Assalamualaikum
Memandangkan hari ini kita semua cuti umum, sempena Merdeka jadinya saya memang hanya plan untuk keluar beli barang dapur setelah selesai tugasan di rumah.
Masuk je dapur, dah nampak pisang berangan yang berbaki 4 biji. Terus TING! "Buat kek pisang pun sedap jugak ni!" Bisik saya di dalam hati.
Sedang saya keluarkan bahan-bahan nak buat kek dan bahan untuk masak mkn tengahari, tup-tup si budak kecik pun masuk dapur minta pisang yang saya angan-angan untuk dijadikan kek. Saya bagi jela, asalkan dia nak makan.. dah nama pun anak.. ibu mana yang tak sayang anak oii..!
Sup sap sup sap sambil masak sambil timbang bahan.. sambil kacau kuali, sambil putar adunan. Maka, akhirnya jadi lah kek pisang Merdeka!
Resepinya mudah sangat! Saya ikut resepi sebijik dalam blog jintanmanis.. cuma saya ada ubah sikit dengan saya tambah coklat chip ke dalam adunan. Derhaka resepi sikit kali ni.hehehe
Apa yang saya perasan, untuk dapatkan kek yang gebu dan lembut, sila guna tepung superfine atau tepung kek, ya!
Adunan saya ni, saya gunakan tepung gandum Faiza.. so adunannya agak kental. But anyway, saya happy sebab esok boleh bawa bekal g ofis!
Nak order atau ingin bertanya pasal Shaklee, boleh ya! Saya amat alu-alukan.
Ok, selamat mencuba!
Wednesday, August 31, 2016
Kek Pisang Merdeka
Sunday, August 28, 2016
Jus Buah Special di Anggerik Mall
Assalamualaikum
Jika anda berkunjung ke Anggerik Mall, singgahlah minum di foodcourt yang berada di aras 1. Cari gerai nama D Best Cafe.
Sebab apa saya minta anda ke situ?
Sebab air buah di gerai tersebut sangat la unik kerana mereka meletakkan buah potong sebagai hiasan. Minum pun sedap, lepas tu boleh pulak kudap hirisan buah yang disertakan.
Apa yang saya perasan, hanya 2 jus buah sahaja yang akan diletakkan hirisan buah sebenar iaitu jus tembikai dan jus mangga.
Dalam gambar tu; jus tembikai dan fresh orange.
Alang-alang melawat digital mall bumiputera kat dalam tu, pi basahkan tekak sekali!
Kepentingan Menjaga Postur Badan
Assalamualaikum
Penjagaan postur badan amat penting sama ada lelaki ataupun wanita.
Terdapat beberapa postur yang perlu dititikberatkan iaitu ketika sedang duduk bekerja, berdiri, mengangkat barang yang berat dan lain-lain.
Sebagai contoh dalam gambar di atas; kita hendaklah duduk tegak, pastikan mata dan skrin komputer adalah separas dengan eye level, siku juga hendaklah selari dengan aras meja supaya tidak lenguh ketika mengetik mouse dan sebagainya.
Penting untuk kita sentiasa memastikan badan kita berada pada postur yang betul bagi mengelakkan masalah slipped disc, bongkok dan lain-lain. Malah unit OSH pada setiap syarikat amat menitikberatkan soal ergonomik pada persekitaran kerja. Kerana dengan pematuhan yang telah ditetapkan oleh OSH, kita dapat meminimakan kecederaan atau risiko kemalangan di tempat kerja.
Walaubagaimanapun, jika sebelum ini anda mempunyai rekod kemalangan disarankan agar memaklumkan kepada majikan supaya pihak syarikat memberi pengecualian kepada anda daripada melakukan kerja-kerja berat. Dan anda pun hendaklah mengurangkan melakukan aktiviti lasak yang mungkin memudaratkan diri di kemudian hari.
Seperti saya, saya pernah mengalami keretakan tulang akibat kemalangan. Oleh yang demikian, sememangnya saya meminimakan daripada melakukan kerja mengangkat barang berat. Di samping, faktor usia juga memainkan peranan terhadap kesihatan tulang kita.
