Pages

Monday, July 30, 2012

IFTAR at Sime Darby Convention Centre

As-salam,
If aritu dah cite pasal berbuka bersama my collagues kat SACC Exhibition Hall. Kali ni nak share berbuka bersama Papa Rock, uols!! huhuuu~~

Ok, actually aktiviti berbuka ni sbnrnya by invitation.. I tak pernah dpt invitation yg semacam ini, jadinya, keterujaan amatla memuncak dan eden sgt berbesar hati utk memenuhi undangan ini..huhu! *excited dowh!*

Majlis diadakan di Sime Darby Convention Centre iaitu di Mont Kiara.. Berdekatan dgn KLGCC, INTAN dan Pusat Sains Negara.. If tak sure, leh je tanya kat Paksu Google, nnti dia bgtau la camana nak ke sana.

Kami sampai sana just ngam2 soi dengan waktu berbuka. Makanya tak perlu la nak tunggu lelama. Sampai je, ronda2 stall jap then dah azan..

Meja i bersebelahan ngan meja Ramli Sarip *aiseh, lupe lak nak tngkap gmbr penanda meja tu kot2 ada yg tak caye, hehe.. ;P*


Ada byk stalls kat situ; dim sum, tempura, aiskrim goreng, kerang bakar, briyani, tandori, laksa belut, bubur lambuk, goreng2 seperti cempedak, kepok lekor, pancake dll. If nak list kan sume, mau terliur balik ni..huhu.. ;P

Overall, ok2 jela rasa mknannya. My sis dpt lucky draw, uols!


Box tula lucky drawnya!
FYI, Papa rocks mmg sempoi i told you, uols! Down to earth nyer person.. Best2! ;)

With Papa Rock! *i senyum smpai ke telinga, ;P*



p/s: Mode teruja gilos! huhu!! :)))

Thursday, July 26, 2012

IFTAR at SACC

As-salam,



First time buka puasa utk Ramadhan tahun ni bersama ofismate baru, di tempat baru. Pengerusi kelab kitorg pilih utk adakan majlis Iftar cawangan pada awal minggu puasa.. Ini bagi mengelakkan ada pelanggaran jadual masing2 yang dah berkeluarga dan juga tak nak ganggu aktiviti ibadat di sblh malam.

Kali ni, ofismate pilih utk berbuka di SACC yang menawarkan konsep Rasa Nusantara. Kitorg beli kupon awal iaitu sekitar bulan Jun lagi. Ini bermakna, kami dapat kupon pada harga RM55 per head. Jika beli lewat, makanya harga yang ditawarkan turut berlainan seperti yang tertera pada gmbar di atas.

Majlis iftar kami ini turut disertai oleh kakiktangan Les Copaque dan beberapa lagi syarikat lain. If nak diikutkan, pelakon2 Upin Ipin tu ada la, cuma kitrog taktau siapa pemegang suara Tok Dalang, Raju dll..huhu.. ;P

Antara makanan yang ada adalah seperti tauhu bakar, koewtiaw goreng, kambing kebuli, sate, dan pelbagai jenis pencuci mulut, buah2an dan juga pelbagai juadah lain. If korg nak tau, semua booth saya try makanan yang tersedia, dlm pada duk menyumbat tu, ada gak ternampak kelibat pelakon Esma Danial pun berbuka di situ..huhu ;)

If ditanya pada saya, apakah keistimewaan makanan yang tersedia, saya leh kata, 'nothing special' Sbb makanannya rata2 kita leh dpt kat baram or param.

Utk pengetahuan, kambing kebuli merupakan signature dish kat SACC ni kot, sbbnya tahun lepas pun kambing kebuli ni pun ada. Cuma tahun ni, bahan perapan yang digunakan terdiri daripada rampah dan juga herba2 tempatan seperti TOngkat Ali, Kacip Fatimah dan lain2 *saya tau pun sbb tgk rncngan Safiyya*

Kami bersurai pada jam 9pm. Owh, lupa nak bgtau, anda boleh parking kat basement bawah tu pada kadar bayaran RM5 per entry ya!


p/s: Baram = Bazar Ramadhan / param= Pasar Ramadhan

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday

As-salam,









p/s: Kucing tdo

Tuesday, July 10, 2012

B.U.N.G.A = Bunga, Roses la!

