Pages

Thursday, May 12, 2016

My Mama Kitchen, Gambang

Assalamualaikum.

Ni la dia restoran yang kitorg berhenti untuk lunch tu. Kitorg singgah di My Mama Kitchen, Gambang.

Kepada penggemar nasi kukus, boleh la cuba ke sini. 

Kat sini, unik sikit cara susunan dan cara untuk anda memesan makanan anda kerana dia imitate konsep restoran makanan segera. Sistem kaunter dan tunggu giliran untuk collect order mereka gunakan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
  1. Jika anda datang secara berkumpulan, bolehlah untuk cop atau pilih port meja sementara ada ahli kumpulan yang lain membuat pesanan.
  2. Buat pesanan di kaunter dengan menentukan menu dan air yang diinginkan. Lakukan pembayaran.
  3. Selesai pembayaran, sila beratur di line untuk pick up your order. Thats why, amat penting untuk anda determine anda beratur di kaunter yang betul ya! If tak, dah buang masa je anda beratur lama.
  4. Ambil makanan anda dan sedia dinikmati.




Nasi yang dihidangkan memang akan menggunakan brown paper tu regardless anda dine in. Jadi, jangan terkejut or tetiba nak garang-garang pulak bgtau kat cashier counter , "I nak dine in, bukan nak tapao!" Hokey?! Manala tau, kot tetiba korang tergarang pulak, mau kena usha slack dengan orang-orang di sekitar.. hikhik..

Mau cuba? Pergila cuba sendiri dan nilaikan. Tak silap saya, restoran ni tak dapat nak jumpa kat Klang Valley. Jadi, jika anda menghala ke Kuantan, bolehlah singgah. Worth to try. :)


~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...