Pages

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum



Kaliph Kebab, Seksyen 13

Assalamualaikum

Anda dah runsing taktau nak cari makanan apa sebagai santapan di malam hari? Nak light-light ala-ala appetizer je portionnya tapi harga yang berbaloi?

Meh, nak tunjuk ada satu port baekkk punya yang boleh anda kunjungi.
Menghidangkan makanan timur tengah, sesuai untuk sesiapa yang just nak having light snack iaitu di Kaliph Kebab.

Kaliph Kebab berlokasi di Seksyen 13 *spesifikkan plishhh, Seksyen 13 tu besar kawasan jajahannya*.. Ala, yang kat Apartment Menara U tu.. dia ni kat tingkat bawah apartment tu.. *masih lagi taktau kat mana Menara U?* ok, senang cite kat area kedai Upin Ipin *haaa, tau dah kan kat mana? Good! ;))*

Antara deco yang ada dalam kedai Kaliph Kebab
Saya berkunjung ke sini pada malam hari ketika hujan renyai. Bila hujan-hujan tetiba perut macam rasa nak mengunyah. Tapi tak nak portion yang besar. So, my brother suggest untuk ke sini bagi menikmati kebab sedap.

Menurut abang saya, pemilik kedai ini adalah orang Melayu dan kedainya juga kecil tapi selesa. Dalam menu, terdapat juga pilihan seperti nasi briyani mandy bagai tu.. tapi, saya just order shawarma yang diberi judul Set B iaitu Shawarma Chicken with Cheese. Yang lain-lain order kebab juga, tapi saya hanya sempat untuk snap kebab saya ni je. Set ni memang dah didatangkan bersama kentang goreng.

Chicken Cheese Shawarma
For price wise, affordable. For taste, not bad.. Cuma kentang yang datang with set tu, tak fresh.. Sebab sejuk, so bila sejuk, dah tak garing.

But overall, ok dan sedap!

Jika saya boleh cuba, anda pun boleh cuba.. kerana kita sama je.. Order, makan dan bayar dengan duit poket sendiri.. heheh... saya tak dapat apa-apa komisyen pun k!

~love~

Tuesday, January 12, 2016

Koleksi Hidangan di Laman Grill, Shah Alam

Assalamualaikum

Untuk entry petang ni, just nak share koleksi hidangan yang anda boleh dapati di Laman Grill, Shah Alam milik Chef Zubir.

Minta maaf awal-awal, sebab ada gambar yang senget benget. Walaupun gambar senget, tetap boleh gegarkan air liur supaya ngencess.. huhu











Terliur tak? Walaupun gambar dessert senget benget, mesti berjaya mengusik hati nurani dan nestapa untuk menjejeskan air liur kan? Hikhik.. Oh ya, Chef Zubir ada buka restoran lain tau, yang bertemakan grill. Kat mana? Di Star Avenue Mall. Saya pun belum cuba lagi. Nanti bila saya dah cuba, saya buat review k!

~love~






Sardin Puff

Assalamualaikum

Kali ni nak share hasil kedua saya mencuba untuk membuat Puff Sardine!

Duk viral sekarang dan disebabkan ramai yang share, jadinya, berkat daripada ramai yang share tulah membuatkan saya pun terpanggil untuk try buat.

Mudah dan cepat serta sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah pun. Hanya setin sardin dan juga sepeket kepingan paratha. Oh, satu lagi bahan, iaitu kuning telur yang telah dicampurkan dengan sedikit air untuk sapuan di bahagian atas sebelum dibakar.

Mana nak dapat resipi? Google je Puff Sardin mudah, mesti keluar punya. Those yang suka berfb, search je.. Dah rajin duk belek and update FB, jangan pulak tak try yea. Dah viral dah cara nak buat puff ni. So, saya takkan share caranya kat sini. Cuma just nak tunjuk hasil yang telah saya sediakan.

Presenting my version of Sardine Puff

Lepas ni, takyah nak beli kat bakery dah kalau teringin nak makan puff ni. Jimat weih! Serious sedap dan ianya crunchy!

~love~

Monday, January 11, 2016

Pedal minyak patah

Assalamualaikum

Pernah terjadi tak di antara korang, pedal pemijak minyak tu patah? Huhu.. perkara ni happened kat saya tahun lepas.

