Pages

Thursday, June 30, 2016

Rahsia Kesihatan Si Cantik Jelita

Assalamualaikum

Vivix,
Dirimu menjadi sebutan di bibir si penghidap diabetis
Dirimu menjadi igauan si awet muda
Bukan kerana hargamu
Bukan juga kerana botolmu
Tetapi kerana khasiat yang terkandung di dalam dirimu membuatkan ramai yang jatuh hati padamu
Rita Rudaini setia memastikan dirimu selalu ada
Ayu Raudhah pun jadikan dirimu supplement harian
Ashraf Muslim pun tak terlepas juga

Vivix,
Memilikimu bukan sekadar menang membeli menang memakai
Tetapi ia dinamakan sebagai pelaburan untuk kesihatan diri

Wah! Cheq petang2 gini bersajak la pulak!
Tapi siyes weh, Vivix ni mmg mengaum! Sedap pun sedap, best pun best!
Roger Emilia - 0123732589 untuk dapatkan harga premium yang istimewa specialnya! 😘


Resipi: Udang Masak Lemak

Assalamualaikum

Dah lama tak up entry resepi kan?

Orite, ni nak share resepi lauk iftar saya petang tadi k! Next entry will share resepi bubur red ruby saya pulak ya!

Bahan-bahan:
□ 2 biji bawang merah yang dipotong halus
□ 1biji cili padi
□ 2 batang serai yang diketuk
□ 500gm udang
□ setengah kotak santan
□ sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
□ sedikit garam sebagai perasa
□ minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang, cili dan serai sehingga wangi
2. Masukkan udang, biarkan udang tersebut separuh masak
3. Tukar kepada api perlahan, masukkan santan
4. Tambahkan garam dan serbuk kunyit
5. Biarkan sebentar, padamkan api dan sedia dihidang


Wednesday, June 29, 2016

Detox Detox Cantik dengan Alfalfa & Nutriwhite Cleanser

Assalamualaikum

Masih belum terlambat ya untuk detox-detox!

Ni order semalam. Tinggal harini dan esok je cut off datenya untuk vitamin kegemaran ramai sampai di muka pintu anda sebelum raya.

Pat pat
Sape lambat
Tak dapat.. hehe

~love~


Tuesday, June 28, 2016

Kombinasi Mantap Alfalfa dan Collagen Powder

Assalamualaikum

Harini dah 28hb. Lagi 2hari je lagi untuk order online Shaklee bagi membolehkan untuk terima sebelum raya. Jika buat order lebih dari 30hb, alamatnya akan sampai selepas raya la. Masih blh lagi tampil gojes, tapi gojes sewaktu open house la na!

Ok, nak share harini testimonial Shaklee Collagen Powder ni.

Haaa, bila tengok gambar ada rasa heran atau pelik ke bila lelaki pun consume Collagen? Jawapannya; TIDAK sebenarnya, ya!

Collagen sesuai diambil oleh lelaki dan perempuan yang mempunyai masalah jerawat dan ingin berikhtiar untuk mengatasi masalah kulit supaya lebih tampil yakin bila berhadapan dengan orang ramai.

Dengan pengambilan vitamin detox Shaklee selama sebulan, dan juga 3 sachet collagen, tampak jelas perubahan kulit menjadi lebih remaja dan tidak berminhakķ

For those yang tiada masalah kulit, perlu juga untuk maintainkannya ya! Macam mana nak maintain, pm saya!


Monday, June 27, 2016

Kongsi rezeki : Cupcakes for Iftar

Assalamualaikum

Dalam entry semalam, saya ada bagitau yang saya sibuk packing cupcakes kan? Haaa, ini la dia cupcakesnya!

Gebu kan? Very moist and chocolatey i tell you! Serious tak rugi beli. Male engineer pulak tu yang baked! This is my 2nd time order dengan dia. Sangat frenly. Saya dengan dia dah macam kawan dah pun.

Pricenya based on qty per ordered. Dia punya signature; choc mud indulgence dan choc moist cake.

