaik buat hambaNya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. #syukurselalu.

K la, tatau nak cite apa lg.. Till then..

Daa~~

Friday, May 2, 2014

Movie Review: Spiderman

As-salam,

Spiderman! Spiderman!

Sape yang dah tengok cite Spiderman, cer korek idung!!! *yeehaa!!*

Saya adalah salah seorang yang telah pergi menonton movie Spiderman ni. Episod kali ni, menononjolkan *menonjolkan.. haih..kan dah salah taip..punya la excited nak cite ;P* satu lagi watak baru iaitu Electro.

Siapakah Electro? Electro ni lakonan Jamie Fox *if tak silap nama mamat tu* iaitu seorang engineer or technician kat company  Oscorp if tak silap *tgk, nak cite, tapi tak hengat fakta.. haish..daku keciwa dgn prestasi diri.. ;(* . Karakter yang dimainkan sebelum dia jadi Electro ni, adalah dia ni  dia mcm lurus bendul and jujur. Senang cite, dia ni mudah kena buli. At the same time, dia pun begitu taksub terhadap Spiderman kerana di awal babak tu, dia sangatlah menyanjung kehebatan dan excited sbb Spiderman penah selamatkan dia daripada eksiden.

Memandangkan as i mentioned just now yg dia ni mudah dibuli dan nak dijadikan citer, dia ni kena buat OT on birthday dia. Padahal dia dah eksaited yg kekonon nak celebrate his birthday with Mr. Spidey *dia verangan je* So, mcm mana dia boleh bertukar from normal human kepada manusia elektrik? Jawapannya, dia terjatuh ke dlm akuarium yang menempatkan beratus belut elektrik. Mcm mana dia leh terjatuh? Anda perlu menontonnya sendiri.

Di akhir cerita, ada watak yang dimatikan wataknya. Siapa? Harusla uols tgk sendiri. Dah2, gi sambung buat keje. bluweek~

Daaa~~

Thursday, April 10, 2014

Movie Review: Captain America

As-salam,

Anda sudah ke pawagam yang terdekat?
Jika ya, filem apakah yang anda tontonkan?

Seperti saya, pada hujung minggu lepas, saya dan husband sbnrnya plan nak ke kenduri kahwin rakan di Meru. Disebabkan kami terlena kerana keletihan bergotong-royong mengemas rumah, makanya kami telah terlajak tido dan bangkit pada jam 3.30pm. Mmg kenduri kawin dah tentu dah bersurai..ye dak? Makanya, kami pun sepakat utk ke Space U8 utk menonton movie Captain America.

Sesampainya kami di sana, kami bergegas *ceh, bergegas la sgt dgn perut boyot nak bergegas? camno tu?* ke MBO utk mendapatkan tiket yang berjualan di sana. Kami memilih utk menonton versi 3D, dengan tambahan RM3.00 sepasang cermin mata 3D. *Jika anda sudah mempunyai cermin mata 3D, anda perlu bawak je, takyah beli dah*

Filem ini berdurasi 2jam 15minit. Usai movie start, anda takkan berkelip mata, sbb babak2 yang dipertontonkan amat ohsem. Dan festaim jugak la saya rasa cam nyesal tak ikuti cite2 adiwira sedari awal mereka diperkenalkan dan dikembangkan watak masing2. Teruja betul bila dpt tau yg shield Captain America tu rupanya bapak Stark yang reka.. huhu.. ni sume husband saya la yg bagitau.. sbb beliau mmg penggemar adiwira Marvel. I? amik port pun tak if dlm watak Marvel ni.. teheheh.. :P

Tapi siyes, best la cite ni! Mmg siyes rasa teruja sangat!

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat la ke pawagam sementara movie ni masih bersiaran. ;)

Tuesday, September 3, 2013

Movie Review : The Conjuring

Assalamualaikum w.b.t,

Korg suka tgk cite yang seram lagi memeranjatkan? Penah tgk cite Exorcism Emily Rose tu? *erk, betul ke nama cite tu camtu?*

Jika anda suka dengan cerita yang berunsurkan rasukan, berasaskan daripada cerita sebenar *based on true story*, yang ada elemen terkejut2 gigil.. Yaaa~~ amat sesuai utk anda pergi tgk cite The Conjuring ni.

