Pages

Monday, April 28, 2014

Sepetang di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam

As-salam,

Hi uols!

Kali ni nak share experience makan-makan without picture. Ok, just simple sharing la yer. On last Tuesday, my team ada meeting with the contractor nak bincang pasal handing over site. So, since meeting tu arranged at 5pm, and i pun dari ofis KL, so my colleague chose Grand Bluewave Hotel, Shah Alam as venue utk kitrog bermeeting sambil minum petang. 

I gerak dari KL around pukul 4.30pm, and managed to arrive there kul 5pm *jalan pun smooth jek, takde sangkut jem2 tart nenas ni.* Sesampainya kat sana, i solat Asar dulu then tunggu another team members sampai kat lobby.

While our contractors pun dah sampai, terus kami menuju ke coffee house, Royale Songket. Masa tu, kitorg pun saing-saing dgn team Harimau Muda. So, dapat la jmpa real2 si Zakuan Adha tu.. *husband si Ayu Raudzah tu* That evening, i ordered Grilled Chicken Burger + Orange Juice. Yg lelain pulak order; Mihun Goreng, Sizzling Prawn+chicken (April month signature), Asparagus Soup, Sizzling Pasta, Double Beef Burger and Red Velvet Cake.

Presentation for the food, superb. Penuh sepinggan! And portion pun besar. Since this meal i tak bayar pun, *yela, contractor yg belanja* so, i segan la nak capture2 gambar makanan yg i order..miahahah..*i pun reti segan jgk beb!*

Seriously, mmg berbaloi2. I'm highly recommended utk anda mencuba Grilled Chicken Burger kat Grand Bluewave ni *i promote, bukan dpt pape token pun.. tp mmg ikhlas i puji kesedapannya.* Menu yang lelain, i tak sure.. Sbbnya i tak rasa pun dorg punya makanan.

Price for my burger is RM25. Ok kot price mcm ni. Lebih kurang macam mkn Chilli's and TGI jek rasanya harganya ni. So, if sekali-sekala nak pekena makan kat hotel, leh la uols try. Yang ni, kitorg takde buat reservation pun. Main terjah je. ;)


p/s: I pun plan mcm nak ajak my hubby mkn kat sini. ;)

Sunday, April 27, 2014

Baby expo @ SACC, 27 April 2014


As-salam uols,

Tadi siang we managed to shop some baby stuff for our little one inside. This is our first time experience to come such this event eventhough hari ini merupakan hari terakhir expo ini berlangsung.

Expo ni started from 25-27 April at SACC Exhibition and Convention Centre. Masa terjahan yang dibenarkan adalah bermula dari pukul 11am - 9pm. Terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang turut dijalankan untuk ketiga2 hari ini. Tapi saya langsung tak amik port. Yang saya tau saya memerlukan stamina yang tinggi, poket yang berduit (poket tak tebal takpe, sbb mmg plan nak beli brg sikit je pun)

Kami gerak dari rumah pukul 10am, tapi sebelum tu, saya setelkan kencing and ensure status perut adalah kenyang supaya 2 perkara ini tidak mematikan mood untuk membuat terjahan.

Kami parking di basement. Bayaran yang dikenakan RM5 per entry. Sesampai kami di sana adalah sekitar jam 10.30am. Disbbkan para peniaga pun masih lg bertungkus-lumus mensettingkan booth masing2 dan para pengunjung a.k.a ibu bapa atau bakal ibu bapa duk menung2 sambil mencongak brg apa yg nk dibeli, saya dan hubby mengambil keputusan utk membuat warm up ke PKNS. *saje cuci mata baju pre-raya* Yerps! Butik2 kat atas tu dah bawak turun baju2 mereka di concourse PKNS. So jika anda mahu membuat terjahan, silalah ke sana ya!

Kami meneruskan track warm up kami dgn melintas ke SACC Mall. Di sana saya terliur dgn donut Big Apple, lalu membuat pembelian sebnyk 3 ketul donut. Pilihan donut yg diambil adalah; Alien, Classic and Mimi Lolo yang total harga RM7.50.

