As-salam,
Hurm, dah lama tak makan nasi kandar. So smlm tingin nak mkn nasi kandar. Tp tau2 je la kan, if pekena kat mamak dah tentu kos dah RM15++.. So, smlm tetiba terajin la plak nak buat kari udang. Meh, tgk apa bahan2nya. Kari udang ni saya buat dlm anggaran utk 3-4 org makan.
Bahan-bahan:
15 ekor udang yang telah siap dibersihkan
1 peket serbuk kari udang Adabi yang telah dibancuh dengan sedikit air (terpulang nak guna brand apa, tp saya guna brand Adabi)
1 batang kayu manis
1 labu bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji tomato
Kacang panjang
1/4 santan Kara
2-3 sudu air asam jawa
Garam
Minyak
Air
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan kayu manis, bawang merah, kentang, dan bawang putih sehingga bawang tadi layu and naik wangi.
2. Tuang bancuhan serbuk kari. Tumiskan hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, biarkan seketika kerana udang tersebut akan mengeluarkan airnya.
4. Tambah air *terpulang pd kadar kuah yg anda suka*
5. Perlahankan api. Masukkan santan diikuti garam secukupnya.
6. Kemudian masukkan air asam jawa dan tomato serta kacang panjang. Biarkan ia mendidih, kemudian boleh matikan api dan sedia dihidang.
Tada~ Dah siap! |
Zoom in~ yeehaaa!! |
p/s: if ada papadom, mmg dah mcm makan nasi kandar dah ni..huhu..nyum! ;)
No comments:
Post a Comment