Pages

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Salam readers,


Harini hari terakhir kita berpuasa. Ini bermakna esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari lebaran Aidilfitri. *Harapnya penyimpan mohor besar tu akan umumkan mcm tu la..heheh... ;P*

Dalam pada semua org sibuk balik kampung, saya pula duk sibuk siapkan tempahan cheesetart daripada Kak Nita and Ema. Thank you, guys! ;) And Insya Allah tempahan akan ada lagi selepas raya nanti. Pagi tadi, lepas je waktu sahur, terus saya buat cheese tart. Mula2 ingat nak siapkan untuk tempahan Kak Nita, tapi memandangkan Ema begitu beria nak harini juga, tu yang tak sampai hati nak hampakan permintaan dia *order dia patut deliver lepas raya* Begitu cermat saya memandu harini kerana kena bawa 100 biji askar berkepala merah..heheh... :P

Ni la askar2nya. Gambar tak sharp la plak.. ;(

Baju raya tahun ni takde lagi. Tgk la nnt kalau ada mood nak gi cari, saya gi cari la. Tu pun bila dah habis masak. Menu juadah hari raya tahun ni adalah ketupat Nona, rendang kerang and ayam masak kicap.

Ok, la nak minta ampun maaf dan diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bimbang kot mlm ni tak berkesempatan nak berblog.




p/s: Salam lebaran

Sunday, August 28, 2011

Tinggal Sehari Lagi

Salam readers,

Esok tinggal sehari je lagi untuk saya pergi ke kerja. Syarikat telah menetapkan untuk kerja separuh hari je esok, yahooo~~

Memandangkan ramai yg telah pulang ke kampung sekitar Jumaat dan Sabtu lepas, so saya rasa esok ni jalan raya pun akan lengang selengang2 alam.

Bila time raya ni apa yang best adalah, ibu kota akan senyap sunyi. Jalan pun tak sesibuk seperti kebiasaan waktu. Pendek kata, kalau nak baring atas jalan pun takde hal la! ;P Tapi yang mcm tak best, bila kita ke pasaraya Giant ataupun mana2 pasaraya hyper yang lain. Rasa macam kita duk kat negara org je rasanya.. Sbb bukan apa, penuh dgn org2 Indon dan sebagainya.

Pesanan saya kepada anda yang hendak pulang ke kampung, pastikan anda telah tutup semua suis elektrik, kunci pintu, grill, pintu pagar dan berhati2 ketika memandu. Pastikan anda bawa duit lebih sbg preparation kot ada emergency tiba2 yg memerlukan anda mengeluarkan duit. Akhir kata, saya ucapkan Selamat;

* Hari Merdeka

* Selamat Hari Raya Aidilfitri

* Memandu

* Bergembira bersama sanak saudara

* Bercuti






p/s: Esok pagi projek tempahan untuk Kak Nita

Friday, August 26, 2011

IFTAR @ Jom Priok, KJ

As-Salam readers,

Enty kali ni nak crite pasal berbuka puasa jugak. Memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa, so saya dan kawan2 ofis bercadang untuk berbuka puasa bersama. Plan asal sbb ada 2 org my friend iaitu Nawal and Lin yang request untuk berbuka puasa bersama. So, secara tak sengaja saya pula yang jadi organizernya.

Since saya jadi organizer, so saya pun cari la tempat yang agak budget lebih kurang RM50 ke bawah. Skodeng2 punya skodeng, last2 jumpa 2 tmpat makan yang jadi pilihan iaitu Flaming Steamboat, Sunway dan juga satu lagi kat Jom Priok, Giant Kelana Jaya.

Memandangkan lokasi yang kat Flaming ni saya sendiri tak berapa nak reti kat mana lokasinya yang sebenar, so saya try la telefon untuk bertanya lokasi di samping nak buat tempahan. Malangnya ia dah fully booked! So, option utk makan di situ terpaksa ditutup dan terus hubungi Jom Priok Steamboat dan buat tempahan. Alhamdulillah, ada rezeki so dpt la saya booked utk 15 org. Dalam pengiraan mmg seramai 15 org, tp disebbkan dah last2 minit ada yang terpaksa tarik diri kerana ada hal masing2, maka yang tinggal hanya lah Lin, Kincik, Aimi, Kikin and family & Me! ;)

Di Jom Priok ni ditawarkan steamboat buffet Ramadhan di mana kos untuk dewasa RM39.80. Senang crite RM40 la. Manakala bagi kanak2 yang berumur 6 tahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak RM19.90.

