Assalamualaikum,
Bila tiba hari raya, semua insan bergembira..
Tetapi diriku, gembira kerana.. nak kutip duit raya..
Hahaha.. rasanya semua yang dah jadi parents, pasti ada perasaan yang sama. Excited nak carik baju melayu tu tak sangat, sbb tau boleh pakai sekejap je, setahun sekali kan.. And kebetulan rezeki anak, my colleague bg baju preloved anak dia 3 pasang baju melayu. So guna yg tu je for my lovely son.
Kisah pasal duit raya ni, yg excitednya mak bapaknya.. Siap letak target lagi, "Harini kita try kumpul RM25."
Esknya pulak, "Ok, since smlm hasil tak bape memberangsangkan. And rumah yg kita nak gi pun bilangannya sikit, so, kita target RM10 je utk kutipan duit raya utk harini" *boleh gitu? hahah ;P*
Biasanya bila dah sampai rumah, saya la yg paling sakan sibuk bukak angpao. And kumpul. Habis je bulan Syawal, baru la saya bank in kan.. Tu pun dah hujung2 still dapat lg duit raya.. Alhamdulillah, #syukurselalu.
Tetapi, ke manakah duit raya anak anda simpan?
Beli gold bar? tabung simpanan SSPN-i? ASB? ASW? Tabung GIRO?
Macam saya, saya simpan duit raya anak saya dalam simpanan Tabung Haji. Even, saya dah daftarkan haji utk dia dah pun. Sikit-sikit, pelan-pelan menyimpan, insya Allah jadi byk.. Yela, mak ayah dia pun takdela ada legacy perniagaan utk diturunkan pun.. Jadi, dgn duit raya yang diperoleh ni la kita gunakan utk didik dia menyimpan dan menabung.
Mungkin tahun dpn nak tukar strategi dgn beli gold bar. Eventho masa Final Year Project masa kat uni pun mmg i dah buat research psl investment in gold.. So far, kalau ikutkan gold ni stabil.. cumanya kita yg nak membeli ni jela kena beli kat tmpt yg jujur dan kena dengan caranya. Nilai ringgit pun dah jatuh skrg.. haih, takut pulak nak spend joli katak skrg ni.
K la guys, ni je yg nak dikongsi.
Daa~~
No comments:
Post a Comment