Plan nak tgk cite ni sbnrnya came from my hubby. Dia yang ajak tgk which at the moment beliau mention nama cite ni, i was like '?? Cite ape tu?' Then setelah my hubby bg penerangan ringkas sinopsis cite ni, then I pun tertarik lalu bersetuju utk tgk. So kitorg plan nak beli tiket midnight, konon nak bg lagi feel la.. Yela kebetulan kitrog tak penah tgk midnight movie lagi selama ni. So, weekend baru-baru ni dalam org sibuk beropen-house bagai, kitrog skodeng tiket wayang online. Yang ada pukul 4pm, 8.10pm and 12.20am.. Memula mmg nak amik tiket pukul 12.20am tu, tp bila pikir blk, movie habis dlm pukul 2-3am, rasa mcm bahaya pun ada jugak. So, kitorg decided amik tiket 8.10pm. *walaupun bukan tgh mlm, tp janji malam. Okla tu, ye dak?*

Cite ni rasukannya adalah sgt2 ganas dan usikkannya juga adalah sangat melampau, okeh! Jika zaman korg study dulu mesti penah dgr cite yg kena tarik time tido, nenek kebayan kat atas almari, bunyi ketuk2 pintu.. *ada kan? kan? kan?* Yup! dlm cite omputih ni pun tidak ketinggalan uols!!

Ada scene tu, i just tgk thru my celahan jari je.. ada masa, i tutup mata i dgn siku..hahaha.. gigih nak tgk cite seram punya pasal.. :P Pendek kata, if korg bli popcorn, korg akan  mkn time sblm movie start and awal2 movie start aje. The rest, pop corn letak tepi, tgn sibuk kat muka..kehkeh.. ;P *tp ni kes yg happened kat i la..huhu.. ;P*

Plot citenya tak byk sbnrnya and watak yg diwujudkan pun tak berserabut sgt.. Erm..if I nak share jalan citernya, cite ni dah lama kluar. So, korg Google sendiri je la ek! Tp overall, i bagi 4/5 bintang. Ke mana hilangnya 1 lagi bintang? Kat endingnya. Endingnya agak kureng la.. Tp yela, mungkin director tu pun dah taktau nak buat mcm mana lagi sbg penamat citer tu kan, so dia punya ending agak simple. Apa-apa pun syabas kepada pelakon2 cilik yang melakonkan watak dalam cite ni. Hao yeah~



p/s: nak jgk try rasa tgk midnight movie. Tp mungkin tgk cite action and thrill la kot :))

Tuesday, February 12, 2013

Movie Review: Les Miserable

Assalamualaikum w.b.t,

Chak! Haa... haritu dah janji nak bagitau review citer ni kan? Ok, meh den nak laksanakan janji yang dicapati namun berjaya ditepati ni.

Okeh, ni amaran dan juga peringatan! Sekiranya anda peminat cerita yang berunsurkan muzikal teater, drama musical dan seangkatan dengannya, anda boleh terus membaca dan segera ke panggung wayang atau jika gagal berbuat demikian, sekiranya Astro Best ada menawarkan movie purchase, maka sila lakukannya cepat2. *fuh, penat menaip..rehat sat*

Barisan pelakon dalam movie ini hebat2 belaka. Antaranya Anne Hathaway, Hugh Jackman and Russel Crowe. Ia merupakan movie yang hebat sehingga berjaya merangkul beberapa anugerah.

Buat pengetahuan anda, seawal cerita ini bermula, telah dimulakan dengan nyanyian *fuh, byk btul guna perkataan mula* Movie ini berdurasi 2jam 40minit. Dari awal sehingga akhir, mmg tiada sepatah atau sebaris dialog. Semuanya dlm btk nyanyian.