Saya order dan pack banyak-banyak ni untuk saya berkongsi rezeki dengan staf operation tempat saya bekerja. Ada rezeki lebih kita kongsi dengan yang lain, ye tak?

Bagaimana pula cara anda berkongsi rezeki?

~Love~


Cergaskan Hari Anda Dengan ESP

Assalamualaikum

Tahukah anda, badan memerlukan protein untuk memejalkan otot?

Tahukah anda, badan yang aktif memerlukan protein dan serat yang tinggi bagi memastikan tenaga dapat dijana?

Tahukah anda, untuk mendapatkan tenaga yang berpanjangan anda perlu mengambil ESP sebagai vitamin harian anda?

Tahukah anda, dengan pengambilan ESP akan membuatkan anda kenyang dan ia amat mudah untuk disediakan?

Tahukah anda manfaat lain yang diperoleh daripada pengambilan ESP juga bail untuk kulit anda?

Tahukah anda cara untuk mendapatkan harga istimewa dengan pembelian ESP?

Nak tahu bagaimana caranya? Saya akan bantu anda! Roger saya, Emilia | 0123732589 untuk pertanyaan dan COD for Shah Alam area! 😄


Ain Patisserie

Deco untuk hidangan pastry

Assalamualaikum

Happy Monday!

Pagi ni saya start entry dengan review cupcakes yang kakak saya order semasa iftar di rumahnya haritu k!

Ain Patisserie nama diberi
Menjual pelbagai kek dan pastry
Jika anda belum try lagi
Cuba sekali pasti nak lagi

Ewaahh! Pagi-pagi dah berpantun gittew, auuw! Hahah..

Kedai Ain Patisserie ni kecik je. Half drp unit kedai low cost gitu. Tapi hiasan dalaman dia rasa macam kita dalam set penggambaran cite Ghost Whisperer tu. Sweet je kedainya.

Terletak bersebelahan dengan kedai dobi dan sebaris dengan kedai makan yang popular di kalangan penjawat awam di kawasan sekitar iaitu Restoran Mawaddah.

Cupcakes ni kakak saya order kesemuanya ada 5 flavor iaitu vanila, strawberry creme, butterscotch, coklat moist & red velvet. Sebenarnya saya pun ada juga order kek kat sini iaitu carrot cake.

Since saya hanya rasa cupcake coklat dan vanila sahaja, jadi my review would be on these 2 cupcakes jela ye.. for the vanilla, texturenya is spongy like chiffon or sponge cake. Lembut but i think tak sesuai untuk dinamakan as cupcake.. if hokkaido cake, then acceptable. The moist chocolate cupcake, lembut dan chocolatey. Carrot cakenya pula, lembab but for those yang tak brape suka dgn perasa cinnamon, mungkin anda tidak brape gemarkannnya.

Kalau tanya pasal harga, 1 cupcake = RM3.90. Tak sure kalau beli banyak boleh dpt tak harga lagi murah, sbb yang deal adalah my sister, saya tukang amik je. But if amik vitamin Shaklee dengan saya lebih daripada 2unit, saya boleh beri harga super best! *eh, sempat menyelit pulak..hihikhik*

Overall, ok and convenient la for me untuk dptkan dessert yang nearby to my house.

K, till we meet again!

~Love~


Sunday, June 26, 2016

Iftar Bersama Rakan-rakan

Assalamualaikum

Harini lambat bersiaran busy packing cupcakes untuk majlis ifthar esok.

Apa yang saya nak update ek?

Semalam saya dan rakan-rakan berbuka puasa bersama ala-ala potluck. Tapi potluck kami ni bukanlah makanan yang disediakan hasil tangan masing-masing. Semua pakat beli je kat bazar.

Kami seramai 5 keluarga telah sepakat untuk membahagikan jenis menu yang perlu dibawa. Kalau diikutkan, saya just perlu bawa kelengkapan pinggan dan sudu. Yang selainnya, kawan-kawan lain dah bawa.