Kisahnya bermula dengan saya pergi cuci dan wax kereta kat Shine Shine, Tesco. Ketika saya serahkan kereta tu, kesemua item dalam kereta saya tu dalam keadaan baik, termasuklah pedal pemijak minyak tu.

Pekerja tu estimate, kerja-kerja untuk waxing ambil masa dalam 2jam. Saya buat waxing 4 layer tu. Saya bersetuju lalu meninggalkan kereta tersebut dan teruskan niat saya untuk lunch dan cuci-cuci mata dalam pasaraya Tesco tersebut.

2jam telah berlalu..

Saya kembali ke pusat Shine Shine dan mendapati, kereta saya masih lagi in progress, tapi dah final stage. Sedang saya leka menunggu, ketua pekerja Shine Shine datang menegur saya dan ajak saya untuk bersembang serta memberi saya password wifi di kedainya itu. Saya layan acuh tak acuh.

Tak berapa lama tu, tiba-tiba, dia bersuara, "Miss, you punya pedal minyak aa... aiyoh, susah mau tekan.."

Saya senyum je, sebab sebenarnya saya tak berapa faham apa yang cuba dia sampaikan berikutan bahasa Melayu yang dituturkan sangat pekat dengan pelat cina. *aiyak, mamat ni nak ajak sembang, tapi aku lak yang tak paham butir patah perkataan dia..*

Kemudian, dia ulang semula, "Miss, pedal minyak you, susah mau pijak.. tadi aa, saya mau parking sana untuk cuci.. woh!manyak susah mau tekan.. kereta Kelisa itu pun lagi senang mau pijak dari kereta you." *sambil menunjukkan kereta Kelisa yang parking berhampiran dengan kereta saya.*

"Sebab you dah biasa drive kereta mahal.. of kos sedap bila drive.." *nampak tak, jawapan tak synchronize dengan penyataan dia tadi? Aku main taram je weih.. taram dengan penuh confident..bahahahha*

"Tapi kereta you, manyak susah mau tekan itu pedal.." *ok, rasanya macam aku dah paham sikit..berikutan, perkataan susah dan pedal tu diulang-ulang banyak kali.*

"Eh, ok saja i drive tadi. Takde pun susah mau tekan apa-apa.."

"Manyak susah wo.. Aiyoh!" *berkerut-kerut sambil tergeleng-geleng kepala dia untuk menyatakan betapa susahnya dia nak tekan pedal minyak kereta saya tu*

Selesai semua, saya pun ambil kunci dan drive pulang. Then tengah drive, tetiba rasa mcam , 'Apa pasal macam kaki tak jejak pedal je ni? Selalunya angle macam ni, kaki dah jejak pedal dah..'

Slow-slow saya bawak kereta sambil teraba-teraba dengan kaki. Daripada berkasut, sampai bukak kasut sebab macam tak rasa pedal minyak tu.. Terus kata-kata mamat cina tadi menerpa di ruang fikiran. *Cih, ayat novel gitu*

Then bila dah dapat rasa pedal tu, saya dapat rasakan yang pedal tu macam terkulai-kulai.. 'Aik, apesal gini? Patut la tadi  beria mamat tadi beria cerita pasal susah nak tekan pedal minyak berulang-ulang..'

Sampai je kat ofis, minta tolong kawan untuk tengokkan. At the same time, bagitau kawan procurement untuk dia dapatkan contact mana-mana supplier yang murah dan saya sendiri call mekanik untuk cuba dapatkan bantuan jika perlu.

Berkat daripada pengetahuan team engineer yang ada, pedal tersebut berjaya untuk dibaiki sementara waktu sebelum mendapat ganti yang baru menggunakan gam 10tan.

Manakala, kawan procurement pula berjaya untuk dapatkan pedal minyak tersebut yang original dan baru pada harga, RM180, tapi kena pasang sendiri. Respon daripada mekanik pula, beliau boleh untuk dapatkan RM180, original tapi kat kedai potong *means 2nd hand* dan siap dipasang.

Saya memilih option kedua.

Ni la rupa bentuk pedal minyak setelah dikeluarkan
Mahal jugak ek harga pedal ni?