Pada kadar bayaran RM40 ni, semuanya telah tersedia. Ada nasi panas+lauk2, air panas dan air sejuk, kuih-muih, aneka bubur, aiskrim dan makanan laut yang sgt2 fresh. So, saya byk balun seafoodnya je la.. Udang n ketam mmg penuh pinggan! Kebetulan saya tak pernah mkn seafood pepahat, kat situ saya dpt try! ;)

Ada 2 base iaitu chicken soup & tomyam


Lepas je makan2 kenyang perut suka hati, kami sembang2 sekejap kemudian bersurai sbb Kincik pun nak packing utk dia balik Palong esok hari, Aimi pula kena kerja esok, Lin pula rumahnya kat Langat, so consider jauh. And saya pun ada urusan lain yg perlu disetelkan segera di mana, mood hari raya kawan saya yg bernama Shida terletak di tgn saya..hehhe.. :P *hantar tudung raya kat dia*











































p/s: Owh, masa berbuka ni kat Jom Priok ni, ada event dari mana entah yang turut dihadiri oleh 2 pelakon wanita. Tp tak kenal sapa namanya.

7 Sunnah Penting

Salam readers,

Entah kenapa, rasa sedih pula bila Ramadhan bakal meninggalkan kita. Bukan apa, kita pun sedia maklum bahawa apabila kita melakukan ibadat di bulan Ramadhan ni, bukan sahaja ia dapat memperkasakan iman kita, malah gandaan beribadat di bulan Ramadhan ini adalah melebihi 1000 bulan. Masya Allah, betapa mulianya bulan Ramadhan ni, kan. ;) Walaubagaimanapun, saya harap pembaca semua telah gunakan sepanjang bulan ini dengan perkara yang bermanfaat, yang dapat mengubah kita menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa, berdoa supaya Allah pelihara iman kita, supaya Allah tetapkan hati kita untuk terus pelihara agama Islam dan supaya kita mati dalam Islam.

Ni nak share another info yang saya dpt thru email yang saya rasakan adalah molek untuk saya share kat sini. Enjoy you reading! ;)

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.







p/s: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Thursday, August 25, 2011

Panduan Menyambut Hari Raya

Salam readers,

Ni nak share sedikit panduan mengenai tips bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelang hanya tinggal beberapa hari je lagi. Panduan ni saya ambil daripada email yang saya terima. Ia suatu tips yang elok dan merupakan perkara sunat untuk diamalkan since ada juga yang saya tak tahu, then lepas je baca panduan tersebut saya terus impress. Ada byk lagi amalan sunat yang saya tak tahu rupanya. Enjoy your reading! ;)


1. Mandi sunat Aidilfitri. *Tapi jgn membazir air iaitu tak perlu la untuk mandi sampai 45 minit lamanya*


2. Makan kurma dulu sblm gi solat raya. Ia merupakan sunnah Rasulullah. *Bila dah sunnah tu, sangat la rugi kalau kita tak follow sbb besar pahalanya*


3. Yg lelaki pakailah minyak kasturi. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah. *Maka dengan itu,wangi2an lain mcm Hugo Boss ke, Calvin Klein ke, simpan la dulu. Time nak gi beraya baru spray ek!*


4. Sunat bertakbir masa perjalanan ke masjid, yg perempuan rendahkan suara. Even yg haid Rasulullah suh gi masjid (asing tempat) utk dengar khutbah raya.