Setelah aktiviti mkn donut yg dinamakan sbg aktiviti mengalas perut setel, kami masuk PKNS kembali utk mendapatkan Cool Blog Oreo pulak *fuh, penuh bernafsu terhadap coklat betul! ;P* Ok dah setel tapao bagai ngam2 je time dah pukul 11am. So kami pun beransur ke lokasi expo dan mula menskodeng2 barangan yg hendak dibeli. Dalam hati atau fikiran telah dilistkan brg2 yg hendak dibeli. Antaranya;
  • lampin
  • bedung
  • tikar change diapers
  • pampers
  • towel.

Baju? Memang sedari awal, baju mmg kami tak target nak beli sbbnya kami telah membeli beberapa pasang baju semasa Mydin USJ membuat jualan besar2an barangan bayi jenama Pureen. So dats why baju mmg den tak pandang. Just fokus kepada apa yg nk dibeli je.

Kawasan pameran tak begitu besar. Tp utk ibu2 yang sarat mengandung, terasa lenguh jugak kaki nak tawaf. Taktik yang kami lakukan untuk memudahkan dan memastikan bahawa kami tidak terlepas booth yg ada adalah dengan cara mengexplore outer layer booth, then baru kitrog tawaf inner layer.

Basically byk booth yg menawarkan tilam baby, comforter, baby cot, car seat, stroller dan pelbagai aksesori. Tidak kurang juga, pihak insurance yang menawarkan plan perlindungan insurance jgk ada merebut peluang di expo tersebut.

Booth pertama yang kami sergah adalah booth Huggies di mana mmg jenama ni je yang ada. So, sales rep tu suggest utk kami amik pakej2 tertentu dan melayakkan kami utk mendapat kuda inflatable for free. Memandangkan saya tidak berminat terhadap kuda inflatable yang ditawarkan, maka saya hanya bersetuju untuk membeli pakej yang  mengandungi; 1 pack of pampers for new born, 2 packs of size S and 1 pack of baby pants pada harga RM125.00. Menurut sales rep tu, dengan pembelian tersebut, kami telah jimat RM50, which i never knew pun if dia kelentong i..miahahah :P Sbb tak penah amik port pun pasal harga diapers ni. So after this, mmg kena take note la harga2 pasaran diapers ni. Husband ada gak tnya, whether pampers ni akan timbul rashes or itchiness to the skin or not? And the sales rep tu jamin bahawa ujian klinikal telah dilakukan terhadap 500 bayi dan mengesahkan bahawa ruam lampin takkan dihadapi dengan pemakaian diapers ni. *we'll see first, ya! ;)*

Selain itu, beliau turut mencadangkan utk mengambil pakej pad overnight utk penggunaan selepas bersalin. Menurut sales rep tu lagi, "You lepas bersalin, akan ada period yang lama. So you guna yang ini.. Sangat jimat lor.. 3 packet only for RM18." Masa dia mention akan 'period lama' tu, i guess maksudnya darah nifas and wiladah la tu, ye dak? So, i pun agreed utk amik pakej tu sbbnya pad pun mcm dah lama je i tak beli and not even notice whether ada wujud ke pad kat dlm simpanan i..huhu :P Oh ya, i beli pakej ni, dpt free wet wipes jgk! ;)

Crowd waktu tu agak pack. Membuatkan pergerakan jadi agak terbatas untuk menyelit sana sini. *sbb duk bergesel sesama perut boyot mak2 budak, and tak kurang jgk perut bapak budak pun dah lebih kurang je sama besarnya.* Tu belum lagi selisih dgn stroller bagai. For those yg bawak masuk stroller mmg agak heaven jgk la utk dorg mengangkut barang.. Mcm kami ni, just guna kudrat yang ada jek. Disebabkan pampers tu agak bulky and berat, kitorg amik keputusan utk hantar ke kereta dulu seblum memulakan 2nd round tawaf.

Pada 2nd round tawaf, kami mencari barang2 seperti yang telah dilistkan di atas dan telah jumpa most of the items yg kitorg targeted kat booth yang diberi nama Littlebayi. So kat sini, kami rembat la serba satu barang yang kami mmg plan nak beli and ada buat tambahan item iaitu botol susu Tommie Tippie 1unit utk test dulu.

