Pages

Friday, September 5, 2014

Item yang Perlu Dibeli dan Disediakan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum,

Fuh, panjang benor tajuk entry. Hahaha.. For mommies-to-be out there, mesti agak blur kan nak bli barang apa as persediaan utk menyambut kelahiran bayi?

Yerp, been there and i've experienced that. Memandangkan skrg zaman dah canggih maklumat di hujung jari, maka berkat kerajinan saya utk menggoogle, so dptla sikit idea barangan yg perlu dibeli sebagai persediaan menyambut kelahiran baby.

Apa yang perlu saya katakan, first thing first, kenala survey and beli breastpump! Sgt perlu, dik oii.. Kurang2 if tak confident nak beli brand yang mana, korg leh usha kat mudah.com.my. Sbb ada jgk yg sediakan perkhidmatan sewa breastpump.. Perkhidmatan sewa breastpump ni boleh dikira berbaloi jugak if dicuba. Sbbnya, before kita nak beli something, mesti kita akan cari and baca review utk tahu pro and cons. Pastu nak jugak tau whether kita berkenan or not dgn functionnya and nak tau whether sesuai ke tak and last but not least, kita leh tau how does the fizikal looks like. Sbbnya kebnykkan breastpump ni mahal weyh. Okeh, cite pasal breastpump ni, biar kita cite kat entry yg lain la ek!

Okeh, lets back to our topic. Antara barangan yang saya beli before deliver:
- Breastpump - 1unit
- Pampers for newborn *beli by package during expo kids & baby kat SACC*
- Blanket - 1helai
- Lampin - 12 helai *utk bedung baby tu*
- Baju tido; set lengan panjang & seluar panjang - 2 helai
- Baju harian + mitten & booties - plus minus about 10 helai
- Botol susu - 1 unit
- Susu formula - in case susu badan tak keluar *saya beli susu Karihome*
- Minyak telon - 3 botol *beli dgn kawan so dpt murah*
- Baby wipes - 3buku
- Tuala - 1 helai
- Barut - 10helai
- Set bersalin
- Set appointment with mak bidan for urut purpose

Ni pulak item yang perlu disediakan sbg persediaan utk ke hospital:

Bakal ibu:
- Kain batik
- Spender
- Air zam-zam *utk tenaga for push2*
- Kurma *sumber tenaga yg paling best*
- Pad
- Air selusuh

Peringatan:
Sila tanggalkan semua barang kemas yang anda pakai seminggu sblm EDD. So takdela nnt kelam kabut nak pikir cincin kahwin nak simpan kat mana bagai.. Sbb time deliver tu, mmg pikir nak beranak jek, takde pikir sape nak bayar bil, anak lahir ikut muka sape, nak letak nama apa bagai.. masa deliver tu, aim just nak kluarkan baby dlm perut je weh

Bakal ayah:
- MP3/apps bacaan Qur'an
- Duit/kad kredit utk bayar bil hospital

Bayi:
- Lampin
- Pampers
- Susu
- Botol susu
- 1set baju
- Bedung/blanket

So yg ni adalah list preparation yang saya buat. At least bley la jadi rujukan korang di luar sana, k! ;) Happy Bersalin! Teheheh.. *saya dah lepas dah..anda bila lagi?*





Wednesday, July 16, 2014

Sakit Kena Seluk?

As-salam,

Seperti yang dijanjikan, ini adalah entry yang bakal den citekan pengalaman sewaktu berada di dalam labour room. *Oh sebelum tu, nak bgtau saya bersalin di Hospital Salam, Seksyen 19 under Dr. Siti.*

