Pages

Thursday, February 16, 2012

Resepi : Sambal Udang Petai

As-salam,

Ni nak share resepi sambal udang petai. *maaf sesangat, i lupa nak snap gmbr..waaaa.. T_T* Takpela, even tak snap gmbr, i sudi nak berkongsi resepi, kira ok la ek..harap dimaafkan yea~ hik3.. ;P

**NOTA: bahan dan resepi adalah mengikut citarasa saya, takde specific grammage *dlm bahasa utara: ikut dan je*

Bahan-bahan
Semangkuk udang yang telah dibersihkan
3papan petai yang telah disiang
2 genggam cili kering
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara:
1. Terlebih dahulu, rendam dan bersihkan cili kering
2. Gorengkan terlebih dahulu cili kering dan juga bawang yg telah dipotong kasar sampai wangi.
3. Blendkan cili kering dan bawang tadi
4. Sementara tu, panaskan minyak, pastikan minyak tu betul2 panas, then baru tuangkan bahan yg telah diblend tadi.
5. Tunggu sampai cili masak iaitu apabila melihat telah pecah minyak *Guna kaedah masak atas masak - iaitu tambahkan air sedikit demi sedikit apabila melihat sambal jadi kering, then gaul n tunggu lagi bg sampai naik minyak*
6. Masukkan udang, biarkan smpai air udang keluar habis
7. Masukkan garam dan gula merah secukup rasa *if nak rasa pedas2 manis, letak la gula merah tu lebih sikit*
8. Akhir skali, masukkan petai dan siap utk dihidang~



***** SELAMAT MENCUBA *****



p/s: sorry sesangat..dah setel makan, baru tingat "Aiyaaakkk~~ lupa nak snap gmbr~~" hukhukhuk..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...