Pages

Thursday, February 25, 2016

Shaklee: Collagen, Nutriferon & Mealshake

Assalamualaikum

Harini dah gaji.. So dapat order daripada seorang customer ni. Customer ni mengadu yang anaknya takde selera makan selain daripada tu, anaknya juga kerap demam.

So, saya pun tanya, ada tak cuba bagi kat anaknya any supplement ataupun vitamin? Katanya, dah cuba bagi vitamin tablet kunyah. Tapi hanya 2 kali je yang anaknya betul-betul makan.. Yang lainnya, anaknya buang.. Kemudian, customer pun ada bagitau yang anaknya juga mempunyai ekzema.

Kesianlah bila saya dengar customer mengadu macam ni.. Pulak tu, babitkan anak-anak.. haih..memang tetiba rasa sayu, sebab teringat kat anak sendiri.

Jadinya, saya pun syorkan untuk customer ni tadi berikan Mealshake untuk anaknya. Khasiat Mealshake adalah ia dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh.. Selain daripada itu, dapat meningkatkan selera makan anak-anak dan ia dapat membantu penyerapan keperluan zat nutrient yang diperlukan badan kerana mealshake telah lengkap dengan 19 vitamin dan mineral. Selain itu, ia juga membantu mencegah sembelit.

Untuk pengetahuan, mealshake ni mudah larut ya! So, anak-anak takkan rasa bergentel kat lidah. Rasa vanillanya menambahkan keenakannya apabila digabung dengan susu. Seperti saya, bila prepare pancake, saya pasti akan tambahkan mealshake ini ke dalam adunan pancake. Kenyang pun dapat, khasiat pun dapat. Siapa yang takmau kan? Oh ya, mealshake pun sesuai untuk yang mempunyai masalah ekzema tau.

Untuk Nutriferon pula, saya syorkan untuk customer berikan kepada anaknya bila anaknya demam. Ini kiranya bukan daily intake. Ambil apabila perlu. Nutriferon juga sesuai diambil oleh orang dewasa. Tugas Nutriferon adalah untuk memboostkan immune system badan. So, bila kita yang dewasa ni rasa nak demam, atau dedar-dedar, bolehlah ambil 1 sachet Nutriferon yang dibancuh dengan air panas atau air sejuk, dan segera diminum. Bagi kanak-kanak pula, 1 sachet perlu dihabiskan dalam masa sehari. Maknanya 1 sachet dibahagi kepada 3 bahagian. Bukan diambil sekaligus.

Since, customer saya risau dan titiberatkan tentang kesihatan anak-anak, saya pun tanya, "Puan, bagus puan ambil berat tentang anak-anak.. Yela, risau kan.. Tapi Puan pun kena juga jaga kesihatan dan ambil supplement."

Terus customer saya tanya tentang kelebihan Collagen Powder.. heheh... Collagen Powder ni banyak kelebihannya. Antaranya, mencerahkan kulit, menambahkan keanjalan kulit, agen anti penuaan, menyuburkan rambut dan melembutkan kulit. Selain itu, ia juga dapat memudarkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi perempuan ni, bila dah ada anak, dah pasti akan kerap bangun malam bancuh susu, berjaga malam bila anak demam. Tu belum lagi stres di tempat kerja lagi. Dah pasti, tanda-tanda penuaan akan cepat nampak. Jadinya, sebelum tua daripada usia, lebih baik cepat-cepat cegah.

Setelah saya sharekan kebaikan supplement Shaklee, jadinya, customer saya tadi setuju untuk close order Collagen, Nutriferon dan Mealshake. Alhamdulillah.. Anda di luar sana, jangan segan silu untuk hubungi saya untuk dapatkan info tentang produk Shaklee. Free consultation ya!




Hubungi Rakan Shaklee Anda:
Milia - 012.373.2589 

Wednesday, February 24, 2016

JPO , Freeport dan MPO? Mana pilihan anda?

Assalamualaikum

Kalau sebut je factory outlet, pasti ramai dapat bayangkan macam mana rupa dan suasananya. Kebiasaannya, item yang dijual di factory outlet adalah item berjenama tapi dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Di Malaysia, factory outlet pertama dibuka adalah di Johor iaitu Johor Premium Outlet (JPO). Menerapkan konsep seperti factory outlet di UK, *boleh rujuk entry ke UK saya* iaitu mengumpulkan kedai-kedai barangan berjenama di suatu kelompok dan anda boleh membeli pada harga yang mampu milik.