Jika anda menonton cerita ni, ada satu scene iaitu ketika para banduan sibuk tarik tali kapal, rentak lagu yang  mereka alunkan lebih kurang sama mcm lagu Harimau Malaya tu yang liriknya mcm ni;

'Bangun...bangun...bangun harimau bangun..
Jgn tidur lagi... Seteru sudah datang' 

Huhu! Cerita ini membawa kita pada era 1900. Jalan cerita yang dipertontonkan sgt menarik. Setiap plot dikembang dengan kemas, anda tidak akan berasa bosan dalam panggung walaupun dialog yang dilontarkan berirama.

Jgn terkejut, jika saya mengatakan di penghujung cerita, saya menitiskan airmata..

Kesimpulannya, anda pergilah tgk sndiri. Recommended! ;))

Friday, January 25, 2013

Movie Review: The Impossible

Assalamualaikum w.b.t



The Imposs?? Tajuk citenya yang penuh The Impossible.. bukan Inchloss or Impose..huhu.. *erk..lawak mcm tak jadi je.. bluwek*

Sudahkah anda menonton cerita ini? Hokay, meh nak kongsi mcm mana terbitnya idea utk saya menonton cerita ini.

Pada tanggal 21hb January yang lalu, merupakan hari yang sengaja saya mengambil cuti oleh kerana beberapa hal istimewa yang perlu saya bereskan jugak pada hari tersebut. Antaranya menghantar parents dan juga abg saya ke KLIA bg mengerjakan ibadat umrah, menghadiri interview dan juga meraikan hari lahir seseorang yg spesel di hati.. *wah, ni betul2 jujur gedix giteww..*

Setelah saya membereskan hal2 tersebut, makanya saya bersama buah hati mengadakan sedikit musyawarah di dlm kereta dan sepakat untuk menuju ke The Curve. Sebenarnya mmg takde idea pun nak tgk crite apa. Main terjah je la lebih kurangnya kesnya ni. Sesampainya kami di sana, terus kami naik eskalator dan tuju ke kaunter tiket. *nampak sgt menipunya..tadi kata taktau nak tgk citer apa, kan? kehkehkeh..sblum tu kami ada la usha2 kat skrin tu dulu* So, kami dgn yakin "Bang, bagi citer The Impossible ni.. if ada 3D, kami nak yg 3D." *tegas dan yakin tak cara kami berkomunikasi? hakhakhak.. ;P*

Cerita ni merupakan kisah benar yang dialami oleh sebuah keluarga yang bercuti di Phuket. Tak ingatlah keluarga ni dari mana, tapi mereka sampai di Phuket 2 hari sebelum Krismas. Kiranya mereka bercuti dan sambut Krismas di Phuket. Sedang mereka bersuka-ria, bencana Tsunami melanda.

Dalam cerita ni, seakan anda merasai bagaimana challengenya nak survive ketika bencana tersebut berlaku dan baru anda faham, kenapa ada sesetengah mayat yang dijumpai tidak sempurna anggotanya. Plotnya ada yang ngeri, sedih, pilu. Anda perlu saksikan sendiri, kerana saya pasti airmata anda akan berguguran.




Thursday, February 2, 2012

Movie Review - Journey 2 : The Mysterious Island

As-salam and selamat pagi!

Sudah lama rasanya tidak menonton muvi di pawagam.. *erk, yeke? 3 minggu sudah bukan kah sudah tgk cite Darkest Hours yg meraban ape ntah tu.. hehe.. ;P*