Menu berbuka kami sangatlah light. Antaranya roti john, karipap Ikea, rojak Karim *yang ni saya bawak*, murtabak dan air tembikai + teh bunga asam boi.

Walaupun air telah tersedia, namun saya memilih untuk bancuh dan tapao PD dari rumah. Kerana saya yakin dengan khasiat yang bakal diperoleh di samping untuk elak sakit tekak dengan meminum air yang berais.

Di mana lokasi kami berbuka ni?

Kami berbuka di Padang Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan pula turut diadakan majlis tazkirah santai, Ijam Medicine yang menjadi tetamu undangan menceritakan tentang bagaimana beliau melakukan penghijrahan.

Tazkirah tersebut bermula pada jam 6.15pm sehingga lah tiba waktu berbuka. Best! Sangat informatif dan bermanfaat.

Untuk makluman, surau sementara turut disediakan bagi memudahkan muslimin dan muslimat solat Maghrib. Jadi, tak boleh beralasan ya!

Kami bersurai pada jam 9pm dan pulang ke rumah masing-masing dengan suasana aman damai tanpa bertegang urat... hehe 😊

Bagi anda yang ingin mencuba Performance Drink, blh membuat pesanan dan dapatkan khidmat nasihat daripada saya Emilia | 0123732589.


Saturday, June 25, 2016

Apa Plan Hari Ini?

Assalamualaikum

Dah setengah hari dah ni. Apa aktiviti yang telah korang lakukan?

Saya dah siap packing cookies. And sekarang tengah tunggu tukang paip baiki paip.. Then, petang ni cadang nak berbuka potluck bersama kawan-kawan kat padang rekreasi.

Esk pula plan untuk packing cupcakes pulak.

Shopping raya? Saya dah setel shopping raya dah. Tudung pakai mana yang ada.. Kuih raya? Saya order 2 jenis, 1jenis saya buat.. kerepek merepek pulak, esk kakak saya yang akan shoppingkan.

Erm, tu jela setakat ni. Nanti update lagi k!

~love~


Friday, June 24, 2016

Omega Guard

Assalamualaikum

Omega guard nama diberi
Pemecah kolesterol yang tak diingini
Kalau tak percaya cubalah sendiri
Sebagai persediaan di lebaran nanti

Hoihh!! Cepat wei order sebelum sistem order online ni jem.. harini byk yang dah gaji kan? Plus bonus lagi, ye tak?

Dah tu, takkan nak shopping baju untuk melaram di pagi raya aje? Kulit yang glow-glow tak mau ke?

Then bila dah raya tu nanti, juadah of kos banyak la haih yang kolesterol tinggi..kang lemak-lemak timbul sana sini.. yang selama ni pantang boleh jadi pantang tengok.. penangan juadah raya punya pasal.. sume nak dibalun.

Jadinya, meh saya suggest pengambilan Omega Guard untuk membantu melerai dan menceraikan lemak-lemak jahat tadi supaya tidak berdamping dengan anda!

Best kan? Menikmati makanan lazat, tanpa perlu nak khuatir lemak kolesterol bagai ni?

Ini kisah benar ya!
Kawan saya, seorang  baker. Dia memang selalu ambil tempahan buat kek.. Dan bila dia siapkan tempahan, dia mesti akan buat lebih untuk dia anak beranak makan.

Dessert wajib yang biasa dia buat seperti pavlova, butterscotch cake, pop cake, brownies and cheesecake. Kalau tgk nama pun dah dpt dibayangkan darjah kemanisannya macam mana kan.. tapi, disebabkan dia consume lecithin dan omega guard, berat badan dia still maintain 54kg walaupun banyak mana kalori yang dia telan. Double best kan? Haha

Then, nak tunggu apa wei? Jom la cepat order untuk stok raya nanti! Lambat lambat tak dapat ya! Hehe

Emilia | 012.373.2589


Thursday, June 23, 2016

Kacang Uzbek

Assalamualaikum

Harini apa juadah berbuka? Walau apa pun juadah yang dinikmati, wajib beringat supaya tak membazir k!

