Pages

Thursday, May 3, 2012

Aktiviti di Hari Pekerja

As-salam,

Ooppss.. menengok pada tajuk entry, baru la i tingat nak wish, HAPPY belated LABOUR DAY! hhuhuhu~~ kepada pekerja yg berdedikasi sekalian, sila lah panjatkan rasa syukur, kerana anda bekerja pun masih diraikan dengan diberi cuti public holiday, hao yeah!! For those yg kena keje on PH baru ni, anggaplah tu jugak rezeki korang.. yela, dpt double paid kan?

Ok, kita tinggalkan cite pasal public holiday Hari Pekerja tu. Yang ni nak cite I baru je lawat new baby born my ex-officemate, Kak Dila!!!! huhu..

Kak Dila ni saya bagi nama glemer kat dia Kak Dil je.. Rasanya saya sorg je kot yg panggil dia Kak Dil. huhu~ Wokeh, sbnrnya Kak Dil ni dah lama dah bersalin, even dia dah habis pantang pun. Memula mmg plan nak lawat dia lebih awl, tp memandangkan ada je yg tak free, so ter-delay la plan nak melawat baby Kak Dila ni.. huhu.. Best sgt, sbb di samping visit baby Aiman, dapatlah jugak kami bergosip.. *bergosip yg positive okeh!*

Sepbaik nak gi rumah Kak Dila ni senang sgt directionnya. Jadi, kami tidak mengalami sebarang kesesatan sepanjang tempoh perjalanan menuju ke Puchong iaitu lokasi kediaman Kak Dil. Kenapa kami? sbb saya ditemani dengan beberapa orang. Means, saya tidak keseorangan pada hari tersebut. *poyo gile ayat..hakhakhak ;P*

Baby Aiman sangatlah comel! *tp i lupe nak snap gambar..yela, kamera hp i yg ni dah tak sehebat 8mp mcm kamera hp terdahulu..* Sempat la jugak I ni dukung si baby comel tu. Walaupun dia a bit moody sikit pada hari tersebut, dek sbb panas n mcm merah2 kat kulit dia, tp dia sgtlah memberi kerjasama sewaktu turn saya mendukung dia.. yeah! kiranya sempat jugak la tunjuk skill walaupun tak la lama mana saya mendukung baby Aiman tu..hakhakhak.. ;P Alang2 tu, amik berkat jugak.. heheh.. ;)

Sembang punya sembang dgn Kak Dil, sedar tak sedar dah dekat 2-3 jam jugak lah kami melepak kat umah dia. Pada hari tersebut juga, husband Kak Dil telah menjadi ketua chef kerana menghidangkan Macaroni Bakar! Dah lama uols, i tak makan makaroni. Saya siap tambah 2 kali. Tp kali kedua tu, tambah sikit je la, mestilah kena cover2 beb.. menjaga adab santun ketimuran.. heheh.. ;P

Penat berbual, so kami pun pulang dengan hati gembira.. ;)



p/s: best sgt rsa, walaupun dah tak keje di bawah bumbung yg sama, tp keakraban masih kekal utuh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...