Pages

Wednesday, August 30, 2017

Restoran Mee Tarik Warisan, Alam Avenue

Assalamualaikum

Harini last hari bekerja untuk minggu ni sebelum kita sambut Merdeka dan Aidil Adha. Ramai yang start cuti. Jalan raya pun clear je.

Then, during lunch tadi my fren from Korea ajak untuk makan mee tarik. Mel tanya dia, camana dia tau kewujudan mee tarik and why suddenly dia macam teringin kan.. then, dia kata, semasa dia outstation di China, dia dah penah try dan setiap hidangan mi tarik di sana mempunyai rasa yang berlainan.

Since dia dah tanya gitu, dalam kepala ni memang terus tune Mee Tarik Warisan Asli. Terus mel google untuk ensure kedai tu masih beroperasi dan sama ada buka ke tidak.

Pehtu, terus kami shoot ke sana iaitu di cawangan Alam Avenue



Untuk makluman, dulu restoran ni berada di corner lot. Kini, ia telah shift kepada lot immediate. Bersebelahan dengan Hot Pot King, sederet dengan RHB Bank dan berdekatan dengan Restoran Lan Kedah.

Interiornya kini dah berubah dan bertambah seri.




Kami order nafsu gajah punya style. Semua nampak sedap.

Kami order toothpick lamb, dan pelbagai jenis mee.. *haha.. lupa nama dia sebenarnya*.




Untuk air pulak, mel selalu order air herba dia iaitu air Bao Bao. *yeke nama gitu?* Tapi harga dia RM5 untuk 1 mug. Segar bila minum air tu dan manis gula batu. Sedap!

Kawan Korean mel ni kata, rupa mee ni dah sama macam yang kat tanah besar China. Tapi rasa berbeza. Then mel terangkan kat dia, maybe ada alteration sikit dari segi resipi untuk sesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Bila dah balik ofis tu, tetiba rasa insaf. Rasa bersalah kat perut sendiri. Haha.. masa order tadi tak hengat kan.

And seperti biasa, omega 3 jugak la pilihan mel walau dah kenyang sendat untuk uraikan lemak dan kolesterol jahat. Hihuhu

Korang bila dah terlanjur makan, korang buat guane? Watlek watpis je ke?

Xoxo,
Love mel

Saturday, August 26, 2017

Anak korang minum susu apa?

Assalamualaikum

Anak korang minum susu apa ek?

Antara susu yang mel pernah bagi kat si budak kecik, antaranya Karihome, Dutch Lady step 2 , Enfagrow dan the latest, mel bagi susu Friso Gold.

Mel pun tak sure pun macam mana nak pilih susu yang terbaik untuk anak. Tapi, apa yang dipilih adalah berdasarkan kandungan DHA dan gula.

Lepas je si budak kecik wean off, mel bagi Karihome. Reason, sebab Karihome ni susu kambing based and katanya susu kambing ni rasanya nearly like breastmilk. So far ok.. but agak pricey. Tin kecik tu harga dalam RM50++ tahan 2 minggu camtu.

So, mel decide untuk tukar susu biasa iaitu Dutch Lady step 2 perisa coklat. Memula budak kecik suka.. tapi lelama tu, dia minum tak habis.. kekadang tengok je pun dia takmau. Haih.. yang kita ni risau la dengan kandungan kalsium untuk tumbesaran dia kan.. Then mel tukar kepada Enfagrow step 3.

Price susu Enfa ni, boleh tahan jugak la. Tapi demimu anak, kitorg ok je. Susu Enfa ni, tak lama pun.. tak sure la maybe anak mel jenis cepat jemu ke apa kan.. bila kat rumah, dia kurang minum susu. Tapi report daripada taska katanya setiap kali time minum susu, habis je dia minum. Then, kitorg tukar lagi.

So kitorg sekarang bagi kat budak kecik minum susu Friso Gold. Selalu juga susu ni ada promo. Mel suka Friso ni sebab penutup tin dia yang tak perlu kita nak tutup bagaikan tepuk kompang. Rilek je leh tekan dengan hujung jari sampai bunyi "tick"



Then, dia ada tempat special untuk letak sudu. So hygiene la and takdela tangan tu melekat terkena kat susu tepung tu kan..



Pehtu, once dah ceduk scoop tu, takyah korang nak gigih goncang sudu tu untuk bagi ngam-ngam rata sebab dia dah ada tempat untuk ratakan susu tepung tu. Jadinya, takyah la nak risau susu terlebih ke.. yela, kang poo poo keras pulak..




Mel tengok anak mel suka susu ni. Harapnya suka sampai step 4 dan seterusnya la ye.. Susu ni rasa buttery and creamy. Sedap! Boleh la guna susu dia untuk buat agar-agar coklat nanti..hihi..

Normally everytime mel tukar susu anak ni, mel akan monitor texture poo poo dia. Then kalau ok normal, tanpa segan silu la mel akan teruskan beli, bancuh dan bagi anak minum. So far, sume jenis susu yang mel tukar untuk anak mel, sesuai dengan dia. Alhamdulillah.

Korang pulak macam mana? Yg ni personal review mel je k.. tidak ditaja.. beli guna duit sendiri..hihi..setakat ni belum dapat mana-mana tajaan lagi.. hahaha..

Xoxo,
Love mel

Resepi: Spegetthi bolognese simple

Assalamualaikum

Korang sarapan apa harini?

Mel pagi ni sarapan pasta bolognese dan cempedak goreng!



Meh nak share resepi paling simple tapi sedap ni. Sonang baitu.

Bahan-bahan:
Spegetthi brand San Remo
Sos pasta cendawan brand Adabi
Isi ayam yang dipotong kecil *daging cincang dah habis.. so mel gantikan dengan ayam*
Bawang putih yang diricih halus
Sedikit minyak
Oregano
Basil

Cara-caranya:
1. Rebus spegetthi lebih kurang dalam 8-10minit. Masa merebus depends pada jenis yang korang guna. Kalau fettucini lain, kalau angel hair lain.. boleh refer pada packagingnya ya! Kemudian, toskan.. air rebusannya jangan dibuang tau. Sebab kita nak guna untuk bantu pekatkan kuah pasta tu.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih diikuti ayam. Jangan tunggu bawang putih tu hangit baru nak masukkan ayam tau. Tujuan kita tumis sat garlic tu sebab nak bagi minyak tu ada bau wangi garlic.