As-salam,

Jeng jeng jeng! Munge ni my sis punya, actually.. not mine.. Huhu, tingin konon nak rasa dpt bunga becoz seumur hidup tak penah dpt bunga.. If dpt pun, bunga kantan je.. *ini cerita benar* So, disebabkan keteringinan yg meluap2, so i amik feel la pegang 3 roses ni.. *tak rase pape pun..* Mungkin sbb ia bukan milik saya yg mutlak kan, so mcm takde perasaan je la bila pegang roses tu..

HUrm, tu je nak cite..heheh.. ;P




p/s: Best ke dpt bunga?

Sunday, July 8, 2012

Yazid Burger 2nd Visit & Birthday Fatnin!

As-salam,

Fiuh! Smlm aktiviti penuh dari pagi sampai ke lewat petang.. Pagi tu saya attend Hari Sukan kat SK Kelana Jaya 1 since skola ni adalah skola angkat cawangan kitorg.. So dari pagi dlm pukul 8.30am saya dah ada kat skola tu. Best jugak tgk budak2 tu memasing bergaya dgn pakaian rumah sukan masing2.. Ada yg riang tunjuk medal yg dimenangi.. haha..cute je nengok.. ;P

Sebetulnya i kena jaga booth.. Tp since memasing mcm tertumpu kepada acara sukan yang diadakan, makanya kami yang hadir ni pun dah mcm kakak2 and abang2 kepada kanak2 tu je memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.. *cewah, ayat tak bley blah.. wek!*

Dalam pukul 2pm mcm tu, baru la acara tamat. Selesai je acara penyampaian hadiah, kami salam2 dan ucap terima kasih kat sume cecikgu *ada ke kata ganda bg cikgu gini?huhu* then kami pun balik.

Tp aktiviti single lady seperti saya tidak tamat di situ. Ptg tu, my ex-schoolmate buat birthday party utk anak dia yang dah menginjak usia 1 tahun. *HAPPY BIRTHDAY FATNIN! Jadi anak yang solehah ya, laling!*  Majlis bermula pada pukul 3.30pm-6pm. So saya sampai dalam kul 4pm mcm tu. Sempat la berborak dgn ex-schoolmate yang lain, then lepak2 sampai kul 5pm++ kat umah my fren, Afzan ni.. huhu.. ;P 

Perut dah kenyang, sembang pun dah setel, saya pun beransur la.. Sesampai kat umah dlm kul 6pm mcm tu.. So setelkan solat asar dulu, pastu dialog ini kedengaran,
"Dik, lapar la..ang tak lapar ke?"
Seraya saya membalas, 'Awat, ang lapar ke? Meh la aku teman..'
"Owh betul la, ang mesti dah tak lapar.. dah ang dari majlis birthday anak member ang kan.."
'Tau takpe.'
"Jomla teman Abg Mi makan..boringla nak pi sorg"
'Jom!'

Dalam kete barulah kitrog discuss nak makan apa and kat mana.. So saya pun cadangkan la kat my brother ni ke Yazid Burger! *yups, my 2nd visit 2 hari berturut2, uols!*

Meh nak tunjuk apa yg kitorg order.