~love~

Friday, January 8, 2016

Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya

Assalamualaikum

Pernah dengar tak kalian mengenai kesedapan yang super tak hengat penangan nasi Kak Wok?

Siapa dia Kak Wok? Saya pun tak kenal.. Tapi, walaupun tak kenal, saya dah pernah makan nasi dia.. Memang ngam beb..  

Mula-mula sebelum saya diintroducekan dek nasi kak wok ni, memang selalu je dengar orang duk puji kesedapan nasinya sampai melambung-lambung ke angkasa. Bahkan, katanya kena beratur panjang dan selalu akan habis awal. Pukul 3pm je, dah tutup sebab semua dah habis licin. *untungla pekerja dia kan?*

Bila dan siapa yang introducekan saya dengan nasi kak wok ni? Hehe.. Ketika saya dan beberapa orang lagi committee SOPP kena kuarantin bagi menyiapkan SOPP. Jadinya, segala lunch minum petang bagai memang haruslah ditapao. Yang menapao adalah Kak Liza. So dia lah yang secara kebetulan membuatkan kesemua kami terjebak dengan nasi kak wok ni. Sebab masing-masing tak pernah try. Pada tekak saya, sedap!

Apa keistimewaan nasi kak wok ni?
  • nasinya dihidang panas-panas
  • ayam goreng kunyit
  • gulai special
  • sambal belacan

Macam mana nak order?

Part nak order ni, kena layan diri beb. Meja memang selalunya full. Tapi kebanyakkannya juga, memahami. Means, bila diorang dah makan kenyang, diorang akan blah. Takde nak rokok-rokok or sembang pacak dulu. So, pasal tempat, usah dirisau, Insya Allah ada meja untuk anda bersantap.

Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu beratur dan tunggu sampai giliran anda tiba. Lauk semua orang sama je. Jadinya tak perlulah untuk korang berkira-kira nak order apa atau usha-usha meja sebelah, k! Cuma during order tu, boleh la untuk anda request extra sambal.

Bagi memastikan kelancaran, pemilik kedai standardizekan pembungkusan. Whether anda dine in atau take away, tetap akan dibalut dengan brown paper. Manala nak tau kan, sedang busy makan tu, tetiba rasa macam tak habis pulak makanan tu, so, boleh la korang bungkus sendiri tanpa perlu meminta bantuan pelayan kat situ. *next*

Selesai mengambil nasi anda yang telah dibungkus, sila gerak ke kaunter air untuk anda memesan air. And last but not least, bergerak terus ke kaunter bayaran untuk urusan pembayaran. Pastu apa jadi? Pastu, makan la apa lagi weihh!

Tengok kuah gulai Nasi Kak Wok yang buat kecur air liur
Oh ya, nasi kak wok ni juga dikenali sebagai Nasi JJ Kak Wok. Lokasi kedainya terletak di TTDI Jaya, berhampiran Restoran Aroma Hijrah. Yang ni kakak dia punya. Kalau nak rasa yang cawangan adik dia punya terletak di Seksyen 24.

Saya telah rasa both, dan kedua-duanya sedap!

Worth to try for those yang suka pedas.

~LOVE~

Wednesday, January 6, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Memoir July 2011 Lagi

Assalamualaikum

Huhu.. tetiba nak termemoir July 2011.. hikhik..

Ok, maybe ada yang macam konfius, bila saya ada share video-video clip untuk tajuk Memoir July 2011. Meh nak explain meh..

Untuk video-video clip yang I share dulu tu, sebenarnya adalah jalan cerita on apa yang I rasa after broke up. Kiranya lebih kurang macam fasa pasca yang masih mengharap pada si dia.. masih tak percaya apa yang berlaku.. kiranya fasa tak jejak di bumi yang nyata. Fasa yang masih terngiang-ngiang kata putus.

