Assalamualaikum
Selalu saya upkan entry pasal makan-makan je kan. Apakan daya, memang diri ini suka makan dan aktiviti makan memang takkan terskip dalam sehari.
Kali ni, nak share apa yang menarik di Melaka. Gambar ni saya jumpa kat dalam handphone bertarikh sekitar hujung tahun 2015.
Siapa yang nak try cendol, di Melaka ni ada satu kedai yang jual pelbagai variasi cendol iaitu di Cendol Mustafa. Kedai ini juga jual rojak. Masa saya berkunjung ke sini, saya just cuba cendolnya sahaja. Kawan belanja. Orang kata kalau member belanja, yang sedap pun jadi sedap kan? But for me, rasanya biasa-biasa je. Sedap lagi cendol lori yang ada jual laksa sekali tu..
Cendol Mustafa |
Selain tu, kat sana juga ada port asam pedas yang popular iaitu Asam Pedas Claypot. Kedainya berhampiran dengan Pak Putra Roti Nan. Memang ramai kedai ni. Semua bangsa ada. For this asam pedas, saya lebih preferred kedai asam pedas Hajah Mona tu. hewhewhew. For price wise, saya rasa lebih mahal compared to Hajah Mona.
Asam Pedas Claypot |
K, tu je yang nak share..
~love~
No comments:
Post a Comment