Pages

Monday, January 4, 2016

Lunch at Boat Noodles, Gamuda Walk Kota Kemuning

Assalamualaikum

Dah lama tekak ni teringin nak rasa makan kat Boat Noodles. Review daripada kawan-kawan masing-masing taksub dengan kesedapan mee kat Boat Noodles ni. Bila dah masing-masing pun share gambar mangkuk bertingkat-tingkat, kita yang menengoknya ni pun meluap-luap la perasaan ingin mencubanya.

Akhirnya, penantian dan keteringinan berjaya dilunaskan. Hahaha.. Aktiviti ini dilunaskan bersama partner in crime, Nadia. Kitorg siap tarik team lain lagi untuk join aktiviti makan-makan kitorg ni.

Basically, Boat Noodles ni menyajikan hidangan mee pada skala kecil. Dalam 4 suap macam tu. Pilihan yang ada adalah sama ada Ayuthia ataupun Sampathong tak silap.. *main belasah je kan? ;P* Ah, senang cite, satu kuahnya masam dan satu lagi kuahnya lemak-lemak pedas. Then kita boleh pilih sama ada nak ayam atau daging.

Senarai Menu di Boat Noodles

So, saya sebagai orang yang pertama kali mahu try, jadinya saya order 1 setiap satu. Maknanya saya ada 4 mangkuk kecil iaitu ayam & daging Sampathong dan ayam & daging Ayuthia. Sama juga untuk kawan-kawan saya yang lain pun order macam tu.. *padanla boleh tangkap gambar mangkuk bersusun bertingkat-tingkat* Oh ya, 1 mangkuk tu harganya RM 1.90 ya!

Macam ni la portion sizenya
Kitorang pun ada order side dish iaitu Steam Bun, 1set kuih apa ntah nama siam dia.. tapi konsep dia lebih kurang macam kuih tepung pelita.. dan juga tempura bayam rasanya tu.. Sorry, lupa nama hidangan.. 

Steam Bun
Kuih Tepung Pelita. 1 set = RM1 

Tempura bayam

Air? Saya just minum kopi panas. Yang lain-lain dorang order ice blended.. Ice blended dia sedap!

My review?

  • Oooo... macam ni ke rasanya? Apa yang sedapnya? hahah... tak brape nak rasa best pun makan. Tapi saya prefer more into kuah yang lemak-lemak pedas rather dan yang kuah masam tu. Sebab rasa masam tu macam came from vinegar.. Tetiba rasa macam tak sihat untuk tali perut time makan tu.. ehhehe
  • Steam bun tu sedap superb! Boleh la untuk kudap-kudap minum petang
  • Kuih tepung pelita tu, ok la..
  • Tempura bayam tu? Not bad..
Untuk saya ulang makan during lunch hour? Err, tak kot.. but for minum petang, ok!

Sekian je food review kat Boat Noodles dari saya. Hehe.. Kalau korang peminat tegar Boat Noodles, silakan teruskan dengan minat anda. Ni saya share apa yang saya alami dan rasai. Saya buat mana-mana review, saya tak terima apa-apa bayaran dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Semua persendirian.

~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...