"Eh, aku kena tinggal?"
"Apa salah aku.. tetiba kena putus.."
"Oh lupa, aku bukan kekasih siapa-siapa sekarang.. sebab aku bukan menantu pilihan.." 
*sangkaan itu ku pegang selama bertahun-tahun.. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun itulah aku ditipu*

But, slowly move on. Nak kumpul kekuatan untuk move on tu, azab wei.. Slowly kat sini bermaksud fasa merangkak atau jalan macam siput.. giler lambat untuk move on. Serius, lama untuk saya recover perasaan frust tu.. Sampai satu tahap tu, rasa tak nak kenal dengan mana-mana lelaki. Maknanya, perasaan untuk kembali bercinta tu dah mati. Takde perasaan. Nothing.

But in this entry, saya nak share satu conversation sorang mamat ni yang minta putus dengan awek dia. Cara dia minta putus tu, sangat cliche.. mirip seperti apa yang saya alami. Alasannya juga sama, jauh...sunyi.. mengatakan bahawa saya perfect..*urghhh.. lelaki macam ni ke bila tang nak break ek?* 
Cuma dalam conversation ni, mamat ni jujur la mengaku bahawa yang dia ada orang lain. Meh ikuti conversation di link ni. Situasi dia sebijik macam mana hari yang berlaku pada saya putus cinta pada July 2011 kecuali tang part mengaku ada pempuan lain tu memang takde.. Tu yang saya duk naive yang saya ditinggalkan sebab saya bukan calon menantu pilihan kerana beza pada agama.. Rupanya hampeh, sia-sia je kena tipu.. Tak percaya weih, kena tipu hidup-hidup dengan lelaki..

Dah, malas nak cite lebih,  meh klik sini untuk baca conversation ex couple ni.



Klinik Gigi Zahida, Seksyen 8

Assalamualaikum

Siapa takut nak jumpa dentist?

Meh nak suggest satu klinik gigi yang interior dia, cozy giler dan feels like home. Sangat sesuai untuk sesiapa yang duk debar-debar nak jumpa dentist tu, bahahah...

Memang ralit la kalau duk menunggu turn. Sebab sofa yang disediakan pun empuk terbenam montot bila duduk. Plus ada tempat charge untuk semua jenis handphone.

Lokasinya yang terletak di Seksyen 8,  berada tingkat atas sebuah kedai mamak.. And as usual, kena buat appointment dulu. Jarang untuk dapatkan rawatan gigi kat klinik gigi ni just walk in je ya!

Ni antara gambar di sekitar ruangan klinik tersebut. Gambar pun tak berapa nak clear saya ambil, sebab baru je nak snap a few picture, dah nama saya dipanggil untuk dapatkan rawatan. Jadinya, dapat snap 2 picture jela.. ;)





Jumpa dengan dentist at least setahun 2 kali ya! For those yang nak tambahkan kalsium tapi tak suka untuk minum susu, boleh dapatkan Ostematrix sebagai sumber kalsium anda. WhatsApp saya, MILIA : 012.373.2589 untuk sebarang pertanyaan dan order.

Sebarkan kebaikan Shaklee~

~love~






Tuesday, January 5, 2016

Ole-ole dari Jepun

Assalamualaikum

Just nak upkan short and sweet entry. Ole-ole yang saya terima daripada bos saya.

Cuti sekolah last Disember, my bos went to Japan bersama keluarga. Seminggu jugak la beliau ke sana. So, balik dari Jepun, ada la ole-ole yang dibelikan untuk saya dan kawan-kawan. Tu yang nak share kat sini ni.. heheh

Kit Kat Almond Premium, Kit Kat Sakura Matcha & Kit Kat Wa-Ichigo

Hand Cream Shea Butter & Coconut Oil with Citrus

Kit Kat Sakura tu version Green Tea. Sedap. Rasanya lagi sedap daripada version yang jual kat Malaysia. Kat Malaysia, rasanya lemak-lemak manis coklat putih. Yang ni, manisnya just nice and takde rasa lemak-lemak coklat tu.. No wonder la, ramai kawan-kawan saya akan pesan untuk belikan coklat kitkat green tea ni kat Jepun kalau dapat tau sape-sape yang ke sana..

Kit Kat Wa-Ichigo tu pula, perisa strawberry. Rasanya yang strawberry flavor ni takde jual kat Malaysia. Tak tau la kalau dah ada kat Cold Storage or kat Jaya Grocer.