5. Bykkan membesarkan Allah. Takbir!


6. Elakkan mkn berlebih2an, hiburan berlebih2an etc. *Masa makan lomang, ketupat tu, kena beringat la yer*


7. Yg husband and wife tu banyakkan pegang tgn. Dosa2 akan keluar dari celah2 jari. *Kalau yang boipren/gepren or tunang? Haip! anda masih belum halal lagi. Oleh itu, takde maknanya create alasan konon nak dptkan pahala sunat raya.*


8. Paling special, tataplah wajah ibu bapa kita. Dapat pahala (5 perkara yg tgk je pun dpt pahala: Kaabah, air zam zam, mashaf Al-Qur'an, alim ulama dan ibu bapa) *Dekat je ibu bapa kita tu dgn kita, ye la satu rumah kan.. jadi ambil la kesempatan selagi hayat mereka masih ada*






p/s: Mengingati diri jua

Tuesday, August 23, 2011

Lelaki Seperti Aku

Salam readers,
Pejam celik, pejam celik, kita dah berada di 10 hari yang terakhir sebelum kita menyambut bulan Syawal. Ni nak share lagu baru dari Alif Satar. It is a catchy song, best juga nak layan siap ada lirik lagi I sisipkan.. ;) So, enjoy! ;)




Alif Satar - Lelaki Seperti Aku

Powered by mp3ye.eu


Lelaki Seperti Aku
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu engkau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku tuk jadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Maka dari itu kamu please jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Noo...


Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
















p/s: Begitu setia lelaki ini

Monday, August 22, 2011

IFTAR @ SACC Convention Centre

Salam readers,


If before this berbuka di hotel mendapat tajaan, kali ni punya entry pun dpt tajaan jugak! *me loike. Ngeee... ;P* Sebetulnya majlis berbuka yang ni lebih kepada "Berbuka Bersama Kita Di Hujung Waktu" tajuknya. Iftar cum farewell.




Anda telah lihat banner di atas? Saya pasti anda sedia maklum apakah hidangan utama yang disajikan dalam buffet Ramadhan kali ini.


Saya yang telah mencadangkan untuk mengadakan majlis berbuka cum farewell di sini, memandangkan jarak antara pejabat saya untuk ke Shah Alam adalah lebih dekat jika dibandingkan untuk ke arah Kuala Lumpur atau Puchong dan sebagainya. Setelah pencarian tak sampai sejam dilakukan, saya dapati harga yang ditawarkan untuk buffet Ramadhan di sini adalah rendah jika dibandingkan dengan hotel2 yang ada di sekitarnya. Maka oleh itu, saya pun propose la tempat ini kepada ketua saya, dengan melihatkan menu yang disajikan kelihatan sangat menarik dan unik iaitu Kambing Kebuli. Sebab saya kan peminat kambing. ;) Pada dasarnya, pelik juga apakah keistimewaan Kambing Kebuli ini? *Yela, mcm tetiba konfius je mana dari mana datangnya makanan ni, kan.* Rupa2nya, sebutan yang sebenar kalau kita pergi kat kedai makan Lebanese atau Arab yang lain mcm Al-Rawsha or Zam Zam, ialah Kabouleh. Wording tu telah dimelayukan. Ok, berbalik kepada topik, katanya cara penyediaannya yang unik iaitu nasinya dimasukkan ke dalam perut kambing dan dimasak. Maybe nak perap supaya rasa kambing tu sebati dgn nasi yang diadun. ;)


Memandangkan lokasinya juga tersangatlah dekat dgn my house, so saya pulang ke rumah dulu untuk membantu ibu saya menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Dalam jam 6.15pm saya pun keluar semula. Di sini, ada menyediakan ruang parkir. Tapi telah diingatkan oleh pekerja di situ supaya datang lebih awal kerana bimbang tidak mendapat parking yang disediakan kerana jumlah ruang parkir tidak byk jika hendak dibandingkan dengan pelanggan yang bakal datang.


Alhamdulillah, masa saya sampai tu, saya dapat parking dekat pula dengan lif. Bila naik kat ruang legar tu terdapat byk booth2 yang menjual kelengkapan raya seperti baju raya, songkok, kuih raya, sampin dan lain2. Terdapat 3 tingkat dalam bangunan SACC Convention Centre ni. Dan majlis buffet tu dibuat di dewan banquet kat bawah tu. Boleh dikatakan meriah juga la jualan booth2 yang ada, sbb saya lihat petunjuk arah yang ditampal di dalam lif, setiap tingkat tu ada jualan Bazar Raya.


Team kami ditempatkan di meja nombor 64, 65, 74 dan 75. Ia berada di tengah2, tapi memandangkan ada persembahan In-Team di mana pentas berada di hadapan tetapi disebabkan kedudukan meja kami terlindung dek booth main dish yang diletakkan kat tgh2 dewan. So, ia mengganggu pemandangan even though mmg ada pancarkan di layar tabir.



