Pages

Friday, February 15, 2013

Souka Mouka

Assalamualaikum w.b.t,

Yuhu~~

Anda peminat kek? Jika jawapannya ya, sila baca entry saya dan juga belek2 la entry yang lain jugak ek! *kikikiki..sempat lagi promote ;P*

Okeh, kali ni nak share experience I memakan kek bersama my sista di suatu tempat yang dikenali sebagai Souka  Mouka yang terletak di TTDI.

Kedai ini sbnarnya kakak saya temui review di internet *mmg fofuler la you!* dan beliau bersama yg teristimewa dalam hidupnya pun pergi cari dan menerjah. Disbbkan kesedapan yang dirasai, makanya beliau tidak lokek utk mengshare experience lalu mengajak saya untuk menerai kek yang berjualan di kedai ini.

Bagi yang tak tahu bagaimana utk ke sini, anda bolehlah masuk jalan ke Sg. Penchala, seolah2 anda mahu menuju ke Restoran Puteri milik pelakon Rubiah Suparman.. then ada satu trafik light kat dpn CIMB, then turn left (if ke Restoran Puteri tu, anda akan terus), kemudian terus dan  masuk simpang ke kiri dan ke kiri lagi.. *kedai ni agak tersorok kat row belakang* 



Dekorasi kedai ni simple dan byk menggunakan barang2 yg klasik. Jika diperhatikan, anda akan melihat beg2 lama dan juga typewriter lama digunakan sebagai salah satu bahan deko kedai ini. Guni beras pun digunakan dan diframekan. Sila lihat gmbar di atas.

Peanut butter pie
Tujuan asal kakak saya mengajak saya sbnrnya utk bg saya try Rainbow Cake. Sbbnya saya pernah meluahkan rasa betapa hairannya saya terhadap apa yang sedapnya tentang Rainbow Cake ni *al-maklumlah sifat inkuiri yang tinggi*. Yela, orang duk sibuk perkatakan dan seperti satu fenomena pula apabila hadir di majlis hari lahir, kek pelangi ini yang menjadi hero utama di atas meja sajian, tidak kurang juga bagi pengusaha kek, pasti mereka mendapat tempahan bg memenuhi permintaan pelanggan.

Saat kaki ni menjejak masuk ke kedai ini disertai dgn fikiran yang agak blur2 *first time katakan.. hahaha.. jakun sekejap.. ;P* so, saya melihat barisan kek dan juga pie yang didisplaykan kat dlm peti ais kek tu.. Apa yang kelihatan adalah si baldu merah, kek cawan baldu merah, beberapa pie, pavlova dan beberapa jenis kek lain. Kek pelangi? Di manakah letaknya kek pelangi?????

'Rainbow cake by order je cik..'
"Tp, haritu saya ada mkn rainbow cake tu.. ada je jual.."
'Oh, jika ada pada hari tersebut bermakna ada customer yang cancel order after kek tu kita dah siapkan.'

Perghh, terkilan, frustrated, kempunan mak nakk.. *huhu.. over tau! ;P*. Apa nak buat.. rainbow cake yang dihajati, diganti dengan Peanut butter pie kudapat.. huhu!

My sister amik red velvet cake *yg ni pun satu hal jugak, apa yg best pasal si baldu merah ni?* 

Red Velvet Cake
Air pulak, kitorg amik Iced Mocha Latte and Ice Lemon Tea.


Iced Mocha Latte

Layanan yang diberikan mesra pelanggan. Kakak saya adalah jurucakap saya, so saya just berdiri dendiam je tatkala order dilakukan. Tp bila dibelek2 wajah org yg amik order tu, gerak hati saya kuat menyatakan bahawa lelaki tersebut pernah terlibat dalam bidang pengacaraan sekitar tahun 90-an dulu. Jika tak percaya, silalah anda membawa diri anda ke kafe kek ini, dah lihat sendiri adakah anda pun sependapat dgn saya.






p/s: Bilangan pelanggannya silih berganti. Ada yang dtg situ semata2 utk baca buku dan menikmati kek di situ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...