3. Masukkan sos pasta Adabi. Kalau sebelum ni korang guna brand lain, kali ni cer korang guna brand Adabi. Mel rasa lebih sedap!

4. Then kacau.. pastu masukkan air rebusan pasta sikit depends banyak mana kuah yang korang inginkan.

5. Campurkan sikit oregano dan basil. Gaulkan.

6. Masukkan pasta tadi gaul bagi sebati. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Rasanya mantop oiii..!!

Nanti mel sharekan resepi cempedak goreng pulak.

Xoxo,
Love mel

Friday, August 25, 2017

Nasi arab 1000 tahun di Restoran Kambing 40 hari, Yong Peng

Assalamualaikum

Woot woot..

Dah lama tak bercuti.. dah lama tak senang lenangkan hati.. dah lama tak jalan-jalan cari makan.

Since lately mel stress melampau.. sampaikan kulit muka pun affected. Tak caye?



Hehe.. next next entry la mel akan sharekan bibit-bibit macam mana tetiba munculnya jerawat ni. Orang kata, bila muka jerawat tu tandanya remaja.. kahkahkah. Mel totally fully agreed! Hikhik. Sentiasa anggun berseri.. aamin.. huuu

Ok jom nak cite pasal percutian kecil-kecilan mel ni. Tajuk diberi Jalan-jalan Mencari Lemak. Hahah.. yups! Sebab missionnya memang nak try makanan yang digembar gemburkan sedap!

So ke mana kah kita?

Kita ke Johor ek..! Dulu, mel tak suka dengan negeri Johor. Dengan orang Johor pun mel racist. Mel anti sebab ada lah kisah lama skandal ex punya hal.. sampai sekarang nama dia mel still ingat. Haih, parok tak parok.

We planned for 3 days 2 nights trip. Mel akan sharekan lokasi perjalanan kitorng la ye. Senang mel nak ingat and nak tepek gambar. Oh ya, before that, walau ke mana ku berjalan.. supplement kesayangan tidak dilupa.



Buktinya, nampak tak di sebalik biskut buat bekal dalam perjalanan dalam supik gelenya tu, ada terselit serbuk teh dan juga serbuk emas yang bantu untuk boost energy dan immune system? Hampa nak, roger mel je ya!

Kitorg gerak dalam lingkungan pukul 10pagi. Cadangnya nak gerak pukul 9am sebab targetted untuk lunch di Restoran Kari Kambing 40 hari di Yong Peng. Tapi ada budak kecik yang tido lenanya mak aihh sampai bergumpal dalam selimut dengan bantal-bantalnya sekali.



Nampak tak penampakkan susuk kecil itu?



Mel tau restoran ni pun melalui rancangan Majalah Tiga dan JJCM. Memula tak teruja pun. Sampai la one day, mel order kat schoolmate mel yang memang pandai masak nasi arab untuk function kat ofis mel. Bagi mel dah sedap sangat dah tu. Tapi sorang colleague ni kata,
"Sedap nasi arab ni. Tapi tak boleh lawan nasi arab 40 hari. Yang tu, sedap dia lain macam puan.."

Ok masih tak terkecam lagi. Tapi bila staff mel pun cakap kena datang awal sebab beratur panjang and habis awal tu yang tetiba teruja! So marilah kite..weehuu

Nak ke restoran ni, mel exit kat Yong Peng (U), then mintak apps waze yang tunjukkan jalan selebihnya.

Kami ngam-ngam sampai pukul 1pm. Dah terbayang dah macam mana la gamaknya kena beratur panjang. Yela, peak hour kan time-time gitu.

Tapi sangkaan mel, salah rupanya. Takde la kena beratur pun. Just tunggu turn then korang akan dilayan. Customer Service dia tiptop!

Cepat dorang bersihkan meja.

Agak-agak nampak kurang meja, dorang tambah bukak meja.

Kat sini serba self service. Korang cop tempat. Then terus ke kaunter pesanan dan bayar.

Ada 2 pilihan. Sama ada korang nak pinggan individu atau dulang. Macam mel, mel order 2 dulang. 1 dulang kambing dan 1 dulang lagi campur. Ada kambing dan ayam.

Kalau korang beli 1 dulang, dapat free 1 jug air sirap. So macam kes mel ni, mel dapat berapa jug sirap free? *korang kira sendiri k!*

Then mel buat pembayaran and amik pinggan, cawan n senduk. If let say korang tak habis makan, polisterin and plastik pun dorang sediakan. Kita just amik dan tapao sendiri.

Tengoklah gambar untuk korang imagine macam mana la rupa dia kan..




Cer tengok nama nasi dia..



Nasi arab 1000 tahun. Ko ada?

Total damage kat sini;
2 dulang nasi arab + free 2 jug sirap = RM96
Kolesterol, lemak jahat = tak terbendung

Oh my Lecithin and Omega, come to me faster!

Btw, waktu operasi restoran ni seawal 7.30am - 3pm. Korang nak cuba, boleh lah rancang perjalanan anda.. peace!

Xoxo,
Love mel

Konsisten vs Malas

Assalamualaikum

Apa yang korang faham tentang konsisten?

Nak buat batter kuih atau kek pun, kena ada konsistennya adunan tu..

Nak amalkan apa-apa produk pun, kena ada konsistennya..

Nak bagi penilaian kenaikan pangkat pun, kena ada konsistennya kedatangan dan markah KPI.

Untuk mudah faham, konsisten ni tahap ketegaran la.. boleh diterima ke?

Nak buat batter kuih atau kek, adunannya perlu tegar. Maksudnya, tahap kepekatannya perlu seimbang.

Nak amalkan produk, pengambilan perlu tegar. Maksudnya, tak culas atau tak yangyok. Maintain je, walau badai mendatang, tapi still tegar untuk amalkan harian.

Nak promote kenaikan pangkat, markah KPI dan kedatangan tegar je cemerlang dan membanggakan.

Tapi, ada satu je yang jadi faktor penghalang untuk tegar iaitu penyakit M.. uihh.. penyakit M ni, tak boleh cakap kuat-kuat.. takut jadi doa pulak.. dah la takde ubat, melainkan diri sendiri yang kena buat perubahan.

Pepatah cina ada cakap, "Semua perempuan di dunia ni takde seketul pun yang tak lawa. Semuanya lawa, melainkan orang tu M.. " Dapat tangkap tak M tu apa? M tu M.A.L.A.S.

Kalau difikir balik, logik jugak pepatah tu walaupun sebenarnya macam ayat penyedap atau sekadar nak ambil hati je kan..

