Pages

Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka Ke - 58

As-salam,

On the way nak ke ofis KL, terlihat bendera negaraku meriah berkibar. Selamat Hari Merdeka! #syukurselalu.



Cuba kira ada berapa Jalur Gemilang yang ada pada bangunan Sultan Abdul Samad ni?

Sunday, August 30, 2015

Resepi: Agar-agar Sumi Jelly

As-salam,

Pernah dgr tak, agar-agar dalam agar-agar?
K, entry kali ni nak share agar-agar sumi jelly.

Timbul idea ni sbb duk tgk sumi jelly tu terjelepok tak berusik. Ada byk peket lak tu..Sumi ni dpt doorgift kenduri kawin.. skrg ni kenduri kawin punya door gift dah macam-macam kan.. Ada skali tu dpt air kotak soya yg size besar tu.. penah jgk dpt kicap Jalen.. tasbih mini tu.. isk, kira mcm-mcm la. Masa zaman saya dulu, mmg bg kuih bahulu and gula2 je.. Senang, konferm habis budak2 mkn..

K, jom tgk resepinya.. Yang tak bestnya, lately resepi yang i share, takde gambar.. uols perasan tak? Huhu..sbb lupa nak amik gmbr weih.. buatnya dah lama.. nak share kat dlm enty  lak amik masa berzaman baru nak publish..huhu.. K, moh tgk bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • Sumi (terpulang nak guna bape peket..saya guna sume peket yg ada)
  • 20gm agar-agar tali 
  • 6cawan air
  • 1tin susu sejat
  • Gula
  • Garam secubit
Cara-cara:
  1. Susun sumi ke dalam bekas ikut korg nak susun mcm mana pun.. Selang-selang color pun boleh
  2. Dalam periuk, panaskan agar-agar tali bersama air.
  3. Setelah agar-agar dah hancur, masukkan gula. Ekjas ikut rasa yg anda suka.
  4. Masukkan susu sejat. Kalau rasa mcm byk je, guna 3/4 susu sejat pun dah ok dah..
  5. Lastly, masukkan a pinch of salt.. Salt ni tugas dia adalah utk membangkitkan rasa lemak2 gittu..
  6. Tunggu cairan tu suam-suam kuku, then baru curahkan kat bekas yg korg dah susun sumi tu.. *kalau panas-panas tu terus letak, alamatnya cair la sumi tu*
  7. Biarkan mengeras, dan sedia dipotong dan dihidang!
Selamat mencuba!

Saturday, August 29, 2015

Resepi: Sambal Cicah Sedap

As-salam,

Nama resepi pun ntahpape je..hihihi..

Ok, pernah tak korg terpikir mcm nak buat sambal pedas yg sedap utk cicah2 ayam goreng ke.. or as penambah sedap masa makan nasik tu ala2 sambal kicap yg kat wong solo tu?

Haa... meh saya nak ajar mcm mana nak buat sambal tu.. simple je.. bahan dia pun tak byk.. and kalau diikutkan method dia pun gaya sambil-menyambil je.

K, meh tgk apa bahan-bahannya,k!

Bahan-bahan:

  • Cili padi (4batang)
  • Bawang putih (6ulas)
  • Kicap
See...sikit je kan bahannya.. bawang putih tu terpulang la, kalau suke rasa garlic tu lebih, blh je nak letak lebih. Lebih garlic, lg sodap.. sukati la nak ekjas mcm mana pun.. janji kena kat tekak korg.. If ske pedas, blh je nak letak cili padi tu lebih.. sekali lagi, janji kena dgn tekak korg..

Cara-caranya:
  1. Stimkan cili padi dan bawang putih tadi *mcm saya, saya stimkan masa masak nasi tu) sekejap je dlm 3-4 minit
  2. Tumbuk cili padi dan bawang putih yg dah distimkan tu *hati-hati ya pegang mangkuk yg distimkan dlm periuk nasi tu*
  3. Gaulkan dgn kicap dengan sebati.
Dah jadi! Hasilnya, mmg sodap!
Cicah dgn ayam rempah paling terangkat beb!
Rasanya pun ala-ala mcm sambal kicap pedas giler wong solo tu.. tak percaya? cer cuba..

Daa~~

Friday, August 28, 2015

Siapa Diriku?

As-salam,

Ku bukan primadona
Aku bukan juga DIVA
Aku.. aku..

Ku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu jangan cuba nak label ku

Biarkan mereka berkata-kata
Apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu

Best lak tgk cite MAID aritu.. tp bila tgk MAID siri raya, mcm tak best pulak..

