As-salam,
Adakah anda seorang penyopping tegar online? Jika ya, sila lah ke sebuah lagi blogshop yang menawarkan pelbagai barangan bermula dari tas tangan, aksesori hinggalah kepada keperluan kecantikan. Masihkah anda ingat lagi pesan saya dlm entry terdahulu, jangan malas sekiranya mahu kelihatan cantik bukan? Maka, ini adalah satu blog yang sesuai utk anda layari.
Ok, memandangkan saya ni sebenarnya sedang memasuki contest yang yang dianjurkan oleh admin Nurdiana Collections ini iaitu saya perlu memberi komen serta cadangan bagi membantu menaiktaraf blogshop ini. Dalam kata lain, i kill 2 birds with 1 stone le kate omputihnya le yer. Yela, mana la tau, rezeki saya dpt menang dlm contest ni, yer dak!
Setelah saya telah berblogwalking di blog ini, saya dapati penggunaan warnanya calm and gurly concept gitu.. yela, pink kan melambangkan keperempuanan yang sejati.. *wah!* Namun, *ada namun okeh!* susunatur yang didisplaykan nampak serabut. I dunno, maybe byk iklan kot bermula dari atas, tgh and kat bawah page. Yang membuatkan mataku keliru di manakah sebenarnya harus jejari tgn remajaku yang mulus ini utk mengklik. Kemudian, saya rasa adalah lebih molek jika ada promo or apa2 announcement yang dikira penting lagi gempak, digunakan dengan kaler yg berlainan dan font yang agak unik. Then barulah mataku yang sepet bulat memanjang ni akan cepat tertancap kepada apa yg cuba dihighlightkan.. *ececeh, beria je komen org, sndiri punya blogshop duk tapuk kat draft je, kehkehkehkeh.. ;P*
Dari segi info yang terkandung pula, entah, for me mcm ada yang tak perlu pun takpe if tak letak pun. Sbbnya apa tau, meh nak habaq. Biasa kat ruangan komen normally kita letak kat bhgian terakhir page kan. So, pada pengguna yg biasa melihat keadaan itu, dorg dah takkan skroll ke bawah dah. Tp nasib baik saya ni jenis teliti orgnya *wah, puji sndiri nampak! kehkehkeh.. ;P* bila dah smpai tang komen tu, saya heran, "Awat scroll bar ni duk panjang lagi?Meh try scroll bawah lagi sat!" Nah! rupanya ada lagi deretan iklan dan as i mentioned before, mcm tak perlu ditepek kat situ pun takpe..
Mengenai kemudahan yang ditawarkan, saya mmg takde masalah dengan itu. Malah, saya rasa berbangga *eh, pe melalut ni? ;P* Ok2, siyes2.. Bagi tawaran kemudahan tu, I'm ok with dat since yups, customer pun nak gak tau guna perkhidmatan courier apa, and cara pembayaran tu bley guna ikut bank apa. So, dat part, siyesly, i have no problem.
Produk yang dijual pula, yups kebanyakannya cover barangan utk ladies. But not sure about the price whether compatitive tak dgn brgn di luar. Maybe kena check with dat. Frankly speaking, saya suke dgn baju yg model2 tu pakai..heee.. *sorry, off tajuk sket ;P*
Ok, jujur kuakui, diriku ini bukan lah seorang penggemar shopping online. Bukan tanak, tapi ada kekangan dari kewangan. Maksud di sini ialah, takut terover spend. Nanti kang jadi spender lak..hik3 ;P Mmg sbnrnya shopping online lebih mudah, sbb jimat minyak, tol, parking and masa. Just perlu buang masa terbelek2 kat dpn laptop utk pilih barang, klik2 dan tunggu pakcik courier dtg umah tingtong2 dan yeay! barang yang dipesan sudah tiba. Tp ada jugak sesetengah orang yg lebih suka tgk, pegang dan rasa materialnya sblm membeli sesuatu barang *sesetengah org tu, termasuk i la..huhu..saje bg ayat cover..huhu.. ;P* Tp jika dah satisfied dengan sesuatu barang tu, nak suh order guna jet pejuang pun i tak kesah der~
Adakah saya suka berniaga? Eh, of kos la.. Rezeki terbesar sbnrnya adalah dtg dari bidang perniagaan. Dan ya, saya mmg ingin buat perniagaan online ni. Cumanya, saya enggak tau bagaimana mau me'link'kan page dan menatarias supaya blogshop saya kelihatan gempak, cun mcm saya dan how to tarik people utk singgah2 beli kat company online saya..waduh2, kepiye to~
Setiap ciptaan manusia, sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Dengan ini, sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa kelebihan blog anda ialah rasanya tak ramai yg tau produk Sophie ni. If ada pun, tak ramai yg tau. That is the advantage.
Manakala kelemahan pula, seperti yang saya nyatakan di atas tadi, terlalu byk iklan. Cuba minimizekan info dan optimumkan penggunaan ruang *Wah, dah guna bahasa matematik pengaturcaraan linear dah ni..kikikiki.. ;P* supaya lebih padat dan user friendly.
Jika saya yang menjadi saya ini, akan singgah di blogshop ini mungkin sebagai pembeli atau pelanggan yang menunggu promosi hebat atau seorang kaki skodeng. hahaha... kerana iye, saya suke tgk2 dan buat perbandingan seblum membuat pembelian. And sumtimes jugak buat perbandingan melampau sehinggakan saya langsung tidak membeli dek kerana faktor yang sering berlegar2 di fikiran iaitu adakah ini suatu keperluan atau kehendak? *yes, tu yg slalu mnjadi faktor utama kenapa kadang2 saya nak shopping, tapi tak jadi nak shopping.*
Kesimpulannya, diharap komen membina dan juga kritikan pedas dan tajam setajam buah nenas yang diberikan dpt membantu anda sedikit sebanyak. Diharapkan penggunaan bahasa saya yang agak santai, dpt diterima dan membolehkan saya utk mendapat anugerah atau hadiah atau apa2 je yang best.. hahaha.. gurau je.. tp siyes, apa yg dikomen adalah dari hati ke hati. Bukan niat utk menindas atau memboikot atau mendownkan, tapi just pendapat mata hati. Terkasar bahasa harap dimaafkan, gurauan yang poyo pun harap diterima okeh!kehkehkeh.. *tgk, dah part hujung2 pun still nak memain lagi.. :P*
Owh ya, jangan lupa untuk menge'LIKE' fanpage blogshop ini seperti di link di bawah:
And moh la join contest ni, mana tau, ada rezeki. Mahu join? Ini
linknya. Atau jugak boleh klik di
About Us ini.
Saya juga turut mengajak
Ayu Insyirah untuk join contest ini!
p/s: Maaf jika bahasa yang digunakan agak berpoya2 sikit, tp inilah cara saya berkarya..hahaha.. *poyo*