Pages

Wednesday, January 13, 2016

Kaliph Kebab, Seksyen 13

Assalamualaikum

Anda dah runsing taktau nak cari makanan apa sebagai santapan di malam hari? Nak light-light ala-ala appetizer je portionnya tapi harga yang berbaloi?

Meh, nak tunjuk ada satu port baekkk punya yang boleh anda kunjungi.
Menghidangkan makanan timur tengah, sesuai untuk sesiapa yang just nak having light snack iaitu di Kaliph Kebab.

Kaliph Kebab berlokasi di Seksyen 13 *spesifikkan plishhh, Seksyen 13 tu besar kawasan jajahannya*.. Ala, yang kat Apartment Menara U tu.. dia ni kat tingkat bawah apartment tu.. *masih lagi taktau kat mana Menara U?* ok, senang cite kat area kedai Upin Ipin *haaa, tau dah kan kat mana? Good! ;))*

Antara deco yang ada dalam kedai Kaliph Kebab
Saya berkunjung ke sini pada malam hari ketika hujan renyai. Bila hujan-hujan tetiba perut macam rasa nak mengunyah. Tapi tak nak portion yang besar. So, my brother suggest untuk ke sini bagi menikmati kebab sedap.

Menurut abang saya, pemilik kedai ini adalah orang Melayu dan kedainya juga kecil tapi selesa. Dalam menu, terdapat juga pilihan seperti nasi briyani mandy bagai tu.. tapi, saya just order shawarma yang diberi judul Set B iaitu Shawarma Chicken with Cheese. Yang lain-lain order kebab juga, tapi saya hanya sempat untuk snap kebab saya ni je. Set ni memang dah didatangkan bersama kentang goreng.

Chicken Cheese Shawarma
For price wise, affordable. For taste, not bad.. Cuma kentang yang datang with set tu, tak fresh.. Sebab sejuk, so bila sejuk, dah tak garing.

But overall, ok dan sedap!

Jika saya boleh cuba, anda pun boleh cuba.. kerana kita sama je.. Order, makan dan bayar dengan duit poket sendiri.. heheh... saya tak dapat apa-apa komisyen pun k!

~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...