Selesai je saya berbuka, kini saya sedang menikmati kacang tanah dari Uzbekistan.

Kacang ni sedap! Seperti kebanyakan kacang tanah yang terdapat di negara kita. Cumanya, kat tempat kita kacang tanah biasa bersalut tepung sama ada pedas atau berkari ataupun just disalut dengan garam kan. Tapi kacang tanah Uzbekistan ni pula ia bersalut dengan gula aising. Rasanya manis, tapi sedap!

Jika anda berkelapangan untuk ke Uzbek, boleh lah pi cari kacang tanah ni. Kalau dijadikan santapan ketika beraya ketika tetamu berkunjung ke rumah, memang sangat kelass kau jah! Ribena pun kalah tau.. hahah!

Ok, nak sambung aktiviti lain pulak.

~love~


Wednesday, June 22, 2016

Oven Baru

Assalamualaikum

Bila baking guna oven baru, macam ni la.. kena paham oven tu punya kepanasan macam mana.. suhu macam mana.. timing macam mana.

Hihi.. bila tak berapa kenal dengan oven, camgini la hasilnya.. hangit 1 tray.. and ada 2 tray mcm hangit tak brape nak hangit. Itu pasal la tadi saya kata masih dalam stage R&D..huhu

Ni dah tengah hari, tengah counting bahan.. rasa macam tak cukup 1 bahan. So, kena keluar kejap la untuk pi beli bahan.. and kena stop la kejap production.. eh jap, kedai bukak ke tak ek?

~love~


Project Cookies

Assalamualaikum

Project cookies sedang berjalan. Even tengah R&D stage lagi untuk sesi pagi ni. Hope everything goes well!

Wish me luck!

~love~


Salam Nuzul Qur'an

Assalamualaikum

Harini Selangor & KL cuti.. negeri-negeri lain saya tak pasti.

So apa plan harini sempena cuti ni?

Insha Allah, harini saya plan untuk order vitamin Shaklee yang dah ada orang order dan juga sebagai simpanan stok sendiri.

Kemudian, plan nak buat cookies!

Moga Allah lancarkan plan saya harini.

Nak selit order sekali? Of kos boleh!

♡Order 1 item, anda akan dapat special price + product guide ohsem daripada saya

♡Order 2 item, anda akan dapat super special price + product guide superb saya akan beri

♡ Order 3 item ke atas, anda akan dapat super duper special price + super duper kebabom product guide saya akan kasi

Emilia Hazrina Kasmurin
012.373.25 89

Salam subuh!
~love~


Tuesday, June 21, 2016

Happy Father's Day

Assalamualaikum

Minggu ni minggu father's day yer? Tengok rata-rata orang wish and bergambar dengan ayah masing-masing..

Rindu kat arwah ayah..

Agaknya Milia demam-demam ni sebab rindu kat ayah.. minggu lepas Milia ada mimpi ayah.. nampak ayah baring santai kat tepi jendela..

Al-Fatihah buat ayah.. nanti insha Allah kita jumpa kat sana ya!

T_T


Charger Laptop Tertinggal

Assalamualaikum

Huhu.. dalam pada duk beryahu-yahu nak balik training tadi.. yela, sebab dah ditauliahkan sebagai trainer, so kalut la cheq nak balik. Tak sabiaq la wei nak balik!

So, drive pun aci rempit je.. dah sampai exit Ebor baru teringat yang charger laptop tertinggal la pulak..haih.. kalut la mencarik nombor orang yang jaga bilik latihan, then bila dah dapat call tu, dia habaq dia dah balik.. so, harapnya charger tu duk ada lagi la.. sama-sama doakan la ye..

Khamis nnt kita pikiaq lain.. ok, selamat berbuka!


What do you feel today?

Assalamualaikum

Bagaimana hari anda?

