Pages

Wednesday, February 17, 2016

House Of Nasi Kerabu (HONK), PKNS

Assalamualaikum

Lama betul menyepi daripada berblog.. Busy weih.. Semalam meeting pun habis lewat petang.. Harini baru boleh tarik nafas lega sikit eventho ada nampak calendar invite untuk attend meeting petang jap lagi.. Sebab, rasa macam tanak attend meeting tu.. *boley kan tanak join meeting*

Anyway, bukan topik meeting yang nak diceritakan harini. Tapi, saya nak share pengalaman makan nasi kerbau..eh, nasi kerabu..

Siapa yang suka makan nasi kerabu, boleh try makan kat sini. Saya disebabkan dulu study kat Terengganu, jadi biasa jugakla makan nasi kerabu, so boleh adapt untuk makan hidangan ni.

Restoran ni namanya House of Nasi Kerabu atau nama singkatan HONK. Boley try google lokasi kedai ni sebab rasanya kedai ni ada banyak cawangan. Yang ni saya makan kat cawangan di Kompleks PKNS.

Kedainya kecik je. Masa ni saya makan dengan Haszeli dan En. Zul. So, masa order tu, tetiba selera saya pun terikut selera diorang ni. Jadinya, saya order nasi kerabu jumbo which complete with solok lada and ikan goreng as you can see. Dan air teh tarik madu ais.. Itu pasal buih tinggi membuak-buak sampai penuh piring.
 

Teh tarik madu
Nasi kerabu jumbo

Menunya macam biasa, pilihan sama ada ayam bakar atau daging bakar. Cuma sekarang dia tambah 1 lagi menu iaitu udang galah.

My review was, ok sedap! Cuma, lambat servisnya.

#nasikerabu
#lunch

~love~


SUDUT SHAKLEE
Suppliment Shaklee yang sesuai untuk buang angin:
- Garlic
- Peppermint

Untuk maklumat lanjut, jangan segan silu untuk WA| 012.373.2589
Rakan Shaklee Anda

#Shaklee2u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...