Hurm, ramai jgk yg tnya, apa keje yang saya buat..sbb asyik meeting je manjang..
And ada masa blh pulak kluar2..

Jawapannya?
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya tuhan yang tahu


hiks..

Daa~~


Thursday, August 27, 2015

Kuhulur tanpa rela

As-salam,

Wargh.. baru je update bebaru ni, yg saya berjaya berjimat cermat ketika puasa dan raya.. Tapi, kali ni, dasat betul pengaliran tunai dr poket, bagaikan pasir putih tepi pantai je haa...

Ngam2 je lepas raya, kilometer kat odometer tu pun menunjukkan yg i dah high time utk servis. Bila dibukak buku service, Major Service. Aih..aritu servis minor pun dah RM700.. So, riki2 la kat member, "Kak Ita, ko nyer kete dah kena servis bape km ek?"
 '80,000km Mel.. nape?'
"Ko buat kat mana? Glenmarie ek? Bape kena?"
' Mahal Mel.. aku kena aritu RM1,200.'
"..."

Terkedu kejap dgr figure cecah riban ni.. tp demi nak sedapkan ati, duk pujuk diri sendiri "Kete Kak Ita tu Persona.. ada la tu spare part dia mahal"

So, i minta husband saya i utk set the appointment with the service centre and saya pun apply cuti. Sbb tau, kalau major service dah tentu akan amik masa 1 hari.

Bila ditanya kat mamat yg in charge my car that day, 'Total dalam RM1,000 jugak kak' *sardin je muka mamat tu..*

I was like? Erghhh...takde diskaun ke? I keje kat bla ...bla..bla... dah lama pakai kete ni bla bla bla...
Jawapannya, still same.. takde diskaun, kak.. T_T

------------------------------------------------------------------

"Kak, baju ni ada diskaun kan kak.. clearance lepas raya tak gitu?"
'A ah dik.. yg ni ada.. tapi size yg available pun maybe odd size jela..sbb dah ujung2 kan..'

Sibuk kelebet2 and pilih2.. terminat kat satu baju kurung ni...

"Kak, saya nak yang ni.. size S.. ni harga clearance bape?"
'RM99'

Di kaunter..
'Total RM104.95'
"Eh, apesal gitu?"
'Tambah GST dik..'

Adeh.. GST ni menyusahkan betul.. ye2 je dah kluarkan RM100 dr purse.. dengan machonya, kuhulurkan jua RM110 tanpa rela.. T_T

-----------------------------------------------------------------

Rasa macam nak tinted kete la.. bagi selesa sikit..
Survey punya survey ada jumpa 1 pakej ni.. tgh buat promotion sempena Merdeka..

Harga yang dipaparkan RM799..

"Tokey, kalau i amik pakej ni. ni dah masuk GST ke?" *lesson learnt from kejadian bli baju kurung, tu yg tnya psl include GST ke idak..*
'Senang kira mcm ni.. RM799 campur GST, campur upah utk tgglkan u punya tinted yg lama... ini maciam.. ada mau ka?'
"Aiyo.. bg free item la kalau ini maciam punya harga"

End up, walaupun ini maciam punya harga, saya tetap pasang tinted tu.. demi keselasaan saya as pengguna kereta tercinta tu..


So, kesimpulannya, rabak poket den..

Wednesday, August 26, 2015

Ke manakah duit raya anak?

Assalamualaikum,

Bila tiba hari raya, semua insan bergembira..
Tetapi diriku, gembira kerana.. nak kutip duit raya..

Hahaha.. rasanya semua yang dah jadi parents, pasti ada perasaan yang sama. Excited nak carik baju melayu tu tak sangat, sbb tau boleh pakai sekejap je, setahun sekali kan.. And kebetulan rezeki anak, my colleague bg baju preloved anak dia 3 pasang baju melayu. So guna yg tu je for my lovely son.

Kisah pasal duit raya ni, yg excitednya mak bapaknya.. Siap letak target lagi, "Harini kita try kumpul RM25."

Esknya pulak, "Ok, since smlm hasil tak bape memberangsangkan. And rumah yg kita nak gi pun bilangannya sikit, so, kita target RM10 je utk kutipan duit raya utk harini" *boleh gitu? hahah ;P*

Biasanya bila dah sampai rumah, saya la yg paling sakan sibuk bukak angpao. And kumpul. Habis je bulan Syawal, baru la saya bank in kan.. Tu pun dah hujung2 still dapat lg duit raya.. Alhamdulillah, #syukurselalu.