Saya? Alhamdulillah bertenaga. Harini training full day plus ada presentation lagi, plus saya selsema dan batuk lagi. Tapi dengan izin Allah, saya tidak melepet kelesuan. Berkat daripada ikhtiar saya ambil ESP + Performance Drink pagi tadi.

Ok la, handphone pun dah nak habis bateri. Kalau hp blj consume Shaklee, saya dah bg dah hp saya untuk consme supaya dia kekal bertenaga smpai petang. Huhu!

~Love~


Aktiviti Harini

Assalamualaikum

Harini saya ada training.

Since saya selsema dan batuk, jadinya pagi tadi semasa sahur, saya telah mengambil Performance Drink + ESP = segar dan menyelerakan! Gabungan dua  bahan ni dapat membantu supaya badan lebih bertenaga dan tidak terhidrat. Puasa ni walaupun kita jatuh sakit, tetap kita kena usaha untuk kekal cergas bertenaga.

Kemudian, saya ambil Vitamin C sebagai rawatan untuk selsema saya ni di samping dapat manfaat utk lembapkan kulit..Huhu.. duk dalam aircond kat training room, of course sejuk dan blh buat kulit kering. Saya pulak jenis yang tak brapa gurly untuk bawa lotion ke sana ke mari. So sangatlah praktikal dengan ambil supplement yang jenis telan-telan ni.. hehe

Last sekali, saya ambil Vivix sebagai usaha saya untuk rawat batuk dan tonsil saya yang tengah bengkak sikit ni. Kalau diikut pengalaman lepas, jika saya sakit tekak atau batuk, telan je Vivix, 2-3 hari dah setel dengan izin Allah. Sebab tu saya ulang buat macam tu juga untuk kes kali ni. Mudah-mudahan Allah beri kesembuhan.

Nak cuba set kekal cergas, set cantik mulus atau set kurus cergas langsing?

Mudah saja, whatsapp saya 0123732589 untuk dapatkan konsultasi dan guide drp saya, k!

Kena cepat place order ya! Cut off date dah semakin dekat! Rugi kalau tak dapatkan segera dengan harga jimat!

Emilia Hazrina Kasmurin | 012.373.2589


Monday, June 20, 2016

Cuti Raya

Assalamualaikum

Dah plan untuk cuti raya?

Team saya, saya dah submit dah raya leave plan kitorg.

Bukan je kita je nak cuti, tapi perkhidmatan kurier pun nak cuti jugak! Shaklee pun nak cuti uols!

So, once dah dapat gaji and bonus cepat-cepat la place order k! If lambat, lepas raya la korang blh dpt stok yg anda order.

Untuk makluman, cut off date untuk order online Shaklee will be on 30th June.. manakala last date untuk
pos menggunakan perkhidmatan Poslaju pulak, will be on 29th June 2016.

Cepat-cepat! Lagi 9-10 hari je lagi! Wasap susap je saya [Emilia | 012.373.2589]


Nutriferon Sebagai Stok Kecemasan Anda

Assalamualaikum

Huhu.. saya sakit tekak, selsema sikit and terasa seperti nak demam.

Jadi, sahur tadi saya ambil Nutriferon, vitamin C dan Performance Drink sebagai ikhtiar untuk saya boostkan immune system badan dan elakkan supaya badan tidak terhidrat.

Nutriferon adalah kit kecemasan yang bagi saya perlu ada. Yela, kekadang tanpa kita jangka tetiba badan rasa macam nak demam atau rasa tak sedap badan. So bila ada rasa begini, saya akan cepat-cepat telan Nutriferon ni. Alhamdulillah, rasa nak demam tu akan hilang. Tapi kalau Allah kata kita nak demam juga, tu tandanya Allah nak hapuskan dosa kecil kita, jadi redha jela. Kita cuma cuba berikhtiar. Bukan apa, sebab kalau kita tak sihat, kualiti kerja pun akan terjejas. Sedangkan pekerjaan kita juga suatu ibadah. Jadi, dah alang-alang tu lebih baik kita cuba yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik!