Yummeh~~

Utk order ni, kitorg order 250gm:
Roti - Oregano
Patty - Daging mushroom
Sayur - Sume
Add on - Cheese 2 keping

Ni gambar view keratan rentas, kasi korg tangkap leleh.. hehe.. ;P
Slurppp... dapnye~
Eventho saya dah kenyang, tp bila tgk sos and bawang serta kobis terjulur2 keluar, membuatkan saya pun rasa nak makan, uols! Terus rasa kenyang tadi, i letak jap kat bawah kerusi.. Then apa lagi? Digging time~~huhu! Sedap sehingga korg akan terdiam time makan, and korg akan sambung ke'diam'an korg tu utk beberapa jam *yela, dah perut penuh sarat dengan burger, so menyandar la korang! ;P*

Daging mmg sahabat sejati dia adalah dgn mushroom. Mmg very good combinations dorg berdua ni. Rasa better korg try yg 250gm punya saiz.. Sbbnya daging dia more juicy and spicy *byk blackpepper yg ditumbuk kasar kat daging tu* jika berbanding dgn yg 1/2kilo tu.. If in my previous entry mmg la i kata sedap kan yg 500gm tu, tp ia a bit kering.. THen bila i dah rasa yg size kecik sikit ni, rasa daging tu lebih terasa.. Mungkin faktor kadar customer yg belum lagi lebat pada ketika itu, membuatkan cooknya pun membakar daging tersebut dgn penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.. *yela, if korg pun..dah time customer ramai, msti korg pun kalut semacam je kan..huhu*

Utk 250gm, harganya RM10.. 500gm = RM20 and 1kg = RM40.. For me, portion utk mkn berdua, 250gm pun dah cukup.. if korg nak jugak order 500gm tu, anda berdua mestilah mempunyai nafsu rasaksa yang dah lama tak fire ultraman, hehehe.. ;P For 1kg suitable utk mkn 7-10 org mcm tu.

Masa yang sesuai utk korg terjah kedai brother Yazid ni, adalah sekitar jam 5-6pm mcm tu.. Org pun belum start ramai lagi.. If korang gi malam, korang mmg kena beratur panjang and if korg sampai sana kul 10pm, sila batalkan je niat anda utk beratur. My fren sampai sana lebih kurang dlm kul 10.15pm mcm tu, sampai je turn dia, burger dah habis.. Sila rancang waktu perjalanan anda. *sila gunakan nada seperti Jimmy kat slot trafik ERA tu ek..ahaks.. ;P*



p/s: So, apa lagi? Jom la pakat try! ;D

Friday, July 6, 2012

Yazid Burger @ Seksyen 7

As-salam,

Chak! Huhu~~ Episod sedih dah tamau nak review and reveal dah.. *udah2 ler tu, yeop!* This time, nak review pasal makan....!! Yeah~ v(",)v

Anda penah tau burger YB? atau lebih dikenali sbg Yazid Burger? Haaaa...kali ni nak kongsi pasal burger tu la.. ;)

For those yang taktau lokasi kedai ni, ia berada di Seksyen 7, dekat dgn UNISEL.. kat Anjung apa ntah.. *huhu..slalu lupe nak take note.. ;P* Punyalah kempunan nak pekena burger ni, setelah digembar-gemburkan sedap kemain katanya, tak dapat2, and at last umpama mimpi jadi kenyataan.. ;P

Uols bayangkan la ek, kali pertama i pergi dgn my sis n bro, kedai tu tutup.. 2nd time i pergi dgn my fren, pun tutup.. siap tempek notis kat situ bgtau dorg cuti 3 hari.. *haih, kechewa dowh* Kalau nak diikutkan mcm dah tamau dah gi, tp since my fren ni dah terngiang sgt, so the nexweeknya kitrog cuba nasib utk terjah. Mana taknya, dah cuba call no kat blog YB ni, tak berangkat la pulak.. So, kitorg pun main terjah je ke sana.

Sampai kat situ dlm pukul 9pm mcm tu kot.. Tgk org dah start beratur.. Tp line tak berapa nak panjang sgt, so gamble je la.. Dah smpai turn, brader tu bgtau, "Tak kisah ke nak tunggu dlm sejam mcm tu? Tp kita cuba buat paling cepat la.." If ikutkan ati, mmg mcm nak balik je, gile lama.. tp dah alang2 sampai turn, so kami pun dgn macho dan gagah beraninya menyahut cabaran brader tu.