Tetapi, ke manakah duit raya anak anda simpan?
Beli gold bar? tabung simpanan SSPN-i? ASB? ASW? Tabung GIRO?

Macam saya, saya simpan duit raya anak saya dalam simpanan Tabung Haji. Even, saya dah daftarkan haji utk dia dah pun. Sikit-sikit, pelan-pelan menyimpan, insya Allah jadi byk.. Yela, mak ayah dia pun takdela ada legacy perniagaan utk diturunkan pun.. Jadi, dgn duit raya yang diperoleh ni la kita gunakan utk didik dia menyimpan dan menabung. 

Mungkin tahun dpn nak tukar strategi dgn beli gold bar. Eventho masa Final Year Project masa kat uni pun mmg i dah buat research psl investment in gold.. So far, kalau ikutkan gold ni stabil.. cumanya kita yg nak membeli ni jela kena beli kat tmpt yg jujur dan kena dengan caranya.  Nilai ringgit pun dah jatuh skrg.. haih, takut pulak nak spend joli katak skrg ni.

K la guys, ni je yg nak dikongsi.


Daa~~



Tuesday, August 25, 2015

Cerita sebulan Ramadhan

As-salamualaikum,

Puasa dah lepas, raya pun dah berlalu.. Tapi baru terkedek-kedek nak cite pasal puasa n raya..huhuii...

Tp kalau nak diikutkan mmg masa sebulan puasa, saya pun bz.. Kena join majlis Iftar dan bersahur with Chairman.. Lepas tu, time puasa la dlm project schedule ada buat testing mesin. Jadi mmg masa saya byk terluang dgn meeting, testing and event..

Yang bestnya, during Ramadhan, waktu bekerja dari 8.30am - 5pm.. rehat jadi stgh jam je iaitu dari 1.30pm - 2pm.. So since dah bz seharian, mmg tak berapa rasa sgt boringnya.. tau-tau je, dah ptg dah nak balik.

Alhamdulillah, tahun ni, saya ke bazar pun 2 kali je.. 1 kat PKNS dan 1 lagi kat seksyen 20.. Jadinya, mmg tak brapa nak fasih sgt harga makanan yg jual kat bazar ramadhan tu.. tp dgr khabar tahun ni mcm byk org komplen harga mahal dan kualiti makanan tak setanding dgn harga. Hurm...org yg berniaga tu pun, patut2la kan dlm meletakkan harga dan jaga kebersihan supaya customer yg membeli takdela dpt mknan yang basi ketika berbuka..

Apa yang saya perasan, rutin saya  sebelum balik adalah saya mesti beli 1 jenis lauk kat kafe ofis ni and bila sampai rumah, tinggal nak masak lagi 1 jenis lauk.. dpt save time kat situ..heheh..

Sahur pula, just mkn mkanan yang leftover masa berbuka. And of kos, kurma tak tinggal. Disebabkan saya menyusu badan, saya sentiasa cuba untuk minum 1.5L air kosong, segelas susu/tamar coco & 3 biji kurma.. Alhamdulillah, tenaga ada smpai ke petang, dan susu yg terhasil pun blh tahan byknya. Sekali-sekala saya akan bancuh ESP dan cinch.. mmg kenyang sgt, sampai minum pun tak habis..

Anyway, suka sgt dgn rekod perbelanjaan saya ketika puasa dan persiapan raya. Sbbnya, bulan Ramadhan, hanya saya belanjakan RM3 sehari utk beli lauk. Dan bagi persiapan raya, saya hanya keluarkan duit utk beli kuih raya je.. Alhamdulillah, mudah2an murah rezeki saya dan keluarga.

Ok la, nak buat printing documents yg super messy.. Daa~~




Monday, August 24, 2015

Resepi: Strawberry Cheese Cake

As-salam,

Tak minat sangat dgn cheesecake sbenrnya..
Tapi masa attend open house sedara, tgk my husband and son, beria mkn.. So tnya kat hubby,

"Suke cheesecake ke?"
' Kalau mcm ni, suke.'
"If sayang buat, nak?"
'Nak!!'

Berbekalkan asben kata dia suke and nak. And bila tgk reaksi sang anak yang sampai tak nyempat2 suap kek cheese tu, makanya saya pun skodeng la resepi cheese cake ni..heheh.

Setelah setahun lebih dah tak berbaking, makanya nak kluarkan oven dari kabinet pun malas. So, saya just google resepi cake ni tanpa perlu bakar.