Apa yang saya dapati, di JPO ni banyak kedai berjenama mewah dan terkenal seperti Salvatore Ferragamo, Burberry, Coach, Braun Buffel, DKNY, Furla, Armani, Lacoste etc. Pada kunjungan saya sebelum ini, saya hanya masuk kedai Braun Buffel dan beli purse je di sana. Butik berjenama mewah yang ada saya tak berani nak masuk.. hewhew.. Tengok harga kat butik KLCC pun boleh pengsan... Tapi maybe yang kat JPO ni, harga dah ada diskaun kaw-kaw kot..

Oh ya, untuk makluman item yang dijual di sini bukanlah yang new arrival. For those yang tak kisah dan tidak mencari latest version, boleh la ke sini. Sebagai contoh, pengalaman saya sendiri k.. Saya ada nak beli sehelai cardigan, dan apabila saya minta untuk warna lain, sales girl tu cakap, "Ni je stok yang dari branch KL hantar.." Means, bila kat KL tak boleh nak jual, stok tu akan dijual di sini. Sebab tu saya mention tadi, kalau anda tak kisah item tu bukan new arrival, bolehlah untuk membeli di sini.

JPO ni saya sarankan untuk anda ke sini ketika cuaca mendung atau sedang-sedang. Sebab dia konsep open space. Cuba anda bayangkan, kat kaki lima kedai tu memang hangat rembang mentari, then tetiba anda masuk ke kedai yang aircond sejuk gile. So, badan boleh terkejut sebab perubahan cuaca yang ketara. Memang boleh demam I tell you.. 

Mitsui Premium Outlet (MPO) pula, terletak di Sepang. Ownernya dari Jepun. Konsepnya lebih kurang sama macam JPO. Cuma kedai / butiknya berada dalam mall. Lebih selesa. Foodcourt pun ada, di aras 2.. Restoran makanan jepun dan cina pun ada. Surau yang disediakan pun boleh dikatakan selesa. Parking space yang besar dan luas. Cuma kat sini saya tak sure whether item yang dijual new arrival ataupun sama seperti di JPO.

Freeport A Famosa Outlet, terletak di Alor Gajah. Sebelah je kat A Famosa Safari tu. Parking space, jauh gile. Kedai / butik yang ada, lebih kurang sama macam kat MPO. Konsepnya sama macam JPO iaitu open space. Foodcourt so far takde, yang ada foodtruck, which memang kena beratur panjang, dibuatnya anak tengah bad mood, haih, memang boleh menaikkan tahap kesabaran. Parking fees, buat masa ni, still free. Kat sini, saya tak shopping apa-apa pun. Sebab item yang ada pun, sama dengan kat MPO dan sama je harganya.

Saya simplifiedkan dalam bentuk table la ye.

Factory Outlet
Pro
Cons
Johor Premium Outlet
·         Banyak butik mewah dan jenama terkenal.
·         Harga diskaun up to 70% (depends on brand and promo)
·         Ada foodcourt.
·         Ada surau
·         Open space yang boleh mendorong demam jika badan tak tahan.
·         Kurang sesuai untuk baby (jika cuaca panas sangat)
·         Ada fee parking.

Mitsui Premium Outlet
·         Banyak kedai / butik mampu milik
·         Ada foodcourt
·         Kedai berada dalam bangunan
·         Fully aircond – tiada factor yang boleh mendorong perubahan cuaca mendadak
·         Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil
·         Ada surau

·         Ada fee parking.
Freeport A Famosa Outlet
·         Banyak butik / kedai mampu milik
·         Surau tak sure ada ke tak, sepatutnya ada
·         Open space konsep
·         Tiada foodcourt, hanya ada foodtrucks.
·         Parking quite jauh.
·         Free parking fees.