Ada 3 pilihan grammage burger yang anda boleh pilih iaitu; 250gm, 500gm and 1kg. Cara nak pilih tu pun lebih kurang mcm korg order kat Subway tu which korang kena pilih jenis roti, patty apa yg korg nak, sayur-mayur yg korg nak letak, and nak add on cheese ke tak..

Memandangkan pada ketika itu kami tamak haloba, dgn muka sardin kitorg order burger 500gm. *hebat tak? ;P Kalau nak ikut, nak je order 1kg, tp tgk rata2 yg mkn memasing tapao lebihan dorg*

Pilihan yang kitorg buat adalah:
- Roti : Oregano
- Patty : Blackpepper
- Sayur : Sume jenis sayur
- Tambah 2 keping cheese; (1 keping = Sehengget) *if org kat dpn2 kitorg memasing mintak tmbah 8-10 cheese*

Kemudian kami diberi nombor *yg mcm kita dpt kat KFC or McD if order kita tak sampai lagi tu..* and barulah kami skodeng meja kosong. Anda boleh pilih nak duduk meja mana pun, even ke hujung dunia smpai kat dpn gerai jual air tu, *brader tu takde hal la nak anta burger korang, janji no meja tu korang letak bg nampak la*

Tunggu punya tunggu, lebih kurang 30minit jugak la, sampai pun order kitrog.. *kira ni janji ditepati la brader ni, gud job bro!*

Burger besaaar punyeee~~
Zoom in


Gile besar burger ni.. lebih besar daripada saiz muka saya yang comel ni.. *bluwek! ;P*

Overall, puas ati la..dah rasa mcm dlm rancangan Man vs Food pun ada.. gile struggle nak perabih..hahaha..

So, utk burger tu je, harganya  RM20 + RM2 (2 keping cheese) = RM22. Air? Air korang leh order kat gerai yang mmg hanya jual air je.. ada kat dpn tu.. segala jenis air buah korg leh order.

Owh, cite pasal air, ada sizenya jugak tau.. regular = RM3.50 kot.. and then ada XL and XXL or L and XL *tak brape ingat sgt*. Pada awalnya, saya yg tamak lagi rakus ni, nak je order air yg saiz besar *tp idakla yg paling besar tu.. * SEkali bile dah dpt burger yang besar gedabak tu pun dah rasa meratap sayu nak habiskan, inikan pulak nak habiskan air gelas besar punyeee.. Sepbaik la, order size regular..huhu.. ;P



Pengajaran: Jgn tamak ketika menentukan saiz portion makanan anda. Order ikut kapasiti perut, bukan ikut syaitan yg menghasut..huhu *pesanan_ringkas_ikhlas_daripada_penulis*

Wednesday, July 4, 2012

Di Saat Engkau Tiada, Mereka Ada

As-salam,

3 Julai 2011 (Ahad)
8.30pm - 1.30am
--------------------------
"Hello, free tak nak cakap?"
'Free!'
"Nak bincang ni.. nak bincang pasal kita."
Degupan jantung yang tadinya tenang dan excited mendengar suara kekasih, berubah menjadi berombak cemas. Tak sangka perbualan yang pada awalnya diajak berbincang berakhir dengan ucap perpisahan. Berpisah melalui telefon.. diri ini menangis merayu pun melalui telefon.. Itulah kali terakhir suara itu didengar hingga kini, terus hilang lenyap..