Meh, sini tgk apa resepinya. Saya amik resepi blog syapex kitchen. Tp ada bahan yang saya dah ubahsuai.

Bahannya: 
  • 250cream cheese Philadelphia
  • 1cup gula
  • 10gm gelatin
  • 200ml whip cream Arla
  • 100gm mentega Kerry Gold
  • 2row biskut marrie Tiger (diramas hancur)
  • 2 sudu besar jem strawberry
  • 2 biji fresh strawberry yg dihiris kecil sbg hiasan

Cara-cara:
  1. Buat basenya dulu dengan cairkan mentega dan ramas bersama biskut marrie yang telah diramas hancur.
  2. Tepek ke dalam bekas/loyang. Kemudian masukkan dlm peti ais.
  3. Campur air panas ke dlm gelatin dan ketepikan. Biar ia sejuk.
  4. Mixkan cream cheese, gula dan whip cream dan pukul hingga kembang
  5. Setelah sebati, masukkan gelatin yang telah sejuk tadi.
  6. Masukkan sebatian ke dlm bekas yg dah ada base tadi.
  7. Sejukkan dalam peti ais kira-kira 3jam.
  8. Campurkan jem dengan air panas. Agak-agak ia dah cair dan sesuai utk dituang ke atas cake yg telah beku tadi. Tuangkan jem tadi utk dijadikan sebagai topping
Dan hasilnya!



Kena mkn cepat. sbb if lambat, jadi mcm aiskrim. Maybe gelatin tu kena tambah sikit sukatannya.

Selamat mencuba!

Daa~~

Thursday, August 20, 2015

Resepi : Udang Masak Lemak

As-salam,

Kali ni nak share resepi masakan paling malas but yet sedap.

Jom tgk bahan-bahannya *nak taip pepanjang pun dah malas ;P*

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai yang dititik
  • 2 ulas bawang merah diricih halus
  • Suku kotak santan Kara
  • 2 helai daun limau purut
  • 12 ekor udang 
  • Air
  • Garam
  • Asam keping

Cara-caranya:
  1. Masukkan serai dan bawang merah ke dalam periuk bersama sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar supaya bau bawang dan serai meresap ke dalam air tadi.
  2. Masukkan udang. Biarkan ia memasakkan diri mereka dengan biarkan dia merah sendiri. *smbil2 tu, balik2kan udang tu..supaya masak sekata*
  3. Masukkan santan dan air *air tu agak2, terpulang nak kuah pekat mcm mana*
  4. Masukkan garam, daun limau purut dan asam keping. Biarkan mendidih sekali dan padamkan api.
  5. Sedia dihidang!
Senang kan? Senang weih..ni lauk paling win kalau dah takde idea nak masak apa.. and of kos, udang mmg sangat menjadi penyelamat di kala diri malas nak pikir nak masak apa..hehhe

Daaa~~




Tuesday, August 18, 2015

Resepi: Telur bungkus bistik

As-salam,

Resepi without gambar. As usual kalau dah takde gambar tu, maknanya handphone saya berada di tingkat atas atau sedang dicharge which mmg dah nyawa-nyawa ikan je batterinya. K, lets see this time punya recipe.

Straight to the ingredientsnya:


  • 2 batang cili padi yang dipotong halus
  • 3 ulas bawah putih yg diketuk dan dicincang
  • Suku peket daging cincang (ni pun daging lebihan yang jumpa kat freezer)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • Setuang oregano herbs
  • Sekeping cheddar cheese
  • Garam dan gula
  • Telur untuk buat telur dadar
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan cili padi dan bawang putih
  3. Masukkan daging. Biarkan smpai air daging tu keluar supaya hilang bau hanyir daging tu
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato
  5. Garam dan gula
  6. Taburkan oregano herbs dan gaul sebati
  7. Letakkan cheddar cheese dan matikan api
  8. Dalam kuali lain, buat telur dadar dan masukkan inti daging yg dah siap tadi. Kemudian, balutkan inti daging tadi.
  9. Dah siap, sedia utk dimakan beramai2

Nak lagi resepi?
Nanti saya sharekan resepi paling malas but yet sedap!

Daa~~

Candy Crush - Level 520

Salam,

Candy crush dah level 520.. Huhu.. Pelan-pelan kayuh..

Ok bye.. Sbnrnya ni post nak testing je.. Sesambil jengah blog yg dah 2bln tak dijenguk ni..hehe

K, adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...