Cer imagine, kita buat ayat matematik la senang.

Tak lawa + malas mandi = haih.. dah la tak menarik.. berserabai lagi..
Tak lawa + malas nak bersiap = cuba-cuba la belajar untuk mekap bagi naik seri tu..
Tak lawa + malas masak = apa yang dia tau pun entahlah. serba-serbi kurang.

Nampak tak impactnya bila ada element malas di situ? Akan terbit unsur-unsur penghinaan yang melampau dan dengusan keluhan yang kedengaran..

Tapi, kalau tak lawa + rajin mandi = eh, wangi la awak..
Kalau tak lawa + pandai mekap = awak nampak berseri la. i suke tau!
Tak lawa + suka masak = u pandai tawan hati i..

See.. see.. pujian je kan.. memang logik la walau tak lawa, tapi kalau rajin.. tu kira kawtim jela..

So, girls out there.. jom kita cantik sama-sama!
Jom kita konsisten ambil makanan seimbang
Jom kita tegar buat amal kebaikan
Jom kita rajin sama-sama!
Jom kita buang sifat MALAS sama-sama!
Value up yourself!

Thanks for reading this entry.

Xoxo,
Love mel







Thursday, August 24, 2017

Apabila mengantuk

Assalamualaikum

Apa yang korang buat kalau korang ngantuk kat ofis?

Kalau mel ngantuk kat ofis, apa yang mel buat antaranya:

🤔 Nap.. cukup la beralaskan bantal kecik and selubung dengan jacket.. takdela sampai bentang toto.. tapi andaikata bidang tugas mel shift atau yang memang perlu bermukim kat ofis tu, mel pun akan bawak toto siap-siap.. hehhe

🤔 turun kat operation floor.. kacau budak-budak kat operation.. sembang-sembang, kenyit mata sikit.. haha.. bab kenyit mata tu memain je k! Tanya apa yang dorang perlukan.. bagai YB turun padang beramah mesra dengan rakyat la lebih kurang.. besar wo operation floor kitorg. Dapatla exercise sikit more or less kann..

🤔 jalan ke kafe atau koop untuk dapatkan refreshment. Untung-untung tokey koop atau kafe belanja. Hehuu..

🤔 paling mudah, mel bancuh teh istimewa dari Shaklee. Buntang mata tak payah nak tongkat-tongkat dah.. huhu

If korang, korang buat guane untuk redakan rasa ngantuk tu?

Xoxo,
Love mel

Friday, August 18, 2017

Tasty carrot cake

Assalamualaikum

Harini sumerang emo dan moody. Termasuklah mel. Mel pun tak terkecuali. Agaknya aura moody tu terserap pulak kan..

Tanpa disangka, before lunch ada orang bagi kek. Homemade weih! Moist and gebu je. Bukan sepotong, dan juga bukan 2 potong.. tapi sebijik kek, uols!

Nak tau kek apa yang mel dapat? Mel dapat carrot cake! Tadaaa..



Nyumss sangat! Dah free ofkos la sedap kan. Betapa creamy cream cheesenya. Lemak-lemak manis. Ngam-ngam soi je.

Memamg betul la orang kata.. bila stressed, cariklah desserts. Hehuu..

Ok, sekian.

Xoxo,
Love mel

Wednesday, August 16, 2017

Ayam penyet dan minyak ikan

Assalamualaikum

Harini alhamdulillah cuaca terang.

Tadi makan tengahari di Uniten. Teringat zaman universiti dulu. Bila dilihat student-student sekarang, canggih semuanya. Handphone di tangan menggenggam jenama iphone.. seluar jeans yang disarung Hush Puppies.. kuku dicar warna. Hipster betul.

Mel dulu, handphone pun 2nd hand dah syukur rasa. Teringin jugak nak beli Nokia sabun atau butterfly *waktu tu memang dah paling in dah handphone gitu*.. tapi, simpan ajela keinginan tu.

Terasa berumur pulak.. haha.. akak-akak sangat weii.. hihi..

Dari segi pemakaian, mel biasa aje. Ke tempat kerja selesa berbaju kurung atau blaus longgar. Dari segi penampilan mekap, mel sekadar berfoundation, bedak baby, lip balm dan juga eyeliner. Dari segi tudung, mel selesa berselendang biasa atau bertudung bawal. Selendang yang berjenama mel takde lagi dalam koleksi. *eh eh, macam ada keinginan je nak berDuckScarves kan.. haha*. Teringin tu ada, tapi dahulukan yang mana perlu.

Mel simple sangat.. jadi, sebolehnya mel nak elak daripada kelihatan keakak-akakkan. Tu yang mel agak memilih pemakanan dan titik beratkan pengambilan supplement.

Since tadi mel dah tergoda dengan set ayam penyet di kafe Uniten tadi *sedap n murah!*, then balik dari lunch tu, terus mel telan Omega 3. Kapsul Omega 3 bantu uraikan lemak dan juga unclog saluran-saluran dalam tubuh.



Dengan pengambilan Omega 3 ni, mudah-mudahan dapat la mel rendahkan risiko bacaan kolesterol tinggi dan kegemukan. *Gemuk memang perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang, betul tak?* yup, been there.



Dulu masa study, mel pernah gemuk. Sampaikan ada kawan lelaki yang sama fakulti pernah cakap, "Milia, aku tunggu ko kurus dulu then baru aku ngorat ko.." pedih woo, sentap hati ni sampai sekarang mel ingat.



Kepada korang yang nak sama-sama kekalkan kesihatan diri dan lowkan risiko gemuk atau sakit jantung, jom kita ambil Omega 3. Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini, kesihatan kita menjadi lebih baik.

Xoxo,
Love mel

Tuesday, August 15, 2017

Kekal fokus dan bertenaga

Assalamualaikum

Harini mel ada training. Green Belt Training namanya. Ada a few series yang perlu diattend. 1st session haritu mel tak dapat nak join dek sebab demam.

Then harini, alhamdulillah diberi kesihatan dan Allah izinkan untuk mel attend training ni.

Cuaca redup-redup je dan lately kawasan Lembah Klang dah mulai hujan. Jadi, untuk mel pastikan yang mel sentiasa fokus dan bertenaga, mel bawa bekal bancuhan minuman isotonik dan teh yang mudah disedia.



Bahan-bahan yang terkandung dalam teh tula yang bantu mel untuk kekal fokus dan bertenaga. Bertenaga maksudnya mel tak rasa mengantuk. Ini adalah kerana campuran teh tersebut sangat istimewa dan eksotik.