~love~

Tuesday, February 23, 2016

Nasi Lemak Royale, Kedah Baq Haaang


Assalamualaikum

Pernah mencuba nasi lemak royale?
For those yang duduk kat area Klang Valley, anda boleh cuba nasi lemak ni kat Ampang. Khabarnya, Agong kita memang suka sangat pekena nasi lemak ni. So, bagi memudahkan Tuanku nak makan pada bila-bila masa, jadinya kedai ni pun dibuka di Ampang. Katanya ada 2 lot kedai ini dibuka.

Saya pernah tanya kat orang yang memang origin from Kedah, boleh pulak dia taktau.. Selamber dek je vendor saya tu blh cakap, "Nasi lemak royale? Tak pernah tau pun."

So dah alang-alang saya ke Utara sambil melawat tempat jatuh lagi dikenang, saya pun singgah la makan Nasi Lemak Royale ni.

Yang saya singgah ni yang cawangan Jitra. Yang betul-betul original kat Anak Bukit.

Untuk pengetahuan, nasi lemak kat Kedah memang warna kuning. Jadinya korang usah persoalkan k! hahah.. Sebab memang saya dari kecik pun, makan nasi lemak dorang kaler kuning.


Tgk, kereta putih tu pun berhenti tepi je nak pekena nasi ni


Ayam, kentang and telur

Telur dan sotong

Ayam dan telur

Basically nasi lemak royale ni, nasi kandar la kot senang ceritanya. Taste wise, ok la kot.. Saya pun terkesima tengok sambutan pelanggan kat gerai ni. Gerai ni sempoi je, kat tepi jalan.. Tapi, ramainya ya amaaattt~~ Ada yang dah makan, siap tapao lagi.. Kena mandrem ke apa pun tak sure la..

For those yang ada plan nak ke utara, try la google Nasi Lemak Royale dan try sendiri. 


~love~


Menarik di Melaka

Assalamualaikum

Selalu saya upkan entry pasal makan-makan je kan. Apakan daya, memang diri ini suka makan dan aktiviti makan memang takkan terskip dalam sehari.

Kali ni, nak share apa yang menarik di Melaka. Gambar ni saya jumpa kat dalam handphone bertarikh sekitar hujung tahun 2015.

Siapa yang nak try cendol, di Melaka ni ada satu kedai yang jual pelbagai variasi cendol iaitu di Cendol Mustafa. Kedai ini juga jual rojak. Masa saya berkunjung ke sini, saya just cuba cendolnya sahaja. Kawan belanja. Orang kata kalau member belanja, yang sedap pun jadi sedap kan? But for me, rasanya biasa-biasa je. Sedap lagi cendol lori yang ada jual laksa sekali tu..

Cendol Mustafa
Selain tu, kat sana juga ada port asam pedas yang popular iaitu Asam Pedas Claypot. Kedainya berhampiran dengan Pak Putra Roti Nan. Memang ramai kedai ni. Semua bangsa ada. For this asam pedas, saya lebih preferred kedai asam pedas Hajah Mona tu. hewhewhew. For price wise, saya rasa lebih mahal compared to Hajah Mona.

Asam Pedas Claypot

K, tu je yang nak share..




~love~

Monday, February 22, 2016

Nando's at IOI Putrajaya


Assalamualaikum

IOI Putrajaya.. Akhirnya baru berjaya step in kat mall yang dikhabarkan terbesar tu kan.. Memang besar sangat wei, naik lenguh berjalan.

Kalau nak diikutkan, plan firstnya nak makan aiskrim Magnum yang pertama dibuka di Malaysia. Sebab kedai aiskrim Magnum ni memang dah popular kat Indonesia. Since tengok review, sampai beratur panjang, jadinya diri ini pun nak jugak join the fun la dalam meramaikan kedai yang dikhabarkan sedang hot tu.

Tapi, jalan-jalan asyik sangat berjalan, sampai terlupa plan nak makan aiskrim tu. Sebabnya taktau yang kedai Magnum tu menghadap luar. So senang cerita, kitorg tak perasan pun lokasi kedainya kat mana, dan secara tak langsung terus terlupa niat nak makan aiskrim tu. Sudahnya, kami makan la Nandos.. Hehe, I'm not into Nando's. Tapi, disebabkan saya tak banyak songeh, jadinya just follow je my Mr. Right.