Oleh yang demikian, saya mengambil Ostematrix dan Collagen Powder sebagai usaha untuk memelihara sendi dan tulang saya. Sedangkan Robocop yang robot pun perlu diservis, apatah lagi kita manusia. Wajib kita jaga amanah yang Allah dah berikan. Menjaga nikmat kesihatan pun adalah suatu amanah.
Melabur untuk diri sendiri apa salahnya jika dapat menikmati kesan kesihatan dan manisnya beribadat dengan izin Allah, ye dak?
Anda juga pernah mengalami pengalaman seperti saya dan ingin memelihara tulang dan sendi?
Feel free untuk WA saya ya! Nak tanya-tanya pun boleh dialu-alukan.
♡Emilia [012 373 2589]♡
#sayajualsayaguna
#sayagunasayajual
Friday, August 26, 2016
Jatuh cinta kepada Ostematrix
Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan, saya akan share bagaimana Oste berjaya menambat hati saya! Rasanya saya belum lagi share bagaimana saya terjebak dengan produk Shaklee, kan?
Baiklah, saya akan kongsikan pada entry ini.
Jika diimbas semula, saya dah tau kewujudan Shaklee ni semasa saya di zaman Universiti lagi di mana ada coursemate saya memang die hard fan Shaklee kerana tunangnya (pada ketika itu) * sekarang dah jadi suami dia dah* merupakan ahli Shaklee. Tapi yela, walaupun kawan saya ni puji produk Shaklee bagus, saya ketika itu hanya mampu mendengar je. Sebab harganya quite pricey!
Setelah saya habis belajar di Univ dan mula bekerja, nama Shaklee lenyap dalam radar saya. Entah, mungkin pada ketika itu kawan sekeliling tak ada yang guna produk Shaklee, jadinya memang langsung lenyap word Shaklee ni. Namun word Shaklee ni kembali muncul setelah saya habis pantang iaitu saya terlihat ramai di antara kawan-kawan sekolah saya yang post berkenaan produk Shaklee. *jauh kan gap word Shaklee ni nak muncul semula dalam hidup saya? Hehehe *
Since saya dah habis pantang dan dah mula bekerja, jadinya saya mencari supplement untuk ikhtiar meriahkan susu badan. Lalu saya terlihat post my long lost friend iaitu Naimah di FB. Dia ada post berkenaan set bajet susu meriah ke apa ntah nama tajuk post dia. Lalu saya mula tanya-tanya dan terus sign up jadi ahli.
Kenapa sign up terus?
Kerana semasa saya membuat pembelian, saya layak untuk mendaftar menjadi ahli percuma. Malah dapat cash back lagi!
Pada fasa ini, saya hanya bercadang untuk jadi ahli untuk pakai sendiri sahaja. Memang saya langsung tak promote kepada sesiapa. *kedekut ke gitu?* Takkk, bukan saya kedekut. Tapi saya nak rasa dulu produk keluaran Shaklee ni macam mana.
Saya cuba satu-satu. Antaranya Vivix, GLA, Lecithin, pencuci muka Nutriwhite dan lain-lain. Sebab pada saya, tak kenal maka tak cinta.
Sampailah pada suatu ketika, saya mengalami sakit tumit dan sakit lutut. Memang sangat tak selesa sebab menyukarkan pergerakan saya ketika solat dan berjalan normal. Cuak wei waktu ni. Saya Google, banyak yang kata jika sakit tumit bermakna ada masalah pada rahim.
Apa yang saya buat?
Saya pergi berurut. Sangkaan saya mungkin peranakan jatuh atau ada salah urat kat mana-mana. Tapi tetap jugak tak reda. Pada masa yang sama, saya tanya hal ini kepada ibu saya, dan beliau menyarankan supaya saya minum susu. Mungkin kalsium kurang. TING! Terus saya tergerak untuk mencuba Ostematrix. Saya tidak alah kepada susu, tapi pada saya dalam bentuk tablet lebih mudah untuk diconsume berbanding susu dalam bentuk cecair. Kerana biasa terjadi, susu kotak yang saya beli, jika tak dihabiskan direct, ia akan basi.