Minuman ni sedap dihidang sama ada panas atau sejuk. Mel suka both! Heheh..

Korang nak jugak stay focus dan energetic? Joms wasap mel.

Xoxo,
Love mel


Biar lambat asalkan selamat

Assalamualaikum

Semalam lepak rumah kakak mel. Datang lepak rumah dia sebab macam nak plan bercuti. Lama rasanya tak bercuti.

Then tengah plan itenary, dapat pm tepi daripada customer. Customer tanya produk Shaklee yang boleh putihkan kulit.

Seronok layan pm-pm tepi customer ni. Sebabnya setiap customer ada pelbagai masalah yang dihadapi.. setiap customer ada banyak jenis dan ragam. Daripada pengalaman melayan customer lah yang buatkan mel sentiasa belajar dan terus belajar.

Mana yang mel tak pasti, mel tanya dalam group bisnes mel. Mana yang mel tak pernah deal with, mel belajar untuk tanya dalam group circle dan upline. Timba informal knowledge daripada mereka. Belajar perkara baru.

Jadinya, untuk menjawab soalan customer mel yang bertanya mengenai produk yang boleh putihkan kulit, mel jawab dengan senyum.

Memang sekarang ramai yang berlumba-lumba nak cerahkan kulit, putihkan kulit, gebukan kulit. Kerana apa? Kerana nak tampil cantik di hadapan pasangan masing-masing.

Tapi, kita kena tahu juga apa punca kulit kita jadi gelap dan kusam. Ada banyak faktor sebenarnya. Antaranya:
- pola pemakanan
- persekitaran
- emosi / tekanan
- kurang pengambilan air
- sentiasa terdedah kepada cahaya matahari
- produk penjagaan kulit yang kurang sesuai
- banyak toksin dalam badan

Kalau nak disenaraikan, banyak lagi yang boleh jadi sebagai faktor penyumbang. So bila dah banyak listing cenggini, jadinya kita pun kena sabar bila consume sesuatu untuk dapatkan hasil. Jadi, kena kenalpasti punca dan kita ikhtiar secara berperingkat.

Mel jadi serba salah bila customer nak dapatkan hasil dalam seminggu.. dalam sebulan.. sebab mel yang consume supplement Shaklee ni pun, amik masa untuk dapatkan hasil. Sebenarnya atas badan dan juga keserasian. Walaupun ambil masa untuk dapatkan hasil, tapi mel SUKA.

Biar lambat asalkan selamat. Insha Allah mel yakin untuk jadikan Shaklee sebagai vitamin harian kerana vitamin Shaklee organik dan sentiasa ada ujian klinikal. Tu yang PENTING dan buatkan mel LAAAGI DOUBLE SUKA!

Kalau korang macam mana? Suka untuk consume sesuatu dan dapat hasilnya sekelip mata atau prefer sama macam mel? Biar lambat asal selamat dan bahagia?

Www.wasap.my/60123732589

Xoxo,
Love mel

Sunday, August 13, 2017

Resepi: Kek Oren Lembut

Assalamualaikum

Hujung minggu biasa mel spend masa dengan family dan anak. Masak tu insha Allah mel akan buat. Sebab lebih suka masak dan makan masakan di rumah berbanding makan di luar. Melainkan kalau ada jemputan kahwin ke, atau keluar gi mall ke.. then terpaksa la makan kat luar.

Selain daripada tu, mel juga suka untuk buat kuih, kek dan biskut. Kalau ada masa yang agak lapang,, then mel suka buat kuih atau biskut. Tapi kalau mood rasa nak spend masa kat dapur 30minit je, then kek jela jawapannya.

Macam minggu ni, mel buat kek oren. Cuma, mel olah sikit daripada resepi asal yang mel amik dari blog zuemahmud.

Kek oren ni sesuai untuk dibuat minum petang.. gandingan terbaik adalah dengan teh o panas. Jom kita tengok resepinya ya!

Bahan-bahan:
250gm butter *mel guna buttercup. Nak lagi creamy, guna pure butter*
6biji telur
2 cawan tepung *mel guna tepung superfine*
1 sudu besar serbuk penaik
1 cawan gula kastor
4 sudu pati oren Sunquick
2 sudu juice perahan oren Sunqist
1/4 susu pekat
Sedikit parutan kulit limau
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik, ketepikan. Panaskan oven.
2. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila, susu pekat, pati oren Sunquick dan jus oren. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam acuan 8x8 dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35minit.
7. Sedia dihidang!



Mel bawak kek ni ke rumah kakak mel. Anak sedara mel makan laju je. Anak mel pun sama. Seronok bila kita buat sesuatu anak makan habis. Puas hati. Hilang terus rasa penat berdiri lama kat dapur.. hehe..

Korang pun boleh cuba. Lagi sedap kalau pipekan sikit cream cheese. Nyums!

Friday, August 11, 2017

Happy Friday

Assalamualaikum



Life is too short.

Smile.

Enjoy every moments.

Happy Friday!

Thursday, August 10, 2017

When i'm down

Assalamualaikum

Harini mel down.. huhu..
Mood terus tukar jadi sedih pulak. Then tadi, nak carik kek coklat sedap.. Tapi, kedai Secret Recipe jauh la pulak dari ofis ni. Then apa yang mel buat?

Mel istighfar.. pujuk diri dan hati..
Menyendiri sekejap.. away daripada staf-staf..
Then kaki melangkah ke kafe. Pekena milo suam.. Lega sikit rasa..
Kemudian, member dari HQ roger-roger ajak lunch.
Then, terus setuju untuk join dia lunch.
Gebang-gebang pasal MRT, pasal durian.. etc.. then, ok sikit rasa..

Dah, mel nak attend meeting ni. Doakan mel sentiasa berjaya, gembira dan berada dalam lindunganNya ya!

Xoxo,
Love mel


Wednesday, August 9, 2017

Mudah membuang dengan Herblax

Assalamualaikum

Tahu tak korang, usus kita ni ada pergerakan? Pergerakan yang macam mana tu? Nama pergerakan tu ialah peristalsis. Di mana apabila kesemua nutrient yang kita makan telah dicerna, ia akan melanjutkan perjalanannya ke usus besar. Mostly di usus besar ni la terbentuknya poo poo kita.