His


Mine
Untuk visit kali ni, kami tak shopping apa-apa pun. Cuba cari cover pouch untuk my external hard disk, tapi jumpa yang tak berapa semenggah kualitinya. Then i decided untuk purchase online je guna Lazada. So, apa aktiviti kami di IOC Mall Putrajaya? Kami just main bowling and drink chatime. 

So, bilanya yang perasan niat nak makan aiskrim tu? Dah sampai rumah baru perasan, "Eh, tak jumpa pun kan kedai Magnum tu? Patutlah macam ada something missing je.." 


~love~

Saturday, February 20, 2016

Nasi Kukus Ayam Berempah, Seksyen 7

Assalamualaikum

Kalau haritu saya pernah share nasi kukus RZ di Seksyen 7? Kali ni nak share nasi kukus kat mall yazid burger tu.

Nama kedainya Nasi Kukus Ayam Berempah. Kalau nak pergi sini, still kena beratur panjang.. Nampak tak? Tu semua pakat nak makan nasi kukus tu la.. Kebetulan masa saya datang ni, ayamnya sedang digoreng. Setia saya menunggu, perut dah memang lapar tahan gaban dah.

Berduyun yang beratur


Walaupun ayam goreng yang saya dapat adalah panas-panas dari kuali, tapi tetap tak berjaya menarik selera saya yang sememangnya sedang lapar. Hati dah melekat kat RZ nasi kukus ohoii.

Lihat, walaupun kuahnya banyak, tapi tak dapat nak challenge kuah di RZ. Plus, sambalnya pun RZ still win.

Nasi kukus ayam berempah


But you guys, boleh try dulu sebelum korang telan bulat-bulat apa yang i cakap ni.. Lokasinya kat medan makan student-student Unisel. Yang ada Nasi Arab.. yang ada mee ketam.. yang ada yazid burger dan jus gelas besar. Bangunan dia kaler coklat. Korang try dulu k!

My vote is 2 stars.. heheh..


~love~

Friday, February 19, 2016

The Loaf, Mitsui Premium Outlet


Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, blog saya ni banyak saya sharekan resepi, aktiviti makan-makan, and ada masa luahan hati dan perasaan. Review movie tu ada la sikit-sikit, since tak berapa nak reti sangat nak ulas pasal movie ni. Sebab saya jenis yang tengok and saya buat summary whether best or tak. Then, terus saya akan delete dalam kepala ni. So, nama watak pun jarang saya nak ingat. hehuu.. *maafkan kekurangan diri ini ;P*

Kali ni, saya nak share trip saya ke Mitsui Premium Outlet pulak. Siapa dah pernah sampai jejak kaki ke sini? Buat pengetahuan, saya dah sampai sini 3 kali buat masa ni. Hehe.. saje jalan-jalan dan cuci-cuci mata. Jumpa yang berkenan and ada budget lebih, shopping la saya.

Untuk trip yang pertama, just more into tengok kawasan supaya lebih familiar. So, just rembat baju untuk anak je.

Kali kedua saya sampai, saya beli beg galas.

Trip yang ketiga baru saya shopping sakan. Hehe.. Saya beli kasut, perfume and coklat. While my husband beli jeans and shirts kat Levi's. 

MPO ni pada saya jauh lebih selesa compared to JPO and Freeport kat Melaka tu. Sebabnya, kedai-kedainya dalam mall. So, ada aircond and teduh. Jadinya, nak bawa anak kecik pun takde masalah. Plus, dalam mall ni ada kedai makan dan juga foodcourt. So bila shopping-shopping, lepas tu rasa lapar, no hal babe! Kedai makan ada kat aras 2, rileks je boleh gi makan.

So, dalam kes saya ni, kitorg makan kat The Loaf.


We all order beef lasagna and warm water.

Waktu tu, customer agak pack, tapi they all manage to attend customer well. Saya suka!

Beef Lasagna
Pasta carbonara

Air? Cukup dengan warm water and orange juice. Lepas kenyang dan solat, kami sambung semula sesi terjahan lain.. hehe..


~love~









Sudut Shaklee
Anak selalu demam? Bermakna kena bantu untuk boost immune system. Bagaimana caranya?