Saya amalkan pengambilan Ostematrix setiap malam selama 3 minggu jika tak silap saya. Dan tanpa sedar, 'Eh, bila sakit tumit ni hilang?' BINGO! Saya dah tau dah, kurang kalsium adalah punca saya sakit tumit, dan mengambil Ostematrix adalah cara untuk merawat dan mencegah. Alhamdulillah, Allah beri saya nikmat untuk berjalan normal kembali.
Oh ya, saya tidak lupa berdoa kepada Allah moga sakit tumit saya pulih. Kerana Allah yang beri kesembuhan. Bayangkan sakit tumit yang saya alami sehingga ada kala saya terpaksa solat duduk. Lebih teruk daripada ketika saya mengandung. Ketika mengandung, saya solat duduk pun pada hujung-hujung kehamilan. Itu pun on off, kerana sering saya cuba utk solat seperti orang normal.
Pengambilan kalsium ni penting. Lebih-lebih lagi yang bernama perempuan. Sebab kita mengalami proses mengandung dan menyusukan. Kita berkongsi nutrien untuk diserap oleh anak yang dikandung dan disusukan. Jadinya, kita as perumah *boleh ke gitu? Huhu* WAJIB sangat untuk top tup balik nutrien yang dah hilang dan berkurangan melalui pengambilan supplement.
Insha Allah, supplement Shaklee selamat untuk diambil.
Amacam, dah baca pengalaman saya, berminat untuk order Ostematrix? Jom order dengan saya, Emilia ~ 012 373 2589
#sayagunasayajual
#sayajualsayaguna
Thursday, August 25, 2016
Tanda-tanda badan kekurangan kalsium
Assalamualaikum
Pernah terfikir atau bermonolog sendirian tak sama ada kalsium dalam badan kita cukup atau tidak? Antara monolog dalaman yang mungkin berlaku,
"Eh, cukup ke kalsium yang aku duk amik ni? Umur dah makin meningkat"
"Apesal badan rasa lesu je ni.."
Jika anda ada bermonolog sedemikian, maknanya anda peka terhadap kesihatan tulang anda.
Mari kita semak apa kriteria atau simptom yang menunjukkan kita kekurangan kalsium. Antara simptom yang sering dialami adalah seperti berikut:
1. Kaki cramp/kejang/tarik mengkarung
2. Pinggang lenguh dan sengal-sengal
3. Gigi ngilu apabila minum minuman sejuk
4. Tulang kerap meletup-letup *tulang akan berbunyi apabila bangun*
5. Sering rasa kebas-kebas sama ada tangan ataupun kaki
6. Kaki terasa sejuk sejurus selepas minum.air sejuk
7. Kerap sakit kepala
8. Sakit tumit atau telapak kaki
Setelah diteliti daripada senarai di atas, adakah anda tergolong dalam kategori di atas?
Apa kesan jika ambil ringan terhadap simptom-simptom yang saya senaraikan tadi?
1. Gigi akan mudah goyang
2. Tulang rapuh, boleh patah pada bila-bila masa. Contohnya atlet angkat berat dan aerobik sukan Olimpik baru-baru ni
3. Osteoporosis
Jadinya, cara nak atasi masalah-masalah di atas adalah dengan mengambil Ostematrix. Nampak tak, point ke-3 tu dah lebih kurang sama dengan Ostematrix kan!
Apa kelebihan Ostematrix ni?
Meh nak share kelebihan Ostematrix ni adalah:
1. 1kapsul Oste = 1 gelas susu = 80 biji badam
2. Ia mudah untuk ditelan
3. Ia sesuai untuk individu yang alah atau kurang gemar terhadap susu.
4. Boleh mengatasi masalah sembelit
5. Bantu untuk rawat tulang retak
6. Pelengkap kalsium anda
Jomla kita topup kalsium badan kita dengan pengambilan Oste. Tak susah pun nak consume, bukak penutup, ambil 4biji telan dan masuk tido. Pasti tido anda akan lebih lena!