25 Jun 2014, pukul 2.30pm
Last check up dengan Dr. Siti. Happy je waktu nak jumpa Dr. Siti.. Sbbnya plan lepas check up, nak gi beli pisang goreng kat Seksyen 19 *tempat yang i pernah mention dlm entry aritu* as minum petang sambil memanja dgn husband. Masa menunggu turn tu, tak lama pun sbb patientnya pun mcm tak ramai lak on that day. Dalam duk syok saya bergelak sakan dgn husband, tibalah masanya saya dipanggil utk diperiksa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"Hai! Awak ok?"
' Ok je doctor..heee...'
"Bila awak nak bersalin ni.. geng2 awak sume dah selamat bersalin dah.. Sri, tolong buatkan saya nescafe.. saya ngantuk la.. dah mai petang mcm ni, ngantukla kan? Ok, boleh baring. Saya nak check" *Sri tu, dia punya assistant nurse*

"Saya tak akan scan, cuma nak dengar degupan jantung baby, check bukaan and ukuran perut."

Lalu, saya pun baring dan seperti yang doktor mentioned awal tadi, dia pun check degupan jantung, ukur perut.

Brup brap brup brap *bunyi jantung baby*

"Ok ni bunyi jantung baby. Mmg biasa di hujung kehamilan pulse baby akan drop sikit."
Saya ni pun anggukkan ajela. *Next*
Doctor pegang perut sambil ukur2 perut.
"Dah masuk laluan dah ni.. hai la baby, bila awak nak keluar ni?"
Saya pun sengeh jela dgr doktor komen gittew. *Next*
"Ok, saya nak tgk bukaan. Bukak seluar ni.. rileks..rileks.."
ZZUuuuuupppppppppppPPP!
*Doctor tu seluk uols! Sakit weh!!*
"Dah bukak 3cm.. Ni kira mcm selusuh la ni.. Ok! blh pakai balik"
Reaksi saya? Saya? Saya nanges sebak sedu sedan sume ada.. nak bangun pun tak leh.. So i panggil husband i utk mintak dia tolong bangunkan saya.

"Time ni jela ada chance nak manja dgn husband.. nnt baby dah kluar, awak pun husband dah tak pandang. Husband asyik tgk baby je kang"

Reaksi saya? *Ah, whatever!*

Sakit weih.. jam2 tu jgk rasa mcm nak ckp kat doctor tu,
'Tanak kawan dgn doctor'

Siyes, sakit tak blh blah. Trauma ngilu sume ada.

Masa saya duk sibuk pakai seluar, doktor duk bincang ngan husband utk tentukan tarikh admit. Dengan selamber husband saya commit tarikh tanpa runding or tnya kat tuan punya badan. *Aiyoh!*

'Last nak admit isteri awak ni bila? Nak tunggu seminggu jugak ke?'
"Erm, tak payah la doctor.. admit jela tarikh yg dah diestimatekan"

Saya? ... *taktau nak ckp apa.*

Sebelum keluar dari bilik doctor tu, doc tu sempat ckp lagi.
"Ok, see you malam ni! If malam ni tak jumpa, kita jumpa esok. Takpun lusa." *sambil tersenyum meleret*

Saya? Erk..mlm ni bersalin? biar betul??
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kereta saya diam je. Sepanjang perjalanan nak beli pisang goreng, saya diam and menitik2 airmata. Sakit wei... rasa tak happy dah nak makan pisang goreng fevret waktu tu. Dalam kepala terus pikir, ape bnda yang belum dibeli lagi. Then baru tingat, set bersalin belum beli lagi. Nak order kat officemate mmg dah tak sempat dah. Yela, dah doctor kata, kemungkinan mlm tu akan bersalin.

Balik umah, makan pisang goreng sekeping jek. Then kuar semula gi PKNS utk carik set bersalin. Ada 3 brand yang duk berlegar kat kepala nak beli, sama ada Nona Roguy, Anugerah or Salindah. Disbbkan ni first baby, so decide nak beli yg ada bacaan Qur'an iaitu set bersalin Anugerah.

Dalam set ni mengandungi;
- Minyak pilis
- Minyak selusuh
- Set mandian herba
- Bengkung
- Tungku
- Krim losen panas
- Minyak urut panas
- Pencuci kebersihan wanita
- Minyak telon
- Minuman kesihatan wanita

Kaki dah rasa lenguh2 dah. Walaupun byk baju2 cantik berjualan di ruang legar PKNS tu, dah takde hati nak belek2 tgk. Terus nak balik je.

