Pages

Monday, January 28, 2013

Resepi: Agar-agar Milo+Horlicks

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni saya mahu berkongsi resepi agar2 yang saya main taram and kebergantungan bahan yang ada. Jom kita check apa resepinya!

Bahan-bahan:
12gm agar-agar strip
1400ml air *memandangkan saya tidak mempunya pitcher Pyrex tu, makanya saya menggunakan sukatan bekas air Tupperware 650mlx2 + secawan air*
1 1/2 gula halus
2 senduk serbuk Milo *saya agak je, since saya main tuang gitu je..*
2 senduk serbuk Horlicks *ni pun sama, saya main tuang suka2 hati je*
1 sudu kecik marjerin *utk menggantikan garam*

Cara-cara:
1. Renehkan agar-agar strip bersama air. Kacau sehingga hancur.
2. Masukkan gula, serbuk "minum milo anda jadi sihat dan kuat!" dan juga "ho ho ho!" Kacaukan. *kacau dengan whisk supaya anda tidak perlu gigih utk menghancurkan serbuk yang berketul2 itew*
3. Adjust rasa. *jika anda dah bersetuju dengan rasa yang tercipta dari air tangan anda sendiri, maka boleh matikan api*
4. Masukkan marjerin tadi dan kacau.
5. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Biarkan ia beku sebelum dihidang buat kaum family! ;))

Hasilnya!

p/s: Sedap dihidang sejuk.

Friday, January 25, 2013

Movie Review: The Impossible

Assalamualaikum w.b.t



The Imposs?? Tajuk citenya yang penuh The Impossible.. bukan Inchloss or Impose..huhu.. *erk..lawak mcm tak jadi je.. bluwek*

Sudahkah anda menonton cerita ini? Hokay, meh nak kongsi mcm mana terbitnya idea utk saya menonton cerita ini.

Pada tanggal 21hb January yang lalu, merupakan hari yang sengaja saya mengambil cuti oleh kerana beberapa hal istimewa yang perlu saya bereskan jugak pada hari tersebut. Antaranya menghantar parents dan juga abg saya ke KLIA bg mengerjakan ibadat umrah, menghadiri interview dan juga meraikan hari lahir seseorang yg spesel di hati.. *wah, ni betul2 jujur gedix giteww..*

Setelah saya membereskan hal2 tersebut, makanya saya bersama buah hati mengadakan sedikit musyawarah di dlm kereta dan sepakat untuk menuju ke The Curve. Sebenarnya mmg takde idea pun nak tgk crite apa. Main terjah je la lebih kurangnya kesnya ni. Sesampainya kami di sana, terus kami naik eskalator dan tuju ke kaunter tiket. *nampak sgt menipunya..tadi kata taktau nak tgk citer apa, kan? kehkehkeh..sblum tu kami ada la usha2 kat skrin tu dulu* So, kami dgn yakin "Bang, bagi citer The Impossible ni.. if ada 3D, kami nak yg 3D." *tegas dan yakin tak cara kami berkomunikasi? hakhakhak.. ;P*

Cerita ni merupakan kisah benar yang dialami oleh sebuah keluarga yang bercuti di Phuket. Tak ingatlah keluarga ni dari mana, tapi mereka sampai di Phuket 2 hari sebelum Krismas. Kiranya mereka bercuti dan sambut Krismas di Phuket. Sedang mereka bersuka-ria, bencana Tsunami melanda.

Dalam cerita ni, seakan anda merasai bagaimana challengenya nak survive ketika bencana tersebut berlaku dan baru anda faham, kenapa ada sesetengah mayat yang dijumpai tidak sempurna anggotanya. Plotnya ada yang ngeri, sedih, pilu. Anda perlu saksikan sendiri, kerana saya pasti airmata anda akan berguguran.




Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum w.b.t



Friday, January 18, 2013

How Do I Eat My Sushi

Assalamualaikum w.b.t,

Sushi? Oh, dulu masa zaman2 sekolah menengah sangatlah tak reti makan sushi ni. Till my sis yang memperkenal dan membiasakan eden dengan makanan ni. Memula just amik yg kat kaiten belt tu je.. Lelama tu, explore try utk rasa temaki, maki, udon etc and boleh ngam dgn citarasa and selera perut lak. Kemudian, my sis promote me utk try sashimi *which is raw.* Dia suh saya try Salmon Sashimi. Memula agak kekok utk mencuba, tak berselera sangat kat tekak.. Tp bila dah terbaca kebaikan salmon yang byk mengandungi Omega 3, maka, saya pun dengan pantasnya cuba mengadapt utk menerima dan menyamakan citarasa perut ini seperti org di Jepun. *peh..Jepun la sangaatt~*

Kebiasaannya saya mengambil hidangan sushi ini dengan mencicah campuran sweet sauce dengan wasabi yang byk, kemudian ditambah lagi dengan chilli powder. Pada yang tak biasa mencuba, anda dinasihatkan utk mencampurkan qty yang sedikit terlebih dahulu.

Kenapa saya suka letak wasabi yang byk sehingga warna sweet sauce menjadi keruh? Kerana pada saya, dos wasabi yang power, dpt merencatkan seketika resdung yang saya alami. Sekeruh mana sweet sauce saya? Sekeruh gambar di bawah.

Sweet sauce+wasabi

Utk promosi CNY ni, anda dinasihatkan untuk mencuba Lion Roll.. Sgt recommended! ;))



p/s: Byk nak diupdate sbnrnya..huhu~

Monday, January 7, 2013

Pengakuan Seorang Aku

Assalamualaikum w.b.t,
 
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur atas kurniaan-Nya yang telah memberi kita nikmat. Diharap dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, Dia akan berikan kita kematangan tak kira sama ada dlm cara kita bertindak atau berfikir, memberikan rezeki yang melimpah ruah, serta beroleh kebaikan dan manfaat yang baik-baik belaka.
 
Wah, dah lama tak berblog ni, uols! Seakan jari mulusku ini kaku untuk menari-nari di atas papan kekunci ini. Seakan lupa gerak langkah tariannya.. *pergh! ayat tak bley blah.. ;P*
 
Ini merupakan entry pertama yang berjaya dicetak bagi tahun 2013. Bagi entry2 2012 yang masih berada dalam kurungan penjara, tidak lama lagi mereka akan dijilid dan dilepaskan keluar.. Jadi, nantikan sahaja kemunculannya, okeh! ;P *bila blogger tegar berkarya di tengah malam, begini lah ayat yg berjaya dihasilkan, peh! ;P*
 
Sebenarnya byk entry 2012 yg masih disimpan rapi dengan isi2 penting yang telah disusun molek. Tinggal lagi huraian je yang belum diterjemahkan dalam bahasa mudah *yela, sbbnya kat draft tu, duk tulis short term je*. Walaubagaimanapun, ia tetap akan dipublish dlm ruangan tahun 2012.. *dah peristiwa happened kat tahun 2012 kan, so bakpe nak cite kat lembaran 2013 ni, ye tak?* Dengan kata lain, 2013 akan menyajikan entry semasa dan terkini. Makanya, anda harus terus membuka dan membelek2 archive 2012 tu, okeh! ;)
 
Jujur kuakui, memiliki dan menguruskan sebuah blog bukan mudah.. *nasib baik blogspot ni free, der.. if tak, buat rugi membayor domain je.. ;P* Walaupun saya menggunakan perkataan bukan mudah, tp ia tak membawa makna bahawa ia susah.. *isk, susah la den nak terangkan..* So, if korg betul2 nak feel apa yang cuba diterangkan oleh seorang aku ini, cuba2 lah anda berjinak2 untuk membina blog sendiri.. Pastu, jgn lupa share link ek! Leh tambah kenalan.. leh naikkan peratus visitor.. *eh, cam leh jadi topik entry gak ek cite pasal perih jerih ada blog ni! Takpe, akan difikirkan idea ini..*
 
Okeh, rasanya sudah memadai aksara bagi halaman yang boleh dianggap sebagai prakata ini.. Izinkan penulis utk melelapkan mata sebelum ayam teruna memberi ucap salam pagi.. Jaga diri baik2, jaga tutur kata dan jaga hati org yang kita sayangi.
 
p/s: Miss u la! ;))

Saturday, December 29, 2012

Vacation ke Cameron Highland

As-salam,

Sudah lama rasanya tidak bercuti seisi keluarga. Kali ni nak jenjalan kat Cameron Highland. Fuh, rasanya dah bertahun dah tak jejak ke sana sejak darjah 3 lagi kot.