Bila ada pergerakan peristalsis ni la akan membantu gesa untuk kita membuang. Ni mel ada tips yang nak dikongsikan.. hehe.. tips ni pun mel baru je jumpa tadi.. hikhik..

Untuk makluman korang, jarak workstation mel kat ofis dengan toilet, adalah seperti 1 1/2 gelanggang bola keranjang. *ke sebesar padang bola sepak ek?* tapi memang jauh! Dengan kena turun tangga 2 layer lagi.

Selalunya apa yang berlaku adalah bila sakit perut bagai nak rak.. then pulun la jalan laju-laju. End up, bila dah sampai toilet.. terus perasaan nak membuang tu hilang.. arghh tension betul.

So, apa yang mel buat tadi adalah bila dah ada hint nak membuang *biasanya kentut-kentut comel*, mel terus turun dan start joging atau lari-lari anak. Dah nama pun operation floor, and pepagi memang staf operasi belum masuk kerja lagi.. jadi memang boleh pun untuk senaman joging-joging kat bawah tu pun. Tak sape nampak melainkan kalau org tgk cctv la.. hahaa..

Lagi kita joging, lagi gesa nak membuang tu makin terasa.. secara tak langsung membuatkan kita lajukan larian. Nasib tadi pakai baju kurung je.. kalau tak, dah bukak langkah pecut 100m dah. Sesampainya di toilet, perasaan membuang tu kekal ada dan buatkan lagi semangat untuk membuang. Hehe.

Sebab tu la, kita disarankan untuk lakukan senaman ringan. Secara tak langsung bantu organ dalaman kita pun bersenam sekali.

Untuk yang tiada ruang untuk lari-lari anak macam mel buat pagi tadi, and korang ada masalah nak membuang atau senang cite jenis yang sembelit.. korang jangan bersedih hati.

Mel suggest untuk korang try Herblax. Ooohhh power beb penangan dia.. once korang dah telan Herblax, kalau dalam cite mel kat atas tadi tu.. Umpamanya korang dah bukak langkah 100m dah. Zaasssss... setel.. perut kempis, korang pun lega.. takyah nak menahan sampai pucat lesi berpeluh-peluh dahi.



Nak order ka.. nak tanya-tanya ka.. jom kita cite panjang kat tepi.

Www.wasap.my/60123732589

Monday, August 7, 2017

Bubur kacang campur durian

Assalamualaikum

Dalam pada kecoh event Kendurian yang baru-baru ni dapat kecaman hebat dari peminat durian dek sebab durian yang dijual tidak masak dan diberi time limit untuk dinikmati.

Meh nak show off sikit bubur kacang campur durian yang ibu mel buat.



Bau semerbak oiii.. durian ni mel tak beli kat event tu. Yang ni memang mencarik sampai ke Kelana Jaya. Punya gigih nak jugak durian tu.. huhu. Dapat makan sekali, burppppppp... lega rasa.

Korang suka durian tak?

Xoxo,
Love mel

Sunday, August 6, 2017

Basic H helper terbaik untuk home baker

Assalamualaikum

Mel dah lama benar teringin nak buat kek yang ada cream. Tapi nak cream yang tak muak.

Dulu pernah try buat aising yang kena campur dengan krimwell. Mel pun taktau apa sebenarnya fungsi krimwell tu. Tengok kat resepi suh bubuh, kita pun bubuh jela. Hasilnya, jadi tapi tak ikut selera mel. Aising tu muak.

Then mel just buat kek biasa-biasa je. Tapi disebabkan mel selalu tengok rancangan Cake Boss, Bake with Anna Olson.. nampak mudah je dorang mengadun. Geram pulak tengok.

Then mel tanya kat member dan sepupu yang memang amik tempahan kek. Dorang mention buttercream. Terus google resepi. Mudah sangat. Tapi still kena give a try. Kekadang nampak je mudah tapi tak mudah pun.

After beberapa kali skodeng resepi buttercream ni, quite konsisten carian resepi yang mel jumpa. So agak yakin jugak untuk mencuba.

Akhirnya, berjaya juga direalisasikan petang tadi. Tapi, the taste was too sweet. Ni memang manis tahap potong kaki. Even mel dah alter tambah peanut butter pun, still rasa manis tu tak dapat nak disembunyikan.

Plan asal nak covered the whole cake with buttercream, terus mel batalkan. Kang tak termakan pulak nanti. Dah terbazir. Mel rela bazirkan buttercream daripada korbankan kek tu. Jadinya, hanya half je yang mel letak cream.. the another half mel biarkan uncoated.

Since mel pun tak reti nak guna piping bag. *isk, kena berguru jugak ni..* Even nozzle yang mana satu pun mel tak reti nak pilih untuk hasilkan corak bunga rose Tapi, semua jenis nozzle mel ada. Huhu..

This is my humble master piece. Presenting..




Tak reti nak buat corak apa.. tu jela yang terhasil. Tak jadi nak full coatedkan. Kalau ikut imaginasi, lepas dah coatedkan dengan buttercream, then mel nak tabur dengan crush oreo. Pastu nak pipekan bunga rose untuk setiap slice. Then atas rose tu nak letak coklat Snickers, Toblerone and Kitkat. Gahkan imaginasi? But for me as beginner, im quite satisfied.

So cabarannya as a baker sebenarnya adalah tang nak mengemas dan mencuci perkakasan yang super buttery tu.



Tapi dengan adanya Basic H, kerja mencuci mel jadi mudah walaupun mel bukanlah profesional home baker. Bagaikan ada helper je.. sangat-sangat membantu!

1. Mula-mula, kumpulkan semua perkakas yang ada element butter dan cream ke dalam bekas

2. Titiskan beberapa titik dan rendam. Biarkan seketika.

So boleh la nak lap-lap kitchen table tu, simpan mixer, simpan tepung.. tutup suis oven.. lap dalam oven tu.. sempatlah 5-7minit jugak korang amik masa nak buat itu ini.

3. Then, boleh la korang start membasuh appliance yang direndam tadi.

Sekali lap, semua lemak cream tu tanggal. Kerja mencuci jadi sanga mudah.

Pastu, boleh la korang lurus-lurus kaki sambil update blog macam yang mel tengah buat ni. Hihi.

Basic H ni, banyak kegunaannya. Nak tau, wasap mel.