WA | 012.373.2589




Thursday, February 18, 2016

Resepi : Cheesecake pie

Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tak share resepi kann... hehe..
Baru-baru ni tetiba pula rajin nak buat cheesecake.
Plan asalnya memang nak buat cheesecake. Tapi disebabkan ada 1 buku je cheesenya, jadinya tak berkembang naik, makanya saya pun namakannya sebagai pie je la ye.. Gambar kisahnya, saya lupa nak snap.. end up, dah habis dah pun dimakan.. Tapi takpe, still juga saya akan sharekan resepi.

Bahannya simple je weih.. serius, simple gile untuk buat cheesecake ni..

Bahan-bahan:

  • Biskut digestive
  • Sedikit air (biasanya orang akan guna melted butter, tapi saya guna air je)
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • coklat nutella sebagai hiasan
Serious, senang beb nak buat... takde alasan nak bermalas-malasan. Sebab kek ni, boleh dikategorikan sebagai kek yang paling senang nak buat.

Cara-cara:
  1. Biskut digestive tu dipecah-pecahkan guna jari. Kemudian, padatkan ke dalam loyang as base. Nak senang, padatkan guna belakang sudu. Masa nak padatkan tu, renjis-renjis sikit dengan air. *see, dah bagi resepi yang mudah, siap bagi tips nak mudahkan korang lagi..haih geram betul la kalau korang still tak nak buat jugak, memang nak kena pukul la korang ni..heheh :P*
  2. Dah siap? Boleh simpan ke dalam peti sejuk dulu, bagi dia keras sikit.
  3. Guna hand mixer, putar cream cheese bersama gula hingga rata. Guna kelajuan slow je.
  4. Masukkan tepung.
  5. Masukkan telur dan ratakan guna whisk je kali ni.
  6. Tuang ke dalam loyang yang kita dah siapkan base dia tadi.
  7. Titikkan coklat nutella, dan lukiskan bagi ada corak-corak sikit
  8. Bakar ke dalam oven dengan suhu 200 darjah celsius, selama 20minit.
  9. Siappp!!
Oh ya, saya guna loyang bulat 8 or 9 inci, tu yang lapisan keknya jadi rendah.

Kek ini sedap dihidang dengan kopi o ataupun nescafe o.

Orait, sekian sahaja resepi untuk entry kali ni.


~love~

Wednesday, February 17, 2016

House Of Nasi Kerabu (HONK), PKNS

Assalamualaikum

Lama betul menyepi daripada berblog.. Busy weih.. Semalam meeting pun habis lewat petang.. Harini baru boleh tarik nafas lega sikit eventho ada nampak calendar invite untuk attend meeting petang jap lagi.. Sebab, rasa macam tanak attend meeting tu.. *boley kan tanak join meeting*

Anyway, bukan topik meeting yang nak diceritakan harini. Tapi, saya nak share pengalaman makan nasi kerbau..eh, nasi kerabu..

Siapa yang suka makan nasi kerabu, boleh try makan kat sini. Saya disebabkan dulu study kat Terengganu, jadi biasa jugakla makan nasi kerabu, so boleh adapt untuk makan hidangan ni.

Restoran ni namanya House of Nasi Kerabu atau nama singkatan HONK. Boley try google lokasi kedai ni sebab rasanya kedai ni ada banyak cawangan. Yang ni saya makan kat cawangan di Kompleks PKNS.

Kedainya kecik je. Masa ni saya makan dengan Haszeli dan En. Zul. So, masa order tu, tetiba selera saya pun terikut selera diorang ni. Jadinya, saya order nasi kerabu jumbo which complete with solok lada and ikan goreng as you can see. Dan air teh tarik madu ais.. Itu pasal buih tinggi membuak-buak sampai penuh piring.
 

Teh tarik madu
Nasi kerabu jumbo

Menunya macam biasa, pilihan sama ada ayam bakar atau daging bakar. Cuma sekarang dia tambah 1 lagi menu iaitu udang galah.

My review was, ok sedap! Cuma, lambat servisnya.

#nasikerabu
#lunch

~love~


SUDUT SHAKLEE
Suppliment Shaklee yang sesuai untuk buang angin:
- Garlic
- Peppermint

Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk WA| 012.373.2589
Rakan Shaklee Anda

#Shaklee2u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...