Bebaru ni, since i pun dah penat menelaah pelajaran, so my mum pun bg pelepasan utk i kuar enjoy and cuci2 mata. Hari Ahad nan indah, sekitar pukul 10.30am mcm tu, my partner dtg fetch me and drove the car menuju ke OU. Nak mendapatkan parking pada hari tersebut tidaklah susah pun, kerana kami tiba awl. Sesampai je di sana, kami terus redeemed ticket wayang Journey 2: The Mysterious Island 3D yg telah dibooked pada hari seblmnya. Sebnyk 4 tiket telah selamat berada di dlm purse saya, maka kami terus langsung memanjangkan langkah utk berjalan2 di dlm OU. *Jap, nape 4 tiket bukan 2? sbbnya i g tgk ngan my sis oso maa...dah terjawab persoalan kan? so leh kita sambung ek~* Ni nak bgtau ni, OU telah byk berubah gua cakap lu~ Taktau la kot i je yg dah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Tp siyes, kami agak kesesatan di dlm mall tersebut.. I kan dah lama tak kuar dating2 ni malah sudah lupa dgn istilah ngedate ni.. So mana la nak familiar with the shopping mall even taktau pun apa progress or which mall yg happening. Siyes, dah lama tak updatekan diri uols~ While si dia pun lebih kurang mcm i jugak, dia pun last gi 2thn lepas kot sbb nak shopping raya katanya.. *cute tak? leh lak sesat barat dlm OU tu?haha..cute ke?bluwekk.. ;P*

Sume kedai kaki kami dah masuk, sume level kami dah tawaf *ececeh.. takdela sume, saje je nak bg sedap cite..hik2* so perut pun sudah rasa lapar. Makanya terus saya menelefon kakak sy yg ketika itu pn sudah smpai bersama kwnnya. Kami menuju ke Chilli's utk lunch. Wayang start pukul 4.10pm, so mmg kami santai je la berlunch ketika itu kerana masing2 telah menunaikan tanggungjawab sbg hambaNya terlebih dahulu.

WOkeh, masa utk mereview cite nih, yeyeh~ ;D

Anda pernah tgk cite Journey to the Centre of the Earth? Haaa...cite yg ni lebih kurang mcm sambungannya la.. lebih kurang je tau, means if korg tak penah tgk cite yang sy sebutkan tadi, still korg leh ikuti citenya.. ;)  Barisan pelakonnya tak ramai iaitu; Dwayne Johnson (The Rock), Michael Caine, Josh Hutcherson, Kristin Davis (pelakon Sex & The City), Luis Guzmán and Vanessa Hudgens.

Perjalanan citernya agak cepat, takde la melalut2 sgt. Part kelakar start bila dorg nak mula mengembara sampai la ke penghujung cite. Ada je yg buat kita ketawa dgn dialog and aksi dorg. Pada awal2 je yg mcm menarik and rasa mcm comel je bila binatang2 yg besar jadi saiz kecik je.. *bygkan, gajah pun leh selamber badak je kita dukung, bukankah cute jikalau dunia sebnr gitu?* 

Memandangkan kami amik yg 3D punya, so dia mcm tak byk sgt aksi 3D yg mcm 'Wow' if nak compared dgn citer Avatar in 3D mode. Siyes, masa sy tgk cite Avatar dulu, mmg rasa mcm kita kat dunia Avatar tu, dgn warna2 yg cantik, byk benda yg pelik2 yg kita tgk pun mcm best je if betul2 wujud, pastu effect dia mcm betul2 timbul.. Tp kat dlm cite ni, dia tak tekankan sgt binatang2 yg pelik2 or cantik2 sepanjang pengembaraan dorg tu.. Pendek kata mcm tak rasa la kita ni sedang join pengembaraan dorg tu.. Tu la yg i nak ckp..

 So overall, i gave 3.5/5 as compared to Avatar & Journey to the Centre of the Earth tu, i bg 4.5/5.. *jap, pe melalut ni?hope korg paham la ek apa yg i nak ckp..bley tak? ;P* Tak sure la pendapat korg mcm mana kan. Tp why not, korg spend masa tgk cite ni. Citer ni sesuai ditonton bersama family, kengkawan n pasangan memasing. And bila dh tgk, adakah sama pendapat korg dgn sy yg sbnrnya bukan reti sgt nak buat entry review pasal muvi ni.. *tehehe... ;P* Kerana sudah terbukti, paragraph review muvinya tak sampai sejengkal pun panjangnya..ekekeke.. harap dimaafkan la ek! ;)






p/s: Pasan tak, byk kali word cute and comel diulang2? *ntah, rasa cam comel je nak guna perkataan comel & cute..heheh... ;P* 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...