Www.wasap.my/60123732589

Xoxo,
Love mel

Resepi : Sambal Cobek

Assalamualaikum

Pagi ni breakfast, si budak kecik request nasi goreng. So, mel buatkan nasi goreng butter. Then, prepare macaroni goreng pulak untuk yang dewasa. Punya la kelam kabut kita buat sarapan 2 jenis. Sekali bila suap budak kecik dengan nasi goreng, budak kecik taknak makan nasi goreng tu.. adeh, sedih betul.. dia request kuih pau.. layankan ajelah.. huhu

At last, sape lagi yang nak perabihkan nasi goreng and macaroni tu kalau bukan mel? Huhu.. sebab tu, lepas breakfast mel memang ambil Alfalfa dan Lecithin. Sebab tau dah load yang masuk tu bukan biasa-biasa bila tiba hujung minggu.



Then lunch pulak, mel masak sayur tumis air, ikan goreng garing dan sambal cobek. Sambal cobek tu amenda?

Dia sebenarnya sambal yang ditumbuk guna batu cobek.



Mana nak dapat lesung cobek tu? Lesung cobek tu boleh beli kat Lombok, Indonesia. Tapi yang mel punya ni ada akak cleaner kat ofis yang bagi. Asalnya mel nak kirim beli kat dia since dia plan nak balik kampung haritu.. tapi dia kata husband dia boleh tolong buatkan so dia just hadiahkan je kat mel lesung tu. *tq Kak Ton! Jasamu dikenang*

Apa bahan-bahannya?
1. Cili padi
2. Bawang putih
3. Kicap

Cara-cara
1. Bawang putih dan cili padi tu distimkan terlebih dahulu.
2. Giling guna lesung cobek. Kalau takde, korang tumbuk guna lesung batu tu pun boleh.
3. Gaulkan dengan kicap.
4. Sedia untuk dinikmati.



Sedap! Tapi awas, lepas lunch dengan menu simple ni, WAJIB untuk korang telan Omega Guard. Sebab mesti bertambah punya nasi tu.. hehe..

Nanti mel sharekan ya kebaikan Omega Guard. Nak tau lanjut boleh je order kat mel.

Www.wasap.my/60123732589

Xoxo,
Love mel

Sombongkah Aku?

Assalamualaikum

Sedikit muhasabah diri mel nak share petang ni. Jemput baca ya!

Moga kita dihindari dengan sikap sombong.

*Sombongkah Aku?????*

🚩Merendahkan orang lain itu sombong.
🚩Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
🚩Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
🚩Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong.
🚩Memperbodohkan org lain itu sombong.
🚩Sentiasa nak menang itu juga sombong.
🚩Mementingkan diri sendiri itu sombong.
🚩Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
🚩Bersangka buruk itu sombong.
🚩Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
🚩Merasa diri hebat itu sombong.
🚩Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
🚩Tidak boleh ditegur itu sombong.
🚩Memperkecilkan dan meremehkan org lain itu juga sombong....
🚩Merasa diri soleh pun sombong

*YA ALLAH HINDARILAH AKU DARI SIKAP INI..*

#MuhasabahDiriSendiri.. takutnya "SOMBONG"..

Xoxo,
Love mel

Genting Highland Premium Outlet

Assalamualaikum

Harini punya aktiviti adalah window shopping di Genting Highland Premium Outlet.

Kami dah gerak seawal jam 8am. Sebelum tu isi perut di restoran Asam Pedas Bukit Jelutong yang mel pernah cerita dalam entry sebelum ni.

Kami order nasi lemak dan roti canai. And all time fevret roti canai is my budak kecik. Sekeping setengah dia mampu nak habiskan. Then milo suam mel kongsi dengan budak kecik.

Memula plan macam nak tapao nasi lemak untuk picnic kat Genting tu. Tapi bila tengok kat display counter tu, lauk tengahari pun dah tersedia. So kami tapao nasi dan lauk. Uishh, lauknya pun sedap weih.. jarang tau mel puji masakan orang.. hihi.

Then around 10am, kami pun gerak ke Genting. Jalan smooth.. kami sampai di sana dalam pukul 11am lebih macam tu.

Parking lot pun banyak lagi kosong. So pilih jela nak parking celah mana yang korang suka.

Most butik kat sana banyak yang dah dibuka. Antaranya yang sempat nak capture kat kepala ni;
Michael Kors
G2000
Hush Puppies
Carlo Rino
Skechers
Radley
Kipling
Furla
Braun Buffel *buy 2 items dpt additional 10%less*
Levis *buy 2 free 1.. beli la 1 jeans*
Coach *plan nak masuk, tapi kena beratur tunggu turn.. so batalkan jela niat*




For me, best nak jenjalan kat sini. Konsep still open space macam A Famosa dan JPO tu.. tapi yang kat Genting ni sejuk nyaman je. Sejuk macam musim spring kat luar negara. Haha.. tu yang cakap kat my mom, "Takyah nak g London la nak beli Radley.. kat sini pun ada.. cuaca pun dah macam kat sana.. hehe.."

Then jenjalan kat 2nd floor, memasing duk bawak aiskrim. Apehal la memasing bawak aiskrim ni? Sedap bebenor ke? Nak tau rupanya macam mana? Macam gini ha..



Aiskrim Godiva tau.. bukan Ko diva.. haha.. setau mel, Godiva ni main product dia coklat exclusive. Yang kalau kita nak beli, dia kira timbang gram. Sama angkatan dengan Patchi dan Royce tu. Tapi maybe management dorang dah diversify kan business dengan jual aiskrim yang dihias sekeping coklat bertulisan Godiva.

So,, kitorang pun lepak dan try jugak aiskrim tu. Ada 3 flavors;
- vanilla in white choc
- dark choc
- twist choc

Budak kecik mintak vanilla, my mom twist choc and husband nak dark choc.

My brother? 2 kali dia ulang aiskrim ni. Hahah.. sedap oiii.. harga? RM25 seketul. 1 meja = 4orang ngadap aiskrim pun RM 100++. Seronok tokey kedai coklat Godiva tu. Sales mencanak la setiap hari kalau gitu kan!

And yang paling tak boleh blah tu.. cashier Godiva tu boleh tegur mel.. dia tanya, "Akak duk Shah Alam kan?"

Mel pelik dah dengan soalan dia.. dalam hati, 'Aik, stalker aku ke dia ni?' Hahaha.. prasan sekejap.

Then mel iyekan ajela. Pastu mel tanya balik, "Kenapa tanya dan macam mana tau?" *ececece.. kita bajet kerek pulak kat dia.. kahkahkah*

Then jawapan yang memeranjatkan dari dia,
"Dulu pernh nampak akak.. saya dulu kerja kat Starbucks Seksyen 9. Sekarang dah tak kerja situ."