Nutriferon ni sesuai untuk setiap golongan umur. Untuk kanak-kanak bawah 2tahun, ada cara makan dia. Rasa dia? Manis-manis labu. Insha Allah anak-anak sukar untuk tolak. Siap ada yang ratah macam candy lagi. Sebab tu kena sorok! Kikikiki..

Mahu cuba? Whatsapp saya: Emilia | 012.373.2589. Nak saya COD pun boleh.. Shah Alam area (section 1- 24)


Sunday, June 19, 2016

Apa Juadah Berbuka Anda?

Apa Juadah Berbuka Anda?


Assalamualaikum

Petang-petang gini, takde buat apa ni. Saja la santai-santai sambil belek folder gallery dalam handphone.

Then baru teringat semalam punya menu berbuka!
Yeszaa.. menu berbuka di rumah kakak saya smlm jika dilihat dah macam menu raya dah wei! Ada nasi mandy, rendang ayam, daging masak hitam, mi kari, murtabak, kek, cupcake, bubur kacang, aiskrim, tembikai.. air pulak, dah tentu-tentu air manis; kopi o panas dan teh o panas.

Dalam pada sibuk-sibuk untuk saya bersiap semalam untuk ke rumah kakak saya, saya tak lupa untuk tapao sekali pelindung kolesterol dan pemecah lemak saya! See, blh nampak kan 2 botol yang terselit di antara lauk pauk tu!

Rasa best bila saya ambil vitamin-vitamin keluaran Shaklee.. sebab, setiap vitamin yang dikeluarkan akan menjalani ujian klinikal bagi memastikan kualiti mengikuti piawaian. So insha Allah selamat untuk diamalkan. Bukan apa, takut juga dengan sekarang banyak produk yang claim berkesan, tapi ujian klinikal yang dilakukan tidak sekerap seperti produk range yang dijalankan oleh Shaklee. Plus, Shaklee juga halal ya!

Penting tau untuk kita pastikan makanan yang diambil halal kerana ia akan menjadi darah daging kita.. beringat ya!

Untuk order dan COD Shaklee area Shah Alam, boleh je roger-roger! Emilia | 012.373.2589

Okla, lain masa saya berceloteh lagi ya! Nak memprojek buat kuih lagi ni, yeehaa!! Emilia san, gambate!

Nanti saya buat review kek dan cupcakes seperti dalam gambar tu, k!

~love~


Jadual Kerja Ketika Berpuasa





Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua kita berpuasa.. Amacam puasa korang? Ok? Blh maintain tenaga sampai ke petang? Hehe.. Meh saya nak share rutin sepanjang bulan puasa ni.

Biasa saya bangun untuk sahur sekitar pukul 4.30am.. bangun tu biasanya panaskan lauk, ceduk nasi and buat air.

Tuptaptuptap, pukul 520am saya dah selesai sahur, kemas meja, basuh pinggan dan kemas dapur.

Sementara nak masuk Subuh tu, saya akan minum air kosong takpun air Performance Drink sebagai usaha untuk memastikan badan tak terhidrat.. yela, keje kat dalam ofis yg fully aircond, kulit cepat kering uols! And bila turun ke production, panas lit2 weih, rasa bahang!

Pastu, biasanya lepas solat Subuh, saya akan baca Qur'an dan bersiap untuk ke ofis.

Sampai je kat ofis, saya akan prepare report production dan emailkan kat bos2. Setel je prepare report tu, then baru la saya boleh untuk buat kerja hakiki yang lain sampailah pukul 5pm.

Tapi biasanya pukul 5pm saya jarang dapat balik awal sebab sangkut dalam meeting harian. Bila dah dapat balik tu, memang akan pecut la wei nak prepare untuk berbuka pulak!

Biasanya husband saya akan beli 1-2 jenis kuih atau lauk. So balik tu pun kiranya saya takdela busy sangat pun.

Kemudian, in between waktu berbuka tu saya tgk video ceramah ataupun buka rancangan tvalhijrah.

Bila dah time berbuka pula, saya akan makan sambil suap anak. Then kemas dapur and cuci pinggan semua sebelum tunaikan solat Maghrib.

