As-salam,
3 Julai 2011 (Ahad)
8.30pm - 1.30am
--------------------------
"Hello, free tak nak cakap?"
'Free!'
"Nak bincang ni.. nak bincang pasal kita."
Degupan jantung yang tadinya tenang dan excited mendengar suara kekasih, berubah menjadi berombak cemas. Tak sangka perbualan yang pada awalnya diajak berbincang berakhir dengan ucap perpisahan. Berpisah melalui telefon.. diri ini menangis merayu pun melalui telefon.. Itulah kali terakhir suara itu didengar hingga kini, terus hilang lenyap..
4 Julai 2011 (Isnin)
--------------------------
- Langkah ke pejabat diatur longlai.. wajah pucat tanpa sebarang mekap, mata bengkak, lesu dan sangat tidak bermaya.. Makan tidak selera, ketawa tidak gembira, senyum tiada manisnya..
- Ketika itu hanya mahu dikelilingi oleh teman2, biarpun diri ini masih berada dalam dunia sendiri, tp bila teman2 ada menemani, sunyi diri penawar sepi. Diri ini hanya mampu terbaring lemah di suatu sudut surau, teman2 mengelilingi.. tenang je rasa, sekurang2nya diri dpt rasa bahawa diri ini tidak kesunyian dan tidak keseorangan
- Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sbg hambaNya, sebelum beredar dari surau, 2 org rakan memulakan perbualan.
"Wey, hang ni pasaipa?"
"A'ah la..ko ni nape? Gaduh ke ngan dia?"
' Bukan gaduh.. dah takde pape dah...'
"Hah? takde pape maknanya putus ke? Sape mintak putus? Dia?"
'.......' *hanya mampu mengangguk dan cuba menahan airmata jatuh lagi..*
"Bila wey?"
'Smlm...'
"Mak ang tau dak ni? Kak ang, family ang?"
'Tak...korg org pertama yang tau..'
"Lorr ang ni.. Dia mintak putus thru telefon je? Tak bersemuka dgn ang? Tak jantan la mcm tu.. putus lagu tu ja.. ingat apa, senang2 ja nak mintak putus lagu ja.. Takpa wey, dia bukan jodoh yang terbaik utk ang."
"A'ah..ko bukak ati ko tu.. insya Allah, ada jodoh utk ko..dah jgn sesedih la.."
3 hari kemudian..
-----------------------
'Ibu.. sedih la..'
"Nape?"
'Dah clash dah..'
"Laa..bile? kenapa pulak tetiba?"
'3 hari lepas...'
Beberapa minggu kemudian
---------------------------------
'Aku dah single..'
"Hah? Laa...sayangnya... 6 tahun kan ko ngan dia?"
'Emm...'
"Takpe, ada hikmahnya tu.."
Beberapa bulan kemudian
---------------------------------
"Ko ngan dia camana? Bila turn ko?"
'Turn mende..manade pape dah..'
"Hah? Siyes? Laa...bila?"
'Bulan 7 aritu'
"So ko dah tak contact dia dah la?"
'Yups..'
"Dia pun tak contact ko?"
'Nope..'
"So senyap camgitu la ek?"
'A ah..'
To my frens *u noe who u r*,
Thank you so much! Kata2 nasihat korg, dpt tenteramkan hati dan perasaan di kala dirundung pilu.. Really appreciated it! ;))
No comments:
Post a Comment