Mel? Mampu senyum je.. wonder jugak, dalam banyak-banyak customer yang dia pernah attend, dia boleh register muka mel ni? Mel bukan la selalu sangat ke Starbucks tu..huhu.. Anyway, thanks Ahmad Nabil Ikhlas kerana awak ingat wajah akak.. tu tandanya awak betul-betul ikhlas buat kerja awak.. terharu kite tau!

Orait, then dah habis shopping, kami pun ke masjid berhampiran untuk picnic lauk yang dah ditapao pagi tadi dan terus Zohor di sana.

Pehtu? On the way back mencarik jugak kot ada durian.. tapi takdak pun yang berjualan. So, balik jela rumah.

Tu je kisah hari ni.

Esok kena telan herblax malam ni. Teruk sangat dah harini punya kalori yang masuk. Huhu.

Xoxo,
Love mel

Friday, August 4, 2017

Minor injury

Assalamualaikum

Akhirnya minor injury.. hukhuk

Heheh.. kan tadi cite pasal bisa udang di jari. Then tadi lepas isyak ke klinik untuk dapatkan rawatan. Sebab rasa bengkak and ngilu. Then tak selesa untuk buat kerja-kerja rumah.

Seperti yang saya jangka adalah tepat. Warna tompok putih tu adalah nanah. Dan nanah tu jugak la yang timbulkan rasa berdenyut.. nyutt nyutt rasa diaa.

So tadi doktor bagi 2 options je sama ada:
1. Cucuk dan tekan supaya nanah tu keluar
2. Doktor bagi ubat surut bengkak dan nanah akan kering serta surut.. tapi ambil masa.

Since doktor consider mel untuk lakukan kerja-kerja rumah, jadinya dia suggest untuk pilihan option pertama.

Ngeri jugak pada mulanya. Tapi bila difikir itu adalah option yang terbaik, then redah ajela.

So doktor cucuk jari mel tu dengan jarum then tekan slowly. Banyak jugak nanah yang keluar. Doktor kata dalam bisa udang tu. Habis doktor tekan untuk pastikan nanah dah takde, then doktor sapu cream antibiotik.

Maka, terjadilah jari mel cenggini..



Moral of the story, jangan ambil ringan bila tercucuk bisa udang atau ikan k!

Xoxo,
Love mel

Bisa udang

Assalamualaikum

Siapa kata bisa udang tak bisa?



Jari telunjuk mel terkena bisa udang. Ingatkan sakit biasa-biasa je.. tengok harini bengkak tak surut-surut dan berdenyut.

Risau nanah je yang kat kawasan putih tu.

Nanti lepas kerja, singgah klinik kita jumpa doktor. Kita tanya apa kata doktor?

Jom prepare untuk zohor.

Thursday, August 3, 2017

Ostematrix untuk ibu mengandung dan menyusu

Assalamualaikum

Siapa yang time mengandung pernah alami lenguh-lenguh pinggang?
- Mel

Siapa yang bila malam atau sejuk hujan kaki rasa sejuk dan kejang?
- Mel

Siapa yang dulu pernah accident patah kaki/tangan?
- Mel

Siapa yang sakit tumit bila lepas bersalin?
- Mel

Siapa yang susah nak tido lena bila malam?
- Mel

Siapa yang makan makanan sejuk atau panas, gigi cepat rasa ngilu?
- Mel

Siapa yang kebanyakan soalan di atas, jawapan korang sama macam mel?

Jeng jeng jeng!

Maknanya tubuh badan korang mungkin kekurangan kalsium.

Bila korang ambil sesuatu pil kalsium, perhatikan label yang tertera pada botol supplement kalsium tersebut mestilah ada kandungan Magnesium.

Ini adalah kerana penyerapan kalsium secara optimum dan menyeluruh perlu adanya kehadiran Magnesium. Barulah aliran penyerapannya lancarr.

Apa jadi kalau kita ambil pil kalsium yang tiada Magnesium?

- Kalsium tersebut tidak dapat untuk lakukan penyerapan dengan baik dan sekata. Tu yang nanti jadi benjolan pada tulang dan juga sebagai salah satu punca batu karang.

Ostematrix ni ada Magnesium ke?

- Yup! Ostematrix dah lengkap gandingan Kalsium dan Magnesium. Tinggal telan je tabletnya.

Then, apa jadi kalau kurang kalsium lebih-lebih lagi kepada preggy mommies?

- Preggy mommies akan rasa cepat lenguh-lenguh kesan daripada kesan penyerapan kalsium oleh fetus yang ingin membesar. Kemudian, gejala cramp di waktu malam turut berlaku pada usia kandungan mencecah 6bulan ke atas.

Preggy mommies out there, sediakan persiapan diri sendiri. Pastikan badan fit sepanjang tempoh kehamilan sebab kita bukan je nak bawak diri sendiri, tapi ada nyawa lain dalam tubuh kita yang perlu dijaga juga.

Apa yang mel buat dulu di awal usia kandungan adalah mel check kesihatan gigi mel dan diikuti dengan persiapan-persiapan lain.

Daripada soalan dan tips-tips di atas, siapa yang sama macam mel, mel sarankan jom cuba Ostematrix sekarang.

Belum cuba, belum tau. Dah cuba, bikin jatuh cinta macam sis Linda ni. Mel sharekan testimoninya ya!



Silakan share link blog mel andai memberi manfaat.

Xoxo,
Love mel

Steady berfutsal dengan Performance Drink dan Cinch Tea

Assalamualaikum

Malam semalam husband mel berfutsal. Since siang tu dia travel ke Seremban untuk meeting, pehtu gegas balik amik si budak kecik.. mel agak tertanya jugak la, "Aik, jarang bila outstation then malam nak main futsal?"



Then husband mel kata ada friendly match dengan Bank Islam.. selepas bertanya lokasi and so on, mel pun sediakan bancuhan penuh kasih sayang Performance Drink dan Cinch Tea sebagai bekal dia berfutsal.

Kalau dulu masa belum ada anak, memang mel akan ikut teman husband mel berfutsal. Nak bagi semangat dan komen membina. Kekadang mel yang ajar skill kat dia *ewahh... over tau.. hahah.. *

Then bila dah ada anak ni, dah kurang dah ikut teman. Ada sekali tu bawak jugak, tapi budak kecik dah kepanasan. Walaupun budak kecik tak merengek, tapi kita rasa kesian.. tu yang lepas tu mel dah tak ikut teman husband berfutsal.

