Assalamualaikum,
Siapa yang suka makan seafood?
Siapa yang mencari port makan seafood selain daripada Muara Ikan Bakar, Port Klang?
Ok, kali ni nak share option lain yang boleh korang kunjungi iaitu Aroma Ikan Bakar, Jeram.
Restoran ni agak ke dalam sikit. Tapi worth to try.
Berikut adalah suasana di luar restoran dan juga dekorasi dalaman restoran.
Gambar gelap sebab against the light |
Kepada sesiapa yang baru first time ke sini, apa yang perlu anda lakukan adalah, setelah anda sampai, anda bolehlah terus pilih seafood dan tentukan masakan apa yang anda inginkan. Kaunter pemilihan seafood berada di hadapan saat kaki anda melangkah masuk ke restoran. Kemudian, korang pilih tempat duduk dan jangan lupa inform no meja anda kat kaunter anda pilih seafood anda tadi.
Saat korang berada di meja, akan tiba waiter untuk mengambil pesanan air, bilangan nasi putih dan beberapa menu tambahan seperti sayur dan juga sup/tomyam.
Ketika anda menanti hidangan anda tiba, boleh lah anda bersiar-siar sekitar restoran sambil memerhati muara laut.
Dan, apabila hidangan anda sudah tiba, makanlah dengan tertib dan nikmati dengan tenang.. heheh ;P
Ok, di bawah adalah antara hidangan yang saya pesan. Untuk Siakap Stim Limau tu, maafkan la yer. Ada gambar akhir je.. Gambar awal, lupa nak snap sebab kebetulan ikan tu sampai lewat sikit daripada hidangan yang lain.
Butter prawn |
Review saya:
1. Butter prawnnya kurang sarang-sarangnya. Since saya dah tau macam mana nak buat, so, saya lebih suka butterprawn yang saya buat sendiri..
2. Ketam masak cili - kuahnya pekat and ada letak sedikit serbuk kari
Ketam masak cili |
3. Siakap Stim Limau - Sedap! Ikannya pula fresh!
Siakap stim limau |
So far, saya bagi 4 bintang!
~love~
No comments:
Post a Comment