4 Julai 2011 (Isnin)
--------------------------
  • Langkah ke pejabat diatur longlai.. wajah pucat tanpa sebarang mekap, mata bengkak, lesu dan sangat tidak bermaya.. Makan tidak selera, ketawa tidak gembira, senyum tiada manisnya..
  • Ketika itu hanya mahu dikelilingi oleh teman2, biarpun diri ini masih berada dalam dunia sendiri, tp bila teman2 ada menemani, sunyi diri penawar sepi. Diri ini hanya mampu terbaring lemah di suatu sudut surau, teman2 mengelilingi.. tenang je rasa, sekurang2nya diri dpt rasa bahawa diri ini tidak kesunyian dan tidak keseorangan
  • Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sbg hambaNya, sebelum beredar dari surau, 2 org rakan memulakan perbualan.
"Wey, hang ni pasaipa?"
"A'ah la..ko ni nape? Gaduh ke ngan dia?"
' Bukan gaduh.. dah takde pape dah...'
"Hah? takde pape maknanya putus ke? Sape mintak putus? Dia?"
'.......' *hanya mampu mengangguk dan cuba menahan airmata jatuh lagi..*
"Bila wey?"
'Smlm...'
"Mak ang tau dak ni? Kak ang, family ang?"
'Tak...korg org pertama yang tau..'
"Lorr ang ni.. Dia mintak putus thru telefon je? Tak bersemuka dgn ang? Tak jantan la mcm tu.. putus lagu tu ja.. ingat apa, senang2 ja nak mintak putus lagu ja.. Takpa wey, dia bukan jodoh yang terbaik utk ang."
"A'ah..ko bukak ati ko tu.. insya Allah, ada jodoh utk ko..dah jgn sesedih la.."

3 hari kemudian..
-----------------------
'Ibu.. sedih la..'
"Nape?"
'Dah clash dah..'
"Laa..bile? kenapa pulak tetiba?"
'3 hari lepas...'

Beberapa minggu kemudian
---------------------------------
'Aku dah single..'
"Hah? Laa...sayangnya... 6 tahun kan ko ngan dia?"
'Emm...'
"Takpe, ada hikmahnya tu.."

Beberapa bulan kemudian
---------------------------------
"Ko ngan dia camana? Bila turn ko?"
'Turn mende..manade pape dah..'
"Hah? Siyes? Laa...bila?"
'Bulan 7 aritu'
"So ko dah tak contact dia dah la?"
'Yups..'
"Dia pun tak contact ko?"
'Nope..'
"So senyap camgitu la ek?"
'A ah..'


To my frens *u noe who u r*,

Thank you so much! Kata2 nasihat korg, dpt tenteramkan hati dan perasaan di kala dirundung pilu.. Really appreciated it! ;))

Tuesday, July 3, 2012

Setahun Sudah Berlalu...

As-salam,

Setahun sudah berlalu episod cinta duka terhalang.. Masih lagi segar dlm ingatan saat kata2 keramat yang didengar, menusuk jantung dan ke ulu hati. Rasa bengkak sehingga kini. *Bukan je bengkak hati, mata pun bengkak utk 3-4 hari..* Penangan cinta terputus di tengah jalan..  Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya tengah hari tu hujan.. *Cinta pertama yang disangka cinta terakhir* hurm..

Janji dan kata2 manis yang diucapkan, rapuh benar dilempar ke tepi tanpa dipeduli rasa hati ini. Tiada pujuk, tiada rujuk diterima.. Selepas tarikh 03072011, sunyi sepi handphone yang sentiasa dibimbit ke sana ke mari. Tiada bunyi2an sms.. tiada dering2an panggilan.. *sunyii sgt..sepi gile rasa..*

Airmata sentiasa menemani siang dan malam.. saat melunaskan kerja di pejabat pun, masih lagi bergenang dan mengalir menderu laju di pipi.. sehingga bos sendiri pun tak berani nak tegur *thank you En. Hilmey, kerana memahami*

Tahun 2011 = 26 tahun.. Tahun 2012 = 27 tahun.. Jika diikutkan, pada umur 27 tahun, status diri telah bertukar menjadi Puan.. Tapi, sehingga kini, status kekal dengan Cik.. *wahai kamu, ingat tak janji 6 tahun dulu?*

Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.. Tp if janji2 dilepaskan begitu sahaja? Beginilah kesudahannya..