So, apa yang mel buat supaya husband rasa mel selalu ada?

🎀 Call setiap kali husband nak jaringkan gol? *isk, tu melampau..*
🎀 tempek gambar mel kat dinding futsal court tu? *ni memang betul-betul wajahmu di mana-mana nyanyian Azlina Aziz ni.. haha *

No! No! No! Hehe..

Mel bekalkan air yang ada air tangan mel sebagai penghilang dahaga untuk dia.. tak kisahlah walau tapaokan air kosong semata.. yang penting air tu mel yang isikan..

Since semalam husband bagitau awal, jadinya mel dapatlah bancuh Performance Drink + Cinch Tea siap simpan dalam fridge lagi uols! Segar bila lalu kat tekak time dahaga penat berfutsal kan..

If tak, bancuh guna air panas mati tu je pun boleh! itu pun dah sedap sangat dah wei..

Minum air campuran Cinch Tea, akan membuatkan badan kita rasa bertenaga. Masa Ramadhan haritu pun mel bawak bekal Cinch Tea semasa terawikh.. alhamdulillah, tak rasa ngantuk atau lemau.

Korang tak caye? Meh nak share testimoni sorang ticer taska yang kena jaga kanak-kanak riang dan aktif. Mau lunyai kalau ticer ni tak ambil apa-apa supplement.



So korang yang alami masalah keletihan dan ingin ikhtiar dengan supplement Shaklee, meh kasi roger mel. Insha Allah mel akan bantu cadangkan supplement yang sesuai.

Kita berikhtiar, selainnya kita serahkan kepada yang di Atas.

Xoxo,
Love mel

Wednesday, August 2, 2017

Menabung di Tabung Haji

Assalamualaikum

Weeehaaa.. tadi lepas meeting, cepat-cepat gegas ke Tabung Haji. Nak masukkan duit raya si budak kecik.

Bila sampai je tadi, huiiiiii... ramai betul orang. Memasing sibuk nak buat pengeluaran. Yela, nak tunaikan ibadah haji. Alhamdulillah dan tahniah kepada sesiapa yang dah dijemput menjadi tetamu Allah. Moga dapat haji yang mabrur.

Oh ya, untuk cepat dan jimat masa.. kita boleh masukkan duit thru CDM bagi bank Bank Rakyat, CIMB dan Bank Islam. Asalkan ada no akaun. So, tadi mel pun guna jalan pintas ni. Cumanya tak dapat nak updatekan buku je laa bila guna CDM ni.

And one more thing, Tabung Haji juga beroperasi pada setiap Sabtu minggu yang pertama setiap bulan. Dari 9am - 12pm. Convenience sangat!

So, korang yang belum simpan duit raya anak tu, cepat-cepat simpan. Pehtu, daftarkan haji sekali.

Okeh, nak order vitamin Shaklee.. kasi roger hp mel ya! 012 373 2589

Bebas deodarant dengan Alfalfa Complex

Assalamualaikum

Baru-baru ni, mel dengar ceramah Ustaz Kazim bersempena "Amalan Menyambut Ramadhan" tak salah tajuknya.

Dalam intro ceramah tu, Ustaz Kazim ada cerita..
"Cuba tuan-tuan tengok drama Hindustan.. depa duk golek-golek ataih padang rumput.. menari-nari sampai salin 50 pasang baju, tang ketiak depa mesti basah. Tak percaya, balik rumah nanti tuan-tuan cuba tengok."

Ustaz Kazim tambah lagi, "Rilek je hero dan heroin tu menari dengan ketiak basah. Kalau kita? Pulun duk sapu deodarant. Tu yang la jadi macam-macam penyakit.."

"Tuan-tuan, ketiak kita ni tempat perkumuhan.. kita buang toksin melalui peluh.. salah satunya ketiak la.. lagi, nak buat apa sapu deodarant? Buat halang sistem semulajadi dan kemudian bawak mudarat kat kita.."

Korang dapat bayang tak macam mana gaya dan nada suara Ustaz Kazim melantunkan ayat-ayat kat atas tu? Heheh.. sape yang follow dia, mesti dapat bayang macam mana intonasinya.. hihi..

Berbalik daripada pesanan tu la, mel terfikir.. betul jugak kan? Kat ketiak ada bulu.. bila ada bulu, kita tak boleh biar 40hari gitu je.. kang ada benda yang bergayut.. so kita akan cukur atau waxing. Bila dah cukur atau waxing, liang roma akan terbuka. Pastu, kita sapu deodarant.. cecair kimia, tu meresap ke dalam liang-liang. Sehari dua maybe time mandi akan terhapus dek mandi. Tapi kalau bertahun?

Kat ketiak ada banyak kelenjar.. bila bahan kimia banyak dalam badan, dah kacau sistem badan.. akan jadi penyakit! Nauzubillah..

Tu yang mel start untuk tak pakai deodarant walau pergi ke tempat kerja. Sebelum ni, mel tak pakai deodarant waktu hujung minggu je. Tapi sekarang weekdays pun mel try untuk tak pakai.

BIAR BETULL? BERANINYAAA.. !! Takde bau ketiak ke?

Alhamdulillah, sejak mel amalkan semula Alfalfa Complex, bau badan dapat dinyahkan. Mungkin sebab Alfalfa ni ejen detoks.. jadinya,dia bantu untuk buang toksin badan punca masalah bau badan.. Kalau dulu?? Giler tengikk weii.. tak selesa nak duk sebelah orang. Nak gapai tangan memang tak la kan.. hehe..



Then, perut pun mudah untuk membuang.. which is iols suka sangatt!

So korang, jom kita cuba untuk tak gunakan deodarant. Guna bedak Hibka je lepas ni. Murah pun murah. Nak buang bulu pun senang.. haha.. *macam tak senonoh je kan cite pasal bulu ketiak? Hahaha.. *

So korang ada bau badan tak? Cer angkat tangan tu sikit, and rendahkan kepala supaya hidung tu tuju ke ketiak korang.. *isk, jangan angkat tangan tu tinggi sangat.. kang orang perasan.. *

Amacam bau? Boleh nak handle tak? Kalau tak boleh, cepat order dengan mel.. alang-alang mel pun tengah nak kira ada berapa biji lagi balance Alfalfa yang tinggal dalam botol ni. Dah nak habis dah mel punya.. Jom selit order dengan mel sekali jom!

#alfalfa
#baubadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...