Once dah siap Maghrib saya akan tunggu sehingga Isyak dan continue with terawih. Pastu saya akan tidur sebagai rehat untuk menempuh hari esoknya!

Fuh, berjela cerita kan.. tak penat ke? Alhamdulillah tak penat. Sebab? Kalau korang perasan, saya tak cite detail pun kan saya consume supplement atau vitamin Shaklee yang mana, betul?

Sebabnya saya nak korang wasap saya dan tanya, "Sis consume apa ye? Baca entry sis, jadual sis pack dengan aktiviti tapi melalui penceritaan saya dpt bygkan yang sis tak penat"

Haaaa.. sampai mcm tu sekali saya bermonolog! Jadi, duk buat apa la buang masa duk pendam pertanyaan tu dalam hati? Whatsapp je saya k! Insha Allah, saya akan beri consultation first class!

Emilia Hazrina Kasmurin
012.373.2589


Saturday, June 18, 2016

Hujan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sejak semalam lagi hujan dan cuaca mendung. Jadi rasa sejuk je.. Malam tido pun best je.. hehe

Apa plan anda hari ni?

Saya plan untuk berbuka di rumah kakak saya! Juadah yang bakal dibawa bubur kacang, kek dan cupcakes! Wah, semuanya juadah manis nampak!

Nanti berbuka kita telan pelindung kolesterol dan pemecah lemak dulu k!

Untuk ready stok, boleh contact saya - Emilia | 012.373.2589


Set Hamil Paling Comel





Isteri anda hamil?
Tahniah saya ucapkan! 😉

Dah dapat berita gembira mesti anda sibuk utk plan yg terbaik utk isteri dan jg kandungan.. Ada yg dah plan nak ambil takaful utk si comel and ada jg yg dah berura-ura utk membeli kelengkapan yg terbaik utk bayi yg bakal lahir kelak.

Tapi, bagaimana pula dgn nutrien si ibu? Kerana setiap nutrien yg diambil oleh si ibu juga mempengaruhi tumbesaran bayi dlm kandungan.

Isk, dah konfius dah kan nak dahulukan yg mana?

Suami yg bijak pasti akan cuba beri yg terbaik utk isteri dan bayi..

Jadi,
apa kata berikan set mengandung Shaklee supaya isteri tercinta boleh consume! Bila isteri dah consume, manfaatnya akan dikongsi bersama buah cinta yg dlm perut tu.. bukan kah itu namanya konsep sharing is caring? Blh la tu praktis konsep sharing ni utk keluarga kecil yg baru dibina ni.. heheh.. kata sayang isteri, bkn ka?

Nak tahu lebih lanjut apakah set mengandung Shaklee, takyah segan la haih.. wasap je.. kalau segan jgk blh pm.. tapi kalau segan jgak, tu maknanya sayang isteri hanya di bibir sahaja..huhu! Jgn lupa WA noh!

0123732589 | Emilia


Friday, June 17, 2016

Masalah yang sering di hadapi oleh ibu menyusu

Assalamualaikum

Tu diaa.. panjang tajuk entry kan? Haha

Kebetulan ni nak cerita ni. Ofismate baru je bersalin. Then tau je la kan, bila dah lepas bersalin automatik payudara akan penuh dengan susu. Jika lambat untuk dikeluarkan, maka si ibu akan mengalami bengkak susu.

So, kawan saya ni pun tanya la kat saya, macam mana nak atasi bengkak susu? So saya pun share kan la petua bagi mengurangkan bengkak susu yang dialami.