Disebabkan kaki dah lenguh masa menunggu turn utk membuat bayaran, maka kami duduk seketika dan fikir ada tak lagi barang yang nak diterjah. Setelah berehat beberapa ketika, kami sepakat untuk berhenti shopping di expo ini dan terus ke kedai kain Alta Moda yang terletak di Seksyen 13 bagi mendapatkan material utk menjahit barut *projek menjahit barut belum start lagi ye, ekoran haritu tak dpt parking kat Jakel, nyampah..*

Sesampainya kami di kedai yang dimaksudkan, kami disambut baik oleh tokey kedai ini. Lalu saya menyebut utk mendapatkan kain cotton yang sesuai utk dibuat barut bagi menggantikan cotton flannel yang tidak terdapat di kedai beliau. Rupa2nya, kedai ni ada mcm2 khidmat yang disediakan selain daripada menjual kain ela dan langsir iaitu antaranya mereka menerima tempahan menjahit utk kaum lelaki serta membaikpulih perabot. *interesting bukan?* Setelah berbual panjang dan melawat2 showroom yang disediakan, kami pun pulang kerana hari pun nak hujan.

Total damage for today:
    • Pampers Huggies + Kotex Pad  = RM143
    • Baby stuffs                                = RM150
    • Kain utk barut without tali          = RM70
Setelah kami sampai di rumah, kawan kitorg ada roger2 kami dan memberitahu bahawa beliau sedang berada di jualan gudang Pureen di Glenmarie. Beliau bertanya sama ada kami ingin memesan apa2 barangan tak sbg persiapan? My husband just order bedak, lotion and another 2 unit of botol susu. Harga utk 2 botol susu adalah RM5. Total utk 3 barang yang kami pesan RM16. Good deal, kan! ;)

Ok, since bahan utk buat barut pun dah ada.. So, kena settingkan jadual utk start menjahit barut la nampak gayanya. Plannya mcm nak menjahit time cuti Hari Pekerja ni jek..huhu! ;)

So, barang yang belum dibeli dan masih lg dalam aktiviti menskodeng price adalah:
  1. Breast pump
  2. Freezer
  3. Tilam baby
  4. Minyak telon Anugerah
  5. Booked org nak urut bersalin
  6. Set bersalin + bengkung
Setakat ni, mcm yg ni jek yang perlu dibeli. *awat mcm sikit je? betul ka?*

Jap meh jot down.

  1. Diaper bag? dah dpt sponsorship. So no need to buy.
  2. Kapas utk mandikan baby? Masih terdapat balance yang saya punya
  3. .... *blur la..nnt ada yg tak cukup, bli jela nanti.. huhu!*

p/s: Happy Birthday my dearie best fren, Shida! :))

Wednesday, April 23, 2014

Product Review: Mistine Egg Mask

As-salam,

Pernahkah anda mendengar or diintroduce dengan product yang dinamakan sebagai Mistine Egg Mask?

Jika tak pernah, anda adalah sama seperti saya! *yeay, ada geng! Miahahaha*

Saya pun sebnrnya tak pernah pun dgr pasal product ni. Memang selama ni pun duk mencari product yg blh digunakan sbg peeler kepada white head yang duk bersaing sesama sendiri kat idung i yang mereka sewenang-wenangya menjadikannya sbg tapak utk muncul melata.

Penah tnya kat pakcik Google, pakcik Google syorkan utk gunakan putih telur tempek kat tempat yg bermasalah dan utk memudahkan proses mencabutnya, kena tempek facial cotton. Tetapi apabila memikirkan risiko akan berlaku kedutan seandainya semasa proses pengeringan, anda tergelak or tersenyum, maka kulit anda yg mulus itu berkemungkinan akan terdapat garis kedut. *yup, its happened to me once upon a time ago.* Tu yang den seriau nak guna putih telur ni.

So, apa yg saya buat sementara tak jumpa product yang sesuai, saya gi la buat facial. Tp itula, bila buat facial, mau mengalir airmata bila beautician tu tekan sekuat ati demi mendapatkan seketoi white head. Tu baru seketoi, yg duk ada ni berketoi2, mau den bg penendang kat beautician tu kan.. Suatu hari, ada terbaca kat blog ni.. Dia gunakan product ni. So, saya carik info kat Mudah.com dan terjumpa la org yg jual product ni. Product ni dijual dengan harga RM20. Siap dpt free sample utk lelain lagi, uols! Tu yg i Like!

