As-salam,
Fiuh! Smlm aktiviti penuh dari pagi sampai ke lewat petang.. Pagi tu saya attend Hari Sukan kat SK Kelana Jaya 1 since skola ni adalah skola angkat cawangan kitorg.. So dari pagi dlm pukul 8.30am saya dah ada kat skola tu. Best jugak tgk budak2 tu memasing bergaya dgn pakaian rumah sukan masing2.. Ada yg riang tunjuk medal yg dimenangi.. haha..cute je nengok.. ;P
Sebetulnya i kena jaga booth.. Tp since memasing mcm tertumpu kepada acara sukan yang diadakan, makanya kami yang hadir ni pun dah mcm kakak2 and abang2 kepada kanak2 tu je memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.. *cewah, ayat tak bley blah.. wek!*
Dalam pukul 2pm mcm tu, baru la acara tamat. Selesai je acara penyampaian hadiah, kami salam2 dan ucap terima kasih kat sume cecikgu *ada ke kata ganda bg cikgu gini?huhu* then kami pun balik.
Tp aktiviti single lady seperti saya tidak tamat di situ. Ptg tu, my ex-schoolmate buat birthday party utk anak dia yang dah menginjak usia 1 tahun. *HAPPY BIRTHDAY FATNIN! Jadi anak yang solehah ya, laling!* Majlis bermula pada pukul 3.30pm-6pm. So saya sampai dalam kul 4pm mcm tu. Sempat la berborak dgn ex-schoolmate yang lain, then lepak2 sampai kul 5pm++ kat umah my fren, Afzan ni.. huhu.. ;P
Perut dah kenyang, sembang pun dah setel, saya pun beransur la.. Sesampai kat umah dlm kul 6pm mcm tu.. So setelkan solat asar dulu, pastu dialog ini kedengaran,
"Dik, lapar la..ang tak lapar ke?"
Seraya saya membalas, 'Awat, ang lapar ke? Meh la aku teman..'
"Owh betul la, ang mesti dah tak lapar.. dah ang dari majlis birthday anak member ang kan.."
'Tau takpe.'
"Jomla teman Abg Mi makan..boringla nak pi sorg"
'Jom!'
Dalam kete barulah kitrog discuss nak makan apa and kat mana.. So saya pun cadangkan la kat my brother ni ke Yazid Burger! *yups, my 2nd visit 2 hari berturut2, uols!*
Meh nak tunjuk apa yg kitorg order.
Yummeh~~ |
Utk order ni, kitorg order 250gm:
Roti - Oregano
Patty - Daging mushroom
Sayur - Sume
Add on - Cheese 2 keping
Ni gambar view keratan rentas, kasi korg tangkap leleh.. hehe.. ;P
Slurppp... dapnye~ |
Eventho saya dah kenyang, tp bila tgk sos and bawang serta kobis terjulur2 keluar, membuatkan saya pun rasa nak makan, uols! Terus rasa kenyang tadi, i letak jap kat bawah kerusi.. Then apa lagi? Digging time~~huhu! Sedap sehingga korg akan terdiam time makan, and korg akan sambung ke'diam'an korg tu utk beberapa jam *yela, dah perut penuh sarat dengan burger, so menyandar la korang! ;P*
Daging mmg sahabat sejati dia adalah dgn mushroom. Mmg very good combinations dorg berdua ni. Rasa better korg try yg 250gm punya saiz.. Sbbnya daging dia more juicy and spicy *byk blackpepper yg ditumbuk kasar kat daging tu* jika berbanding dgn yg 1/2kilo tu.. If in my previous entry mmg la i kata sedap kan yg 500gm tu, tp ia a bit kering.. THen bila i dah rasa yg size kecik sikit ni, rasa daging tu lebih terasa.. Mungkin faktor kadar customer yg belum lagi lebat pada ketika itu, membuatkan cooknya pun membakar daging tersebut dgn penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.. *yela, if korg pun..dah time customer ramai, msti korg pun kalut semacam je kan..huhu*
Utk 250gm, harganya RM10.. 500gm = RM20 and 1kg = RM40.. For me, portion utk mkn berdua, 250gm pun dah cukup.. if korg nak jugak order 500gm tu, anda berdua mestilah mempunyai nafsu rasaksa yang dah lama tak fire ultraman, hehehe.. ;P For 1kg suitable utk mkn 7-10 org mcm tu.
Masa yang sesuai utk korg terjah kedai brother Yazid ni, adalah sekitar jam 5-6pm mcm tu.. Org pun belum start ramai lagi.. If korang gi malam, korang mmg kena beratur panjang and if korg sampai sana kul 10pm, sila batalkan je niat anda utk beratur. My fren sampai sana lebih kurang dlm kul 10.15pm mcm tu, sampai je turn dia, burger dah habis.. Sila rancang waktu perjalanan anda. *sila gunakan nada seperti Jimmy kat slot trafik ERA tu ek..ahaks.. ;P*
p/s: So, apa lagi? Jom la pakat try! ;D
No comments:
Post a Comment