Feedback yang saya terima, masih lagi belum surut katanya. Saya pesan kat dia, jangan sampai tahan demam.. Once demam, biasa bukan demam sikit-sikit. Pengalaman saya sendiri dulu, bila demam tu combo dengan gigil-gigil tu.. uih, pengalaman betul.. tapi best! Hehhe 😃

Since then, saya pun suggestkan kat dia untuk consume Lecithin. Saya ceritakan kat dia manfaat yang bakal diperoleh dengan mengambil Lecithin iaitu bukan sahaja dpt membantu mengelakkan daripada duct tersumbat, tapi ia juga dapat memecahkan lemak supaya cepat kurus. Plus, Lecithin juga berupaya meningkatkan daya ingatan! Memang sangat diperlukan dan sesuai untuk wanita yang dah bersalin. Akhirnya beliau bersetuju untuk mencuba. *kawan saya ni dia bercita-cita utk pantang cara tradisional, tu yg dia plan utk follow petua and try to avoid amalan moden*

Jadi, buat sesiapa yang mahu saya COD area Shah Alam especially, boleh je roger saya k!

For those yang mahu mencuba Lecithin, saya ada yang ready stock!

Emilia Hazrina Kasmurin
012.373.2589


Tuesday, June 14, 2016

Selamat Berbuka

Assalamualaikum

Ada lagi kurang lebih setengah jam lagi untuk tempat saya berbuka.

Saya ucapkan Selamat Berbuka Puasa buat semua!

Baca doa dan mulakan dengan kurma, ya!

~love~


Monday, June 13, 2016

Persediaan Ramadhan

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa.
Dalam pada pejam celik tu, saya jgkla yg terkebil2 nak siapkan entry.. aduhhh.. ngapain loh?

Haha..ni semua penangan busy dengan paper approval, meeting sana situ sana sini kena attend.. pehtu, buat meeting recap.. setelkan keje hakiki sket.. then pantau anak buah, tanya whether dorg ok ke tak.. pastu semak hasil keje dorg, buat internal meeting.. tup tap tup tap, dah pukul 5pm!

During lunch hour pun kekadang terlajak buat keje and sebabkan dah penat berfikir, tu yg take a nap. *jarang tau saya blh nak tdo kat ofis melainkan dah penat sesangat*

K, apa yg saya nak cite dari td sebenarnya? Saya nak cite psl apa preparation yg telah saya lakukan untuk menyambut Ramadhan.. so sangatla rugi kalau tak grab opportunity ni.. ofkos la, bulan yg penuh keberkahan.. penghulu segala bulan.

Jadinya, untuk memastikan yg kita tak terlepas drp peluang yg baik ni utk kita gandakan ibadah,, bykkan sedekah dan segala perbuatan terpuji yg lain, maka kita perlulah bersiap dr segi mental dan fizikal.

Alhamdulillah, utk persediaan Syawal, saya dah ready dah. Bukan bermakna saya bersemangat terlebih, tp saya nak pastikan yg saya dpt fokus pada bulan Ramadhan Al Mubarak ni..

Since dah ready mental, fizikal pun kena la jgk get ready. So apa yg saya lakukan? Hehehhe... cer teka cer teka.. Gapo? Saya apply cuti sebulan? oh tidak! Saya seorg pekerja yg tahu akan tanggungjawab, jadi pilihan utk cuti sebulan tu mmg ofkos la tak dpt perkenan superior saya.. hewhewhew *byk keje beb!*

Okla2, nindia nak habaq ni.. saya prepare fizikal saya dengan consume set Ramadhan Shaklee!

Apa yg terkandung dalam set ni?

Kita ada Performance Drink, Mealshake, ESP dan juga Lecithin. Untuk makluman, setiap set ni ada fungsi dan kebaikan yg tersendiri.

Jika ditanya kepada saya mana satukah yg saya pilih jika diberi pilihan? Saya akan katakan semuanya saya akan ambil! Kenapa? Nak tau sebab musababnya, mai WhatsApp je k!

Milia
012-373 2589


#shaklee
#vitaminforall

Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni dah hari ke-4 umat Islam berpuasa.

Lama tak saya tak up entry.. busy lately, sampai nak singgah berblog pun tak sempat.

Just nak drop by untuk ucapkan "Ramadhan Kareem buat semua". Semoga ibadah yg kita kerjakan diterima Allah

Happy and smile always! ~love~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...