Hand Cream tu pula, best! Wangi.. sesuai untuk diletakkan kat dalam handbag sebab sizenya handy. Plus, those yang kerja dengan suasana aircond, memang perlu lotion and hand cream ni. If tak, kering weih..

Tu je kot nak share pasal ole-ole dari Jepun ni. Thank you boss! ;D

Monday, January 4, 2016

Lunch at Boat Noodles, Gamuda Walk Kota Kemuning

Assalamualaikum

Dah lama tekak ni teringin nak rasa makan kat Boat Noodles. Review daripada kawan-kawan masing-masing taksub dengan kesedapan mee kat Boat Noodles ni. Bila dah masing-masing pun share gambar mangkuk bertingkat-tingkat, kita yang menengoknya ni pun meluap-luap la perasaan ingin mencubanya.

Akhirnya, penantian dan keteringinan berjaya dilunaskan. Hahaha.. Aktiviti ini dilunaskan bersama partner in crime, Nadia. Kitorg siap tarik team lain lagi untuk join aktiviti makan-makan kitorg ni.

Basically, Boat Noodles ni menyajikan hidangan mee pada skala kecil. Dalam 4 suap macam tu. Pilihan yang ada adalah sama ada Ayuthia ataupun Sampathong tak silap.. *main belasah je kan? ;P* Ah, senang cite, satu kuahnya masam dan satu lagi kuahnya lemak-lemak pedas. Then kita boleh pilih sama ada nak ayam atau daging.

Senarai Menu di Boat Noodles

So, saya sebagai orang yang pertama kali mahu try, jadinya saya order 1 setiap satu. Maknanya saya ada 4 mangkuk kecil iaitu ayam & daging Sampathong dan ayam & daging Ayuthia. Sama juga untuk kawan-kawan saya yang lain pun order macam tu.. *padanla boleh tangkap gambar mangkuk bersusun bertingkat-tingkat* Oh ya, 1 mangkuk tu harganya RM 1.90 ya!

Macam ni la portion sizenya
Kitorang pun ada order side dish iaitu Steam Bun, 1set kuih apa ntah nama siam dia.. tapi konsep dia lebih kurang macam kuih tepung pelita.. dan juga tempura bayam rasanya tu.. Sorry, lupa nama hidangan.. 

Steam Bun
Kuih Tepung Pelita. 1 set = RM1 

Tempura bayam

Air? Saya just minum kopi panas. Yang lain-lain dorang order ice blended.. Ice blended dia sedap!

My review?

  • Oooo... macam ni ke rasanya? Apa yang sedapnya? hahah... tak brape nak rasa best pun makan. Tapi saya prefer more into kuah yang lemak-lemak pedas rather dan yang kuah masam tu. Sebab rasa masam tu macam came from vinegar.. Tetiba rasa macam tak sihat untuk tali perut time makan tu.. ehhehe
  • Steam bun tu sedap superb! Boleh la untuk kudap-kudap minum petang
  • Kuih tepung pelita tu, ok la..
  • Tempura bayam tu? Not bad..
Untuk saya ulang makan during lunch hour? Err, tak kot.. but for minum petang, ok!

Sekian je food review kat Boat Noodles dari saya. Hehe.. Kalau korang peminat tegar Boat Noodles, silakan teruskan dengan minat anda. Ni saya share apa yang saya alami dan rasai. Saya buat mana-mana review, saya tak terima apa-apa bayaran dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Semua persendirian.

~love~

Sunday, January 3, 2016

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum

Masih belum terlambat kan untuk saya wish Selamat Tahun Baru kepada anda.

Ada lagi yang 2015 punya experience yang saya akan kongsikan pada entry 2016. Hehe.. Sebabnya bulan Disember baru ni banyak yang long weekend. So, bila dah long weekend, saya pun ada aktiviti keluarga yang diaturkan, tu yang tak dapat nak bersiaran. *peh, ayat dah macam pengacara Wanita Hari Ini je..teheheh...*

Mohon pembaca setia untuk ikuti blog saya walaupun tak seberapa pun cerita yang disharekan kat sini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada anda.

Akhir kalam,
Selamat Tahun Baru
Azam Baru
Buku Baru
Upgrade peribadi
Upgrade ibadah 
Upgrade budi pekerti
Insya Allah, semua dipermudahkan.

~love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...