Nak guna Mistine Egg Mask ni, sangatlah mudah! Sila ikuti 4 langkah berikut:
  1. Cuci muka anda dengan pembersih muka kegemaran anda. Kalau rajin, scrub skali, kasi senang peeler tu nak peel apa yang patut.
  2. Picitkan Mistine Egg Mask dan ratakan. Utk mudah mem'peel'nya, anda dinasihatkan utk buat lapisan tebal.
  3. Biarkan kering. Mcm mana nak tau dia dah kering? Bila anda rasa muka anda pun dah statik and kulit anda berkilat.
  4. Peel it off and bilas!
Yang best tu, takde bau telur pun kat product ni. Dia bau wangi. Rupa cecairnya putih silver2, pekat and mcm gam. Even masa anda nak tanggalkannya dari muka, mmg ia seperti keruping gam yang kering tu. I pakai, lepas tu, rasa kulit mcm mulus je.. hikhik *ke i je yg perasan? miahahahah ;P*

Nak cuba? Cubalah~ Boleh google image, skrg dah femes product ni.




Tuesday, April 22, 2014

Lunch at Ayam Bakar Mas Mono, Shah Alam

As-salam,

Have you guys been to this restaurant before? This is my first time having lunch here. Lokasi restoran ini adalah terletak di Seksyen 7, area Jakel tu, tp bangunan kat belah belakang. Sederet dengan butik Saidatul Nisa and Seng Heng.

Tujuan asalnya adalah utk mencari material utk buat barut. *cewah, tetiba cam smangat nak menjahit sendiri, uols!* Setelah pencarian parking utk ke Jakel gagal, dengan penuh rasa kecewa dan kelaparan yang dialami, maka hasben pun suggest utk lunch dulu, kemudian try terjah lagi si Jakel ni kemudiannya.

Diri ini yang penuh tulus dan setia bersetuju dgn cadangan tersebut lalu dgn pantas dan tuntasnya mengangguk. So, kekasih hati saya ni pun drive kat kedai yang dimaksudkan dan kami pun masuk ke restoran tersebut. Customer pada ketika itu tak brape ramai. So, byk lagi meja kosong.

Since i blur2 nak order apa, agak lembab jgk la nak buat pilihan. Kami order set ayam bakar+tauhu+tempe, set ayam bakar, pisang goreng coklat, limau ais dan sirap.

Setelah menunggu beberapa ketika, hidangan yang kami order pun sampai. Tadaaa~~ 


Clockwise: Buku menu, Pisang goreng coklat, Set ayam bakar

Ayam bakar+tauhu+tempe = RM9.50
Ayam bakar = RM8.50
Pisang goreng coklat = RM5.50
Limau ais = RM1.90
Sirap = RM2.50 *air sirap lagi mahal, uols?*

Overall, sedap! Ayamnya ada rasa. Cuma sambalnya tidak sepedas di Wong Solo. Pisang goreng coklat tu pulak, ikutkan leh jek kita buat sendiri. Bahan-bahannya terdiri daripada pisang goreng, grated cheese and tumpahan coklat Hersheys. Walaubagaimanapun, rasanya unik dan sedap!

Lepas makan dan perut suke hati, kami singgah di Seng Heng utk skodeng harga freezer utk simpanan EBM nanti. Kemudian sambung mencari parking di sekitar Jakel. Tp hampa. Last2, kami kami balik tdo. Tdo lagi best!

K la, nak buat review pasal penggunaan Mistine Egg Mask plak pasni. Daaa~ 

Buffet Dinner at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Salam,

Weekend minggu bila entah, kitrog saje je berbuffet dinner kat luar. Kali ni try kat Mandarin Oriental, KL *ceh, gaya ayat mcm setiap minggu je dinner kat hotel. Choiii!*

Kenapa pilih MO sbg lokasi utk kami berbuffet? Jawapannya, setelah dikaji2 rupa2nya MO ni menghidangkan the best dinner buffet katanya.. Tu yg menarik minat kami utk try dinner kat sini. Lagi satu, katanya makanan yang mesti cuba adalah dia punya macaroons. Sbb katanya ramai yang gi kat bakery MO ni semata-mata utk mendpatkan macaroonsnya. Tapi menurut kawan I, MO mmg terkenal dgn kek and Moon Cakenya! Utk yang tak brape nak menghayati moon cake seperti saya, saya rasa memana mooncake sama je rasanya. If amik perasa tiramisu, rasa la tiramisu.. If amik yang ada yolk tu, akan ada la rasa yolk tu.. tak gitu? huhu

Ok, berbalik semula kepada cite dinner kat MO, k!