Apakah yg berlaku seterusnya? Adakah saya bersalin seperti yg Dr. Siti tuturkan? Miahaha..to be continued. ;P

Sunday, July 6, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t, 

Salam Ramadhan uols!

Harini genap seminggu kita berpuasa.. Lagi 3minggu ke lagi balance..dah 1/4 way kita berpuasa..means, saya pun dah 1/4 jugak la den tinggal puasa.. Kenapakah? Because i already a mother right now! Huhu! 

Apakah perasaan? Fuh, memacam perasaan yg tak dapat diluahkan dgn kata2.. *haha..over taw!* I akan share dgn uols experiance I kat dlm labour room in the next entry k! Pasalnya baby duk tido on my chest right now. So nak berkarya pun tak berapa nak feel.. Bluerkkk!


P/s: ermm.. Nak makan apa ek pasni? Hohoho




Sunday, June 1, 2014

Resepi: La Cucur Udang Kentang Berdaun Bawang

As-salam,

Kali ni nak share lagu mana nak buat cucur udang hasil campak-mampak saya. Cucur udang ni sukatannya main taram saje. Cukup utk 3-4 org makan. Moh ler kite tgk bahan and caranya ya!

Bahan-bahannya adalah:
  1. Suku tupperware tepung gandum Faiza
  2. 12 ekor udang yang telah dipotong kepada 3 bahagian
  3. 1 biji kentang yang dipotong dadu
  4. Daun bawang yang dipotong pendek2
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit gula
  7. 1 sudu makan minyak masak
  8. Air secukupnya 
  9. Minyak untuk menggoreng 

Cara-caranya:
  1. Gaulkan kesemua bahan dari no. 1,3,4 hingga 8.
  2. Setelah semua sebati dan kecairannya menjadi seperti yang diingini, bolehlah masukkan bahan no. 2-4.
  3. Panaskan minyak utk menggoreng di dalam kuali. Setelah minyak panas, tukarkan api kepada api sederhana.
  4. Jemput2kan adunan tadi ke dalam kuali yang telah ready utk menjalankan tugasan menggorenya.
  5. Balik2kan La Cucur anda tadi, sehingga ia bertukar warna menjadi warna keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak.
  7. Sedia dihidang bersama sos kesukaan anda.

Tadaaa~~~

Rangup di luar, lembut di dalam





Friday, May 2, 2014

Movie Review: Spiderman

As-salam,

Spiderman! Spiderman!

Sape yang dah tengok cite Spiderman, cer korek idung!!! *yeehaa!!*

Saya adalah salah seorang yang telah pergi menonton movie Spiderman ni. Episod kali ni, menononjolkan *menonjolkan.. haih..kan dah salah taip..punya la excited nak cite ;P* satu lagi watak baru iaitu Electro.

Siapakah Electro? Electro ni lakonan Jamie Fox *if tak silap nama mamat tu* iaitu seorang engineer or technician kat company  Oscorp if tak silap *tgk, nak cite, tapi tak hengat fakta.. haish..daku keciwa dgn prestasi diri.. ;(* . Karakter yang dimainkan sebelum dia jadi Electro ni, adalah dia ni  dia mcm lurus bendul and jujur. Senang cite, dia ni mudah kena buli. At the same time, dia pun begitu taksub terhadap Spiderman kerana di awal babak tu, dia sangatlah menyanjung kehebatan dan excited sbb Spiderman penah selamatkan dia daripada eksiden.

Memandangkan as i mentioned just now yg dia ni mudah dibuli dan nak dijadikan citer, dia ni kena buat OT on birthday dia. Padahal dia dah eksaited yg kekonon nak celebrate his birthday with Mr. Spidey *dia verangan je* So, mcm mana dia boleh bertukar from normal human kepada manusia elektrik? Jawapannya, dia terjatuh ke dlm akuarium yang menempatkan beratus belut elektrik. Mcm mana dia leh terjatuh? Anda perlu menontonnya sendiri.

