Pages

Monday, August 15, 2011

IFTAR @ Istana Hotel, Kuala Lumpur

Salam readers,

Setelah 15 hari kita berpuasa, ni la kali pertama dapat jemputan berbuka puasa di luar. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Jabatan Kewangan tempat saya bekerja dan ia adalah suatu majlis tertutup bersama client2.

Majlis ni diadakan di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Kami tiba seawal 4.30pm kerana mendapat pelepasan utk berangkat awal ke hotel tersebut oleh bos kami. *Bila gerak seawal jam 4pm, mmg la tak sangkut kat jammed* Turut serta dlm kereta saya pada hari itu adalah Kincik dan Ain. Setelah tiba, kami menunaikan solat Asar di surau yang terletak di tingkat bawah dan sementara menunggu masa berbuka kami rehat2 di surau dan berjalan2 di sekitar lobi hotel. Pekerja di situ amat ramah dan membantu. Kiranya excellent la dlm memberi mutu khidmat pelanggan. ;)

Sempat lagi nak bergambar dlm ladiesroom! LOL! ;P


Tepat jam 6pm, kami pun mula mengambil tempat. Kami ditempatkan di Arabic Tent bersebelahan dengan kolam renang. Kami memilih meja yang berdekatan dengan laluan untuk menuju ke stall2 yang disediakan. Bukan apa, ini bagi memudahkan kami untuk keluar masuk mengambil makanan. *Dah nama pun buffet Ramadhan kan, rugila kalau tak bedal apa yang ada.* Semasa menuju ke meja yang disediakan, para chef sibuk menyediakan juadah di stall masing2. Ada yang sibuk membakar sate, mengacau dodol dan macam2 gelagat dapat dilihat. Mereka juga seakan tidak berkira sesama mereka kerana sikap ringan tulang yang diamalkan dalam membantu chef2 yang lain membuat persiapan untuk berbuka.

Setiap meja disediakan fruit cake sebagai door gift. Sedap kek tersebut! Suasana ketika itu redup dan nyaman kerana ia open-air.

Seperti biasa susunatur kutleri diatur kemas beserta fruit cake yang dihias ringkas


Memandangkan jam baru menunjukkan jam 6.30pm, saya mengambil kesempatan untuk bersiar2 di sekitar tepi kolam dan juga melihat juadah yang telah tersedia. *Skodeng la dulu apa yang patut kan, baru senang nak terjah yang mana bila dah tiba masa, kan.. ;P*

Antara pemandangan di sekitar kolam renang



Terdapat pelbagai juadah yang disediakan. Dari hidangan Melayu, hingga ke Arabic, Italy dan macam2 lagi. Kecur liur juga apabila kami membuat rondaan ke setiap stall. Antara juadah yang sempat saya ingat adalah pasta, mee/bihun/kuetiaw sup, ikan mayong masak asam pedas, kebab, kacang kuda dan kacang rebus, jagung bakar, putu piring, apam potong, sate, otak2, char kuetiaw, briyani gam, lauk pauk yang sangat2 menyelerakan iaitu udang masak sambal petai, udang masak 3 rasa, ikan masak lemak, sayur campur dan lain-lain lagi. Jika ke sudut pencuci mulut pula, sememangnya anda akan rambang mata kerana terdapat byk pilihan dari sajian kuih nyonya, hingga ke manisan kaum India, coklat fountain, kek, puding, buah2an dan juga aiskrim. Tapi memang terdapat byk pilihan makanan, berbaloi2! ;)

Sempat lagi bergambar poyo di kala bosan menanti ketibaan tetamu yang lain


Nah! Lihat sahaja makanan yang telah diambil oleh kami, penuh satu meja! Jangan risau, untuk bahagian saya, apa yang saya ambil, kesemuanya saya berjaya habiskan kerana saya sentiasa ingatkan diri supaya jangan tamak dan jangan membazir.

Meja penuh dengan juadah berbuka



Apa yang menarik di sini, sedang kita mengambil makanan, suasananya meriah tak ubah seperti anda sedang berjual beli di bazaar Ramadhan (BaRam). Ini kerana, setiap chef tak jemu2 mempromosi juadah yang mereka sajikan. Mereka juga memberi tips supaya ambil lauk, manakala hidangan nasi atau roti yang berunsurkan karbohidrat ni di kemudiankan. Ada juga yang sememangnya memberi kita portion yang sedikit kerana mereka memahami bahawa kita hanya mahu ambil rasa dan perlu simpan perut utk merasa juadah yang lain.


Saya boleh katakan bahawa setiap makanan yang disajikan memang sedap dan ada kualitinya tersendiri. Antara makanan yang saya pada saya memberi ingatan semasa menghadiri majlis berbuka ini adalah char kuetiawnya, masakan udang petai, kambing bakar *my favourite*, briyani gam, puding coklat dan tak lupa juga puding rotinya.


Ringkasnya, saya amat berpuas hati dengan menu yang disediakan *of course la, free beb! ;P*, tambahan pula kakitangan di sana cukup membantu dalam memastikan kepuasan pelanggan. Keep up your good work, yaw! ;)







p/s: Lepas ni nak berbuka kat mana pulak? Peh, mcm la dpt jemputan.. :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...