Nanti saya akan sharekan pengalaman saya mengambil Oste ni dan apa yang buatkan saya jatuh chinta terhadap produk Shaklee,k!
For further info; Emilia | 012 373 2589
Wednesday, August 17, 2016
Lecithin bukan sekadar untuk kurus
Assalamualaikum
Lecithin?
Lecithin ni nak kena makan time bila?
Lecithin ni kita ambil sebelum makan sebaik-baiknya. Tapi ada juga yang makan sebelum makan, akan jadi bertambah lapar. Takpe, tu tandanya badan sedang dalam proses untuk bertindakbalas.
Macam kita jugak la.. bila masuk skolah baru, rasa macam krik krik je dgn keadaan keliling kan.. sementara nak sesuaikan diri tu, mesti tetiba yang biasa time loceng rehat kita la berdesup beratur kat kantin, tapi tetiba kita jadi tak lalu makan.. ada tak perasaan camtu dedulu?
So samala jugak halnya dengan vitamin ni. Bagi dia masa untuk sesuaikan dengan tempat baru. Lama-lama once dah blend, badan pun dah boleh tolerate, kesan pengambilan vitamin tu akan terlihat. Kalau tak dalam tempoh sekejap, insha Allah jangka masa lama akan terlihat hasil pengambilan vitamin tu. Yang lg best, kita nak setelkan masalah A, skali masalah B, C dan D pun tersetel skali. Macam testimoni yang saya share kat gambar tu.. hehe.
Macam saya, pada awal-awal pengambilan Lecithin, memang saya agak tak betah. Sebab laparnya jadi kemain lapaq weih! Tapi saya fikir, saya dah start dah and takkan nak stop pulak? Sebotol tu duk penuh lagi. Then lama-kelamaan apa yang saya perasan, bila saya ambil Lecithin, saya tak rasa lapar dah. Eventhough dah sampai waktu lunch. Padahal sebelum tu memang busy kerah keringat dan fikiran *uih, metafora betui..teheheh.. 😅* Waktu tu, saya still continue ambil.. dan saya tambah lagi bilangan intake dan dah masuk botol kedua, kawan-kawan dah mula perasan dah.. dorg dh start tanya-tanya.. "Ko kurus la.. " yeahh! Ni la #shakleeeffect yang orang perasan dan depa yg tlng bgtau kat kita.. yeahhuu! Alhamdulillah. 😉
So kena ingat, kita berusaha dan berikhtiar. Jgn putus asa cepat. Pastikan konsisten pengambilan vitamin. Untuk yang tak penah detox tu, saya sarankan untuk ambil set detox atau gandingkan dengan vitamin detox.. insha Allah hasilnya superb!
Usin Bolt pun praktis hari-hari dik untuk dpt cipta rekod dia. So sama jgk la kesnya dgn kita. Kita pun kena hari-hari ambil vitamin tanpa gagal, barulah anda akan rasa #shakleeeffect.
Feel free untuk hubungi saya, Emilia | 012 373 2589
#sayagunasayajual
#sayajualsayaguna
Monday, August 15, 2016
Mulakan hari ini dengan senyuman!
Huhu.. harini masuk ofis KL. A bit surprised, sebab biasanya parking lot penuh till saya kena parking kat basement bawah.
Tapi, hari ni sampai-sampai aje, parking kat rooftop lapang selapang-lapang alam. Alhamdulillah.
Moga hari ini dipermudahkan segala urusan dunia dan juga akhirat.
Aamiin.
Friday, August 12, 2016
Apa itu Vertigo?
Assalamualaikum
Dah malam-malam gini baru sempat nak berblog. Siang jadual full dengan meeting, nak makan pun tak menyempat. Takpe, tu cite siang tadi. Apa yang saya nak cerita pada malam ini? Jeng jeng jeng! 😆
Walapun promo Vivix dah berlalu, tapi saya seronok nak share kehebatan Vivix ni.
Kenapa saya kata Vivix ni hebat? Dia ni hebat sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan permasalahan kesihatan baik lelaki mahupun wanita, mampu diselesaikan oleh Vivix dengan izin Allah.