Kitorang buat reservation utk 6org + 1 baby. *ohya! saya sudah ada anak buah baru!!*




Hidangan pada malam tu, tak brape byk. Island of food tak sejauh mata memandang. Kiranya kalau jalan2 tawaf tu, rasa mcm, 'Eh, dah habis dah?' ataupun 'Eh, ini je?' haa...lebih kurang gitew la..

Ada kaunter mi/bihun sup, nasi briyani, lamb grill, chinese cuisine, sushi, salad, dessert, fruits  at minimum choices.

On that nite, saya amik sume jenis kek, macaroon, lamb grill, briyani. Sushi yg disediakan tak fresh, so saya choose not to have it. Lgpun saya preggy lady, takleh nak consume mknan yang tak dimasak.

Overall just ok2 je. Pilihan makanan tak banyak.. Psst, org kata, kat Restoran Shogun lagi byk pilihan makanan drp hotel2.. Nanti nak try la.. weehhuuu~~

Sunday, April 20, 2014

Roti John Sendiri Made!

As-salam,

Kali ni nak share resepi, how to make Roti John!

Sempat lagi nak berblog before ke Jakel utk membeli bahan utk jahit barut.. ngeee.. ;))

Meh tgk, apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
1. 3 ketul roti hotdog (ni ada lebihan roti hotdog yang ibu den beli kat Checkers)
2. 3 biji telur
3. 3 ulas bawang kecik
4. 1 ketul hotdog black pepper yang dipotong kepada 3 bahagian, dan of kos dihiris halus2 (if ada daging cincang, blh gunakan jgk!)
5. Marjerin utk memanaskan kuali
6. Sos cili
7. Mayonis (tp i guna cheezy sos tu, mayonis dah habis)

Cara-cara:
1. Memandangkan roti hotdog tu ada 3 ketul, maka, saya amik bahan tu setiap satu. *pemenda merepek ni?* kiranya mcm ni la, utk satu roti john tu, den amik sebijik telur+seulas bawang+1 bahagian hotdog..
2. Kocakkan kesemua bahan tadi dalam kole *baru feel mcm brader roti john kat bazar ramadhan tu*
3. Panaskan kuali, letak sikit marjerin, then tuangkan bancuhan telur tadi
4. Tempek roti hotdog yang telah dibelah tadi, biarkan seketika dengan api perlahan
5. Terbalikkan supaya kedua2 bahagian roti akan menjadi lembut
6. Angkat dan contengkan la sos dan juga cheezy sos.
7. Potong kepada 3 bahagian, supaya mudah utk disantap
8. Sedia dihidang.

Nak tgk hasilnya?

Tadaaaaa~~~~~

Tempting tak? Moh le buat sendiri






Tuesday, April 15, 2014

My Pregnancy Pillow

Salam,

Hi uols!

Entry kali ni nak share experience den menggunakan pregnancy pillow.

Pregnancy pillow ni i beli kat my ex-schoolmate *schoolmate masa skola rendah kat Kedah*. Mcm tak percaya je kitorg still keep in touch sampai skrg..huhu..ni sume Facebook or Frenster punya penangan.. If tak, rasanya mmg last contact pun time form 3 dulu la kot..

Sbnrnya ada byk shape pregnancy pillow ni.. Antaranya C shape, G shape, half moon etc. And harga pasaran kat luar mmg sgt la mahal, boleh mencecah RM200++. Tp beli dgn kawan i ni, harga yg ditawarkan sgt reasonable and berbaloi2! Guna kekabu gred AA and cotton yg berkualiti.