Kami mengadakan percutian selama 4 hari 3 mlm ke Cameron Highland. 2 buah kereta bergerak secara konvoi. Memandangkan saya ni pun tak berapa boleh dengan jalan yang berkelok2, jadi kami amik keputusan utk naik dari  Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5jam jugakla since ada byk kamera AES yang sedia mengambil picture anda sekiranya didapati anda melebihi had laju.

Sesampainya kami di sana, kami check in di apartment panel Ambank *yup, my sis in law dia keje Ambank*. Sgt selesa apartmentnya, eventho hanya lot rumah kedai. Terdapat 3 bilik tdo, 2 bilik air, dapur dan juga ruang tamu. Fridge dan microwave turut disediakan bersama dengan perkakasan lain seperti pinggan mangkuk etc.
Me with my anak fruits di ruang tamu apartment

*Aci tak if saya nak backforward sat* Sementara kami nak sampai ke Brincang utk check in, kami ada singgah di Bharat Tea. Di sini kami ingin berehat sambil menikmati teh segar. Kat sini jugak, sempatla saya grab beberapa kotak teh uncang sebagai tanda hati dan juga menambahkan stok teh kat umah tu..erm..apa lagi ek.. *sbnrnya den tak ingat dah apa benda lagi yg den jumpo kek sini.. hahah..tu la, tak buek catatan laie..* ;P
Di ruang hadapan Bharat Tea

My mom and sis setelah selesai berBharat Tea, ;)

Hari kedua, kami mengunjungi ladang strawberi Al-Mashoor, *konon nak petik sndri stroberi kat situ* tp sayang seribu kali sayang, kat ladang tu, takleh petik la pulok.. Sudahnya, kami membeli jem strawberi dan jugak eskrem kat situ. Eskremnya sedap! RM2 satu bekas puding tu. ;)

Pada ptg tersebut, kami mengunjungi pasar malam di sana. Sgt happening yols! Ada mcm2 jual.. Ayam golek, bunga2an segar, sayur2an, buah2an, kaktus, jagung bakar, stroberi, baju sejuk yg bundle etc. So, since kitorg mmg ada bawak rice cooker and periuk bagai, makanya kitrog just beli bahan basah la kat sini. Yg sgt menggeramkan tgk sayur2nya yg segar dan murah. So, kitorg rembat ubi jepun, sayur-mayur, jagung, tapao ayam golek seekor dan jugak pokok kaktus. Pokok kaktus dijual pada harga 6pasu kecik = RM10. Ayam goleknya, sedap! ;)

Keesokan harinya, kami sepakat utk melawat Tapak MARDI. Dlm MARDI ni anda dibawa ke pelbagai taman pameran antaranya Laman Orkid, Taman Rose dan pelbagai lagi. Tujuan kami ke MARDI ni adalah utk mencari anak pokok, my sis in law tgh smangat nak tanam pokok kat keliling umahnya, so kami pun bagi la sokongan moral yg tidak berbelah bahagi. hehehe.. *ayat poyo giler ;P* Oh, bila anda ke sini, jgn lupa utk membeli teh MARDI yang berharga RM3.20 or RM2.30 mcm tu. Sedap dowh tehnya! Siyes, ni i tak tipu. ;) 
Map kat MARDI

Kat tapak MARDI ni jugak, anda berpeluang utk melihat serta mengenali pokok yang anda sendiri taktau nama panggilannya dan jarang skali anda jumpai. Contohnya seperti bunga yang bergantungan seperti  dlm gambar ni. Cantik kan! Ia berbntuk kasut. Tu pasal namanya Lady SHoes. ;D
Cute kan!
Erm, rasanya cukup sampai kat sini je kot citer kat Cameron Highland. huhu.. Tggu nanti update di lain trip ya! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...