Saat menanti rakan2 lain tiba


Kami dibenarkan untuk mengambil makanan pada jam 6.50pm. Untuk mengelakkan diri daripada bersesak2 dgn org lain, maka saya dan Kikin ambil makanan siap2. Jgn lupa pula nak serang kambing kebuli tu yer!



Ni antara hidangan yang saya ambil; Rojak, kuetiaw, kambing kebuli, beberapa jenis kuih dan manisan



Nah! Ni la dia kambing yang kena denda tu sbb tak puasa..hehe.. ;P Ni la rupa kambing kebuli nya


So far, for me, makanannya ok la. Tak tau nak hurai panjang apa. So-so. Maybe boleh diimprove dgn dire-arrange meja tempat disajikan main dish. Sbb messy sgt. Adakala mcm hilang arah and punca pun ada. Owh ya, masa saya berbuka ni, pelakon Zamarul Hisham pun ada berbuka juga. Meja dia A21.


Sebahagian daripada team kami


Potret kenangan Ramadhan 2011. Panjang umur, berjumpa lagi









p/s: Dah brapa byk farewell daa untuk tahun 2011 ni

Sunday, August 21, 2011

IFTAR @ Johnny's with Ex-Schoolmates

Salam readers,

Huhu~ Macam dah lama je tak update blog ni. Kali ni nak cerita pasal berbuka puasa di luar. This was my second time berbuka puasa di luar during Ramadhan. Plan asalnya nak buat macam gathering with Sainarian batch 98/02 yang duduk kat Klang Valley ni. First place yang disuggestkan by my best friend was at Kelab Golf Pertahanan Awam (KGPA), Seksyen 16, PJ which cost RM55 for adults. So when she open the vote, only a few people who response with the post. So, that's why we changed the place to Johnny's Steamboat at Summit USJ which only cost us RM18 each person. Away cheap, rite! ;)

We ordered set C which enough to serve 4-5 person and we add on Nasi Goreng Pineapple (Eyta's favourite) and Thai Tea as drinks. Shida and Mil suggest us coffee and honey dew ice cream as a dessert as both of them love it very much. While Aisyah ordered a banana split.

We as mentioned here were Shida, Aisyah, Rozita, Mil and Me! Mil just accompany us and we already anggap her dah macam budak skolah kitorng jugak since every events tak kisah la wedding ke, apa ke, yang melibatkan budak skolah kitorg, Shida mmg selalu bawak Mil ni skali. So, mmg dia pun dah jadi part of us jugak la..hehe.. ;)
Picture taken by Mil was the one and only that we have for this mini gath. ;P Thanks Mil! ;)


From left clockwise; Rozita, Shida, Aisyah and Me

Owh ya, even though it just a mini gathering, but mmg puas hati since we all mmg dah lama tak jumpa each other. So bila dah berjumpa ni, macam2 la crite yang dikongsikan. Gossiping, ketawa2, recap the oldies stories. Kelakar je bila cerita and ingatkan balik zaman2 kanyaq kat sekolah dulu. ;P

Setelah berjumpa, baru la saya tahu yg my friends ni minat membaca. Then Aisyah bring us ke satu kedai buku ni, yang menawarkan harga yang berpatutan. Lokasinya terletak di ground floor and berada di bahagian tengah. Nama kedai tu Bookalicious! Apa yang menariknya adalah boleh dikatakan setiap buku yang dijual tertampal sticker Buy 2 Free 1. Bila fikir2 balik, kitrg buat keputusan utk share bertiga and ambil harga purata je. Since saya pun baru je mula nak menjinak2kan diri utk suka membaca, so I took a fiction book titled The Gatecrasher by Madeleine Wickham a.k.s Sophie Kinsella. I know about this author pun sbb most of my friend suka baca karya penulis ni. While Shida and Mil respectively took To The Moon and Back by Jill Mansein and Rainway by Sandra Brown. Aisyah is the factual person, so she have Put Your Dream To Your Test *tajuk buku pun dah suruh kita bawak diri ke bumi yang nyata kan?* after she got the recommendation by someone about how interesting the book was.

Tada..!! Our books!