Sebenarnya i dah tempah kat dia masa my pregnancy masuk bulan ke-3. Tp during that time pun, dia sedang sarat mengandung, so i cakap kat dia, *meh nak quote sket perbualan Whatsapp kitrog.*

'Takpe wey, lepas ko pantang pun takpe.. sbbnya aku blh je tdo mcm biasa skrg ni.. by the time ko habis pantang, aku dah masuk 6 bulan. So, aku rasa during that time is the right time utk aku guna pregnancy pillow ko.' 

Meaning, bukannya i nak rushing2 pun guna pregnancy pillow ni. Sbb waktu tu i baru mengandung 3 bulan, so masih boleh tido lena mengikut pelbagai gaya. *yup, sbb i masih boleh lagi meniarap pada ketika ittew.*

Apakah masalah yang bakal dihadapi oleh preggy mommy bila usia kandungan telah menginjak masuk trimester ketiga?
  1. Tidur serba tak kena. Telentang pun tak best, mengiring pulak lengan akan lenguh, sbb beban badan menekan lengan.
  2. Lenguh pinggang, sbb berat akan tertumpu kat area pinggang and tulang belakang.
  3. Bila dah tidur pun serba tak kena and lenguh pinggang, maka anda tidak akan dapat tidur yg berkualiti
  4. Bila dah tidur pun tak berkualiti, anda tend utk cepat letih pada keesokkan harinya dan moody

Apakah kebestannya guna pregnancy pillow ni?
  1. Membuatkan tidur anda lebih lena (still kena adjust posisi yang selesa, tp tdo anda akan lebih lena)
  2. Masalah seperti yang dinyatakan di atas dapat diatasi atau dikurangi
Owh forget to mention, saya tempah yang C shape.. So, C shape ni ada byk gaya kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Selain itu, lepas give birth, bantal ni blh jgk digunakan as nursing pillow.

Pada mulanya bantal ni sampai, ia keras and takleh lentur lagi..yela, kekabu pun padat and berat.. Tetapi, setelah beberapa minggu guna bantal tu, then bantal tu dah start lunyai and loose.. Lagilah mudah utk anda mempelbagaikan gaya menggunakan bantal tersebut dan sgt2 la best! *husband i pun kekadang ngendeng guna bantal tu, i tell you!! heheh.. ;D *

Masa saya order bantal ni, dpt pakej free smelly pillow. Tp since kekabunya telah habis, so my fren said dia akan poskan.

Inilah rupa bantal yang saya duk gebangkan tadi.

Gambar kanan: Bentuk asal
Gambar kiri: Setelah dilentur






Thursday, April 10, 2014

Movie Review: Captain America

As-salam,

Anda sudah ke pawagam yang terdekat?
Jika ya, filem apakah yang anda tontonkan?

Seperti saya, pada hujung minggu lepas, saya dan husband sbnrnya plan nak ke kenduri kahwin rakan di Meru. Disebabkan kami terlena kerana keletihan bergotong-royong mengemas rumah, makanya kami telah terlajak tido dan bangkit pada jam 3.30pm. Mmg kenduri kawin dah tentu dah bersurai..ye dak? Makanya, kami pun sepakat utk ke Space U8 utk menonton movie Captain America.

Sesampainya kami di sana, kami bergegas *ceh, bergegas la sgt dgn perut boyot nak bergegas? camno tu?* ke MBO utk mendapatkan tiket yang berjualan di sana. Kami memilih utk menonton versi 3D, dengan tambahan RM3.00 sepasang cermin mata 3D. *Jika anda sudah mempunyai cermin mata 3D, anda perlu bawak je, takyah beli dah*

Filem ini berdurasi 2jam 15minit. Usai movie start, anda takkan berkelip mata, sbb babak2 yang dipertontonkan amat ohsem. Dan festaim jugak la saya rasa cam nyesal tak ikuti cite2 adiwira sedari awal mereka diperkenalkan dan dikembangkan watak masing2. Teruja betul bila dpt tau yg shield Captain America tu rupanya bapak Stark yang reka.. huhu.. ni sume husband saya la yg bagitau.. sbb beliau mmg penggemar adiwira Marvel. I? amik port pun tak if dlm watak Marvel ni.. teheheh.. :P

Tapi siyes, best la cite ni! Mmg siyes rasa teruja sangat!

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat la ke pawagam sementara movie ni masih bersiaran. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...