Pages

Monday, August 22, 2011

IFTAR @ SACC Convention Centre

Salam readers,


If before this berbuka di hotel mendapat tajaan, kali ni punya entry pun dpt tajaan jugak! *me loike. Ngeee... ;P* Sebetulnya majlis berbuka yang ni lebih kepada "Berbuka Bersama Kita Di Hujung Waktu" tajuknya. Iftar cum farewell.




Anda telah lihat banner di atas? Saya pasti anda sedia maklum apakah hidangan utama yang disajikan dalam buffet Ramadhan kali ini.


Saya yang telah mencadangkan untuk mengadakan majlis berbuka cum farewell di sini, memandangkan jarak antara pejabat saya untuk ke Shah Alam adalah lebih dekat jika dibandingkan untuk ke arah Kuala Lumpur atau Puchong dan sebagainya. Setelah pencarian tak sampai sejam dilakukan, saya dapati harga yang ditawarkan untuk buffet Ramadhan di sini adalah rendah jika dibandingkan dengan hotel2 yang ada di sekitarnya. Maka oleh itu, saya pun propose la tempat ini kepada ketua saya, dengan melihatkan menu yang disajikan kelihatan sangat menarik dan unik iaitu Kambing Kebuli. Sebab saya kan peminat kambing. ;) Pada dasarnya, pelik juga apakah keistimewaan Kambing Kebuli ini? *Yela, mcm tetiba konfius je mana dari mana datangnya makanan ni, kan.* Rupa2nya, sebutan yang sebenar kalau kita pergi kat kedai makan Lebanese atau Arab yang lain mcm Al-Rawsha or Zam Zam, ialah Kabouleh. Wording tu telah dimelayukan. Ok, berbalik kepada topik, katanya cara penyediaannya yang unik iaitu nasinya dimasukkan ke dalam perut kambing dan dimasak. Maybe nak perap supaya rasa kambing tu sebati dgn nasi yang diadun. ;)


Memandangkan lokasinya juga tersangatlah dekat dgn my house, so saya pulang ke rumah dulu untuk membantu ibu saya menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Dalam jam 6.15pm saya pun keluar semula. Di sini, ada menyediakan ruang parkir. Tapi telah diingatkan oleh pekerja di situ supaya datang lebih awal kerana bimbang tidak mendapat parking yang disediakan kerana jumlah ruang parkir tidak byk jika hendak dibandingkan dengan pelanggan yang bakal datang.


Alhamdulillah, masa saya sampai tu, saya dapat parking dekat pula dengan lif. Bila naik kat ruang legar tu terdapat byk booth2 yang menjual kelengkapan raya seperti baju raya, songkok, kuih raya, sampin dan lain2. Terdapat 3 tingkat dalam bangunan SACC Convention Centre ni. Dan majlis buffet tu dibuat di dewan banquet kat bawah tu. Boleh dikatakan meriah juga la jualan booth2 yang ada, sbb saya lihat petunjuk arah yang ditampal di dalam lif, setiap tingkat tu ada jualan Bazar Raya.


Team kami ditempatkan di meja nombor 64, 65, 74 dan 75. Ia berada di tengah2, tapi memandangkan ada persembahan In-Team di mana pentas berada di hadapan tetapi disebabkan kedudukan meja kami terlindung dek booth main dish yang diletakkan kat tgh2 dewan. So, ia mengganggu pemandangan even though mmg ada pancarkan di layar tabir.



Saat menanti rakan2 lain tiba


Kami dibenarkan untuk mengambil makanan pada jam 6.50pm. Untuk mengelakkan diri daripada bersesak2 dgn org lain, maka saya dan Kikin ambil makanan siap2. Jgn lupa pula nak serang kambing kebuli tu yer!



Ni antara hidangan yang saya ambil; Rojak, kuetiaw, kambing kebuli, beberapa jenis kuih dan manisan



Nah! Ni la dia kambing yang kena denda tu sbb tak puasa..hehe.. ;P Ni la rupa kambing kebuli nya


So far, for me, makanannya ok la. Tak tau nak hurai panjang apa. So-so. Maybe boleh diimprove dgn dire-arrange meja tempat disajikan main dish. Sbb messy sgt. Adakala mcm hilang arah and punca pun ada. Owh ya, masa saya berbuka ni, pelakon Zamarul Hisham pun ada berbuka juga. Meja dia A21.


Sebahagian daripada team kami


Potret kenangan Ramadhan 2011. Panjang umur, berjumpa lagi









p/s: Dah brapa byk farewell daa untuk tahun 2011 ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...