Pages

Wednesday, January 6, 2016

Memoir July 2011 Lagi

Assalamualaikum

Huhu.. tetiba nak termemoir July 2011.. hikhik..

Ok, maybe ada yang macam konfius, bila saya ada share video-video clip untuk tajuk Memoir July 2011. Meh nak explain meh..

Untuk video-video clip yang I share dulu tu, sebenarnya adalah jalan cerita on apa yang I rasa after broke up. Kiranya lebih kurang macam fasa pasca yang masih mengharap pada si dia.. masih tak percaya apa yang berlaku.. kiranya fasa tak jejak di bumi yang nyata. Fasa yang masih terngiang-ngiang kata putus.

"Eh, aku kena tinggal?"
"Apa salah aku.. tetiba kena putus.."
"Oh lupa, aku bukan kekasih siapa-siapa sekarang.. sebab aku bukan menantu pilihan.." 
*sangkaan itu ku pegang selama bertahun-tahun.. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun itulah aku ditipu*

But, slowly move on. Nak kumpul kekuatan untuk move on tu, azab wei.. Slowly kat sini bermaksud fasa merangkak atau jalan macam siput.. giler lambat untuk move on. Serius, lama untuk saya recover perasaan frust tu.. Sampai satu tahap tu, rasa tak nak kenal dengan mana-mana lelaki. Maknanya, perasaan untuk kembali bercinta tu dah mati. Takde perasaan. Nothing.

But in this entry, saya nak share satu conversation sorang mamat ni yang minta putus dengan awek dia. Cara dia minta putus tu, sangat cliche.. mirip seperti apa yang saya alami. Alasannya juga sama, jauh...sunyi.. mengatakan bahawa saya perfect..*urghhh.. lelaki macam ni ke bila tang nak break ek?* 
Cuma dalam conversation ni, mamat ni jujur la mengaku bahawa yang dia ada orang lain. Meh ikuti conversation di link ni. Situasi dia sebijik macam mana hari yang berlaku pada saya putus cinta pada July 2011 kecuali tang part mengaku ada pempuan lain tu memang takde.. Tu yang saya duk naive yang saya ditinggalkan sebab saya bukan calon menantu pilihan kerana beza pada agama.. Rupanya hampeh, sia-sia je kena tipu.. Tak percaya weih, kena tipu hidup-hidup dengan lelaki..

Dah, malas nak cite lebih,  meh klik sini untuk baca conversation ex couple ni.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...