Owh ya, for those yang nak gi kedai buku ni atau rindukan bau2 buku yang fresh, boleh la visit ke kedai ni.




BOOKALICIOUS!


Lot G35, Ground Floor


The Summit USJ


Persiaran Kewajipan USJ 1


47600 UEP Subang Jaya


Selangor Darul Ehsan


















p/s: Saya tak dapat apa2 kredit pun drp Bookalicious pun. Tp saja nak share the info. Owh ya, once korang beli buku kat sini, tauke tu akan bagi penanda buku yang cute and paper bag yg santek~

Thursday, August 18, 2011

Menglipur Lara Nan Di Hati


.


.


.


.


Cinta pertama, cinta sejati..

Cinta kedua, berbelah bahagi..

Cinta ketiga, tiada lagi..

Monday, August 15, 2011

IFTAR @ Istana Hotel, Kuala Lumpur

Salam readers,

Setelah 15 hari kita berpuasa, ni la kali pertama dapat jemputan berbuka puasa di luar. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Jabatan Kewangan tempat saya bekerja dan ia adalah suatu majlis tertutup bersama client2.

Majlis ni diadakan di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Kami tiba seawal 4.30pm kerana mendapat pelepasan utk berangkat awal ke hotel tersebut oleh bos kami. *Bila gerak seawal jam 4pm, mmg la tak sangkut kat jammed* Turut serta dlm kereta saya pada hari itu adalah Kincik dan Ain. Setelah tiba, kami menunaikan solat Asar di surau yang terletak di tingkat bawah dan sementara menunggu masa berbuka kami rehat2 di surau dan berjalan2 di sekitar lobi hotel. Pekerja di situ amat ramah dan membantu. Kiranya excellent la dlm memberi mutu khidmat pelanggan. ;)

Sempat lagi nak bergambar dlm ladiesroom! LOL! ;P


Tepat jam 6pm, kami pun mula mengambil tempat. Kami ditempatkan di Arabic Tent bersebelahan dengan kolam renang. Kami memilih meja yang berdekatan dengan laluan untuk menuju ke stall2 yang disediakan. Bukan apa, ini bagi memudahkan kami untuk keluar masuk mengambil makanan. *Dah nama pun buffet Ramadhan kan, rugila kalau tak bedal apa yang ada.* Semasa menuju ke meja yang disediakan, para chef sibuk menyediakan juadah di stall masing2. Ada yang sibuk membakar sate, mengacau dodol dan macam2 gelagat dapat dilihat. Mereka juga seakan tidak berkira sesama mereka kerana sikap ringan tulang yang diamalkan dalam membantu chef2 yang lain membuat persiapan untuk berbuka.

Setiap meja disediakan fruit cake sebagai door gift. Sedap kek tersebut! Suasana ketika itu redup dan nyaman kerana ia open-air.

Seperti biasa susunatur kutleri diatur kemas beserta fruit cake yang dihias ringkas


Memandangkan jam baru menunjukkan jam 6.30pm, saya mengambil kesempatan untuk bersiar2 di sekitar tepi kolam dan juga melihat juadah yang telah tersedia. *Skodeng la dulu apa yang patut kan, baru senang nak terjah yang mana bila dah tiba masa, kan.. ;P*

Antara pemandangan di sekitar kolam renang



Terdapat pelbagai juadah yang disediakan. Dari hidangan Melayu, hingga ke Arabic, Italy dan macam2 lagi. Kecur liur juga apabila kami membuat rondaan ke setiap stall. Antara juadah yang sempat saya ingat adalah pasta, mee/bihun/kuetiaw sup, ikan mayong masak asam pedas, kebab, kacang kuda dan kacang rebus, jagung bakar, putu piring, apam potong, sate, otak2, char kuetiaw, briyani gam, lauk pauk yang sangat2 menyelerakan iaitu udang masak sambal petai, udang masak 3 rasa, ikan masak lemak, sayur campur dan lain-lain lagi. Jika ke sudut pencuci mulut pula, sememangnya anda akan rambang mata kerana terdapat byk pilihan dari sajian kuih nyonya, hingga ke manisan kaum India, coklat fountain, kek, puding, buah2an dan juga aiskrim. Tapi memang terdapat byk pilihan makanan, berbaloi2! ;)

Sempat lagi bergambar poyo di kala bosan menanti ketibaan tetamu yang lain


Nah! Lihat sahaja makanan yang telah diambil oleh kami, penuh satu meja! Jangan risau, untuk bahagian saya, apa yang saya ambil, kesemuanya saya berjaya habiskan kerana saya sentiasa ingatkan diri supaya jangan tamak dan jangan membazir.