Wahai kamu, ketika kamu masih belum lagi bekerja.. kamu rasa terasing sgt.. kamu rasa dirimu tidak berguna sbb kamu tidak bekerja, tetapi masih lagi perlahan2 mendaki ke menara gading.. sedangkan diri ini telah mula bekerja.. diri ini tidak pedulikan itu semua.. diri ini sentiasa bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.. sanggup menunggu..sanggup memberi kata2 semangat, supaya dirimu berjaya.. dirimu berjaya, diri ini tumpang gembira.. asalkan dirimu berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana.. Wahai kamu, kamu pernah berkata pabila dirimu telah bekerjaya, kamu akan gembirakan hati ini, ingin beri sejumlah ringgit buat belanja diri ini, akan pertahankan diri ini walau dugaan/halangan dtg menguji diri, akan pastikan diri ini dimiliki.. tapi.... apa yg berlaku sebaliknya.. bukan diri ini meminta2.. sekadar ingin menuntut bela... tapi, kamu berlalu pergi begitu saja..

Kenapa berubah? sedangkan diri ini masih diri yg sama.. tidak pandai utk berhias cantik, tidak galak memandang jejaka segak.. malah tidak punya rakan sejantinamu yang banyak.. Diri ini hanya tumpu pada diri kamu..

Apa yang diinginkan? diri ini tahu memasak, diri ini tahu berjimat.. diri ini sentiasa bersederhana.. mungkin diri ini terlalu naif.. terlalu jujur mungkin..

Pabila diri ini belajar berjinak2 utk merias diri, dirimu kerap persoalkan utk apa diriku berhias.. bimbang agaknya orang lain terpikat.. tp, apa kesudahannya? kamu berlalu begitu sahaja, memulangkan kembali hati yang telah remuk berkecai..

Wahai kamu.. walau kamu pernah bermain cinta lain, tp diri ini masih lagi memaafkan dan menerima dirimu.. walau kepercayaan yang diberikan dipersiakan, tp diri ini masih lagi setia.. Terfikir juga di fikiran ini, siapa yang bodoh.. dirimu atau diri ini? dirimu bodoh kerana persiakan kepercayaan yang diberikan sepanjang perhubungan jarak jauh itu atau diri ini yang bodoh kerana terlalu percaya dan setia terhadap dirimu..

Wahai kamu, walau diri ini tidak diinginkan oleh kedua orang tuamu kerana perbezaan bangsa dan agama.. Tapi, percayalah.. hanya diri ini yang akan kamu ingati.. tidak akan pernah dirimu temui orang lain seperti diri ini.. diri ini yakin benar.. 

Wahai kamu, jikalau diri ini terlihat dirimu, diri ini pun tak pasti apakah tindakan refleks yang akan berlaku.. Diri ini doakan yang terbaik buat dirimu.. Jika Allah bukakan pintu hatimu utk menerima hidayah-Nya, janganlah kamu berpaling lagi.. segeralah berlari menuju ke Nur itu..

Wahai kamu, diri ini minta supaya dirimu doakan yang terbaik juga utk diri ini..

Wahai angin, bawalah pergi ingatan ini jauh2.. luputkanlah memori dahulu..

Wahai hujan, basuhlah kenangan yg ada supaya tiada lagi terkesan di fikiran ini agar diri ini tenang.. hilangkanlah parut lama ini..

Wahai tanah, suburkanlah hati ini supaya dapat menerima cinta lain yang dpt  menerima diri ini seadanya..

Wahai mentari, berilah sinar baru kepada diri ini.. keluarkanlah diri ini dari lubuk kegelapan gundah duka..

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati ini.. Kau pupukkanlah hati ini dengan rasa cinta dan kasih sayang.. Kau tambahkanlah rasa cinta ini terhadap diriMu.. Kau dekatkan dan temukan diriku dengan jodohku seperti yang telah tertulis di Luh Mahfuz.. Kau berikanlah yang terbaik utkku seperti yang telah dirancang olehMu.. Amiin...






p/s: | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y |


Sunday, July 1, 2012

Hi July

As-salam,

Assalamualaikum July. Please behave yea.. Dun notty2 tau~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...