Jika sebelum ini saya ada share mengenai Vivix bagus untuk kulit, untuk memastikan wajah sentiasa kelihatan awet muda.. Vivix berupaya untuk turunkan bacaan paras gula bagi penghidap diabetik..
Kali ini, saya nak share yang Vivix ini juga sesuai untuk penghidap Vertigo.
Apa vertigo ni? Vertigo ni adalah penyakit yang boleh berlaku kepada sesiapa tanpa terhad kepada paras umur tertentu. Ia berpunca daripada masalah pada bahagian dalam telinga. Kerana telinga berfungsi untuk memberi keseimbangan badan.
Apa yang penghidap vertigo ni rasa atau alami?
Penghidap vertigo kebiasaannya akan merasai seolah-olah dunia di sekeliling dia berputar yang amat dahsyat. Ni pengalaman kawan saya ya! Sebab saya simpati dan tanya pada dia, apa yang dia rasa. Jadi, saya ceritakan semula conversation kami ya!
Me : Apa yang ang rasa yang tetiba doctor kata ang vertigo?
Maj : Aku memula pening. Aku ingat pening migrain biasa tula.. aku makan panadol, lega la sat. Pastu jadi balik.. tu yang aku MC tu. Yang nak jadi tetiba aku pi refer dengan doctor sebab ada satu kes ni. Satu malam, duk elok ja aku baca paper.. Sekali aku rasa macam dunia aku berputaq macam kita duk dengaq ustazah duk creta kejadian kiamat tu.. aku duk nampak bergulung-gulung sekeliling mai kat aku. Macam ombak tinggi tu.. aku tgk kanan, nampak kipas mai kat aku, dinding mai hempap aku, lampu nak.mai hempap aku.. aku takut la..
Me : Waktu ang jadi tu, ang berpeluh ketaq setempat ka atau ang ada cubaan nak lari selamatkan diri?
Maj : Aku jerit la wei.. tapi aku tak gerak p mana pun.. Tapi bini aku kata, aku memang duk pegang kuat kat kerusi yang aku duduk tu.
Me : Kira macam ang tak sedaq la apa yg berlaku kat ang?
Maj : Aku sedaq. Tu yg aku tnya bini aku, rumah kita ni ada goyang-goyang ka? Bini aku kata, umah kita duk elok ja. Abang ja yang jerit-jerit. Macam orang gila pun ada, duk takut-takut.. so aku buat derk jela.. sebab duk rasa mungkin penat sangat sampai aku berhalusinasi.
Me : Then, ada 2nd kejadian aneh lagi ka pehtu?
Maj : Paling tak boleh nak blah, dia jadi lagi time aku duk drive. Ang bayang, duk elok drive tetiba aku rasa, "Eh, awat kancil ni mai himpit aku? Eh, awat lori besaq ni nak timpa aku?" Aku break la wei dalam pada duk fast lane.. mujuq bini aku ada duk tepi, dia yg bg arahan kat aku pastu dia drive sikit2 bagi signal. Tu pun masa berhenti tepi, aku rasa mcm dah nak jatuh gaung. Padahal bini aku kata takdak gaung pun. Just bahu jalan ja.. dia jadi tak tentu wei.. ada sekali tu, aku drive gak.. dah smpai trafik light, patut berhenti sbb lampu merah. Tapi waktu tu fikiran aku duk kata, pasaipa hampa pakat berhenti ni? Jalan je la, tu lane sebelah boleh jalan awat kita tak jalan pulak.. pdhl waktu tu, turn lorong sebelah yg jalan.. bini aku pun ada gak masa tu. Cukup 3 kejadian aneh ni, terus la aku pi refer doctor. Doctor kata aku vertigo. So sekarang aku takleh nak drive n naik flight. Doctor suh aku hold dulu drp drive.
Me : Lor... simpati kat ang wei.. sampai bila.doctor tak bagi ang drive?
Maj : Aku kena buat test.. test pendengaran lagi test apa ntah. Ubat pun doctor ada bagi. Sampai dah stabil, boleh kot nak drive pastu.. tapi serious bini aku kata, aku mcm org gila. Yela, duk elok tetiba aku terjerit-jerit.. adeyy..