Meja penuh dengan juadah berbuka



Apa yang menarik di sini, sedang kita mengambil makanan, suasananya meriah tak ubah seperti anda sedang berjual beli di bazaar Ramadhan (BaRam). Ini kerana, setiap chef tak jemu2 mempromosi juadah yang mereka sajikan. Mereka juga memberi tips supaya ambil lauk, manakala hidangan nasi atau roti yang berunsurkan karbohidrat ni di kemudiankan. Ada juga yang sememangnya memberi kita portion yang sedikit kerana mereka memahami bahawa kita hanya mahu ambil rasa dan perlu simpan perut utk merasa juadah yang lain.


Saya boleh katakan bahawa setiap makanan yang disajikan memang sedap dan ada kualitinya tersendiri. Antara makanan yang saya pada saya memberi ingatan semasa menghadiri majlis berbuka ini adalah char kuetiawnya, masakan udang petai, kambing bakar *my favourite*, briyani gam, puding coklat dan tak lupa juga puding rotinya.


Ringkasnya, saya amat berpuas hati dengan menu yang disediakan *of course la, free beb! ;P*, tambahan pula kakitangan di sana cukup membantu dalam memastikan kepuasan pelanggan. Keep up your good work, yaw! ;)







p/s: Lepas ni nak berbuka kat mana pulak? Peh, mcm la dpt jemputan.. :P

Sunday, August 7, 2011

Resipi - Puding Roti Bersama Sos Vanila Berkastad

As Salam readers,

Huhu! Sempena Ramadhan ni, saya saja la rajin nak try buat dessert sendiri. Asyik2 puding coklat n agar2 je kan.. so nak la cuba buat benda lain pulak. Then kebetulan my sister request Puding Roti siap dengan sos dia sekali. So, saya yang tengah rajin waktu tu, sibuk la mengGoogle untuk mendapatkan resipi. Fyi, saya tak suka puding roti, tp boleh je nak tolong buatkan kalau bahan2nya telah siap disediakan. Sedap ke tak tu, dikira nasib je la ye! heheh.. :P


Berikut adalah resipi yang saya ambil kat internet. Link dia saya dah tak ingat la amik kat mana. But thanks for sharing the recipe~ ;)

Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti - my fren said nak lagi sedap guna roti Butterscotch or else sapukan mentega kat roti putih tu dulu before rendam dlm susu


Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam (since terlupa nak beli kismis ni, so I gantikan dgn kurma. Maklumla, bulan2 puasa ni)


Bahan C-vanila sos
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula


Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang




Selamat Mencuba!






p.s: a few of my frens teruja tgk the picture, then terus mintak resipi kat i..heheh.. :)

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Bulan Berkat










p/s: zaman sekolah dulu, suka kat kumpulan nasyid Hijjaz ni. lagu dia banyak yg sedap2~ ;)

Tuesday, August 2, 2011

11 amalan sunnah khusus bulan Ramadhan

As Salam,

Alhamdulillah, harini hari kedua kita bepuasa. Ni saya nak share sikit tazkirah yang dipetik daripada email yang dikirimkan oleh salah seorang rakan saya berkenaan amalan sunnah yang wajar dilakukan semasa di bulan Ramadhan. Happy reading! ;)


"Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.

Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan.

Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

As salam readers,

Harini 1st day puasa. My office masuk pukul 8.00am-4.30pm. Tak pasti sama ada akan diawalkan kepada pukul 4pm or not. Tapi apa2 pun, we'll see. For me, balik pukul 4pm or 4.30pm, sama je. Sebabnya my route tak brape nak jammed. Tapi we have to consider others la kan.. ;)

Erm, nothing to jot actually. Sbbnya harini quite sibuk prepare report end month inventory. Ok la, nak sambung buat kerja. Nanti if ada crite nak share, I will post it,k~ ;)








p/s: Teringin makan benda yang manis2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...