Di akhir cerita, ada watak yang dimatikan wataknya. Siapa? Harusla uols tgk sendiri. Dah2, gi sambung buat keje. bluweek~

Daaa~~

Lunchdate at Dome, Subang Parade

As-salam,

Yuhuu~~ Dedulu rajin i nak post ucapan-ucapan sempena cuti kat blog ni kan! Tp rasanya belum terlambat utk den wish uols Selamat Hari Pekerja!!!! *aip, ucapan ni ditujukan khas utk org yg bekerja je okey! Maknanya, utk org2 yg ada je keje yg dia nak buat cthnya mcm suke mengemas, menyapu etc. ngehehehe.. ;P*

Mehla den nak cite apa yg den buat sempena cuti umum smlm.

Smlm bersamaan 1 Mei 2014 (Khamis), saya bersama the half of me berronggeng ke Subang Parade kerana bercadang utk menonton Spiderman yang dilaunch smlm di samping saya pun ada nak shopping brg utk diri sendiri. Haha, dah lama tahan stress, so shopping adalah the best way of treatment to implement.

Kami gerak ke sana pun dah agak lewat iaitu lepas Zohor. Federal highway sangatla lengang. *heavennya if tetiap kali saya nak ke ofis KL mcm gitu gaya kesmoothannya, haish..harapan jela weiii.* Sesampainya kami di Subang Parade, carpark full uols! Haish, waktu tu mmg rasa mcm nak tuju ke Citta Mall jek. Tp ntah camana ntah, ada lagi lorong masuk parking tu still diopen lagi. Then, elok2 jek amik tiket parking, ada kete lain dah kuar. Mmg rezeki di depan mata la kami dapat parking. Takyah nak tunggu and follow2 org kat basement tu.

Since parking pun dah cun, terus kami ke MBO sbb plan nak dptkan tiket Spiderman pukul 4pm. Sampai jek kat MBO, *maakkk aaaihhhh...panjangnya barisan!!!!*  Giler ramai uols! Mana yg smangat terlebih, dorg pakai baju Spiderman. Dgn budak2nya termasuk mak budak pun turut join beratur demi mendapatkan tiket, termasuk la i ni. *walaupun sebnrnya, i bukan tgk pun siri2 Spiderman yang seblum2 ni tp gigih tau nak tgk jgk.. ;P*

My partner tnya, "If tiket pukul 4pm yang 3D tu dah habis, kita tgk 2D punya boleh?"
Then i ckp, ' Rugi.. sbb harga tiket 2D and 3D sama je. Lebih baik tgk 3D. Spec 3D pun ada bawak ni.'
"If like that, kita amik tiket mlm la.. Takpe ke? Esok keje tau."
'Ok je!'

Seperti yang diduga, tiket 3D, 4pm, sold out! Beratur 30minit jgk tau utk dpt turn. So, kitorg decide utk amik tiket kul 9.45pm. Sempatla nak kasi setel Maghrib and Isyak. Jam menunjukkan pukul 3.40pm. Memandangkan perut pun dah lapar banget, kami pun tuju ke Dome. *tetiba asben tingin mkn steak* I follow jek.

We all ordered, Choc A Block, Mango Juice, Fish & Chips, Grilled Beef Steak and 1 extra white rice. *nasi tak tinggal okeh! To ensure perut mmg covered setiap angle. Namau lapar2 nieh.*

Ni la rupa bentuk makanan yang kitorg order!





Overall, makanannya sgt superb! Habis and licin~ *erk, i punya takde la habis..i tinggalkan suku dory fish and 3 baris fries..siyes tak larat nak sumbat dah.*

Memandangkan hari pun masih lagi siang dan panjang utk menanti malam, jadinya kami melepak kat Dome ni hampir 2jam jgk la before berwindow shopping kat Parkson..heheh.. ;P  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...