Pages

Friday, August 26, 2011

IFTAR @ Jom Priok, KJ

As-Salam readers,

Enty kali ni nak crite pasal berbuka puasa jugak. Memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa, so saya dan kawan2 ofis bercadang untuk berbuka puasa bersama. Plan asal sbb ada 2 org my friend iaitu Nawal and Lin yang request untuk berbuka puasa bersama. So, secara tak sengaja saya pula yang jadi organizernya.

Since saya jadi organizer, so saya pun cari la tempat yang agak budget lebih kurang RM50 ke bawah. Skodeng2 punya skodeng, last2 jumpa 2 tmpat makan yang jadi pilihan iaitu Flaming Steamboat, Sunway dan juga satu lagi kat Jom Priok, Giant Kelana Jaya.

Memandangkan lokasi yang kat Flaming ni saya sendiri tak berapa nak reti kat mana lokasinya yang sebenar, so saya try la telefon untuk bertanya lokasi di samping nak buat tempahan. Malangnya ia dah fully booked! So, option utk makan di situ terpaksa ditutup dan terus hubungi Jom Priok Steamboat dan buat tempahan. Alhamdulillah, ada rezeki so dpt la saya booked utk 15 org. Dalam pengiraan mmg seramai 15 org, tp disebbkan dah last2 minit ada yang terpaksa tarik diri kerana ada hal masing2, maka yang tinggal hanya lah Lin, Kincik, Aimi, Kikin and family & Me! ;)

Di Jom Priok ni ditawarkan steamboat buffet Ramadhan di mana kos untuk dewasa RM39.80. Senang crite RM40 la. Manakala bagi kanak2 yang berumur 6 tahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak RM19.90.

Pada kadar bayaran RM40 ni, semuanya telah tersedia. Ada nasi panas+lauk2, air panas dan air sejuk, kuih-muih, aneka bubur, aiskrim dan makanan laut yang sgt2 fresh. So, saya byk balun seafoodnya je la.. Udang n ketam mmg penuh pinggan! Kebetulan saya tak pernah mkn seafood pepahat, kat situ saya dpt try! ;)

Ada 2 base iaitu chicken soup & tomyam


Lepas je makan2 kenyang perut suka hati, kami sembang2 sekejap kemudian bersurai sbb Kincik pun nak packing utk dia balik Palong esok hari, Aimi pula kena kerja esok, Lin pula rumahnya kat Langat, so consider jauh. And saya pun ada urusan lain yg perlu disetelkan segera di mana, mood hari raya kawan saya yg bernama Shida terletak di tgn saya..hehhe.. :P *hantar tudung raya kat dia*











































p/s: Owh, masa berbuka ni kat Jom Priok ni, ada event dari mana entah yang turut dihadiri oleh 2 pelakon wanita. Tp tak kenal sapa namanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...