K, tu je nak share pasal Vertigo kot-kot ada yang tak tau pasal ni kan.. saya pun tau disebabkan kawan saya yang kebetulan alami.
Saya ada suggest pada dia, tapi dia nak jalani ujian tu dulu dan ambil ubat doktor.
For those yang nak tanya-tanya pasal Vivix ni, atau mahu saya cadangkan set supplement mana yang sesuai boleh aje hubungi saya k!
♡
Saturday, August 6, 2016
Ceritera 5885
Assalamualaikum
Ni nak cerita pasal kejadian semalam.. Kebetulan semalam kan tarikh 05.08.2016 kan.. yang kebetulan sama dengan no plate kereta saya iaitu 5885. Jadinya, ofismate saya menyangka no plate kereta saya adalah tarikh lahir saya.
Sememangnya saya tak pernah reveal tarikh lahir saya kepada sesiapa di pejabat. So dorang main teka-teka je la.
Nak dijadikan cerita, tetiba salah seorang staf saya beri ucapan hari lahir di hadapan sume kat dlm ofis tu. Dengan penuh konfiden lak tu.. "Happy Birthday, puan! Harini birthday puan kan.. yela 5885.. harini kan 5hb.."
Dan secara spontan bos saya pulak mencelah.. "Oh, birthday milia harini? Boleh la nanti beli kek"
Saya yang tak sedap hati ni terus la bgtau, "Eh, yang pasti 5885 tu mmg betul no plate saya.. tp harini bukan birthday saya.. ntah birthday sesapa ntah.."
Then sumerang bahan saya, 'Ala.. ngaku jela birtday sendiri je pun.. nak segan2 pulak'
So, penat nak explainkan kat sumerang yg terus assume saya punya birthday smlm, so saya pun kata, "ok, kalau nak beli kek beli la.. rezeki kita smua nampaknya utk makan kek"
Tak sangka pulak memang betul2 bos saya ada kirimkan duit kat staf saya utk belikan kek utk saya.. aiyoookk!
So semalam telah tanpa sengaja sambut 'birthday saya'.. 👆 tula rupa keknya!
Terharu pun ada.. tapi rasa mcm dah 1 department kena prank.. hohoho!
"Bos, tengkiu blanje kitorg kek!" Hiks
Friday, August 5, 2016
Majlis Kesyukuran Aidilfitri
Assalamualaikum
Ni cerita before insiden bilik genset terbakar di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Alkisahnya, saya ada hadiri majlis kesyukuran sambutan aidilfitri di masjid negeri yang sekarang sedang direnovate dalam proses untuk dibaikpulih.
Majlis ni anjuran masjid negeri tu juga. Banyak kiosk makanan yang disediakan. Antara menu yang ada pada malam tersebut adalah rojak, cendol, mi kari, lemang rendang, sate dan jg nasi arab.
Majlis ni terbuka untuk orang ramai. Jadinya, saya pun tak terkecuali la, hehehe.. saja nak feel mcm suasana makan ramai-ramai di masjid di samping saya biatkan juga supaya anak saya mesra masjid. Kiranya pendedahan awal la ikhtiarnya.
Disebabkan kiosk yang dibuka agak banyak, jadinya suasana pada malam tersebut adalah terkawal.
Ketika enak menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan dendangan nasyid dari pelajar Maahad Huffaz.
Majlis bersurai kira-kira jam 10.30pm
Saya? Saya suka la majlis makan-makan ni!
♡
Monday, August 1, 2016
Ogos sudah
Assalamualaikum
Ogos sudah.. ini bermakna promosi Vivix sudah tamat!
Apa promosi bulan Ogos ni? Yeehaaa!! Ostematrix dan vitalea kids! Ohsem mohsem la wei untuk yang selalu cramp or cream tu..weaahuu!
Siapa lagi yang patut consume Oste ni selain drp ibu mengandung dan menyusu?
Nak tau lanjut, pm chek na! Emilia 012 373 2589.
Hat vivix duk berlambak dalam gambar tu, dah berpunya dah ya!